" Suatu ketika dahulu, saya menganggap bahawa kemenangan lebih penting daripada mencari kebenaran. Tetapi, saya sedar sesuatu semasa mempersiapkan diri untuk perbicaraan kes ini. Apa yang paling bermakna daripada mendapatkan kemenangan ialah mencari kebenaran disebalik sebuah kes." - Gi Mu Hyeok.
Memetik kata-kata dalam episod 16 iaitu episod akhir Class of Lies sebuah drama daripada korea 2019 pengarahnya Sung Yong-Il iaitu pengarah yang sama dengan cerita Dr Frost pasti membuatkan ramai teruja tentang kebenaran yang diperkatakan. Drama ini berkisahkan tentang seorang peguam yang bernama gi mu hyeok telah diberi tugas untuk memastikan suspek kes menikam Su Ah dikenakan tindakan penjara. Suspek bernama han su.
1) Han su (suspek yang dituduh menikam Su Ah) telah terjun dari bangunan dan berada dalam koma
2) Su ah dilaporkan telah meninggal dunia.
3) Semasa Majlis kematian Su Ah, sahabat karibnya gembira dengan kematiannya.
Gi mu hyeok yang membela han su di mahkamah dengan mengatakan han su tidak bersalah telah "ditikam" oleh bossnya sendiri dengan dikenakan tindakan disiplin oleh jabatan peguam sehingga lesen guaman gi mu hyeok digantung. Bagi mencari kebenaran disebalik pembunuhan kes su ah, Gi Mu Hyeok telah menyamar menjadi guru kelas sekolah Han Su dan Su Ah. Satu siasatan dilakukan oleh Gi Mu Hyeok, satu persatu kebenaran terbongkar iaitu berkait rapat dengan isu melalui konflik politik, skandal , penipuan ditonjolkan dalam drama ini.
Bagi ulasan drama ini , uniknya tetang drama ini iaitu dari aspek;
1) Elemen Kejutan setiap episod.
- Setiap kali Gi Mu Hyeok mula menemui “hint” bagi menyelesaikan kes terbabit, pasti akan ada yang cuba untuk tutup keadaan tersebut dengan "sempurna."
- Cerita ini juga mengambarkan realiti sebenar kemahuan manusia yang lebih gemar menjatuhkan orang lain untuk memastikan kedudukan mereka tak tergugat.
- Malah dalam drama ini juga menunjukkan kepada penonton bagaimana orang yang baik “terdesak” untuk melakukan kejahatan demi untuk memastikan bahawa nasib mereka terbela dan dijamin oleh orang berkepentingan.
- Perkembangan cerita ini dilakonkan dengan baik oleh pengarah dan pelakonnya.
- walaupun unsur-unsur percintaan kurang ditonjolkan dalam cerita ini seperti kebanyakkan drama-drama korea yang lain, tetapi perkembangan cerita tentang persahabatan yang dikhianati, kekeluargaan, salah faham dan "surprise" berjaya menarik minat untuk melihatnya.
- Malah penamat bagi cerita ini menunjukkan bahawa tak semestinya baik akan menang dengan cara undang-undang dunia. Tetapi kadang kala mereka juga boleh menang dengan cara yg lain.
- kalau dilihat pada drama-drama cliche yang hampir sama genrenya pada drama lain pasti akan memaparkan adanya bukti-bukti kritikal yang boleh menangkan kes. Tapi dalam drama kali ini, bukti tak kritikal boleh menangkan kes dengan cara yang berbeza.
- Caranya dengan menggunakan “Media” dan menjerat penjenayah sebenar untuk terus dihantui dengan kesilapannya.
- unsur begini merupakan unsur yang jarang ditonjolkan dalam penamat bagi sesebuah cerita.
4) Mesej moral yang berharga.
- Mesej moral tentang pentingnya kejujuran, pentingnya saling membantu antara satu sama lain dan pentingnya mencari kebenaran melebihi kemenangan membuatkan saya tertarik dengan drama ini.
Artikel Ulasan cerita yang lain yang mungkin anda minati.
1) Dororo - Dosa yang menghalang Manusia Menjadi Manusia : Sebuah Kisah Pemerintahan Matlamat Menghalalkan Cara.
2) Seni seharusnya mendidik. Sifatnya harus mendidik - luahan hati rakyat yang cintakan seni.
3) 5 Anime Terbaik Release pada Tahun 2018
0 comments:
Post a Comment