Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Showing posts with label BAHASA. Show all posts
Showing posts with label BAHASA. Show all posts

Ulasan Elemen Pengkhianatan Cinta Zainuddin dan Hayati dalam Novel dan Movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Baiklah mari kita mulakan perbahasan tentang salah satu karya agung Buya Hamka iaitu tenggelamnya Kapal Van der wijck.

Dua watak utama dalam pengkisahan karya tersebut yang kini terdapat juga movie yang mengadaptasi dari novel tersebut, mengisahkan tentang cinta zainuddin dan hayati. Cinta yang akhirnya membawa kepada perkahwinan hayati dengan aziz atas dasar status dan kekayaan.

Zainuddin dan Hayati dalam Movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Zainuddin pula akhirnya membawa diri ke tanah jawa dan membina kehidupan baharu dengan mengembangkan kariernya sebagai penulis.

Dalam kisah ini, zainuddin dipamerkan sebagai seorang yang sangat setia pada cintanya. Malah, zainuddin juga seorang yang “gentleman” apabila dia sendiri meminang hayati. Namun berakhir dengan penolakan. Manakala watak hayati, seorang wanita yang berjanji sanggup menunggu zainuddin dan berjanji hanya zainuddin menjadi “suaminya” akhirnya memutuskan janji tersebut apabila aziz diterima sebagai suaminya selepas diputuskan oleh keluarga.

Perkara ini menyebabkan keadaan “kecewa” zainuddin sehingga 2 bulan terlantar di katil. Dalam kisah tersebut ada beberapa kata-kata dari zainuddin yang mengambarkan kekecewaannya terhadap hayati seperti


“Siapakah antara kita yang kejam, hayati. Saya kirimkan surat-surat meratap menghinakan diri, memohon dikasihani. Tiba-tiba kau balas saja surat itu dengan suatu balasan yang tak tersudu di itik, tak termakan di ayam. Kau katakan bahwa kau miskin saya pun miskin, hidup tak akan beruntung kalau tiada wang.”


Dari keadaan-keadaan tersebut kita dapat lihat bahawa, penderitaan zainuddin ialah

1) ditolak pinangan orang yang disayangi kerana tidak setaraf dan orang miskin.
2) kata-kata hayati dalam surat-surat hayati sewaktu membalas surat zainuddin menambah kekecewaannya.
3) terlampau setia pada orang yang “menjumpai bahagia yang lain”
4) dibuang ke negeri jawa jauh kerana mencari kehidupan baru.


Jadi apa pandangan aku tentang cinta zainuddin yang dikhianati?

Seperti yang pernah aku bahaskan sebelum ini berkenaan dengan perempuan ialah mereka inginkan lelaki “lebih usia” fokus utama aku sebenarnya menekankan elemen material. Memang jika dilihat, gambaran wanita dalam kisah hayati “dikaburi dengan unsur material” sehingga terasa “kosong” bila soal cinta. Sebab itu tidak hairan pengakhiran kisah cinta mereka dan “janji hayati berakhir dengan dimungkiri” kerana zainuddin ketika itu “tiada apa-apa”.

Namun demikian ada beberapa perkara yang aku puji dengan tindakan zainuddin yang aku kira tidak membalas secara “direct” dendam tersebut. Tapi jadikan kekuatan untuk bangkit.

Itu yang berlaku pada zainnuddin apabila putus cinta dan dibantu dengan sokongan abg muluk, akhirnya beliau menjadi penulis berjaya. Malah, kekayaannya dipulangkan semula kepada sesiapa sahaja yang ingin berkahwin tetapi tak cukup duit, beliau akan bantu. Sebab baginya, dia taknak orang lain “rasa” apa dia pernah “rasa” .

Babak Muluk memberi motivasi kepada Zainuddin

Elemen-elemen sebegini sengaja dimasukkan oleh Buya Hamka seperti biasa “mengkritik masyarakat” dalam penulisannya. Dalam kes hayati dan zainuddin, kritikan-kritikan mengenai janji di saat suka akhirnya berakhir dengan “memungkiri janji tersebut”, kritikan tentang cinta “perlu menjadi kekuatan” bukan melemahkan (dalam dialog abang muluk pada zainuddin) , benda-benda sebegini menunjukkan gambran sifat sebenar cinta iaitu “cinta itu suci tapi manusia yang mengotorkannya.”

