Sempena jumaat yang mulia ini, aku ingin kongsikan tentang salah satu rahsia mereka yang berjaya di luar sana iaitu “sedekah”
Dalam agama masing-masing juga ada ceritakan kelebihan sedekah. Tapi aku ingin bawakan pengalaman2 mereka yg susah tapi dengan sedekah Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Nama mereka ada yg saya akan rahsiakan ada yg dah dikongsi dalam artikel sebelum ini. Jadi semoga bermanfaat.
Pernah tak kita mendengar kata2 ni;
Yang bagi yg pernah mendengar, pasti tahu bahawa 2 ayat itu merujuk kepada 1 persamaan iaitu berkenaan dengan sedekah.“What you give you will get back”Atau“The more you give, the more you will get back”
Sewaktu saya baca buku yg ditulis oleh robert kiyosaki, ada satu perkara yang saya hairan tentang formula beliau tentang kekayaan iaitu asingkan duit untuk sedekah (iaitu termasuk dalam 30% yang kamu asingkan awal selain pelaburan dan simpanan)
Jadi saya semak beberapa amalan mereka yang kaya dan yang berjaya. Apa salah satu amalan mereka sehingga mereka boleh berjaya sampai tahap begitu.
Misalnya antara jutawan dunia Bill Gates, salah satu amalan beliau ialah menderma. Malah beliau juga memperkenalkan BMGF untuk tujuan kesihatan dan atasi kemiskinan. Malah amalan sedekah ini juga dilakukan oleh anaknya bila dapat duit belanja dari bapanya untuk tujuan program kemanusiaan.
Mungkin bagi kita akan cakap ah bolehlah dia kaya. Boleh banyak dia sedekah. Dan dia bukannya bekerja.
Jadi kita lihat pula salah satu rahsia kejayaan Christiano Ronaldo, amalan beliau. Pemain bola sepak hebat dunia ini juga kerap bersedekah. Malah sewaktu beliau menerima anugerah kasut emas pada tahun 2011, beliau telah melelong kasut emasnya untuk didermakan pada sekolah yang hancur di Gaza.
Jadi tidak hairan mengapa dengan amaln sedekah ini kedua-dua tokoh saya bagitahu boleh berjaya.
Lepasni pasti akan ramai yang cakap. Alah aku takde duit nak sedekah. Bagaimana aku nak dapat nikmat sedekah itu kalau xde duit.
Kalau anda perasan dalam perkongsian sebelum ini ada seorang akak first class berkongsikan amalan beliau suka bersedekah dengan berkongsi nota dengan kawan-kawannya.
Jadi tak semestinya dengan duit sahaja kamu boleh lakukan sedekah. Malah dengan perkongsian, dengan gembirakan hati orang dan membantu dengan kudrat yg kamu ada itu pun sedekah.
Namun bezanya jika kamu lakukan sedekah dengan duit terutamanya saat kamu sesak, kamu akan rasa dada kamu lebih lapang.
Malah, perasan tak kadang bila anda ada masalah yang sangat rumit ubtuk dilaksanakan atau rasa macam susah nak hadapi sesuatu perkara tu (seperti susah dapat kerja dan lain-lain perkara), bila anda bersedekah, seolah-olah Allah beri anda jalan untuk dimudahkan.
Walaupun taklah sampai jadi ornag kaya, tapi urusan kamu yg dulunya rumit dipermudahkan.
Itulah kelebihan sedekah. Yup pengalaman sebegini pasti dalam kalangan kamu sendiri pernah merasainya.
Saya percaya itu pasti pernah. Jadi jika ada yang nak berkongsi pasal sedekah ini dan apa benefit dia dapat kemudiaannya bolehlah share pada sya.. heheh terima kasih.. baiklah ini shaja dari saya tq 😘
0 comments:
Post a Comment