Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Showing posts with label PERSEKUTUAN. Show all posts
Showing posts with label PERSEKUTUAN. Show all posts

Kabinet 2020 Tan Sri Muhyiddin memilih kroni atau berdasarkan kredibiliti?

Kabinet 2020 dibawah pemerintahan Perikatan Nasional telah diumumkan semalam menyaksikan seramai 32 menteri (termasuk perdana menteri) dan seramai 38 Timbalan Perdana Menteri. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan barisan Pakatan Harapan iaitu hanya sebanyak 28 menteri (termasuk perdana menteri) dan 24 Timbalan Perdana Menteri. 

Senarai Penuh Kabinet Tan Sri Muhyiddin. Sumber: Bernama. 

Dari sini ada kemungkinan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan yang buruk boleh dikatakan kurang tepat kerana jika dicongak keseluruhan gaji mereka dianggarkan setiap seorang mendapat minima sekitar 15,000 sebulan. Maknanya sebenarnya dari satu sudut kita tahu bahawa kewangan negara kita berada dalam keadaan yang “boleh” dianggap baik. 

Sedikit fakta menarik tentang kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional ini ialah mereka tidak mempunyai Timb. Perdana Menteri. Kata Perdana Menterinya iaitu Tan Sri Muhyidin kerana belum ada keperluan. Tapi realitinya, kabinet kerajaan baharu ini mempunyai empat orang timbalan perdana Menteri apabila PM sendiri memaklumkan bahawa empat menteri kanan yang dipilih boleh “mengantikannya” mengurus negara sekiranya beliau tiada dalam negara atau ada hal-hal tertentu dibenarkan.

Sebelum diumumkan kabinet kerajaan baharu ini, PM telah mengarahkan “calon tersebut” ditapis oleh SPRM dan Polis bersabit dengan kes rasuah atau kes jenayah yang berkaitan dengan menteri terbabit. Malah mereka juga diminta untuk mengumumkan kesahihan sijil mereka. Kerana hal ini berkait dengan kepimpinan sebelum ini yang “menipu” sijil kelulusan mereka. 

Jadi, keseluruhan kabinet baharu ini diakui bebas daripada sebarang kes mahkmah berkaitan dgn jenayah mahupun kes rasuah. Sebab itu, Walaupun Zahid Hamidi merupakan presiden UMNO, Namun beliau tidak dilantik sebagai ahli kabinet kerana beliau Masih dalam perbicaraan 47 pertuduhan di Mahkamah. Begitu juga dengan Datuk Seri Najib kerana kes beliau berkaitan 1MDB dan kes salah guna kuasa yang lain masih lagi dibicarakan. Jadi tidak hairan apabila individu2 dianggap penting dalam parti mahupun oleh rakyat sendiri tidak dilantik sebagai ahli kabinet PM baharu ini. 

Bagaimana pula dengan Presiden Pas Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang? Kenapa Muhyiddin tak lantik dalam kabinet? 

Kemungkinan yang boleh saya rumuskan kerana berkaitan dengan cubaan Tun M menamakan Abdul Hadi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Jika Muhyyiddin mengambil Hadi sebagai ahli kabinet, secara tak langsung pihak BERSATU atau pembangkang sekarang akan menganggap bahawa Muhyyiddin mengikut telunjuk Tun M. Maknanya, kredibiliti beliau sebagai PM akan diragui terutama melibatkan keputusan yang seolah-olah “mengikut” telunjuk pengerusi sendiri iaitu Tun M walaupun Tun M pembangkan sekarang. 

Apa pula pandangan aku tentang keseluruhan kabinet baharu ini? 

