Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Cara Penulisan Esei Pengajian AM

Image result for PENGAJIAN AM
Cara Menulis Karangan Pengajian AM.
Pengenalan.
-          Karangan merupakan nadi dalam pemarkahan pengajian Am dari semester 1- 3.
-          Penulisan karangan yang baik dan memperolehi markah yang baik akan memberi impak yang besar dalam penentuan gred dalam subjek ini.
-          Ada 3 sahaja cara penulisan esei dalam pengajian am iaitu 5 + 0 , 2+3 / 3+2 dan 1+ 4.

Analisis Soalan.
-          Anda boleh menggunakan kaedah WH Question.
-          3 soalan yang kerap kali digunakan ialah why , how dan what.

Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

-          Berdasarkan contoh diatas ada 2 perkara yang perlu diperhatikan dalam soalan tersebut.
i)Kata Kunci Soalan.
ii)Isu yang diutarakan
iii)Kehendak soalan.
iv)penanda wacana ( bergantung situasi )
-          Daripada 4 aspek ini, kita akan menilai dan menganalisis kehendak soalan ini supaya dapat memenuhi kehendak yang sewajarnya.

i)                    KATA KUNCI SOALAN.
-          Kata Kunci soalan merupakan langkah utama yang perlu diperhati oleh seseorang pelajar.
-          Kesilapan menganalisis kata kunci soalan secara tidak langsung akan menjadikan markah anda tidak akan dapat markah yang memuaskan atau mungkin terpesong daripada soalan sebenar ( 0 Markah ).
-          Daripada contoh diatas didapati kata kunci soalan iaitu Huraikan berada dibelakang. Hal ini bermaksud  soalan ini menghendaki pelajar menganalisis keseluruhan penyataan tersebut. Namun, hal ini akan bertukar seandainya kata kunci soalan itu berada di tengah atau dihadapan. Apabila berlaku demikian, pelajar Cuma perlu menganalisis penyataan selepas kata kunci. Misalnya,

“Banyak Faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala ini” .

ii)                   ISU YANG DIUTARAKAN.
-          Para pelajar juga perlu mengetahui isu yang diutarakan.
-          Isu ini biasanya diperolehi selepas kehendak soalan.
-          Isu juga boleh berlaku sekiranya perkataan atau penyataan itu diulang-ulang.
-          Misalnya dalam contoh tadi,

“Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.”

iii)                 Kehendak Soalan.
-          Kehendak soalan merupakan jawapan yang diinginkan oleh pemeriksa daripada pelajar.
-          Kehendak soalan ini berfokus hanya pada 4 benda utama iaitu,
i) Kebaikkan / Manfaat
ii) Keburukkan / masalah
iii) Langkah  / cara
iv) Faktor / sebab / punca
-          Keempat-empat contoh diatas hanya memerlukan jawapan berbentuk umum tanpa memerlukan fakta khusus.
-          Umum – selagi jawapan itu relevan untuk dinilai masib boleh digunapakai.
-          Fakta Khusus- perlu sebijik dalam buku ataupun ada penambahan beberapa perkataan tertentu dalam penulisan isi.
-          Ada juga beberapa jawapan yang memerlukan fakta atau ayat tertentu misalnya;
a)Perkataan risiko – dalam penulisan esei perlu menulis.
Contoh;
“Antara keburukkan keldai dadah ialah mencemarkan imej negara sekiranya perkara tersebut berlaku.”
b) Jawapan sememangnya berfakta,
misalnya;
“Antara cabaran wawasan 2020 ialah mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.
iv)                 Penanda wacana.
-          Kaedah keempat merupakan kaedah yang jarang diperhatikan oleh pelajar.
-          kaedah ini adalah dengan 2 cara iaitu ;
a)       melihat penanda wacana pada ayat seterusnya
b)      melihat kepanjangan sesuatu ayat.
-         

Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,langkah-langkah perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.

Daripada 2 cara analisis ini, kamu akan lebih mengetahui sama ada karangan itu menunjukkan 1+4 , 5+0 mahupun 2+3/3+2.

