-
Demon Slayer - Perjuangan Seorang Abang menyembuhkan adiknya (ulasan anime)
Dengan berakhirnya episod 26 semalam maka berakhirlah anime kimetsu no yaiba season 1.Jadi sebagai tanda kenang-kenangan aku akan cuba ulas anime ini kali ini bersandarkan kepada season 1 sahaja. Semoga ulasan aku ini membantu untuk bagi yang belum tengok boleh tengok cepat-cepat.
> -
Hadiah terbaik untuk Sambutan Hari Lahir
Setiap kali sambutan ulang tahun atau hari lahir apa yang engkau inginkan?Sebuah kereta besar ? Coklat yang banyak? Bunga dari kekasih? Makan KFC , MCD, Starbuck atau SG? Atau kek hari lahir yang sangat mewah?.
-
6 Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan.
Selepas sahaja kamu tamat pengajian, adakah benar-benar kamu bersedia dalam alam pekerjaan?Jika kamu lihat pada persoalan awal ini, ini soalan untuk sama-sama muhasabah diri adakah kamu bersedia untuk bekerja atau kamu langsung tidak bersedia?.
-
SAJAK : SENGSARA (Sajak Sempena Minggu Anti Dadah 2012 SMK Taman Desa Jaya)
Sakit,Sakit, Aduh Sakit!! Aku menyesal, aku insaf, aku bertaubat, Janganlah Engkau hukumku begini,.
-
Pengalaman Aku di Sabah
Baiklah harini saya akan cuba kongsikan pengalaman bagaimana saya boleh mengenali Sabah dan bagaiman pengalaman di sana.
Adakah Islam setuju dengan Femenis?
Kenapa Guru Interim diberikan kepada bukan pendidikan sedangkan graduan pendidikan ramai menganggur?
- dalam isu kali ini, aku tidak menafikan bahawa “rezki itu miliknya”. Jadi tahniah bagi yang dapat.
- cuma aku bimbangkan soal Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas. Hal ini kerana dalam hal guru interim, pihak berkaitan seolah-olah bermain “try and error” dengan pelajar sedangkan “graduan pendidikan ada” tapi kerana konsep pendidikan UA untuk SMK yang membataskan perkara tersebut.
"Bng nk tmbh dan inkuiri sikit😂,, slepas sorng graduan pendidikan hbis pgajian bukankah mereka dipanggil utk IV barulah ditempatkan di smk, so boleh jadi tak, sorang graduan tersebut agak lemah dri segi iv mnybabkan graduan bukan kelulusan pendidikan lebih mnonjol.. so lbh prefer graduan bukan pendidikan.. 1 lgi adakah ni adalaj strategik penjimatan, sbb andai kata kerajaan ambil graduan pendidikan, merela ni kira tetap so kenaikan gaji akan sentiasa berlaku selepas dua tahun bekerja jika mereka jalani kursus2.. tpi andai kata ambk graduan bukan pendidikan, dari soal kenaikan gaji mungkin tidak semudah yg tetap sebab kan isu kontrak.. namun ni spekulasi mainan ekomomi malaysia😂.. mybe dia lihat dri segi jangka masa,, tpi betul lh kn murid yg jadi mangsa kepada percubaan graduan bukan pendidikan, tpikan agak mustahil utk graduan bukan pendidikan pelajari ilmu padagogi dlm tempoh 2-3 bulan, so soal ilmu padagogi dan pyscologi pendidikan boleh diatasi dgn join kursus.. okyy sekadar tmbhan dn inkuiri tntng soal interim😂😂" - Junior.2) Ada juga yang berpandangan mereka layak masuk kerana melepasi ujian menjadi guru interim.