Bagi aku, Ada beberapa ahli parlimen yang diambil sekadar kekalkan jawatan dalam kementerian. Hal ini mungkin kerana Muhyyiddin selesa dengan individu tersebut. Individu saya maksudkan ialah Azmin Ali ( masih kekal sebagai menteri Perdagangan antarabangsa dan industri ) , Zuraida kamaruddin ( menteri perumahan dan kerajaan tempatan), Datuk Saifuddin Abdullah ( bertukar portfolio dari menteri luar sewaktu zaman ph kepada menteri komunikasi dan multimedia)  dan Datuk Seri Rina Mohd Harun (tukar portfolio darj menteri luar bandar kepada menteri wanita dan keluarga). 

Walaupun dilihat ada beberapa menteri zaman Pakatan Harapan (PH) tersebut tidak menyerlah dari segi “pelaksanaan kerja dalam portfolio mereka” namun, Muhyyiddin masih memberi peluang kerana mereka sudah Terbiasa dengan kepimpinan Muhyiddin. 

Bagaimana pula dengan  Menteri lain? Adakah aku sokong perlantikan mereka? 

Kebanyakkan menteri-menteri dilantik tidak berasakan kepada latarbelakang pendidikan mahupun pergerakkan mereka. Paling menjadi isu ialah menteri Alam sekitar iaitu Datuk Tuan Ibrahim dari Pas kerana tiada latarbelakang perjuang alam sekitar atau pendidikan melibatkan alam sekitar. Malah negeri Kelantan sering dikaitkan dengan isu alam sekitar. 

Namun demikian, dalam hal ini perlunya diberi peluang untuk melihat kredibiliti mereka menjalnkn Tugas. 

Jika ingin dinilai dalam aspek kredibiliti tersebut, majoriti kabinet baharu atau lama tidak semua layak memegang portfolio mereka sekarang. Malah dalam portfolio kabinet sekarang yang hanya menjadi menteri mengikut kelulusan atau latarbelakang mereka hanya beberapa orang seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (parlimen dan undang-undang) iaitu Datuk Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli . Majoriti yang lain lari dari bidang atau kepakaran mereka termasuklah KJ yang diberi mandat kali ini memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan inovasi.
Sumber: Bernama

Adakah aku melihat Muhyyiddin memilih kerana kroni? 

bab ni sukar aku ingin ulas. Kalau pilih bab kroni takkan menteri hal ehwal agama tu keroni dia sedangkan dia dulu mufti wilyah persekutuan. Aku melihat ada beberapa individu dipilih atas kapasiti kredibiliti mereka memimpin atau mengendalikan isi sebelum ini. 

Misalnya KJ dipilih kerana kewibawaannya memimpin kementerian belia dan sukan dengan jaya namun kali ini diberi cabaran baharu untuk beliau dalam kementerian lebih mencabar iaitu kementerian sains, teknologi dan inovasi . Kenapa aku cakap mencabar? Isu Industri Revolusi 4.0 masih hangat . Dan negara kita kearah negara ingin aplikasikan perkara tersebut.

Individu lain yang dilihat berdasarkan kredibiliti kepimpinan sebelumnya ialah Datuk Seri Hishamuddin. Aku tidak rasa Muhyiddin memilih beliau kerana kroni. Tapi aku melihat Muhyiddin memilih beliau kerana isu MH17. Sebab isnin lalu, kes MH17 dibicarakan di mahkamah Amsterdam. Jadi orang paling “familiar” dengan isu ini sewaktu itu menjadi pemangku menteri pengangkutan dan mengendalikan kes MH370 dan MH 17 dengan baik ialah Datuk Seri Hishamuddin. Malah, pada masa itu juga beliau menjadi menteri dalam negeri dan berjaya mengatasi isu Pencerobohan Tanduo. Bagi aku, pemilihan beliau sebagai Menteri Luar Negeri adalah bertepatan dengan isu sekarang iaitu tuntutan pembelaan terhadap mangsa Malaysia dalam kes MH17.
Sumber: Bernama

Kesimpulannya, meskipun menyaksikan beberapa individu baharu dalam kabinet kerajaan kalini, namun tidak bermakna kita tidak boleh terus menghukum “kredibiliti mereka”. Sebaiknya, bagi mereka peluang buktikan keupayaan mereka mengendalikan amanah yang diberikan. Keseluruhannya, aku mengaharapkan kabinet baharu ini akan menjadi kabinet yang boleh selesaikan isu2 rakyat dengan sebaik mungkin. 

