Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

UMS bertanya 3 bersama Afza dan Sylvester Runggai - Pengkhususan Geografi

Jika anda terlepas info sebelum ini berkenaan persediaan sebelum pendaftaran, anda boleh klik link ini

Baiklah untuk kali ini perkongsian daripada saudara sylvester dan saudari afza tentang subjek yang perlu diambil oleh pelajar tahun 1. Semoga berguna. 

-KHAS UNTUK JUNIOR TAHUN 1 SAHAJA-

SUBJEK-SUBJEK YANG PERLU DIAMBIL.

Terdapat empat (4) jenis subjek yang perlu anda ambil semasa semester 1;

1. Subjek Wajib Universiti

2. Subjek Bahasa @ Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

3. Subjek Pengajian Liberal @ Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

4. Teras Universiti (Ko-Kurikulum)

5. Teras Fakulti

6. Teras Program (HA18 Geografi)


1. Subjek Wajib Universiti
  • Hubungan Etnik (2 Jam Kredit)
2. Subjek Bahasa @ Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
  • MUET @ BAHASA ASING (2 Jam Kredit)  - boleh klik link ini jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang MUET dan Bahasa Asing. 
3. Subjek Pengajian Liberal @ Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
  • Ada tiga (3), iaitu UC, UE, dan UK (2 jam kredit)
Penerangan: Untuk pelajar HA18 Geografi, kamu digalakkan mengambil subjek UC untuk semester 1 manakala subjek UE & UK pada semester 2.
Apa itu UC, UE & UK?
Ketiga-tiga kod ini adalah subjek yang perlu anda ambil semasa melanjutkan pelajaran & ianya bagi memenuhi jam kredit anda serta menambahkan ilmu pengetahuan. Subjek-subjek ini anda perlu habiskan sebelum anda tamat pengajian. Sekiranya anda tidak megambilnya, anda tidak boleh bergraduasi kerana tidak memenuhi syarat kredit. Dalam setiap bahagian UE, UC & UK ini ada pelbagai subjek yang boleh anda pilih.
4. Teras Universiti (Ko-Kurikulum) (3 jam kredit)
  • Kokum ini wajib anda ambil semasa anda melanjutkan pelajaran.
  •  Sekiranya tidak, anda tidak akan dapat bergraduasi. Anda tidak digalakkan mengambil kokum semasa semester 1, akan tetapi anda digalakkan untuk mengambilnya semasa semester 2 KECUALI bagi anda yang berminat untuk mengambil kokum Uniform seperti PALAPES (UDARA, DARAT & LAUT), SUKSIS & SISPA. 
  • Hal ini kerana mereka ini akan ada aktiviti kokum pada setiap semester.
  • Jadi kena ambil masa semester 1 juga. 
  • Terdapat pelbagai jenis kokum yang lain boleh anda pilih mengikut minat anda sebagai contoh, Pengurusan Masjid & Jenazah, Baktisiswa, Senamrobik dsb. Kokum-kokum tersebut hanyalah diambil selama satu (1) semester sahaja. Ada juga kokum yang mengambil masa selama tiga (3) semester seperti Brass Band.
Sebab mengapa unit beruniform mengambil masa yang lama?
  • kerana apabila anda bergraduasi nanti, anda bukan sekadar memegang title sebagai mahasiswa/wi, anda juga memegang pangkat pegawai simpanan untuk setiap unit anda!
  • Jadi, sangat berbaloi dengan tempoh serta kesanggupan anda menjalani kokum. Sesiapa yang menyertai unit beruniform akan mempunyai kediaman kekal di dalam UMS & ada elaun. (opps terpromote pula) 
5. Teras Fakulti
  • Pengantar Ilmu Saintifik (3 Jam Kredit)
  • Budaya dan Masyarakat di Sabah (3 Jam Kredit)
Penerangan: 
Ini merupakan subjek yang patut anda wajib ambil kedua-duanya semasa semester 1 bagi fakulti kita iaitu Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW). 
Kenapa ada tertulis 3 jam kredit? 
Kalau ada 3 jam kredit bermaksud ada Kelas Tutorial atau senang cerita, kelas tambahan. 2 jam kuliah dan 1 jam untuk kelas tutorial di mana kelas tutorial ini akan diuruskan oleh pelajar Master. Waktu kuliah anda & juga kelas tutorial adalah berbeza sebagai contoh; 
Kuliah diadakan pada hari Isnin pada jam 2 petang hingga 4 petang manakala kelas tutorial pula diadakan pada hari Rabu pada jam 9 pagi hingga 10 pagi.
Waktu kelas tutorial akan bergantung kepada tutor anda untuk tetapkan.

6. Teras Program (HA18 Geografi)
  • Pengantar Geografi (2 Jam Kredit)
  • Geografi Fizikal (2 Jam Kredit)
  • Pemetaan & Interpretasi Peta (2 Jam Kredit)
Penerangan: 
Untuk semester 1 ini, ianya sudah ditetapkan subjek apa yang perlu anda ambil dalam program. Semua subjek di atas akan ada kelas tutorial juga walaupun cuma 2 jam kredit sahaja. Mengapa? 
Sebab ianya adalah teras program kita dan kita perlu mendalami subjek-subjek teras kita. Kelas ini akan diuruskan oleh pelajar Master atau pensyarah kita sendiri.
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results