"Ndaa baa pok ,logik mmg logik durang mrah sbb durang mmg pendidikan ,sbb tu ada org kata budak pendidikan sbnrnya nda biasa bsaing baini ,sbb tu durang panas ,sdgkan budak sains sosial atau slain pendidikan kita tpksa fight cari dmana rezeki ada mcuba nsib semua ,sbb bgi mereka yg pendidikan durang rasa yakin trus jdi cikgu tu ,skli ikut dasar skg , smua open market ,tkjut durang bsaing ,lgpunn msuk interim kami ikut prosedur juga ada ujian btulis , iv semua ,suda jg lalui semua tapisan bukan senang rasanya ..lgpun ada stgh graduan bukan pndidikan mmg ia minat bidang guri apakan daya ,trkena sains sosial .bgitula critanya ... Lgpun dak interim pun akan dasah mllui KDc jg nnti .." - Bakal guru interim
3) Ada yang menyokong guru interim menjadi Open Market kerana nak wujudkan persaingan dan kualiti lebih baik.
"Baguslah apa kerajaan buat skrg ni, open market, sbb bdk graduan pendidikan kbykannn confident masok pasaran, tetapi kualiti belum tentu. Tahu xpe Tapi kualiti tarak Terang2 ckp Dh mcm kje admin biasa Dtg skdr mngjara Xde nilai nk pupuk ilmu tu mcm mana Xmcm cxgu kita dlu. Ni bila dh buat cmni Sistem kontrak So masing2 akan perform yg trbaik Nk jga KPI *klo x hampeh"Pandangan anda bagaimana pula?
Pemandu Mabuk - Malaysia Wajar Tiru cara Thailand, Taiwan dan New Zealand
Definisi Pendidikan Tanpa Dokumen oleh KPM yang sering disalah erti orang ramai.
"Sebab itu sewaktu Saidina Ali membandingkan antara harta dan ilmu mana yang akan dipilih. Saidina Ali memilih ilmu kerana sifat ilmu itu melindungi kita"
Kemanakah Zakat Tabung Haji itu pergi?
- Zakat yang dimaksudkan ini ialah zakat simpanan iaitu pada kadar 2.5% apabila cukup haul dan melebihi kadar 85gram emas semasa.
- Berbeza dengan Tabung Haji, memang sebenarnya tujuan penubuhan tabung haji berfokus kepada “persiapan menunaikan haji”. Namun demikian, Tabung Haji proaktif untuk menyediakan simpanan dan dividen kepada penyimpan disamping membayarkan zakat untuk pihak kamu iaitu membayar zakat simpanan duit kamu sebanyak 2.5% (kadar zakat simpanan).
- ASB kamu perlu membayar zakat sendiri mengikut kiraan ditetapkan oleh pihak pusat zakat.
- diberikan kepada pusat-pusat zakat seluruh negeri pada setiap suku tahun pertama.
- diberikan terus kepada asnaf yang layak melaluli 4 program CSR iaitu Ehsan, Iqra, Mobiliti & Ikhtiar.
2) Program Iqra fokus utama ialah bantuan pelajar kurang mampu dengan pemberian barangan sekolah & wang saku sebelum masuk alam persekolahan.
3) program ikhtiar merupakan program suntikan modal perniagaan kepada asnaf.
4) program mobiliti fokus utama dengan memberikan penyediaan van dwi-fungsi penumpang atau jenazah kepada masjid terpilih yang memerlukan.
Makna kata duit zakat tabung haji bukan sahaja diberikan kepada pusat zakat negeri tetapi diberikan juga terus kepada golongan asnaf yang dikenalpasti.
Bagi tabung haji, tiada limit simpanan.
Baiklah saya rasa itu sahaja daripada saya. Semoga menjawab soalan yang bertanya 🥺👀
Rujukan:
- Laman Rasmi Tabung Haji berkenaan program Zakat & kadar zakat dikeluarkan untuk simpanan
- Pengiraan Zakat ASB oleh Zakat Selangor
- Selangor akur ASB harus dalam astro awani
Salahkah Kita Beragama Islam? Umat Islam Uyghur di Xin Jiang Sedang Menangis. Mengapa Kita Berdiam?
- menyekat media sosial di China.
- setiap kali lawatan orang luar ke Xin Jiang, pemerintah China akan merancang setiap tingkah laku baik sahaja yang akan dipamerkan di Xin Jiang.
- Malah, mereka juga akan merancang meletakkan seorang imam upahan untuk menerangkan "dasar kononnya baik" dari kerajaan China dan mengawal tempat tertentu sahaja yang boleh dilawat pelawat yang hadir ke Xin Jiang.
