Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Showing posts with label PRA-PENDAFTARAN. Show all posts
Showing posts with label PRA-PENDAFTARAN. Show all posts

UMS bertanya 4 bersama Afza dan Sylvester Runggai - Frequently Asked Questions (FAQ) / Persoalan

Baiklah untuk Perkongsian terakhir dari saudari afza dan saudara sylvester ialah berkenaan dengan Q & A yang kerap ditanya oleh mahasiswa baharu UMS. Bagi yang terlepas tentang informasi persediaan awal sebelum pendaftaran boleh tekan link ini

Berikut merupakan antara perkongsian mereka berdua;

1. Bagaimana hendak menyusun jadual?
Penerangan: Untuk penyusunan jadual, terdapat beberapa subjek yang telah ditetapkan hari dan waktu kuliah. Pada kebiasaannya subjek Teras Program telah ditetapkan hari dan waktunya untuk kuliah. Susun dulu hari dan waktu subjek teras program sebab subjek tidak boleh diubah hari mahupun waktu kuliah. Jadi, apabila anda menyusun jadual kelak, pastikan subjek TERAS PROGRAM anda beri keutamaan terlebih dahulu.
Selepas penyusunan subjek teras program selesai, barulah anda menyusun subjek teras fakulti pula kerana kelas bagi subjek teras fakulti itu ikut seksyen. Sebagai contoh, pelajar Geografi masuk ke Seksyen 2 bagi kelas subjek Teras Fakulti.

Seterusnya, barulah anda menyusun subjek Universiti seperti kelas Hubungan Etnik. Kelas bagi subjek ini ianya ada pada hari Isnin hinggalah Jumaat. Ada banyak seksyen dan waktu untuk kelas ini berlangsung. Jadi, anda boleh pilih kelas Hubungan Etnik pada bila-bila masa sahaja anda free selepas anda menyusun jadual bagi kelas-kelas yang utama dulu. Begitu pula dengan kelas BAHASA & kelas UC/UE/UK. Pilih kelas tersebut mengikut fleksibiliti waktu anda. Sekiranya kelas pada waktu siang adalah penuh slotnya, maka anda boleh pilih kelas pada waktu malam.

2. Bila kelas tutorial? Macam mana pilih? Masa?
Penerangan: Okay, bagi kelas tutorial ini, tutor akan tanya anda semua bila anda semua free. Jadi, semasa anda menyusun jadual kelak, pastikan anda ada waktu free supaya anda boleh menghadiri kelas tutorial. Kelas tutorial ini penting kerana di sini lah anda akan mendapatkan tajuk tugasan, pembentangan mahupun menghantar tugasan. Elemen-elemen ini penting bagi membantu anda mendapatkan pointer yang mantap.

3. Kokum? Bila?
Penerangan: Kokum hanya akan dibuat pada hari Sabtu sahaja tak kira la sama ada anda ada ambil unit beruniform atau tidak. Ada juga kokum yang dijalankan pada hari Ahad, bergantung kepada pengurusan kokum anda. Oh ya! Bagi pelajar STAM, anda wajib mengambil kokum selama tiga (3) semester kerana pengiraan pointer anda adalah tidak sama dengan STPM, oleh sebab itu, anda perlu mengambil kokum selama tiga (3) semester.

4. Alamak, kelas UC penuh! Jadi macam mana?
Penerangan: Jangan takut, jangan khuatir, itu kentut bukan petir, ehhh xD. Okay sekiranya kelas UC semuanya sudah penuh dan tiada seksyen yang available, maka anda boleh lah mengambil subjek UE ATAU UK pada semester 1 ini. Pilih satu sahaja, iaitu sama ada mahu subjek UE atau UK. Sekiranya anda bercadang untuk mengambil subjek UK pada semester 1, maka pada semester yang kedua anda perlu mengambil subjek UE DAN UC sebab anda telah ambil subjek UK kan pada semester 1? Kena gantilah, begituuu adek-adek manis.

Bagi yang terlepas informasi sebelum ini tentang kokum, uc/uk/ue dan lain-lain boleh tekan (link ini)

5. Berkaitan dengan cara pengajaran atau bahasa yang digunakan oleh lecturers.
Penerangan: Untuk kelas program Geografi, buat masa sekarang semuanya diajar menggunakan Bahasa Melayu. Begitu juga dengan kelas Hubungan Etnik. Kalau subjek UC, UE & UK, ada sesetengah subjek diajar secara bilingual/dwibahasa sebab adakalanya ada international student turut ada dalam kelas tersebut. Kalau kelas subjek teras fakulti, jikalau ada international student dalam kelas tu, maka lecturers akan guna dwibahasa juga.
Bagi kelas bahasa pula, kelas MUET dan bahasa asing ini akan diajar dalam English. Dah nama dia MUET dan bahasa asing, kena lah ajar dalam English. Akan tetapi, anda jangan risau, lecturers kita ni semua baik-baik belaka, jadi mereka akan ajar juga dalam dwibahasa untuk memudahkan anda mengikuti proses pembelajaran. Jangan malu atau segan apabila anda kurang fasih dalam English, minta bantuan rakan-rakan anda untuk menterjemahkan nota-nota. Jikalau kita membantu orang lain, Tuhan akan pasti membantu kita juga!

