Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Honeymoon Mahasiswa berakhir : Pesanan Buat Pelajar Baharu dan Bakal Senior di universiti

Image may contain: 31 people, people smiling, crowd and outdoor
Kredit Gambar : Minggu Suai Mesra UMS

Minggu ni merupakan minggu pendaftaran pelajar dan tak lama lagi mahasiswa mahasiswi yang sedang lena di rumah akan pulang ke universiti masing-masing.

Berakhirlah “honeymoon” mereka bersama keluarga. Sama ada boleh makan banyak bersama keluarga atau masa yang lebih banyak bersama kelurga akan berakhir buat seketika sebab tanggungjawab sebagai pelajar mula untuk dilaksana selepas langkah masuk ke universiti bermula.

Cuma buat adik-adik yang bakal pulang ke universiti. Sedikit pesanan daripada abang yang bakal menjadi alumni pada hujung tahun ini.

1) bagi yang duduk di kolej pasti akan ada banyak ragam kawan sebilik.

  • Kalau rakan sebilik buat masalah seperti suka buat bising tengah malam, suka buat sepah di bilik, menghisap rokok dalam bilik, nasihatlah dengan baik.
  •  Ingatkan dia bahawa biliknya tanggungjawab. Lepas nasihat jangan pula kamu yang buat. Itu memang nak kena baling ke laut.

2) rajin-rajinkanlah diri melibatkan diri dalam program.

  • Tak kisah program kolej ke, universiti ke atau fakulti. 
  • Walaupun itu tak menjamin kolej , berita baiknya itu mengasah “soft skill” kamu. 


Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Kredit : Kelab Arkeologi UMS

3) walaupun nasihat saya tadi rajin berprogram tapi jangan pula kamu melebihkan satu untuk tinggalkan tanggungjawab sebenar kamu sebagai pelajar iaitu menuntut ilmu dan siapkan tugasan pensyarah.

  • Ingat walaupun kamu berprogram nak gila tapi kalau tugasan pensyarah kamu tak senonoh itu boleh sebabkan kamu “extend”. Kita nak jadi mahasiswa seimbang bukan berat sebelah.

4) jangan biasakan diri buat kerja “last minit” kalau kerja kamu “last minit “ tu asal siap. Pentingkan kualiti bukan kuantiti.

5) yang muda disayangi yang lebih senior dan pensyarah dihormati.

  • Jadilah insan yang saling melengkapi. Tapi kalau “sangkut” jadi pasangan abadi itu no komen. Cuma kalau ada masalah yg guris hati, cubalah bersemuka dan bincang sebaik mungkin. 
  • Kalau ada yang tidak suka tegurlah dengan adabnya. Takde manusia yang sempurna walaupun dia “Mr/ms perfect”

6) setiap kali kamu dapat duit PAMA, PTPTN atau biasiswa, jangan habiskan 100% duit kamu untuk belanja semester, belajarlah untuk menyimpan sedikit untuk keperluan akan datang.

  •  Belajar juga urus kewangan dengan baik. 
  • Sediakan makanan segera tapi jangan kerap makan. 
  • Adakalanya perlu juga makanan lengkap tapi jangan berlebihan (takut hujung semester kering maggie belah 2) - Nak tahu cara menyimpan dengan betul boleh tekan link ni -

7) bila ada junior minta tolong kalau boleh tolong bantulah apa yg patut dan bagi panduan supaya dia tak tanya kita lagi.

  • Kalau senior minta bantuan jangan pula sombong diri.
  •  Kalau blh bantu, bntulah, kalau tak boleh bagitahu dengan caranya

8) bagi yang nak bercinta itu amatlah tak digalakkan melainkan kamu pandai biasakan diri "duit aku duit aku, duit kau duit kau"
Image result for love

  •  sebab ingat kalau kita belanja pasangan kita selalu, bukankah kita dah musnahkan kepercayaan ibu bapayang beri duit pada kita untuk pengajian dan keperluan hidup di universiti? (boleh tekan link ni untuk kisah cinta semasa belajar )

9) Universiti merupakan tempat untuk kamu buat sehabis baik.

  • Cuma harumkan nama ibu kamu dimenara gading. 
  • Berusahalah untuk mendapat pelajar kelas pertama. 
  • Kalau tak mampu janganlah sampai jadi mahasiswa yang memburukkan nama keluarga. (kisah bagaimana anak kilang mampu berucap semasa majlis konvokesyen boleh tekan link ni )

10) bagi mahasiswa tahun akhir, ciptalah memori termanis anda bersama rakan-rakan sekelas dan pensyarah.

  • Kenangan ini mungkin kamu tak rasa rindu sekarang tapi kamu akan rasa sayang kemudian. Believe me. Every moment you will miss it.. 


Baiklah mungkin itu sahaja nasihat ringkas saya. Maaf kalau ada salah silap sepanjang bergelar mahasiswa.  Dan terima kasih sebab jadi sahabat yg setia sepanjang sy bergelar mahasiswa . Semoga hubungan kita dpaat dikekalkan smpai bila-bila Amin..

Artikel Berkaitan:
1 ) Nasihat Buat adik-adik Semenanjung yang ingin Ke UMS
2) master part time atau full time?
3) 7 Tips Kekalkan Pointer Daripada Salah seorang Mahasiswi Dekan UKM
4) 6 Panduan Buat bakal Internship
5) Isu dalam Menyiapkan Thesis / Latihan Ilmiah / Disertasi
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results