- apa yang dilakukan oleh China ialah memasukkan etnik han ke Xin Jiang secara beramai-ramai.
- malah, orang Uyghur juga dipaksa berkahwin dengan etnik han supaya anaknya nanti bukan lagi islam.
- Cuma kalau genocide dari sudut pembunuhan etnik masih belum dijumpai sebarang bukti kukuh tentang isu ini (salah satu sebab dasar China menyekat dan mengawal media)
- pertuduhan keatasnya akan mudah dihapuskan kerana dia kuasa veto.
- jadi apabila isu ini cuba dibangkitkan, “ ianya hanyalah satu tindakan sia-sia”
- plan China Belt and Road sebenarnya mengikat negara-negara membangun yg majoritinya negara Islam dengan bantuan-bantuan projek mega.
- kesannya, sekiranya mereka lantang bersuara akhirnya risiko “bantuan pelaburan tersebut” akan terlepas.
- dasar tutup pintu china dari sudut laman sosial menyukarkan pengumpulan bukti.
- Sebab itu bagi pandangan peribadi, saya bersetuju dengan tindakan Ozil mengkritik masyarakat dunia khususnya masyarakat islam yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang manusia.
Tak perlu jadi islam untuk tahu salah dan silap. Cukuplah menjadi manusia. Baiklah sekian 🌹
Sumber Rujukan
1) Astro Awani, Ozil kritik umat Islam abaikan etnik Uighur, http://www.astroawani.com/berita-dunia/ozil-kritik-umat-islam-abaikan-etnik-uighur-225293. Diakses pada 17/12/2019.
2) Temubual bersama Abdul Salam, Imam etnik Uyghur bermastautin di Australia tentang corak penindasan Negara China terhadap etnik uyghur
https://www.sinarharian.com.my/article/12439/BERITA/Nasional/Dunia-Islam-jangan-biar-China-terus-ratah-etnik-Uighur. Diakses pada 17/12/2019.
3) Astro Awani tentang periksakan tinggal serumah dengan Uyghur http://www.astroawani.com/berita-dunia/isteri-etnik-uighur-dipaksa-sekatil-dengan-pegawai-kerajaan-221944. Diakses pada 17/12/2019.
4) BBC News tentang latarbelakang Uyghur https://www.bbc.com/news/world-asia-china-22278037. Diakses pada 17/12/2019.
5) World Uyghur Congress, https://www.uyghurcongress.org/en/east-turkestan-2/. Diakses pada 17/12/2019.
Manusia jahat ialah manusia baik yang disakiti? Perlukah memilih menjadi Jahat, balas dengan keadilan atau memaafkan?
Ringkasan kisahnya ialah mengenai Joker yang sentiasa dikhianati oleh orang yang dipercayai hingga satu saat Joker memilih untuk menjadi “individu jahat”.
Rasanya ulasan cerita ini aku bagi ringkas sahaja sudah memadai kerna ada ulasan lebih spesifik dari yang bertanyakan soalan iaitu berkenaan 2 situasi iaitu sayang kemudian disakiti dan buat baik kemudian dikhinati.
Bagi aku wajar menjadi individu jahat asalkan setimpal dengan kejahatannya dan ditujukan pada orang yang bersalah dengan melalui kejahatan yang sah iaitu melalui undang-undang atau hukuman yang setara.
Bukan dengan “menghukum” mereka yang tidak bersalah sekali disabitkan dalam keadaan tersebut. Itu bukanlah hukuman setimpal tapi bentuk kejahatan nyata bahawa kamu sama sahaja dengan individu yang jahat tersebut.
Benda ni bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan sebab manusia juga dipengaruhi oleh “emosi” bukan akal semata-mata. Sebab itu, banyak kejahatan dilakukan jika melibatkan kawan dipandang “eh takpe dia baru kali pertama” tapi kalau bukan kawan “dikritik habis-habisan”. Bagi aku itu bukanlah satu keadaan “keadilan yang diperjuangkan dari awal”.
Tapi tidak bermakna solusi bagi keadaan “buat baik dibalas jahat atau pernah menyayangi akhirnya disakiti” akan berakhir semata-mata dengan solusi dibalas dengan tindakan setimpal. Tapi ada juga yang memilih untuk memaafkan cumanya dikemudian hari lebih berjaga-jaga.
