Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts
Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts

Kenapa biasa kita mendengar Lelaki marketnya lebih tinggi jika “usianya lebih lanjut” sedang perempuan marketnya akan tinggi di saat berusia muda ?



Kenapa biasa kita mendengar Lelaki marketnya lebih tinggi jika “usianya lebih lanjut” sedang perempuan marketnya akan tinggi di saat berusia muda ?

Bagi menjawab persoalan ini ayuh kita analisis kedua-duanya.

Bagi aku bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ada beberapa pandangan kenapa aku bersetuju.

----------------------------

Kenapa Pilih Lelaki "Berusia" ?
----------------------------
Hal ini kerana Lelaki semakin berusia biasa dipilih permpuan kerana
1) sudah ada kerjaya 2) ada pendapatan tetap
3) lebih matang ( ni sebab ramai pilih)
4) pandai memujuk permpuan. (Terutamanya laki org atau yang pernah berkahwin)

----------------------------------------------------

Kenapa perkara- perkara tadi itu penting bagi perempuan?
----------------------------------------------------
kerana perempuan makhluk emosi. Jadi tidak hairan mereka akan “overthinking” untuk banyak perkara.
Jadi jika lelaki sudah ada semua itu, mereka akan rasa lebih “terjamin”

-----------------------------------------------------------------------

Bagaimana dengan Lelaki memilih perempuan adakah sama dengan perempuan memilih lelaki?
-----------------------------------------------------------------------
Berbeza perempuan , market permpuan biasa masa usia muda atau lebih tepat dari 16-35 atau orang-orang tua yang muka awet muda. kenapa? Sebab lelaki lihat dari sudut “cantiknya” dulu.

Sebab tu kenapa kes banyak janda jenis pandai “memikat” kerana mereka pandai jaga cantiknya itu dan berusaha untuk mengekalkan "mudanya itu sendiri".
Sebab itu aku tidak pernah salahkan kegagalan sepenuhnya seorang wanita apabila meninggalkan lelaki yang susah.

Dan seorang lelaki meninggalkan perempuan saat mereka senang.

Sebab keadaan tadi itu adalah naluri manusia biasa. Cuma jika kau dapat mencari wanita yang ada di saat susah dan mencari lelaki yang mampu kekal dengan kau saat dia senang, itu satu bonus.

Semoga kekal bahagia bersama pasangan anda masing-masing. Amin.. jangan lupa jemput kalau ad kad jemputan. Ehek? 🤣

Kesimpulan ringkas
Perempuan lihat lelaki sebagai jaminan atau pelindung. Manakala Lelaki melihat perempuan sebagai peneman.
Share:

Anak-anak adalah kurniaan Maha Pencipta Jangan sesekali Abaikan Tanggungjawab Berkeluarga

Image may contain: 8 people, people standing and child

Sewaktu ingin pulang ke rumah bersama ibuku dari sekolah aku , seorang pak cik menegur ibuku lalu berkata “anak cikgu?” 

Lalu ibuku menjawab “ya saya”

Aku melihat pak cik tersebut menunggu seseorang bersama anak-anaknya diruangan pejabat sekolah. Jam waktu itu menunjukkan 6:30 pm dan mereka masih tidak berganjak.

Akhirnya, pak cik tersebut bersama 3 orang budak tersebut bergerak keluar ke sekolah

Sewaktu aku menunggang motorsikal aku bertanyakan kepada ibuku

“Siapakah pak cik itu?”

Ibuku menjawab “pak cik bapa kepada 3 orang murid tersebut”.

Lalu aku bertanya lagi “siapa mereka tunggu, harinikan exam kenapa lewat pulang sedangkan tamat peperiksaan tadi jam 6?”

Ibuku menjawab
“Pak cik itu menunggu isterinya”.

Ibuku memulakan cerita mengenai keluarga mereka. Ibuku menasihatiku supaya jadi insan bertanggungjawab di kemudian hari.

Ringkasnya, anak-anak itu tinggal bersama ibunya. Pak cik tersebut bersama isterinya ada masalah rumah tangga dan mereka berpisah rumah.

Jadi anak-anak itu tinggal bersama ibunya

Pak cik tersebut menganggur dan tiada kerja. Itulah salah satu sebab mengapa mereka bergaduh antara suami isteri dan akhirnya berpisah rumah.

Anak-anak mereka semuanya ikut ibunya.
Namun, disebabkan keretakan rumah tangga tersebut, ibunya yang sepatutnya menjaga anak-anak tersebut telah mula mengabaikan tanggungjawabnya.

Kata- kata dari ibuku kepada bapa budak-budak tersebut buat aku berfikir semula tentang tanggungjawab berkeluarga.
Image result for keluarga
Ibuku semasa berbual dengan pak cik tersebut berkata, “jika jodoh tuan dan isteri tuan tak panjang, jangan sesekali abaikan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak terasa kehilangan kasih sayang. Walau retak bagaimana pun hubungan keluarga. Jangan biarkan anak-anak terabai”.

Jadi ibu dan ayah yang dikasi. Ini hanyalah kisah kecil dari banyak kisah-kisah pergolakan rumah tangga.

