Sewaktu berborak dengan umi. Umi ada cerita kisah pengalaman umi ke mahkamah syariah tentang sepasang kekasih yang sanggup naik turun mahkamah kerana nak dapatkan wali hakim disebabkan oleh keluarga tak restu. 2 kali pasangan tersebut pergi ke mahkamah syariah untuk dapatkan wali hakim sedang si wanita mempunyai wali iaitu bapanya. Tapi keluarga perempuan tidak merestuinya. Sewaktu berborak dengan si wanita tersebut umi bertanya tentang kenapa minta wali hakim.
Kata si wanita tersebut; sebab family tak restu. Si wanita sygkan kekasihnya dan kekasihnya merupakan lelaki yg tidak mempunyai kerja. Jadi bila keluarga si wanita tersebut tahu , bapa si wanita tidak merestuinya. Tapi si wanita ini nekad untuk berkahwin tersebut dgn apa jua sekali pun. Malah, si lelaki pula seolah-olah tidak berusaha untuk yakinkan family wanita bahawa dia boleh tampung si wanita. Perbualan berakhir di situ kerana selepas itu si wanita berjumpa peguam.
Cerita tadi menunjukkan kepada anda salah satu sebab kenapa keluarga si wanita tidak merestui hubungan tersebut.
Wahai si wanita. Sedarlah. Nafkah itu tanggungjawab si lelaki andai sebelum kahwin si lelaki tidak mampu untuk yakinkah dia mampu untuk tanggung kamu kenapa berkeras untuk terus bersama dengannya?
Saya tahu cinta itu boleh buat orang buta. Setiap insan di dunia pasti pernah merasa perasaan begitu. Namun realistik sedikit tentang kenapa keluargamu wahai wanita tidak merestuinya.
Yup kadang anda rasakan alasan keluargamu itu macam “pelik” macam “aneh”
“Eh takkanlah sebab tak kerja pun nak bising, tak boleh nak restu. Nanti dah kahwin bolehlah cari kerja”.Ingat kes perceraian tinggi salah satunya punca tertinggi disebabkan oleh masalah kewangan. Jadi nak ke kamu jadi penyumbang perceraian?
Ada kes lain pula saya jumpa dari kawan saya iaitu cinta jarak jauh. Lelaki itu hendak berkahwin dengan wanita dari sabah tapi disebabkan dia tinggal di kedah , keluarga wanita tersebut tidak merestui hubungan mereka kerana faktor jarak. Malah banyak lagi kes lain ialah disebabkan oleh tidak mendapat restu kerana hantaran tinggi .Tapi sayang penyelesaian pasangan kekasih tu apa?
Belakangkan keluarga mereka. Dengan cara
1) lari ke thailand nikah di sana.
2) ada pula yg naik turun mahkamah untuk dapatkan wali hakim.
3) ada pula yg akhirnya ditangkap basah dan terlanjur ( minta dijauhkan)
Tindakan-tindakan ni bukanlah satu tindakan yg bertanggungjawab.
Jadi akan timbul persoalan. Eh jadi aku nak buat apa? Aku sayang dia sangat-sangat tapi keluarga tak restu.
Kalau kau betul-betul sayangkan dia, buktikan pada keluarganya kau boleh jadi imam untuk anaknya. Kau boleh tampung keperluannya. Kau boleh bahagiakan anaknya. Usaha ini bukan tanggungjawab si lelaki sahaja tapi usahakan bersama-bersama dengan bakal isteri kamu.
Si lelaki cubalah
1) carilah kerja dan tambahkan pendapatan,
2) yakinkan keluarga perempuan dengan layanan baik kepada “bakal mertua kamu”.
3) sentiasalah bertanya khabar dengan kelaurga si perempuan.
4) tunjukkan progres kamu sentiasa berusaha perbaiki diri dari segi rohani juga pada keluarga si wanita.
Buat si wanita;
1) jangan lelaki bersendiri yakinkan keluargamu. Berusahalah untuk pujuk keluargamu untuk menerima si lelaki jika kamu benar-benar sayang.
2) buktikan bahwa kalau kamu kahwin gan lelaki tu, dia boleh buat kamu senyum dan gembira.
3) jaga juga adab dan perangai kamu dengan keluarga lelaki. Bukan nak suruh kamu jadi “fake” tapi jagalah adab kamu sebagai wanita.
Kesimpulannya, kalau kamu boleh tawan hati si dia dan bersabar dengan perangai si dia selama ini, kenapa tidak kamu berusaha untuk pastikan si dia kami dapat jamin hingga ke ikatan perkahwinan yg sah dengan restu family.
Ingat bila kamu nak kahwin dengan seseorang. Bukan kamu hanya berkahwin dengan dia. Tapi ikatan itu ikatan 2 buah keluarga besar.Jangan salahkan perempuan kalau keluarga tak restu. Jangan juga salahkan lelaki kalau keluarga tak terima. Kedua-duanya ada peranan untuk bantu-membantu dalam melengkapkan ikatan hubungan. Dalam usaha mendapatkan restu keluarga.
Artikel Lain yang mungkin anda minati;
1) wajar atau tidak seseorang itu bercinta semasa belajar ?
2) 5 Tips Berhadapan si Mulut Puaka
3) Rasa Down? 9 teknik ini boleh membantu membangkitkan semangat anda semula.
4) WHY - Dengan adanya "WHY" dalam diri menjadikan diri kita berbeza
0 comments:
Post a Comment