Soalan: Cuba ulas psl interim? Bkn nk resis no tpi cuba daus fkir . Knpa nk keluarkn belnja ambil org yg bkn ada ltr belkng pndidikan untk jdi cgu? Sedngkn org yg dh ada ltr belkng pndidikan blm dipostingkan. Why? Elok postingkn org yg ada kemahiran daripda kita ambil org yg x ada kemahiran dan kita perlu keluarkan kos bg latihan kpda mereka ?
Sebelum itu saya ucapkan tahniah buat rakan-rakan dan orang di luar sana yang berjaya mendapat tawaran sebagai guru interim. Kemasukkannya tidak lama lagikan.
Sebelum kita pergi lebih jauh mari kita berkenalan secara ringkas apa itu guru interim. Guru interim ini mudahnya sama sahaja status seperti penjawat awam yg lain yang terima kewangan dan faedah kerajaan tapi tidak menerima manfaat “tetap” atau mudahnya hampir sama seperti pekerja kontrak. Tempoh perkhidmatan ialah selama 3 tahun. Bagi yang ingin menjadi tetap perlu mengikuti kursus dalam cuti atau KDC tetapi dengan belanja sendiri. Dan hanya boleh “claim” elaun perjalanan sahaja.
Sumber : Permohonan Guru Interim
Pengambilan guru interim yang “besar” pada penghujung tahun 2019 dan awal tahun 2020 adalah disebabkan kekurangan graduan IPG yang diserap “masuk” kedalam sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebanggsaan cina (SJKC).
Dalam isu guru interim kalini ianya melibatkan guru sekolah rendah. Kalau melihat kepada “konsep kemasukkan guru” di Malaysia mudahnya, guru sekolah rendah adalah keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala SMK adalah keluaran dari Universiti dalam pengkhususan pendidikan.
Dalam isu kalini, pengambilan guru interim bagi SK dan SJKC adalah daripada “bukan pendidikan”. Hal ini kalau mengikut kenyataan YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan adalah untuk menampung masalah kekurangan guru SK dan SJKC.
Sumber : Berita Harian.
Jadi apa sebenarnya luahan dari “graduan pendidikan UA”?
Dalam kenyataan Mohd Azrinsyah , wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA) menyatakan lebih 6,516 graduan pendidikan tidak dipanggil “posting” walau ada yang sudah lebih 5 tahun menamatkan pengajian .
Malahan menurut saudari Nor Siana Nasir, wakil GGPUA juga menyatakan bahawa adalah satu kerugian mereka yang sudah ada “asas pedagogi dan gambaran pendidikan melalui pelajaran” tidak diberikan keutamaan untuk “diambil” hanya kerana graduan pendidikan UA hanya untuk SMK.
Kenyataan yang sama juga dari Siana, jika kerajaan mengambil graduan pendidikan berbanding bukan pengajian, sudah pasti akan mengurangkan “beban” kerajaan dalam menanggung kos elaun perjalanan KDC kerana mereka sudah ada “kelayakkan twrsebut”
Apa pandangan aku tentang isu ini?
- dalam isu kali ini, aku tidak menafikan bahawa “rezki itu miliknya”. Jadi tahniah bagi yang dapat.
- cuma aku bimbangkan soal Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam kelas. Hal ini kerana dalam hal guru interim, pihak berkaitan seolah-olah bermain “try and error” dengan pelajar sedangkan “graduan pendidikan ada” tapi kerana konsep pendidikan UA untuk SMK yang membataskan perkara tersebut.
Kenapa saya cakap pihak berkaitan seolah-olah “buat try and error”?
Kerana, mereka akan dipanggil untuk KDC sewaktu cuti. Malah tempoh masa mengajar mereka sebenarnya sangat lama iaitu “3 tahun”. Berbeza jika ambil dari graduan “pendidikan” kerana pedagogi dan lain-lain aspek pendidkan itu memang “asas mereka”. Jika dia melakukan satu tindakan yang bukan “norma seorang guru” mereka tahu itu salah.
Namun, boleh jadi juga tujuan pihak berkaitan buat begini kerana mereka merupakan individu yang pakar dalam subjek yang diajar. Kerana kita tahu mereka yang ambil “ijazah tersebut” dan mengajar ialah mereka yang “terlibat secara langsung dalam “kajian” berkaitan ilmu tersebut. Makna kata tujuan KPM boleh dilihat bahawa “mereka ambil dari mereka yang pakar dalam subjek dan menganggap bahawa kepakaran P&P boleh dibentuk.