Yup betul mungkin kita dan pasangan sudah terasa tidak serasi. Tapi ingatlah, anak adalah kurniaan Maha Pencipta untuk kita jaga dan pelihara sebaik mungkin.

Jangan jadikan masalah keluarga memberi kesan negatif pada kurangnya kasih sayang pada anak-anak.

Semoga sama-sama kita beringat.

Semoga hidup berkeluarga kita hari ini lebih baik dari semalam.
Share:

Cinta itu buta namun janganlah butakan hati untuk tidak berusaha mendapatkan restu keluarga.

Image result for mahkamah syariah
Sewaktu berborak dengan umi. Umi ada cerita kisah pengalaman umi ke mahkamah syariah tentang sepasang kekasih yang sanggup naik turun mahkamah kerana nak dapatkan wali hakim disebabkan oleh keluarga tak restu. 2 kali pasangan tersebut pergi ke mahkamah syariah untuk dapatkan wali hakim sedang si wanita mempunyai wali iaitu bapanya. Tapi keluarga perempuan tidak merestuinya. Sewaktu berborak dengan si wanita tersebut umi bertanya tentang kenapa minta wali hakim.

Kata si wanita tersebut; sebab family tak restu. Si wanita sygkan kekasihnya dan kekasihnya merupakan lelaki yg tidak mempunyai kerja. Jadi bila keluarga si wanita tersebut tahu , bapa si wanita tidak merestuinya. Tapi si wanita ini nekad untuk berkahwin tersebut dgn apa jua sekali pun. Malah, si lelaki pula seolah-olah tidak berusaha untuk yakinkan family wanita bahawa dia boleh tampung si wanita. Perbualan berakhir di situ kerana selepas itu si wanita berjumpa peguam.

Cerita tadi menunjukkan kepada anda salah satu sebab kenapa keluarga si wanita tidak merestui hubungan tersebut.

Wahai si wanita. Sedarlah. Nafkah itu tanggungjawab si lelaki andai sebelum kahwin si lelaki tidak mampu untuk yakinkah dia mampu untuk tanggung kamu kenapa berkeras untuk terus bersama dengannya?

Saya tahu cinta itu boleh buat orang buta. Setiap insan di dunia pasti pernah merasa perasaan begitu. Namun realistik sedikit tentang kenapa keluargamu wahai wanita tidak merestuinya.

Yup kadang anda rasakan alasan keluargamu itu macam “pelik” macam “aneh”
“Eh takkanlah sebab tak kerja pun nak bising, tak boleh nak restu. Nanti dah kahwin bolehlah cari kerja”.
Ingat kes perceraian tinggi salah satunya punca tertinggi disebabkan oleh masalah kewangan. Jadi nak ke kamu jadi penyumbang perceraian?
Image result for statistik perceraian di malaysia

Ada kes lain pula saya jumpa dari kawan saya iaitu cinta jarak jauh. Lelaki itu hendak berkahwin dengan wanita dari sabah tapi disebabkan dia tinggal di kedah , keluarga wanita tersebut tidak merestui hubungan mereka kerana faktor jarak. Malah banyak lagi kes lain ialah disebabkan oleh tidak mendapat restu kerana hantaran tinggi .Tapi sayang penyelesaian pasangan kekasih tu apa?

Belakangkan keluarga mereka. Dengan cara
1) lari ke thailand nikah di sana. 
2) ada pula yg naik turun mahkamah untuk dapatkan wali hakim. 
3) ada pula yg akhirnya ditangkap basah dan terlanjur ( minta dijauhkan)

Tindakan-tindakan ni bukanlah satu tindakan yg bertanggungjawab.

Jadi akan timbul persoalan. Eh jadi aku nak buat apa? Aku sayang dia sangat-sangat tapi keluarga tak restu.

Kalau kau betul-betul sayangkan dia, buktikan pada keluarganya kau boleh jadi imam untuk anaknya. Kau boleh tampung keperluannya. Kau boleh bahagiakan anaknya. Usaha ini bukan tanggungjawab si lelaki sahaja tapi usahakan bersama-bersama dengan bakal isteri kamu.

Si lelaki cubalah
 1) carilah kerja dan tambahkan pendapatan,
2) yakinkan keluarga perempuan dengan layanan baik kepada “bakal mertua kamu”.
3) sentiasalah bertanya khabar dengan kelaurga si perempuan.
4) tunjukkan progres kamu sentiasa berusaha perbaiki diri dari segi rohani juga pada keluarga si wanita.

Buat si wanita;
1) jangan lelaki bersendiri yakinkan keluargamu. Berusahalah untuk pujuk keluargamu untuk menerima si lelaki jika kamu benar-benar sayang.
2) buktikan bahwa kalau kamu kahwin gan lelaki tu, dia boleh buat kamu senyum dan gembira.
3) jaga juga adab dan perangai kamu dengan keluarga lelaki. Bukan nak suruh kamu jadi “fake” tapi jagalah adab kamu sebagai wanita.