Bagi yang terlepas perkongsian MUET boleh klik link ini 

Terima kasih kerana membaca!
Share:

UMS bertanya 3 bersama Afza dan Sylvester Runggai - Pengkhususan Geografi

Jika anda terlepas info sebelum ini berkenaan persediaan sebelum pendaftaran, anda boleh klik link ini

Baiklah untuk kali ini perkongsian daripada saudara sylvester dan saudari afza tentang subjek yang perlu diambil oleh pelajar tahun 1. Semoga berguna. 

-KHAS UNTUK JUNIOR TAHUN 1 SAHAJA-

SUBJEK-SUBJEK YANG PERLU DIAMBIL.

Terdapat empat (4) jenis subjek yang perlu anda ambil semasa semester 1;

1. Subjek Wajib Universiti

2. Subjek Bahasa @ Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

3. Subjek Pengajian Liberal @ Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

4. Teras Universiti (Ko-Kurikulum)

5. Teras Fakulti

6. Teras Program (HA18 Geografi)


1. Subjek Wajib Universiti
  • Hubungan Etnik (2 Jam Kredit)
2. Subjek Bahasa @ Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
  • MUET @ BAHASA ASING (2 Jam Kredit)  - boleh klik link ini jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang MUET dan Bahasa Asing. 
3. Subjek Pengajian Liberal @ Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
  • Ada tiga (3), iaitu UC, UE, dan UK (2 jam kredit)
Penerangan: Untuk pelajar HA18 Geografi, kamu digalakkan mengambil subjek UC untuk semester 1 manakala subjek UE & UK pada semester 2.
Apa itu UC, UE & UK?
Ketiga-tiga kod ini adalah subjek yang perlu anda ambil semasa melanjutkan pelajaran & ianya bagi memenuhi jam kredit anda serta menambahkan ilmu pengetahuan. Subjek-subjek ini anda perlu habiskan sebelum anda tamat pengajian. Sekiranya anda tidak megambilnya, anda tidak boleh bergraduasi kerana tidak memenuhi syarat kredit. Dalam setiap bahagian UE, UC & UK ini ada pelbagai subjek yang boleh anda pilih.
4. Teras Universiti (Ko-Kurikulum) (3 jam kredit)
  • Kokum ini wajib anda ambil semasa anda melanjutkan pelajaran.
  •  Sekiranya tidak, anda tidak akan dapat bergraduasi. Anda tidak digalakkan mengambil kokum semasa semester 1, akan tetapi anda digalakkan untuk mengambilnya semasa semester 2 KECUALI bagi anda yang berminat untuk mengambil kokum Uniform seperti PALAPES (UDARA, DARAT & LAUT), SUKSIS & SISPA. 
  • Hal ini kerana mereka ini akan ada aktiviti kokum pada setiap semester.
  • Jadi kena ambil masa semester 1 juga. 
  • Terdapat pelbagai jenis kokum yang lain boleh anda pilih mengikut minat anda sebagai contoh, Pengurusan Masjid & Jenazah, Baktisiswa, Senamrobik dsb. Kokum-kokum tersebut hanyalah diambil selama satu (1) semester sahaja. Ada juga kokum yang mengambil masa selama tiga (3) semester seperti Brass Band.
Sebab mengapa unit beruniform mengambil masa yang lama?
  • kerana apabila anda bergraduasi nanti, anda bukan sekadar memegang title sebagai mahasiswa/wi, anda juga memegang pangkat pegawai simpanan untuk setiap unit anda!
  • Jadi, sangat berbaloi dengan tempoh serta kesanggupan anda menjalani kokum. Sesiapa yang menyertai unit beruniform akan mempunyai kediaman kekal di dalam UMS & ada elaun. (opps terpromote pula) 
5. Teras Fakulti
  • Pengantar Ilmu Saintifik (3 Jam Kredit)
  • Budaya dan Masyarakat di Sabah (3 Jam Kredit)
Penerangan: 
Ini merupakan subjek yang patut anda wajib ambil kedua-duanya semasa semester 1 bagi fakulti kita iaitu Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW). 
Kenapa ada tertulis 3 jam kredit? 
Kalau ada 3 jam kredit bermaksud ada Kelas Tutorial atau senang cerita, kelas tambahan. 2 jam kuliah dan 1 jam untuk kelas tutorial di mana kelas tutorial ini akan diuruskan oleh pelajar Master. Waktu kuliah anda & juga kelas tutorial adalah berbeza sebagai contoh; 
Kuliah diadakan pada hari Isnin pada jam 2 petang hingga 4 petang manakala kelas tutorial pula diadakan pada hari Rabu pada jam 9 pagi hingga 10 pagi.
Waktu kelas tutorial akan bergantung kepada tutor anda untuk tetapkan.