Malah ditunjukkan juga disebabkan hayati memilih kebhagiaan “lain”, dia sendiri tak tenang dengan kehidupan dengan aziz atau dalam bahasa mudahnya dikenakan karma atau kifarah. Kalau orang melayu cakap “buat jahat dibalas jahat” walaupun benda itu tak disengajakan.

Aziz memarahi Hayati dalam Movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Sebab itu, disaat zainuddin terus melakukan kebaikkan meskipun dikecewakan oleh insan paling disayang, akhirnya “kejayaan” pergi kepadanya selpas dia bangkit “atas nama cinta”. Kesimpulannya, janganlah berjanji di saat terlalu suka dan membuat keputusan di saat marah. Buruk padahnya.Ingatlah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Buat perempuan ingat kata-kata ini;
Pantang pisang berbuah dua kali, pantang pemuda makan sisa
Baiklah itu sahaja dari saya. Semoga enjoy 😉
Share:

Sajak;Pencarian manusia

Image result for manusia

Setiap hari, aku mencari ketenangan,
ketenangan yang abadi, ketenangan yang hakiki,
ketenangan yang membawa kebahagiaan,
Dan ketenangan yang membawa kejayaan.

Di saat aku mencari ketenangan,
kau hadir tanpa jemputan,
menghancurkan sejuta impian,
merosakkan kurniaan tuhan.

kaulah dadah musuh negara,
kau pembunuh anak bangsa,
kau merosak kemajuan negara,
kau jadikan aku sampah masyarakat.

Adakah ini yang kalian cari,
adakah kesengsaraan yang dikatakan ketenangan ini yang kalian impikan,
kau masih ada pilihan.

Di saat kau memilih kesengsaraan,
pernah tak kau terfikir,
tangisan ang mengalir dari ahli keluargamu,
tangisan yang mengalir dari negaramu.

Jangan wahai temanku,Jangan.

Oleh itu wahai teman seperjuanganku,
Jadikan wawasan 2020 sebagai satu kenyataan,
Teruskan pencarianmu mencari ketenangan,
Jangan sesekali engkau mencari kesengsaraan,
kerana MAJU BANGSA MAJU NEGARA,

INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG


Nama pena: Yang Nur
sajak;Pencarian manusia.
ciptaan:Muhammad nur firdaus bin mohd zin
umur:15 tahun (12/3/2011)
kejayaan:mendapat tmpat kedua sajak ini.
di;SMK Taman Desa Jaya.
Share:

KEBEJATAN MORAL PETANDA KERUNTUHAN TAMADUN (PABM 2009) - Mohd Syamsul Salleh (teks Pidato)


Image result for Syamsul Salleh
Bismillahirrahmanirrahim
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin hadirat yang saya hormati
Andai patah sayap rajawali,
bertongkat jua saya kemari,
bukan untuk mencari calon suami,
tetapi untuk membawa anda semua untuk sama-sama kita menyelami, memahami dan mendalami mauduk bicara yang berbunyi ‘Kebejatan moral petanda keruntuhan tamadun’.

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi ,kombinasi intelektual kehakiman bervisi, dip-dip kehormat yang disanjungi seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi dekat dihati.Assalammualaikum wbt.
 dan salam sejahtera buat anda yang sudi melapangkan masa.
Apa khabar penutur bahasa melayu tercinta? 
Tuan- tuan dan Puan- puan yang saya kasihi,


