Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

WHY - Dengan adanya "WHY" dalam diri menjadikan diri kita berbeza.


Pernah tak dalam fikiran kita terfikir kenapa aku belajar? Kenapa aku hendak berkahwin? Kenapa aku perlu jadi ketua dan Kenapa aku perlu bekerja?Perasan tak kesemua soalan yang dikemukakan itu bermula dengan kenapa (why). Pasti setiap orang akan ada jawapannya yg tersendiri bagi setiap soalan yang dikemukakan.

Namun sebelum pergi lebih jauh tentang why. Ada beberapa perkara yg perlu anda faham.
1) setiap orang akan ada why berbeza-beza.
2) why seseorang boleh jadi dalam bentuk sementara atau bersifat berpanjangan.
3) semakin teguh “why” kita, semakin kuat kita hadapi ujian yang mendatang.

Baiklah bagi menjawab persoalan-persoalan awal yang ditimbulkan sebentar tadi. Mari kita sama-sama menilainya dalam beberapa situasi. Kemudian, fikirkan semula sama ada why yang ada berpegang sekarang ini adakah bersifat semantara atau bersifat jangka panjang.

Baiklah mari kita berkenalan dengan why sementara dan why jangka panjang.

Why sementara ini mudahnya ialah why yang akan memberikan kepuasan sementara kepada seseorang. Contoh paling mudah.
Kenapa kamu nak bekerja? Sebab nak dapat banyak duit dan nak beli barangan kemahuan saya. (Kereta, baju , rumah dll) 
Tapi cuba kalau kita ubah jawapan ini dalam bentuk why yg bersifat long term (atau jangka panjang) contoh yang sama iaitu
kenapa anda ingin bekerja?Sebabnya anda ingin balas balik budi mak ayah anda. Sebab itu anda berkerja bersungguh-sungguh.  
Perlu difahami dalam kedua-dua situasi ini saya tunjukkan why bersifat sementara dan why bersifat jangka panjang. Bezanya ;
1) why jangka panjang ini

  •  lebih melihat perlunya memperbaiki diri dan keluarga kearah yang lebih baik dari sebelumnya atau boleh juga jadi untuk membantu komuniti tertentu kearah yang lebih baik
  • bahasa mudahnya melihat WHY itu sebagai satu bentuk keperluan

2)why sementara 

  • lebih melihat kepada keuntungan peribadi yang bakal diperolehi.
  • mudahnya melihat WHY itu sebagai satu bentuk kemahuan 

Percaya atau tidak mereka yang berjaya diluar sana kerana bermula dengan why mereka untuk berjaya. Malah kalau anda tanya pelajar cemerlang pun mereka juga berpandangan bahawa mereka perlukan “why” untuk sentiasa termotivasi. Begitu juga dengan kita, apa yg kamu buat pastikan ada why yg ingin kamu capai. Supaya dia lebih terarah dan tercapai.
Dan disaat kamu sudah ada Why yg kuat. Kamu akan cari jalan untuk mencapai why kamu iaitu How. 
 saya kira cukup sampai sini.. semoga bermanfaat



Artikel lain yang mungkin anda suka
1) Ingatlah, nikmat yang diberi olehNya bukanlah milik kita selamanya - Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta.
2) Rasa Down? 9 teknik ini boleh membantu membangkitkan semangat anda semula.
3) 5 Tips Berhadapan si Mulut Puaka
4)Sakitkan jadi Cashier? Hanya yang sabar sahaja mampu bertahan
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results