Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Perkahwinan dan percintaan dengan Bunian dalam kepercayaan Masyarakat Melayu

Soalan yang ditanyakan : Cinta mnusia dan bunian 😂

Baiklah mari kita mulakan perbahasan. 

Dalam PRPM mendefinisikan orang Bunian Sebagai orang halus (tinggal dalam hutan dan lain2). Maksud yang lebih jelas dengan perinciannya dapat dilihat dalam takrifan dari pengamal perubatan Islam, Ustaz Hadi Talhah yang menjelaskan bahawa orang bunian ialah makhluk alam lain yang hendak berkahwin, mendampingi, berkeluarga atau mahu berkawan dengan manusia, jenis yang tidak merasuk dan boleh menjelma dalam pelbagai rupa. 

Pemahaman masyarakat Melayu, bunian merupakan makhluk yang hidup dalam satu kolompok tertentu dan tidak dapat dilihat di alam nyata. Gambaran dalam mitos, lagenda atau manuskrip melayu seringkali mengambarkan bahawa orang bunian ini dilihat sebagai “puteri yang jelita” (belum jumpa lagi cerita lagenda melayu bunian yang kacak) atau nenek kebayan. 

Pemahaman mudah tentang bunian juga dikongsikan oleh salah seorang rakan saya 
Panjang crite ko.
Member aku yg dikatakan  "dibuka hijabnya" terangkan dgn cara yang lebih aku paham.
"Ko tgk the flash? Ade multiverse kan? Haaa dunia bunian jin ni sama, waktu kita jek berbeza, ""teknologi"" dia canggih gile, sbb tu dia yang boleh keluar masuk universe kita".
Trus paham dunia ghaib ni. Hahahah

Banyak cerita-cerita dahulu mengambarkan tentang “masyarakat bunian” atau orang bunian kepercayaan masyarakat melayu seperti Sumpah orang minyak (P Ramlee) kisah tentang si Bongkok dipulihkan di alam bunian sebelum akhirnya disumpah jadi orang minyak. 

Kisah Puteri Gunong Banang, sebuah kisah mengisahkan seorang budiman yang hodoh bertemu dengan bunian yang jelita dan yang agak moden buniannya ialah dari kisah Sumpah Bunian Lakonan Nora Danish yang mengisahkan bunian berkahwin dengan manusia. 

Lakonan Nora Danish dalam Sumpah Bunian.

Kesemua kisah adaptasi ke filem ini adalah hasil kisah-kisah rakyat yang dicerita turun temurun malah ada yang dari kisah daripada manuskrip melayu. 

Pengaruh bunian dalam pemikiran masyarakat Melayu juga telah mempengaruhi kepada “kisah disebalik sesuatu tempat Misalnya Gua Gunung Senyum di Temerloh Pahang adalah kisah diantara perkahwinan Tok Long, lelaki budiman dengan puteri bunian sebelum akhirnya Tok Long melanggar janjinya pada isterinya itu. 

Begitu juga kisah Gunung Banang, Batu Pahat yang saya cerita kan sebentar tadi juga dipengaruhi dengan kisah “masyarakat” tentang bunian. 

Baiklah, bagaimana pula dengan perkahwinan bunian dan manusia? 
Seperti saya jelaskan sebelum ini, pengaruh bunian yang Dianggap “jelita” telah menangkat mereka ini sebagai makhluk special dan hanyak orang tertentu layak berkahwin dengannya. Misalnya dalam kisah Di sebalik Gunung Senyum, dalam drama melayu pula seperti Puteri Bunian dan Sumpahan Bunian mengambarkan bahawa “hanya yang baik sahaja layak”. 

Sebab itu, dalam Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah ada menjelaskan tentang syarat-syarat diletakkan oleh Puteri Gunung Ledang yang dianggap tidak logik untuk dilaksanakan oleh Sultan disampaikan oleh seorang nenek kebayan ( salah satu makhluk bunian dalam masyarakat Melayu seperti dalam hikayat inderaputera) kerana ingin menguji sejauhmana “Sultan Mahmud Shah” benar-benar baik orangnya. Seperti mana dijelaskan dalam petikan Sulalatus Salatin; 
“Jikalau raja melaka hendaklan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu dari Melaka datang ke Gunung ledang ...
Walaupun ada perbahasan mengatakan puteri gunung ledang dari jawa namun “magic” dan kelebihan merubah kepada rupa nenek kebayan adalah menyamao “ciri-ciri bunian” dalam masyarakat Melayu. 

Jadi, makna kata di sini masyarakat Melayu dan bunian itu tidak terpisah jauh dan hampir kesluruhan manuskrip melayu menceritakan hal yang demikian. Malah, perkara ini diperkuat dengan usaha kearah perkahwinan atau perkahwinan yang akhirnya berpisah untuk gambarkan bahawa kewujudakn “bunian” di alam melayu. 

Jadi bagaimana pula hukum berkahwin dengan perkahwinan bunian? 
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan dalam laman rasminya menjelaskan bahawa bunian ini termasuk dalam golongan jin. Hukumnya ialah tidak sah perkahwinan tersebut seperti mana Diperkuatkan dalam Surah An-Nahl ayah 72 yang bermaksud 
“Allah menjadikam bagi kamj dari diri kamu sendiri berpasangan-pasangan dan dijadikan bagi kamj dari pasangan kamu. 
Makna kata dalam bahasa mudahnya, jika kita manusia pasangan kita juga ialah manusia. Bergitu jugalah dengan jin atau bunian. Sebab mufti menganggap perkahwinan tersebut tidak sah kerana banyak kemudaratan seperti masalah nasab, kewalian, waris kerana berbeza alam dan banyak masalah-maslah lain. 

Konklusinya, bunian dan perkahwinan di alam masyarakat Melayu atau manusia tidak asing lagi khususnya di rantau nusantara. Sebab itu, kisah-kisah rakyat atau manuskrip lama banyak menceritakan perihal ini. Sebab itu tidak hairan apabila Skeat pengkaji adat dan budaya daripada barat dalam bukunya malay magic: being introduction to folklore and popular religion of the malay peninsula menyatakan bahawa sistem sosioekonom masyarakat Melayu berkait rapat dengan pemikiran magic dan mistik. Ini terbukti melalui salah satu contoh saya bahaskan iaitu bunian. Namun demikian, dalam islam boleh untuk kita percaya kewujudannya namun janganlah sehingga wujud amalan khurafat dan ada pula lebih memilih Bunian berbanding berkahwin dengan manusia. 

Jika belum ada jodoh teruskan berusaha. Ok? 

Baiklah itu sahaja daripada saya. Tq
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results