Menurut Professor Said Hussein Al-Attas dalam buah fikirnya yang berjudul ‘Intelektual developing in societies’, kebejatan moral merupakan satu bentuk kefahaman yang negatif yang telah mengikis pengamalan nilai moral dan pembentukan nilai insan serta menghakis pembudayaan ilmu pengetahuan.tingkah laku luhur tidak di jadikan fahaman sebaliknya terus disisihkan.Dan apabila kita sedang berbicara tentang petanda keruntuhan tamadun, kita sebenarnya perlu untuk memahami bahawa istilah tamadun ini berasal dari perkataan arab ‘madain’ atau ‘madana’ yang telah menggabungkan aspek keluhuran budi bahasa dan ketinggian akal fikir manusia dalam mengimbangi kemajuan material yang dimiliki oleh sesebuah bangsa dan negara.Kerana apalah gunanya kekayaan material semata-mata, tetapi sayang masyarakatnya kontang dari pengisian jiwa dan pembangunan minda.Tuntasnya, Kebejatan moral petanda keruntuhan tamadun berkehendakkan kita untuk berbicara tentang kepentingan-kepentingan pengamalan nilai moral dan nilai murni sebagai asas pembentukan tamadun yang berkualiti. Tiga zaman berbeza akan kita telusuri bersama. Pertama, zaman keagungan yang perlu untuk kita contohi. Kedua,zaman kejatuhan yang perlu untuk kita insafi. Yang ketiga, kita bermuhasabah diri menilai isu yang berlaku hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi,
pertama, zaman kegemilangan.Harry Crates,ahli falsafah Greek Kuno menyatakan bahawa pengamalan nilai moral yang dilengkapi dengan pembudayaan ilmu pengetahuan, kepemimpinan dan pemerintahan yang berpasakkan keadilan serta ruang lingkup kehidupan yang dihiasi dengan nilai-nilai keperimanusiaan merupakan satu bentuk pakej yang tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu,ibarat isi dengan kuku.Kesemua itu perlu sama dipacu bagi membina sebuah tamadun yang bersepadu. Buktinya, bagaimana kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniah misalnya,adalah disebabkan oleh masyarakat Islam ketika itu yang mempunyai semangat kecintaan dan penghayatan yang tinggi terhadap setiap bait ilmu yang dipelajari hinggakan Kota Cordova dan Kota Andalus telah diangkat menjadi pusat pengembangan ilmu sejagat yang disegani dan dihormati. Kerana ilmu yang dimiliki oleh tamadun Islam sebelum ini.Lantaran menyedari akan hakikat ini, pelbagai strategi dirangka, pelbagai usaha telah direncana. Dari pelan induk pembangunan pendidikan hinggalah usaha untuk membangunkan pusat kemahiran. Segala-galanya kita laksanakan bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan. Hari ini, ilmu telah kita miliki, persoalannya adakah ia sudah diaplikasi selaras dengan apa yang kita pelajari. Anda jawab.

Kedua, zaman kegemilangan yang wajar untuk kita contohi dan kita perlu beralih bagaimanakah keadaan yang perlu di insafi. Pernahkah kita sedari, bahawa jatuhnya sesebuah tamadun bahasa ditunjangi oleh aspek keperibadian yang dimiliki oleh sesebuah bangsa itu sendiri. Dari corak pemerintahan seorang raja hinggalah pengabdian seorang hamba. Daripada kejujuran seorang pemimpin hinggalah ketaatan kelompok yang dipimpin. Kesemua daripada mereka perlu untuk menjadikan nilai murni dan integriti sebagai asas jati diri. Edward Jivan menerusi the decline in fore of the roman empire menceritakan bagaimana maharaja Lucius Aktivus Severus telah menanam bibit bibit kahancuran Empire Rom melalui masaalah korupsi dan penyalah gunaan kuasa di era pemerintahannya. Kehidupan rakyat tidak terbela, yang kaya terus kaya, yang papa terus derita. Akhirnya Empayar Rom tidak kemana. Hari ini, mereka hanya tinggal pada nama. Di Malaysia, saya cukup berbangga apabila kepemimpinan berintegriti dijadikan asas utama. Pelan Integriti Nasional telah dilaksanakan bagi menjaga kebajikan rakyat jelata tanpa mengira bangsa, agama dan juga budaya.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Ketiga, kita perlu bermuhasabah diri menilai isu yang berlaku hari ini. Pertama, dunia pada hari ini memang diakui hebat dari segi pembangunan materialnYa benar, persaingan untuk mendapatkan kekayaan memang berlaku di mana sahaja. Namun tuan2 dan puan2, adakah kita layak dikatakan sebagai manusia dan bangsa yang bertamadun sekiranya pengamalan moral tidak turut sama di adun? Bertamadunkah kita sekiranya pembangunan ekonomi yang dijana telah menghalalkan alam sekitar diseksa dan di perkosa hanya kerana kerakusan tangan-tangan manusia?Bertamadunkah kita, sekiranya senjata canggih yang dicipta telah menghalalkan kekejaman, penindasan dan pembunuhan keatas mereka yang tidak berdosa? Dari isu serangan pengganas diMumbai hinggalah pertelingkahan Antara Israel dan palestin adakah itu, yang kita katakan sebagai tamadun yang kita bangga banggakan? Anda jawab.
 Image result for Syamsul Salleh
Konklusinya, hadirin dan hadirat, dunia pada hari kini sudah penat menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat,seks bebas sudah di jadikan adat,hubungan sejenis mula mendapat tempat,untuk menjadi hebat ilmu tidak lagi diangkat sebaliknya korupsi yang menjadi syarat.Apakah semua ini hanya perlu dilihat atau perlu segera diubat. Sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat, kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat.Yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul,hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah,gunung sama didaki lurah sama di turuni. Semoga, kesedaran kita pada hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak kita untuk menari, manyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Tidak mengapa kita kehilangan kekasih hati, tetapi jangan sesekali kita kehilangan tamadun yang kita sayangi.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum wbt. Terima kasih