Jom kita terbang jauh ke korea . Eh kpop. Henry Eks Super Junior pernah mempunyai kekasih tetapi kekasihnya mengkhianatinya dan pergi ke individu lain. Walaupun Henry telah memaafkan tetapi dia trauma dengan cinta. Meskipun dia trauma, tiada tindakan “bahaya” dilakukan kepada kekasihnya. Malah kekasihnya bahagia dengan pasangan baharu.
Kalau kes tempatan pasangan Abby abadi dan Normal Hakim pernah ditakdirkan suatu ketika dahulu berpisah kerana kes orang ketiga. Namun demikian, disebabkan perpisahan ini mereka telah menjadi sahabat yang akrab dan memilih untuk saling memaafkan antara satu sama yang lain.
Kes lain bintang bollywood Shilpa Shetty & akshay kumar putus juga kerana orang ketiga. Namun sehingga kini mereka boleh berborak seperti seorang sahabat dan shilpa pula akan melangsungkan perkahwinannya dengan Raj Kundra pada tarikh yg dimaklumkan kemudian.
Ini semua contoh-contoh pernah sayang tapi berakhir dengan disakiti. Tapi memilih untuk tidak membalas dendam dan memilih untuk memaafkan dan akhirnya mereka hidup aman dan bahagia.
Ingat tak pepatah melayu, bagai melepaskan anjing tersepit. Perumpamaan ini sebenarnya mengajar kita bhawa berhati-hati dalam melakukan kebaikkan. Sama juga seperti buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Dari perumpamaan ini sebenarnya peristiwa-peritiwa diluar sana yang berlaku kerana terlalu “baik” dan ditimpa musibah kemudiannya.
Contoh peristiwa bagaimana penjajahan british di kedah melalui SHTI bermula dengan “kebaikkan” Sultan kedah ketika itu menyerahkan “pulau pinang” kepada Francais light. Begitu juga kebaikkan kerajaan Johor menyerahkan Singapura kepada Stamford Raffless rentetan pergolakan takhta yang berlaku. Ini semua akibat terlalu baik.Namun demikian, adakah bermakna kalau dibalas dengan cara “kegaganasan” langkah itu akan berjaya untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah itu sendiri?
Tidak.Kita memilih untuk memaafkan dan menyelesaikan masalah yang berlaku itu melalui “perdamaian” hingga terbentuknya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kesannya, meskipun selepas kemerdekaan, British masih lagi memberikan bantuan-bantuan terutamanya dalam aspek pertahanan sewaktu Malaysia diserang oleh Indonesia dalam Ganyang Malaysia dan serangan komunis.
Jadi untk keadaan “Orang jahat adalah orang baik disakiti” adalah soal pilihan kamu sebenarnya. Kamu memilih untuk bertindak jahat. Kamu juga kena tanggung risikonya.
Tapi, tidaklah bermakna kita perlu abaikan orang sebegini. Tapi adalah sebaiknya, kita menasihaitinya sebaik mungkin. Supaya mereka sedar akan kesilapan dan tidak “ego untuk memohon kemaafan”.
Dan jika 2 perkara ini terjadi pada kamu. Pilihlah antara 2 pilihan iaitu “balas dengan balasan setimpal kepada si pelaku melalui cara yang halal “ atau memaafkan.
Benda baik memang berat untuk dilakukan. Tetapi kita berusaha untuk menjadi manusia hebat. Nasihat tuk diri sendiri juga 😌
Punca Berlakunya Kes Rogol di Sekolah
- Di era IR 4.0 ini, semua maklumat dihujung jari.
- namun demikian, apabila maklumat masuk tanpa kawalan, mereka yang hanya “tahu menggunakan internet” tapi tidak mahu menggunakan akal untuk menapis baik dan buruk akan membawa kepada kemudaratan.
- kalau kita lihat bahawa, ketagihan seks ini sebenarnya disebabkan oleh pelajar terbabit sudah “asyik” melihat atau membaca bahan-bahan pornografi hasil daripada blog mahupun video di internet.