6. Teras Program (HA18 Geografi)
  • Pengantar Geografi (2 Jam Kredit)
  • Geografi Fizikal (2 Jam Kredit)
  • Pemetaan & Interpretasi Peta (2 Jam Kredit)
Penerangan: 
Untuk semester 1 ini, ianya sudah ditetapkan subjek apa yang perlu anda ambil dalam program. Semua subjek di atas akan ada kelas tutorial juga walaupun cuma 2 jam kredit sahaja. Mengapa? 
Sebab ianya adalah teras program kita dan kita perlu mendalami subjek-subjek teras kita. Kelas ini akan diuruskan oleh pelajar Master atau pensyarah kita sendiri.
Share:

UMS bertanya 2 bersama Afza dan Sylvester Runggai - Bahasa Asing dan MUET

Jika perbincangan lepas kita ada membincangkan tentang Persediaan sebelum hari pendaftaran (bagi yang terlepas boleh klik di sini ) kalini saudari afza dan saudara sylvester akan membincangkan tentang MUET & BAHASA ASING. Semoga bermanfaat.


Penerangan: Memandangkan ramai daripada anda kurang faham mengenai syarat kelayakan mengambil bahasa asing, maka saya dengan terbuka hati untuk menjelaskannya.

1) anda perlu mengetahui berapakah markah keseluruhan (overall score) yang anda dapat semasa menerima sijil MUET. Kalau kurang pasti dengan overall score anda, sila berbuat demikian ya.

  • Hal ini penting bagi menentukan sama ada anda perlu mengambil MUET semula ataupun mengambil bahasa asing. Untuk menentukan sama ada perlu mengambil MUET semula atau tidak adalah seperti yang berikut:
Image result for sijil muet

>LOWER BAND 3 (overall score 159 ke bawah), BAND 2 DAN BAND 1 = WAJIB MENGAMBIL MUET SEMULA
>UPPER BAND 3 (overall score 160 ke atas), BAND 4, BAND 5 DAN BAND 6 = WAJIB MENGAMBIL BAHASA ASING
Dengan melihat penerangan yang di atas, anda bakal tahu anda perlu mengambil Bahasa Inggeris atau bahasa asing. Bagi yang layak mengambil bahasa asing, terdapat beberapa jenis bahasa asing yang anda boleh pilih seperti Mandarin, Tamil, KadazanDusun, Arab, Perancis, Jepun dan juga Korea. Tetapi anda tidak boleh main pilih sahaja, ada syaratnya juga.

Syaratnya ialah;
1.adalah anda tidak boleh sama sekali ada basic skill dalam mana-mana pilihan bahasa asing. Ya lah, mana adil untuk pelajar lain yang tiada basic skill sama sekali. Kalau menipu, ilmu nanti tidak berkat.
2. sekiranya anda pelajar mix blood, anda tidak boleh mengambil mana-mana bahasa mengikut bangsa anda. Sebagai contoh;
>Half Chinese dan half Dusun mantad Keningau = Tidak dibenarkan mengambil Mandarin dan Kadazan-Dusun
>Half Dusun dan half Iban = Tidak dibenarkan mengambil Kadazandusun

Mengapa tidak boleh ambil sedangkan saya tidak pandai cakap bahasa ibunda saya? Sebab takut ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan atas situasi begini. Bagi mengelakkan berlakunya penipuan, maka pihak UMS telah menetapkan langkah begitu.

Kelas bahasa ini akan dijalankan selama empat (4) semester. Kelas Bahasa Inggeris akan dijalankan selama empat (4) semester manakala kelas bahasa asing ini akan dijalankan selama tiga (3) semester dan satu (1) semester lagi akan digunakan untuk kelas Advance English. Maksudnya di sini adalah, pelajar Lower Band akan belajar MUET dari semester 1 hinggalah semester 4 manakala pelajar Upper Band akan belajar bahasa asing dari semester 1 hinggalah semester 3, tetapi pada semester 4, mereka akan mengambil kelas Advance English.