Share:

SAJAK : SENGSARA (Sajak Sempena Minggu Anti Dadah 2012 SMK Taman Desa Jaya)

Image result for Dadah
Sakit,Sakit, Aduh Sakit!!

Aku menyesal, aku insaf, aku bertaubat,
Janganlah Engkau hukumku begini,
Deritanya aku bagai nak mati,
ku mohon Tuhanku, Aku menyesal,
Maafkanlah aku wahai Penguasa Alam...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna,
Mengapa kau diwujudkan di muka bumi ini?
Adakah untuk merawat manusia?
Atau kau hanya merosakkan bangsa?

Sakit, Sakit, Aduh Sakit!!!

Jeritan batinku tiada gunanya lagi,
Wabak AIDS meratah tubuhku kini,
Tiada tempat untukku menikmati alam indah ini,
Hanya derita mengisi kesunyian ini
Image result for Dadah
Sakit, Sakit, Aduh sakit!!!

Dahulu ku gagah bagai laksmana,
Sekarang ku lemah dan merana,
Dahulu ku hebat mencuba,
Sekarang ku terima segala sengsara.

Oleh itu kawanku,
Jangan kau cuba sampah ini,
kerana, sekali kau cuba,
Meranalah selamanya..

Nama pena: Yang Nur
tajuk:SENGSARA
penulis:Muhammad Nur Firdaus
pencapaian:Juara deklamasi sajak Anti Dadah 2012 SMK Taman Desa Jaya

Share:

Rahsia Keamanan ( PABM 2016 ) Muhammad Haziq Jamaludin UiTM - Teks Pidato

Image result for haziq jamaluddin
Terima kasih tuan pengerusi, barisan dif kehormat,
Kombinasi kehakiman , saudara dan saudari di Pusat Conventional Antarabangsa Putrajaya,
Serta penonton siaran langsung di seluruh dunia.

Sudah bertahun-tahun saya melihat, Manusia mencari-cari
Apakah Rahsia Keamanan?
Kata Qarun, Harta
Kata Firaun, Takhta.
Kata Shah JIhan Cinta.
Ayuh kita cari jawapannya.

Saudara dan saudari
Pertama, Harta. Saya sudah mandi menyaksikan pasang surut tamadun bertuhankan harta.
Harta mencipta selesa, harta membeli megah, harta itulah maruah.
Awal abad ke lima belas Kepulauan Melayu kaya raya,
Istana berlantai cengal bertiang jati, alah memberi cengkih dan lawang, pari dan jenahak
Bahkan tanah memuntah timah
Aceh, Kedah Tua,  Majapahit, , Sriwijaya, Melaka masyur seantero dunia.
Namun, manisnya anggur peram dan denting wang emas , mengiring ke balai tari di balairung seri
Tak tersedar raja-raja Nusantara penjajah sudah mula membedil kota.
Saya cukup hiba melihat Chola mencalar Sriwijaya, Portugis buat Melaka mengemis.