- jadi tidak hairan Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja
- kesannya, “mereka merasa” ingin mencuba untuk melakukan seperti apa yang mereka lihat ataupun baca.
- rakan merupakan individu yang paling rapat dengan remaja.
- rakan dianggap sebagai individu yang “lebih memahami” dirinya berbanding “keluarga atau orang dewasa yang lain”.
- Pemilihan rakan yang tidak baik di sekolah akan mempengaruhi perwatakan mereka.
- biasanya, rakan-rakan akan mencabar rakannya untuk “melakukan hubungan seks” dengan wanita-wanita tertentu sehingga rakannya rasa tercabar dan “membuat tindakan terkutuk itu”.
- sedar atau tidak di saat wanita membenarkan lelaki menyentuh kulitnya meskipun sekadar gurauan, tindakan ini sedikit sebanyak meransang otak lelaki tersebut untuk “buat lebih lagi”
- sebab itu jika dalam islam ujian terbesar bagi seorang lelaki ialah “wanita” dan kalau ingat pesan orang tua-tua kenapa selalu cakap “jaga batas”
"sebab bermula dari batasan yang open sebenarnya membuka ruang untuk perkara terkutuk itu terjadi"
- sebab itu jika kamu “bercinta”, jika ada tanda-tanda kamu mula untuk “membuka batas”, cuba tanamkan pada diri dan marahi diri sendiri. Jika pasangan kamu mulakan langkah, nasihati dan tegurlah.
- bagi juga amaran kepadanya, jika berulang kamu rasa lebih baik putus.
- dari situ “pasangan kamu itu akan sedar kesilapannya”. Sebab kita manusia takkan lari dari “hawa nafsu”dan kesilapan.
- ingat, sekali kamu mula benarkan, risiko kamu dirogol itu tinggi.
- bak kata pepatah “mencegah lebih baik dari mengubati”.
- Dalam hal ini, kebanyakkan pelajar “kurang didedahkan tentang akibat merogol.
- Apabila wujud keadaan “kurang pendedahan” tetapi fokus kepada “capai KPI sekolah” , kesannya tujuan pendidikan untuk mendidik dan memberi panduan hidup telah lari.
- Namun demikian, untuk disalahkan guru itu sukar kerana “sistem pendidikan kita berorientasi exam dan KPI”
- Jadi tidak hairan jika semakin hari semakin lari daripada matlamat sebenar pendidikan itu sendiri iaitu mendidikan dan menjadi panduan jalan.
- ingat tak cikgu selalu nasihat kalau untuk perempuan, pergi tandas biar berdua, balik sekolah biar beramai-ramai dan jangan seorang diri.
- tapi realitinya, ada pelajar perempuan lebih gemar “bergerak sendiri” kerana menganggap mereka sudh berdikari.
- “ si jantan pula” mencari peluang-peluang begini untuk melalukan tindakan terkutuk terhadap pelajar perempuan tersebut.
- Akhirnya berlakulah keadaan tersebut.
1 atau 2 pilih aku atau dia : Buatlah pilihan yang tepat
"Ramai menganggap bahawa bawa motor sangat membahaya ke kedai rumah atas sebab bimbang akan berlaku “accident”. Tapi kenapa lebih ramai kalau nak pergi ke kedai berhampiran, mereka akan bawa motor? Siap tak pakai helmet lagi .. ish ish.. kerana mereka yakin dengan pemanduan mereka dan ada pengetahuan tentang bawa motor dengan selamat ke kedai berhampiran rumah"
"Ingat pilihan sama seperti peluang akan sentiasa wujud sampai akhir hayat anda. Cuma sama anda berani atau tidak untuk bertindak memisahkannya. Baiklah itu sahaja."
Second Chance : Jika Diberi peluang adakah anda ingin berikannya?
Bak kata mak cik- mak cik bawang “ sampai mati pun aku takkan maafkan kau”.
"seandainya mereka sudah dikenakan hukuman yang setimpal atau kamu sendiri akui mereka sudah berubah kearah yang baik sepenuhnya. Maafkan sahaja. Supaya kita tidak lagi bermusuh sesama masyarakat."

