Mengapa saya perlu ambil semula MUET sedangkan STPM dahulu saya dah ambil? Okay, MUET ini amatlah penting kerana ianya merupakan salah satu syarat anda untuk bergraduasi. Untuk graduasi, MUET anda hendaklah BAND 3 sekurang-kurangnya. Oleh sebab itu, Lower Band 3, Band 2 dan Band 1 perlu mengambil semula MUET untuk memenuhkan syarat anda untuk bergraduasi. Bagi yang Upper Band 3 dan ke atas, anda perlu mengambil bahasa asing adalah kerana anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu bahasa yang baru. Zaman sekarang, bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya bahasa yang menjadi lingua franca era globalisasi. Jadi, pihak UMS ingin melengkapi diri anda dengan pelbagai kemahiran berbahasa.

Terima kasih kerana sudi membaca!

(kami daripada pihak page mengucapkan terima kasih pada saudari afza dan saudara sylvester kerana menjadikan page kami tempat berkongsi informasi, semoga berguna)
Share:

UMS bertanya 1 bersama Afza dan Sylvester Runggai - Persediaan sebelum Hari Pendaftaran


Image may contain: text
Persediaan sebelum hari pendaftaran.

Jika anda ada persoalan, mungkin ini jawapan yang kami boleh bagi untuk anda iaitu kepada pelajar UMS sesi 2019/2020. 2 orang senior anda akan membantu meleraikan kekusutan anda. Jadi sama-sama kita teliti pesanan daripada saudari afza dan Sylvester. Semoga berguna. 

Image may contain: Siti Nur Afza, smiling, standing
Siti Nur Afza Binti Sidon , Exco Akademik MTME Kelab Geografi UMS & Timbalan Ketua Pelajar  Geografi sesi 2018/2019
Sylvester Runggai anak Dennis yang memegang jawatan Exco Kebudayaan Geografi sesi 2018/2019

Perkara yang perlu dilakukan selepas menerima surat tawaran
Sila buat salinan secara hardcopy dan softcopy serta tolong print semua dokumen di bawah:

1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pelajar (print secukupnya)
2. Salinan Slip SPM dan STPM pelajar
3. Surat Tawaran Kemasukan Universiti
4. Semua Jenis Sijil Yang Dimiliki oleh Pelajar
5. Slip Penyata Gaji Ibu Bapa (Untuk PTPTN)
6. Salinan Sijil Tamat Persekolahan Pelajar
7. Dokumen-dokumen Lain Yang Berkaitan dengan Akademik dan Ko-kurikulum.
8. Laporan Pemeriksaan Kesihatan / X-Ray
9. Gambar Passport (4 Keping dan ke atas)
10. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa dan Adik-beradik
11. Salinan Sijil MUET

Semua yang dinyatakan di atas adalah penting untuk permohonan PTPTN dan permohonan zakat. Salinan kad pengenalan, sijil lahir dan kad pengenalan ahli keluarga hendaklah disahkan di Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat. Segala salinan sijil yang berkaitan dengan akademik boleh disahkan Jabatan Pendidikan Negeri, Daerah atau kalau guna cara senang, minta pengesahan daripada guru-guru yang ada jawatan tinggi seperti Penolong Kanan atau Pengetua.
Image result for ptptn

Bagi sesiapa yang ibu bapa tidak mempunyai slip gaji, anda boleh berjumpa dengan Ketua Kampung untuk mendapatkan borang pengesahan tiadanya slip gaji. Kalau ketua kampung tiada borang tersebut, anda boleh membuat borang tersebut dan minta pengesahan dari beliau. Benda ini adalah penting bagi mengesahkan atau sebagai bukti pendapatan ibu bapa anda.

Bagi pemeriksaan kesihatan pula, anda boleh lakukan di Hospital Kerajaan atau pun di Klinik Kerajaan. Sila print borang pemeriksaan kesihatan di laman web ums ( klik di sini)  Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk melakukan pemerikasaan kesihatan, anda dibenarkan untuk membuatnya dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh pendaftaran.

Untuk penyediaan gambar pula, bagi yang lelaki sila pakai baju kemeja ataupun baju berkolar. Bagi perempuan yang tidak bertudung pula, sila pakai pakaian yang kemas. 
BAJU T-SHIRT ADALAH DILARANG SAMA SEKALI! 
Selain itu, sila pastikan penampilan anda kemas semasa bergambar. Anda digalakkan untuk membeli CD yang ada gambar passport anda supaya senang untuk anda mencetak ulang gambar bagi kegunaan masa hadapan. Pastikan gambar passport anda melebihi daripada empat (4) keping sebagai langkah berjaga-jaga.

Sila rujuk gambar yang tertera untuk persediaan sebelum hari pendaftaran. Sila pastikan anda telah melengkapkan E-Daftar sebelum hari pendaftaran untuk memudahkan urusan.


Share:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results