Bismillahirrahmanirrahim
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin hadirat yang saya hormati
Andai patah sayap rajawali,
bertongkat jua saya kemari,
bukan untuk mencari calon suami,
tetapi untuk membawa anda semua untuk sama-sama kita
menyelami, memahami dan mendalami mauduk bicara yang berbunyi ‘Kebejatan moral
petanda keruntuhan tamadun’.
Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi
,kombinasi intelektual kehakiman bervisi, dip-dip kehormat yang disanjungi
seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi dekat dihati.Assalammualaikum wbt.
dan salam sejahtera
buat anda yang sudi melapangkan masa.
Apa khabar penutur bahasa melayu tercinta?
Tuan- tuan dan Puan- puan yang saya kasihi,
Menurut Professor Said Hussein Al-Attas dalam buah fikirnya
yang berjudul ‘Intelektual developing in societies’, kebejatan moral merupakan
satu bentuk kefahaman yang negatif yang telah mengikis pengamalan nilai moral
dan pembentukan nilai insan serta menghakis pembudayaan ilmu
pengetahuan.tingkah laku luhur tidak di jadikan fahaman sebaliknya terus
disisihkan.Dan apabila kita sedang berbicara tentang petanda keruntuhan
tamadun, kita sebenarnya perlu untuk memahami bahawa istilah tamadun ini
berasal dari perkataan arab ‘madain’ atau ‘madana’ yang telah menggabungkan
aspek keluhuran budi bahasa dan ketinggian akal fikir manusia dalam mengimbangi
kemajuan material yang dimiliki oleh sesebuah bangsa dan negara.Kerana apalah gunanya
kekayaan material semata-mata, tetapi sayang masyarakatnya kontang dari
pengisian jiwa dan pembangunan minda.Tuntasnya, Kebejatan moral petanda
keruntuhan tamadun berkehendakkan kita untuk berbicara tentang
kepentingan-kepentingan pengamalan nilai moral dan nilai murni sebagai asas
pembentukan tamadun yang berkualiti. Tiga zaman berbeza akan kita telusuri
bersama. Pertama, zaman keagungan yang perlu untuk kita contohi. Kedua,zaman
kejatuhan yang perlu untuk kita insafi. Yang ketiga, kita bermuhasabah diri
menilai isu yang berlaku hari ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi,
pertama, zaman kegemilangan.Harry Crates,ahli falsafah Greek
Kuno menyatakan bahawa pengamalan nilai moral yang dilengkapi dengan
pembudayaan ilmu pengetahuan, kepemimpinan dan pemerintahan yang berpasakkan
keadilan serta ruang lingkup kehidupan yang dihiasi dengan nilai-nilai
keperimanusiaan merupakan satu bentuk pakej yang tidak boleh dipisahkan ibarat
irama dan lagu,ibarat isi dengan kuku.Kesemua itu perlu sama dipacu bagi
membina sebuah tamadun yang bersepadu. Buktinya, bagaimana kebangkitan kerajaan
Turki Uthmaniah misalnya,adalah disebabkan oleh masyarakat Islam ketika itu
yang mempunyai semangat kecintaan dan penghayatan yang tinggi terhadap setiap
bait ilmu yang dipelajari hinggakan Kota Cordova dan Kota Andalus telah
diangkat menjadi pusat pengembangan ilmu sejagat yang disegani dan dihormati.
Kerana ilmu yang dimiliki oleh tamadun Islam sebelum ini.Lantaran menyedari
akan hakikat ini, pelbagai strategi dirangka, pelbagai usaha telah direncana.
Dari pelan induk pembangunan pendidikan hinggalah usaha untuk membangunkan
pusat kemahiran. Segala-galanya kita laksanakan bagi memastikan rakyat tidak
ketinggalan. Hari ini, ilmu telah kita miliki, persoalannya adakah ia sudah
diaplikasi selaras dengan apa yang kita pelajari. Anda jawab.
Kedua, zaman kegemilangan yang wajar untuk kita contohi dan
kita perlu beralih bagaimanakah keadaan yang perlu di insafi. Pernahkah kita
sedari, bahawa jatuhnya sesebuah tamadun bahasa ditunjangi oleh aspek
keperibadian yang dimiliki oleh sesebuah bangsa itu sendiri. Dari corak
pemerintahan seorang raja hinggalah pengabdian seorang hamba. Daripada
kejujuran seorang pemimpin hinggalah ketaatan kelompok yang dipimpin. Kesemua
daripada mereka perlu untuk menjadikan nilai murni dan integriti sebagai asas
jati diri. Edward Jivan menerusi the decline in fore of the roman empire
menceritakan bagaimana maharaja Lucius Aktivus Severus telah menanam bibit
bibit kahancuran Empire Rom melalui masaalah korupsi dan penyalah gunaan kuasa
di era pemerintahannya. Kehidupan rakyat tidak terbela, yang kaya terus kaya,
yang papa terus derita. Akhirnya Empayar Rom tidak kemana. Hari ini, mereka
hanya tinggal pada nama. Di Malaysia, saya cukup berbangga apabila kepemimpinan
berintegriti dijadikan asas utama. Pelan Integriti Nasional telah dilaksanakan
bagi menjaga kebajikan rakyat jelata tanpa mengira bangsa, agama dan juga
budaya.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Ketiga, kita perlu bermuhasabah diri menilai isu yang
berlaku hari ini. Pertama, dunia pada hari ini memang diakui hebat dari segi
pembangunan materialnYa benar, persaingan untuk mendapatkan kekayaan memang
berlaku di mana sahaja. Namun tuan2 dan puan2, adakah kita layak dikatakan
sebagai manusia dan bangsa yang bertamadun sekiranya pengamalan moral tidak
turut sama di adun? Bertamadunkah kita sekiranya pembangunan ekonomi yang
dijana telah menghalalkan alam sekitar diseksa dan di perkosa hanya kerana kerakusan
tangan-tangan manusia?Bertamadunkah kita, sekiranya senjata canggih yang
dicipta telah menghalalkan kekejaman, penindasan dan pembunuhan keatas mereka
yang tidak berdosa? Dari isu serangan pengganas diMumbai hinggalah
pertelingkahan Antara Israel dan palestin adakah itu, yang kita katakan sebagai
tamadun yang kita bangga banggakan? Anda jawab.
Konklusinya, hadirin dan hadirat, dunia pada hari kini sudah
penat menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat,seks bebas sudah di
jadikan adat,hubungan sejenis mula mendapat tempat,untuk menjadi hebat ilmu
tidak lagi diangkat sebaliknya korupsi yang menjadi syarat.Apakah semua ini
hanya perlu dilihat atau perlu segera diubat. Sudah tiba masanya untuk kita
meletakkan satu matlamat, kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya
masyarakat.Yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul,hati gajah sama
dilapah,hati kuman sama dicecah,gunung sama didaki lurah sama di turuni.
Semoga, kesedaran kita pada hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada
anak-anak kita untuk menari, manyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Tidak
mengapa kita kehilangan kekasih hati, tetapi jangan sesekali kita kehilangan
tamadun yang kita sayangi.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum wbt.
Terima kasih
0 comments:
Post a Comment