-
Demon Slayer - Perjuangan Seorang Abang menyembuhkan adiknya (ulasan anime)
Dengan berakhirnya episod 26 semalam maka berakhirlah anime kimetsu no yaiba season 1.Jadi sebagai tanda kenang-kenangan aku akan cuba ulas anime ini kali ini bersandarkan kepada season 1 sahaja. Semoga ulasan aku ini membantu untuk bagi yang belum tengok boleh tengok cepat-cepat.
> -
Hadiah terbaik untuk Sambutan Hari Lahir
Setiap kali sambutan ulang tahun atau hari lahir apa yang engkau inginkan?Sebuah kereta besar ? Coklat yang banyak? Bunga dari kekasih? Makan KFC , MCD, Starbuck atau SG? Atau kek hari lahir yang sangat mewah?.
-
6 Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan.
Selepas sahaja kamu tamat pengajian, adakah benar-benar kamu bersedia dalam alam pekerjaan?Jika kamu lihat pada persoalan awal ini, ini soalan untuk sama-sama muhasabah diri adakah kamu bersedia untuk bekerja atau kamu langsung tidak bersedia?.
-
SAJAK : SENGSARA (Sajak Sempena Minggu Anti Dadah 2012 SMK Taman Desa Jaya)
Sakit,Sakit, Aduh Sakit!! Aku menyesal, aku insaf, aku bertaubat, Janganlah Engkau hukumku begini,.
-
Pengalaman Aku di Sabah
Baiklah harini saya akan cuba kongsikan pengalaman bagaimana saya boleh mengenali Sabah dan bagaiman pengalaman di sana.
Gabbar - Salah tetap salah walau niatnya baik
Kenapa Ariana Grande Kalah Album of The Year di Grammy Award?
“Saya rasa album thank u, next (ariana grande) layak anugerah ini (album of the year) lebih dari album yang lain dalam dunia. Saya sayangkan awak sangat”
Ariana Grande’s reaction to Billie Eilish saying she deserved the Album of the Year Grammy is sweet. #grammys pic.twitter.com/JwlERaZ0Pl— Alyssa Bailey (@alyssabailey) January 27, 2020
Kata-kata ini buat kita berfikir semula, adakah benar album of the year sepatutnya milik ariana? Banyak perbahasan ditimbulkan terutama yang mempertikai tentang kejayaan Billie terhadap penganjur sehingga wujud trending di twitter #scammys iaitu luahan peminat Ariana Grande dan Lara Del Rey.Jadi kenapa Ariana Grande boleh kalah?Bagi aku untuk bahas isu album of the year kota perlu lihat dari sudut apa album of the year ini dinilai.Kalau dilihat dalam penilaian Album of the year, anugerah ini bukanlah didasari oleh “penjualan album yang tinggi, kedudukan dalam carta dan persepsi masyarakat. Tapi album of the year ini merujuk kepada keseluruhan kombinasi dalam album tersebut dari aspek rakaman, penyanyi, teknikal, produksi, penulis lirik dan album itu sendiri.Makna kata, penilaian album of the year bukanlah satu penilaian bersifat “komersial” tapi melihat pada kualiti album tersebut dan keunikannya.Kalau anda perhatikan dua perbezaan ini iaitu pertama Album Thank You, Next (Ariana Grande) dan when we fall asleep, where do we go ( Billie Eilish ). Daripada mesej 2 album ini sudah menampakkan perbezaan. Kalau dilihat pada Thank You, Next, lagu ini lebih kepada “isu peribadi” iaitu dikaitkan dengan kematian ex boy ariana iaitu Mac Miller dan kisah putus tunang dengan peter Davidson. Makna kata, album ini lebih berfokus kepada “peribadi” dalam aspek Bagi pandangan saya “uniknya itu sukar dikesan” tapi berbeza dengan album yang diangkat sebagai pemenang Album Of The Year iaity When We all fall asleep, where do we go.Dalam album ini, kombinasi kepada mesej tentang generasi moden, ketagihan dadah, putus harapan, bunuh diri dan masalah mental. Malah dalam liriknya dikombinasikan dengan unsur “kemanusiaan dan menakutkan”. Uniknya album ini, gambaran tajuk album itu membawa maksud kesemua lagu dalam album tersebut menunjukkan “mimpi baik” atau “mimpi buruk” yang akhirnya menjadi idea kepada tajuk album itu when we fall asleep, where do we go.Malah, menariknya lagi untuk Grammy Award bagi producer of the year dimenangi oleh Finneas O’Connel iaitu produser album kepada Billie Eilish. Jadi tidak hairan apabila Billie Eilish layak dapat Album of the year.