Kesimpulannya, kalau kamu boleh tawan hati si dia dan bersabar dengan perangai si dia selama ini, kenapa tidak kamu berusaha untuk pastikan si dia kami dapat jamin hingga ke ikatan perkahwinan yg sah dengan restu family.
Ingat bila kamu nak kahwin dengan seseorang. Bukan kamu hanya berkahwin dengan dia. Tapi ikatan itu ikatan 2 buah keluarga besar. 
Jangan salahkan perempuan kalau keluarga tak restu. Jangan juga salahkan lelaki kalau keluarga tak terima. Kedua-duanya ada peranan untuk bantu-membantu dalam melengkapkan ikatan hubungan. Dalam usaha mendapatkan restu keluarga.



Artikel Lain yang mungkin anda minati;
1) wajar atau tidak seseorang itu bercinta semasa belajar ?
2) 5 Tips Berhadapan si Mulut Puaka
3) Rasa Down? 9 teknik ini boleh membantu membangkitkan semangat anda semula.
4) WHY - Dengan adanya "WHY" dalam diri menjadikan diri kita berbeza

Share:

wajar atau tidak seseorang itu bercinta semasa belajar ?



Hai semua hari ini saya akan membincangkan tentang Mahasiswa dan Cinta seperti soalan yang direquest oleh salah seorang rakan saya. Berikut merupakan soalannya; 

Soalan yang ditanyakan wajar atau tak kita bercinta semasa belajar ?

Baiklah, bagi menjawab persoalan ini ada 3 situasi sebab bercinta yang ingin saya bawa anda bersama renung-renungkan. ok?

1) cinta bawa kepada peningkatan prestasi pelajaran. 

  • cinta seperti ini jarang berlaku tetapi tidak bermakna cinta ini tidak wujud. 
  • biasanya pasangan akan memberikan semangat untuk kamu belajar dan tegur sikap kamu yang sambil lewa terhadap pelajaran. 
  • nak tahu sama dia dia jenis yang menyokong pelajaran kamu ataupun tidak ? Lihatlah prestasi pelajaran kamu kekal atau lebih baik atau semakin teruk. 
  • Dari keputusan peperiksaan kamu sebenarnya , kamu akan tahu apabila kamu bercinta dengan si dia, pelajaran kamu terabai ataupun tidak. 

2) cinta sekadar suka-suka. 
  •  cinta seperti ini boleh dianggap sebagai keadaan cinta yang “kurang matang”
  • bagi pasangan yang bercinta begini,  mereka hanyalah bercinta sekadar meluangkan masa bersama pasangan tanpa ada halatuju yang pasti tujuan mereka bercinta.
  •  Malah apabila salah seorang daripada pasangan tawar hati, mereka cepat sahaja ambil tindakan untuk putus tanpa ada musabab yang jelas. 
  • banyak pelajar universiti terperangkap dengan cinta ini yang menjerumus mereka pada keadaan gangguan emosi dalam pelajaran. 
  • Kesannya, perkara ini menjejas pelajaran mereka. 
3) cinta kerana kepentingan. 
  •  kebiasaannya cinta sebegini berlaku kepada seseorang yang melihat bercinta dengan seseorang itu boleh mendatangkan "benefit" kepadanya atau istilah mudahnya  boleh “tumpang senang”. 
  • perkara ini akan berlaku sekiranya pasangan itu mempunyai;
  “kuasa dalam organisasi universiti”, banyak duit atau mewah orangnya, atau mereka ni berpengaruh atau pelajar dekan. 
  • jadi pasangan akan mula mengambil kesempatan dengan menggunakan keadaan “sayang” untuk kepentingan mereka. 

Jadi pandangan aku sendiri. Jika kamu memilih untuk bercinta. Adalah sebaiknya kamu tetapkan kepada diri kamu dan pasangan itu beberapa perkara. 

1) jika dia bantu bagi dorongan dalam pelajaran. Teruskan. Jika hanya bawa kepada hiburan semata-mata tanpa dorongan pelajaran sebaiknya tinggalkan. 

Ingat tujuan kamu datang ke universiti untuk belajar. Jika dia penyebab kehancuran. Tinggalkan sahaja.

2) adalah lebih baik. Selagi kamu digelar pasangan bercinta. Bab belanja ni asingkan. 
Misalnya, jika kamu keluar makan bersama pasangan, biar bayar asing2, takde istilah kamu kena berkorban untuk pasangan jika duit kamu tu sendiri pinjaman kerajaan ( PTPTN) atau dari ibu bapa ( PAMA) . 

3) lihat juga akhlaknya, 
jika kamu lihat akhlaknya kurang baik. Cuba nasihat. Jika tidak ingin berubah setelah beberapa kali nasihat tinggalkan. Takut kamu juga terikut sama dengan perangai buruknya.
4) Jika kamu serius kearah perkahwinan adalah sebaiknya dapatkan restu daripada keluarga kedua belah pihak . Itu sebaiknya. Supaya hubungan kamu ini tidak terhenti begitu sahaja.

Apa-apa pun All The Best pada pasangan bercinta 🌚 nasihat kecil dari individu biasa.

Share:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results