-          Daripada contoh diatas, lihat perkataan yang “diHighlightkan”.
-          Perkataan itu merupakan penanda wacana yang membawa maksud BERTENTANGAN dengan ayat sebelumnya.
-          Hal ini menunjukkan bahawa keseluruhan ayat tersebut telah menjelaskan bahawa dalam penulisan isi mahupun esei adalah mustahil jawapan tersebut ialah 5+0 dan 1+4 ( melainkan sebab-sebab tertentu).
-        
Fakta-Fakta Gempak / Cliche
-          Hadapi masalah mengetahui beberapa isi yang sesuai digunakan.
-          Berikut merupakan senarai fakta umum yang boleh digunakan mengikut kehendak soalannya. (selebihnya isilah yup. Selamat maju jaya )
Bil
Kebaikkan / Manfaat
Keburukkan
1)
Meningkatkan imej negara
Penularan wabak penyakit
2)
Menambah pendapatan negara
Menjejaskan ekonomi negara
3)


4)


5)



Bil
Usaha / Langkah / Cara
Punca / Sebab
1
Memperkasa dan menguatkuasakan undang-undang

2
Mewujudkan kesedaran dalam masyarakat

3
Mengadakan kerjasama antarabangsa.

4
Mengadakan rundingan di peringkat (antarabangsa, tempatan , serantau )

5
Membawa masuk ( teknologi terkini /kepakaran asing )


Cara kembangkan Isi
-          Pengembangan sesuatu ayat boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah WHQuestion.
-          WHQuestion yang selalu digunakan dalam pengembangan ayat dalam penulisan esei ialah siapa (who) , apa (what) dan bagaimana (how).
-          Hal ini tidak semestinya WHQuestion yang lain tidak diperlukan tetapi dalam penulisan karangan Pengajian Am, WHQ yang lain jarang digunakan .   
-          Contohnya;
“Antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala mencuri di negara ini ialah menguatkuasakan dan memperkasakan undang-undang. (apa itu undang 2? ) Undang-undang merupakan satu bentuk peraturan yang mesti dipatuhi oleh sesebuah masyarakat dalam sesebuah negara misalnya. (Bagaimana undang-undang mengatasi) Melalui undang-undang yang sedia ada, penjenayah boleh dikenakan hukuman yang berat jika disabitkan kesalahan misalnya dihukum penjara. (siapa yang akan melaksanakannya) Pihak yang diberi kuasa akan menghukum pesalah tersebut. (apakah kesan ) Hal ini akan menberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat setempat untuk tidak melakukan jenayah mencuri tersebut kerana tindakan undang-undang yang tegas. (81 Patah Perkataan )
Kesimpulan + Pendahuluan
-          Pendahuluan Esei Pengajian am tidak perlu terlalu panjang.
-          Jika tiada idea terus sahaja tulis balik penyata soalan tersebut sebagai pendahuluan.
-          Begitu juga dengan kesimpulan, cukup satu atau dua baris sahaja sudah memadai kerana yang paling utama ialah isi dan pendahuluan serta kesimpulan buat syarat sahaja.

Sekian terima kasih sudi membaca. Selamat beramal. Biar Gempak result.. hehehehe 
Share:

27 comments:

  1. Love you.. thanks for share this one

    ReplyDelete
  2. Thnk you very much. It's very useful

    ReplyDelete
  3. Terima kasih admin , semoga diberi ganjaran pahala kerana membantu pelajar stpm seperti saya , sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.. Amin terima kasih atas doanya.. semoga adik dapat keputusan cemerlang dalam stpm 🔥👍

      Delete
  4. thank you it's really helpful 👌

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya 5+0 , 2+3/3+2 , 1+4... yang tu saya masih tidak faham . Macam mana saya nak tahu ye perbezaan ketiga ii ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya jika ada 2/3 atau 3/2 ada penggunaan penanda wacana berlawanan dgn sebelumnya... Kalau 1/4 pula kalau ayat awal dia dah bagi isi first dalam soalan .. Jadi kita fikirkan isi lain..

      Delete
  6. thank you for your good sharing wish us good luck for stpm sem 1 next week

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results