Saudara dan saudara
Kedua, takhta. Saya sendiri melihat Saloth Sar dan Muammar Abdul Minyar
Dua pemimpin yang menjanjikan keamanan sebaik sahaja bersemayam di takhta.
Namun kuasa itu saudara dan saudari, lazatnya seperti Raja Bersiung mengecap gulai bayam bercampur darah.
Enak setitik, diminta semangkuk, enak semangkuk disembelih rayatnya.
Saloth Sar menjadi Pol Pot memerintah Rejam Khmer Rouge di Kemboja
Memenggal kepala Sembilan belas juta rakyat tidak berdosa  hanya kerana syak wasangka mereka bakal menentang
Muammar Abdul Minyar bertukar menjadi Muammar Gadafi , menyaksikan dan menyiarkan
Hukum bunuh tanpa bicara ke seluruh Libya kata Muammar akulah sejarah, akulah masa kini, akulah masa hadapan negara ini , mati diriku matilah negara ini.

Saudara dan saudari,
Ketiga, Cinta. Jauh di Eropah, saya menyaksikan Ratu Isabella I dan Raja Ferdinand II bersatu atas nama cinta, terbentuklah empayar Sepanyol.
Tetapi akibat cinta jugalah, tembok besar China yang tidak bias diteropos walau dibedil seribu Meriam runtuh dek bisikan cinta Puteri Chen Yuanyuan di telinga Panglima Wu Shangui
Sayang, sayang, bukalah gerbang kotamu biarkan tentera Dinasti Qing masuk merempuh negara.
Cinta Shah Jihan  kepada Mumtaj terlalu dalam
Hingga tergamak memotong lidah mengcungkil mata para pembina Taj Mahal
 khuatir lambang cintanya ditiru orang.
Related image
Saudara dan Saudari,
Tatkala mengingati agungnya kerajaan Nabi Sulaiman, saya tertanya-tanya,
Qarun kaya seperti Sulaiman, namun ditelan tanah
Firaun bertakhta seperti Sulaiman tetapi ditelan laut.
Kasih Shah Jihan kepada Mumtaj seperti rindu Sulaiman pada Balqis.
Namun dia dipenjara sampai mati.
Saya mula sedar keamanan sebenarnya tentang meletakkan harta, takhta cinta pada tempatnya.
Keamanan itu akarnya keadilan
Indeks Kebahagiaan Dunia 2016 menjadi tamsilan tentang aman dan sentosa jelata dunia.
Negara-negara Scandinavia menghuni empat tangga teratas kerana dogma adil yang diadun dalam agenda kerajaan
Hartanya, ekonomi yang dibahagi seimbang,
Takhtanya, demokrasi dan suara rakyat yang lantang
Cintanya ialah patriotism dan semangat juang.
Malaysia juga bisa berbangga diiktiraf tiga negara paling bahagia di Nusantara

Akhir sekali, saya fikir sudah tiba mas..
Aah, maafkan saya, asyik dipentas saya terlupa memperkenalkan diri.
Nama saya Bumi, sejak Adam turun dari syurga hingga empat orang bayi yang baru lahir sesaat yang lalu
Sudah enam ribu empat ratus tahun saya mengenal kerenah manusia dalam kembara kalian mencari keamanan.
Usah khawatir, siapapun  kalian para pelajar dari Teluk Intan,
Para mahasiswa dari Shah Alam, para pegawai di Putrajaya, para teknokrat ilmuan dan usahawan
Malah para pencinta Bahasa di seluruh dunia, selagi kalian berusaha mencari keamanan.
Selagi itu saya terus setia berputar pada paksi amanah Yang Maha Esa.


Sekian, Terima Kasih.
Share:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results