Namun, ada mungkin sedikit “politik” dalaman boleh dikaitkan dalam isu Ariana gagal mendapatkan sebarang anugerah dalam Grammy kalini. Kerana kalau kita lihat tahun lalu, Ariana Grande pernah menang Best Pop Vocal Album untuk album Sweetener tapi Ariana tidak menghadirkan diri sehingga wujud pertengkaran dengan pihak produksi (wujud unsur tuduh menuduh). Boleh jadi, disebabkan Perangai Ariana pada anugerah yang lalu, walaupun disenarai pendek sebagai pemenang, Ariana bukanlah “favourite” kepada kemenangan untuk anugerah di Grammy.Perkara ini boleh jadi. Namun, ini hanyalah teori. Cuma kenyataannya seperti saya bahaskan, kemenangan Eilish kerana keunikkan dibawa dalam albumnya. Walaupun, ramai tidak bersetuju tentang hal ini, bagi aku itu pendirian juri yang wajar kita hormati.Baiklah itu sahaja. Tq
Aku Tak Boleh Brain Puteri Balqis Main Forex. Kalau nak Melabur Sepatutnya di Bursa Saham Bukan Forex - Kawan
Jawapan diberikan oleh Balqies ada 3 iaitu simpanan, sedekah dan forex. Sebab suka graf.
Boleh baca di sini berkenaan hukum Forex: Forex Haram atau Harus?
Sebab bak kata abang2 sado, duit aku suka hati akulah. Eceh.. hahaha..
Cerita NetFlix Messiah Menggugat Iman?
ILLUMINATI DALAM INDUSTRI MUZIK KOREA DAN BARAT
Penarikan Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik Miss Universe 2019 Wakil Malaysia Dirancang?
Baiklah Kali ini saya akan ulas salah satu isu yang diminta oleh rakan saya sendiri.
- sewaktu mengumumkan keputusan “Anugerah Kostum Kebangsaan Miss Universe" akaun twitter penganjur telah mengumumkan bahawa Malaysia memenanginya.
- Namun demikian, sejurus selepas Shweta Sekha menegur kesilapam negara tersebut, keputusan di twitter sebelum ini dipadamkan dan diumumkan bahawa kategori itu dimenangi oleh wakil daripada filipina Gazini Ganados.
- kalau melihat kepada sumber New Strait Times sewaktu menemubual pengarah urusan Miss universe Malaysia, Elaine Daly bahawa sewaktu beliau meminta President miss universe , Paula Shugart menjelaskan isu ini, Paula menjawab dalam emelnya bahawa “petugasnya tertarik dengan busana dari Malaysia” tetapi “undian atas talian banyak ke peserta wakil daripada Filipina”
- sebab itu, tujuan Malaysia dipanggil adalah untuk mempamerkan “kecantikan busana tersebut untuk ditonjolkan
- namun demikian perkara ini tidak dimaklumkan secara jelas kepada wakil Malaysia semasa dipanggil untuk mempersiapkan diri di belakang pentas memakai busana nasionalnya.
- dalam isu kali ini, miss universe untuk bahagian kategori “ custome nation” seolah-olah tiada individu yang "incharge" untuk penyelarasan.
- mana tidaknya, sewaktu Shweta berada di atas pentas dan ditemuramah untuk kategori busana nasional, gambar di background sudah menunjukkan miss universe filipina tetapi wakil Malaysia yang dipanggil untuk ke atas pentas oleh staff petugas pentas dan ditemuramah.
- malah sewaktu pengacara mengumkan pemenang anugerah tersebut, seolah-olah petugas lain “tidak tahu” tentatif program mereka sendiri dan seolah-olah mewujudkan tentatif baru oleh petugad di bahagian pentas dengan memanggil wakil Malaysia tanpa menerangkan bahawa Shweta di atas pentas sebagai menpamerkan busana nasionaal dan bukan sebagai pemenang.
- Hinggakan Shweta sendiri menegur Steve semasa di pentas sewaktu steve mengumumkan Gazini sebagai juara kategori tersebut.
Ulasan Elemen Pengkhianatan Cinta Zainuddin dan Hayati dalam Novel dan Movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Namun demikian ada beberapa perkara yang aku puji dengan tindakan zainuddin yang aku kira tidak membalas secara “direct” dendam tersebut. Tapi jadikan kekuatan untuk bangkit.
Itu yang berlaku pada zainnuddin apabila putus cinta dan dibantu dengan sokongan abg muluk, akhirnya beliau menjadi penulis berjaya. Malah, kekayaannya dipulangkan semula kepada sesiapa sahaja yang ingin berkahwin tetapi tak cukup duit, beliau akan bantu. Sebab baginya, dia taknak orang lain “rasa” apa dia pernah “rasa” .
Malah ditunjukkan juga disebabkan hayati memilih kebhagiaan “lain”, dia sendiri tak tenang dengan kehidupan dengan aziz atau dalam bahasa mudahnya dikenakan karma atau kifarah. Kalau orang melayu cakap “buat jahat dibalas jahat” walaupun benda itu tak disengajakan.
Pantang pisang berbuah dua kali, pantang pemuda makan sisaBaiklah itu sahaja dari saya. Semoga enjoy 😉
Kenapa Aku Meminati ANIME?
Unsur Islam dalam anime
Sajak;Pencarian manusia

Setiap hari, aku mencari ketenangan,
ketenangan yang abadi, ketenangan yang hakiki,
ketenangan yang membawa kebahagiaan,
Dan ketenangan yang membawa kejayaan.
