Cerita ini mengisahkan tentang “gabbar” iaitu individu yang membenteras rasuah dengan cara menangkap pegawai atau kakitangan kerajaan yang paling tinggi “rasuahnya” dan dihukum mati bersama-sama dengan bukti. Perjuangannya bermula selepas isterinya mati dalam insiden bangunan tempat tinggal runtuh kerana wujud penyelewengan atau rasuah dalam pembinaan bangunan tersebut.
Walaupun banyak cerita Hindustan yang menceritakan tentang rasuah dan banteras rasuah, namun mesej moralnya paling aku suka iaitu walaupun matlamat kamu baik tidak bermakna cara itu boleh dihalalkan.
Perkara itu dapat dilihat dalam pengakhiran cerita ini, apabila Akhsya Kumar atau Gabbar telah membunuh “orang paling tinggi rasuahnya” dalam kerajaan , perniagaan dan pegawai polis, namun akhirnya beliau bertindak dengan menyerahkan diri kepada polis.
Kenapa beliau berbuat demikian?
Kerana beliau seorang berpelajaran dan tahu walaupun matlamat dia betul tapi tidak bermakna caranya juga betul. Tapi, jika dia memilih cara yang salah untuk matlamat yang betul, selepas selesai matlamatnya, menyerah diri adalah tindkan terpuji supaya hukuman Setimpal boleh dikenakan.
Yup dalam dunia realiti yang penuh dengan rasuah dan kekejaman. Adakalanya kita bertindak untuk melakukan “luar daripada batasan undang-undang”. Mungkin matlamat kita itu baik, tapi jika cara kita salah, tetap kita salah.
Sebab itu, aku tidak pernah anggap Robin Hood sebagai hero. Sama juga dengan kes gabbar. Namun, jika kamu lebih memilih untuk capai matlamat baik dengan cara yang salah, risikonya juga kamu kena berani tanggung dan jangan jadikan matlamat sebagai alasan Kamu menjadi jahat.
Setiap kejahatan akhirnya perlu dihukum. Walaupun bukan di dunia. Mungkin alam selepas dunia atau akhirat.
Itu sahaja aku rasa ulasan aku kalini. Aku suka gabbar dan matlamatnya. Dan aku suka “tindakan akhir” gabbar selepas selesai misinya.
Cerita ini aku bagi rating 9/10. Sangat menarik.
0 comments:
Post a Comment