Tapi macam saya katakan tadi ini satu risiko besar. Kerana mereka bukan keluaran pendidikan. Tapi kebanyakkan mereka lebih kepada keluaran graduan bersifat kajian.
Kesannya, pelajar SJKC atau SK akan menjadi objek “eksperimen” hasil daripada guru interim baharu. Kesimpulannya, walaupun kerajaan mengatakan bahawa “program pendidikan bukan jaminan di posting jadi cikgu” namun, perlu dinilai semula tentang “keadaan kekosongan jawatan guru secara keseluruhannya”.
Jika kerajaan lebih berminat untuk mengambil “secara kontrak atau interim sahaja” sebab itu mengambil yang bukan pendidikan, adalah lebih baik untuk dibekukan program pendidikan atau dilimitasikan pengambilannya, supaya isu lambakan graduan pendidikan tidak menjadi isu saban tahun diungkit-ungkit.
Apa pandangan rakan-rakan?
1) ada yang menganggap guru interim perlu dibuka untuk jangka panjang tapi tak menafikan jadi satu bentuk 'eksperimen"
"Bng nk tmbh dan inkuiri sikit😂,, slepas sorng graduan pendidikan hbis pgajian bukankah mereka dipanggil utk IV barulah ditempatkan di smk, so boleh jadi tak, sorang graduan tersebut agak lemah dri segi iv mnybabkan graduan bukan kelulusan pendidikan lebih mnonjol.. so lbh prefer graduan bukan pendidikan.. 1 lgi adakah ni adalaj strategik penjimatan, sbb andai kata kerajaan ambil graduan pendidikan, merela ni kira tetap so kenaikan gaji akan sentiasa berlaku selepas dua tahun bekerja jika mereka jalani kursus2.. tpi andai kata ambk graduan bukan pendidikan, dari soal kenaikan gaji mungkin tidak semudah yg tetap sebab kan isu kontrak.. namun ni spekulasi mainan ekomomi malaysia😂.. mybe dia lihat dri segi jangka masa,, tpi betul lh kn murid yg jadi mangsa kepada percubaan graduan bukan pendidikan, tpikan agak mustahil utk graduan bukan pendidikan pelajari ilmu padagogi dlm tempoh 2-3 bulan, so soal ilmu padagogi dan pyscologi pendidikan boleh diatasi dgn join kursus.. okyy sekadar tmbhan dn inkuiri tntng soal interim😂😂" - Junior.2) Ada juga yang berpandangan mereka layak masuk kerana melepasi ujian menjadi guru interim.
"Ndaa baa pok ,logik mmg logik durang mrah sbb durang mmg pendidikan ,sbb tu ada org kata budak pendidikan sbnrnya nda biasa bsaing baini ,sbb tu durang panas ,sdgkan budak sains sosial atau slain pendidikan kita tpksa fight cari dmana rezeki ada mcuba nsib semua ,sbb bgi mereka yg pendidikan durang rasa yakin trus jdi cikgu tu ,skli ikut dasar skg , smua open market ,tkjut durang bsaing ,lgpunn msuk interim kami ikut prosedur juga ada ujian btulis , iv semua ,suda jg lalui semua tapisan bukan senang rasanya ..lgpun ada stgh graduan bukan pndidikan mmg ia minat bidang guri apakan daya ,trkena sains sosial .bgitula critanya ... Lgpun dak interim pun akan dasah mllui KDc jg nnti .." - Bakal guru interim
3) Ada yang menyokong guru interim menjadi Open Market kerana nak wujudkan persaingan dan kualiti lebih baik.
"Baguslah apa kerajaan buat skrg ni, open market, sbb bdk graduan pendidikan kbykannn confident masok pasaran, tetapi kualiti belum tentu. Tahu xpe Tapi kualiti tarak Terang2 ckp Dh mcm kje admin biasa Dtg skdr mngjara Xde nilai nk pupuk ilmu tu mcm mana Xmcm cxgu kita dlu. Ni bila dh buat cmni Sistem kontrak So masing2 akan perform yg trbaik Nk jga KPI *klo x hampeh"Pandangan anda bagaimana pula?
0 comments:
Post a Comment