Di saat aku mencari ketenangan,
kau hadir tanpa jemputan,
menghancurkan sejuta impian,
merosakkan kurniaan tuhan.
kaulah dadah musuh negara,
kau pembunuh anak bangsa,
kau merosak kemajuan negara,
kau jadikan aku sampah masyarakat.
Adakah ini yang kalian cari,
adakah kesengsaraan yang dikatakan ketenangan ini yang kalian impikan,
kau masih ada pilihan.
Di saat kau memilih kesengsaraan,
pernah tak kau terfikir,
tangisan ang mengalir dari ahli keluargamu,
tangisan yang mengalir dari negaramu.
Jangan wahai temanku,Jangan.
Oleh itu wahai teman seperjuanganku,
Jadikan wawasan 2020 sebagai satu kenyataan,
Teruskan pencarianmu mencari ketenangan,
Jangan sesekali engkau mencari kesengsaraan,
kerana MAJU BANGSA MAJU NEGARA,
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG
Nama pena: Yang Nur
sajak;Pencarian manusia.
ciptaan:Muhammad nur firdaus bin mohd zin
umur:15 tahun (12/3/2011)
kejayaan:mendapat tmpat kedua sajak ini.
di;SMK Taman Desa Jaya.
Tensei Shitara Slime Datta Ken (season 1) - Analisis dari sudut pembinaan sebuah kerajaan

- Siapa kuat dia akan berkuasa. Pasti anda pernah dengar peraturan rimba ini bukan. Dalam hal ini makhluk yang berada dalam cerita Slime Datta Ken ini dibahagikan mengikut kekuatan mereka. Malah, makhluk ciptaan seperti slime dianggap sebagai paling rendah kerana dianggap lemah dari segi kekuatan.
- Namun, demikian sewaktu Rimuru mula-mula membina sebuah kerajaan, Rimuru telah dianggap sebagai makhluk yang kuat oleh goblin sehingga dilantik menjadi ketua dan meminta bantuan untuk mengatasi masalah mereka dengan mengalahkan serigala.
- Malah selepas Rimuru berjaya mengalahkan ketua serigala, serigala-serigala yang lain telah menjadi pengikut Rimuru kerana kepercayaan "peraturan rimba" masih menebal dalam diri mereka.
- Jadi tidak hairan di peringkat awal kejayaan Rimuru membina kerajaan bermula dengan menunjukkan kekuatan.
- Rimuru percaya bahawa untuk membina sebuah negara yang baik perlukan kepakaran-kepakaran tertentu yang hanya boleh dipenuhi oleh orang yang pakar dalam bidangnya.
- Oleh itu, Rimuru mengambil langkah untuk mengumpulkan mereka-mereka yang pakar untuk tinggal bersama dengan kerajaannya.
- Sebagai timbangbalik, segala bentuk kemudahan atau keperluan makanan akan disediakan secara mencukupi.
- Rimuru telah berjaya menarik beberapa pakar dalam kerajaannya seperti pakar pedang iaitu Hakurou dan pakar pembuat pedang dan pakar membina perumahan iaitu Kaijin.
- Kepakaran-kepakaran mereka ini akan dikongsikan kepada rakyat kerajaan Tempest untuk kebaikkan bersama sama ada dari segi pertahanan mahupun pembangunan kerajaan.
- Rimuru melihat bahawa ancaman daripada luar akan secara tidak langsung memusnahkan empayarnya kelak.
- Oleh itu, Rimuru telah mengambil langkah berbaik-baik dengan kerajaan-kerajaan kuat disekitarnya dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka.
- Sebagai timbal balas, Rimuru menyediakan keperluan yang diperlukan oleh kerajaan terbabit disamping kerajaan terbabit mampu memberikan sesuatu dari sudut perlindungan atau ekonomi kepada kerajaan Rimuru.
- Misalnya sewaktu, Demon Loli Moli datang untuk menyerang menguji kekuatan Rimuru, Rimuru telah mengambil langkah selamat dengan berbaik dengan Demon Loli dan memberikan kebenaran Demon Loli menikmati kemudahan kerajaan Rimuru tetapi sebagai timbang baliknya perlu "menjaga" kerajaannya sekiranya dilanda musibah atau serangan asing.
- Sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, pengiktirafan merupakan salah satu yang perlu diambil perhatian.
- Pengiktirafan ini penting bagi sebuah negara baharu atau lama kerana dengan pengiktirafan dari kerajaan-kerajaan lain bermakna, negara terbabit diiktiraf kewujudannya oleh kerajaan lain.
- Malah pada masa akan datang dari segi aspek ekonomi dan jalinan politik akan lebih mudah kerana pengiktirafan tersebut telah dilafazkan oleh kerajaan-kerajaan lain sekitarnya yang mengakui kewujudan negara baharu.
- Pengiktirafan ini Rimuru perolehi daripada beberapa individu berpengaruh iaitu daripada Gazel iaitu Raja Kerajaan Dwarven dan Treyni




