Jika dipilih siapa menteri kegemaran aku dalam kabinet baharu untuk peringkat awal ni, aku Mungkin pilih Dr Zulkiflee. Aku nak lihat bagaimana beliau menjadi penggubal dasar dan memperjuangkan isu2 agama bukan lagi hanya sekadar “perbincangan umum” tetapi sebagai pembuat dasar. 
Sumber: Bernama

Oh yup KJ is back.. hahaha.. kita tengok pula apa pembaharuan dalam kementerian baharu beliau kalini..

Rujukan;
1)  Astro Awani. Hadi Awang Calon TPM Paling Sesuai- Tun M. 8 Mac 2020. 
2) Astro Awani. Senarai Kabinet Muhyiddin melalui tapisan SPRM, PDRM - Mufti Perlis. 8 Mac 2020. 
3) Berita Harian. Mahkamah tangguh bicara kes rasuah, pecah amanah Ahmad Zahid. 2 Mac 2020. 
4) Harian Metro. MH17: Empat suspek dibicara Isnin. 7 Mac 2020. 
Share:

8 Fakta Menarik Politik Malaysia 2020



Dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin yassin sebagai Perdana Menteri maka berakhirlah teka-teki siapa perdana menteri. Namun, bagi anda yang terlepas isu ini, mari saya kongsikan kepada anda 8 fakta menarik tentang kemelut politik berlaku pada tahun 2020.

1) buat kali pertama pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan bukan melalui pilihan raya. (Di peringkat negeri pernah berlaku dan salah satu negerinya ialah Sabah)

2) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi  bakal perdana menteri terlama dan tahun ini hampir berjaya selepas Muafakat Nasional menarik diri dari bergabung dengan Tun M tapi akhirnya gagal.

3) Tun M menjadi Perdana Menteri pertama dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri dalam gabungan yang sama dengan sebelum beliau meletakkan jawatan. ( sebelum ini beliau dibawah Barisan Nasional menjadi PM  kemudian menjadi PM  semula pada gabungan Pakatan Harapan. Tapi dalam isu ini beliau dipilih semula dalam gabungan yang sama diletakkan jawatan )

4) Tan Sri Muhyiddin Menjadi PM pertama dilantik bukan selepas diadakan Pilihan Raya Umum tetapi selepas pembentukan kerajaan baharu dengan gabungan baharu.

5) Pakatan Harapan menjadi kerajaan paling singkat pernah memegang tampuh pemerintahan di peringkat persekutuan ( separuh penggal ) .

6) Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob menjadi ketua pembangkang tersingkat dalam sejarah Malaysia apabila tidak sampai setahun beliau memegang jawatan tersebut , parti beliau sudah menjadi kerajaan. 

7) Buat kali pertama calon Perdana Menteri daripada Pembangkang dan Kerajaan daripada satu parti yang sama dan tidak berpecah kepada 2 parti berbeza iaitu Bersatu.

8 ) Selepas hampir 42 tahun, akhirnya tahun ini PAS kembali menjadi salah satu parti komponen kerajaan di peringkat persekutuan.

Itu sahaja dari saya..
Share:

END GAME buat Anwar Ibrahim dan Tun M - PM ke 8 tetap Muhyiddin



Kemelut pemilihan sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak berakhir selepas YDPA telah mengisytiharkan berkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 8. Usaha-usaha mencabar status "majoriti ahli parlimen" telah dilakukan oleh Pakatan Harapan. 

Bagi yang terlepas artikel sebelum ini boleh baca dia : Kebijaksanaan YDPA Menamatkan Politik Penentuan Perdana Menteri. 

Gabungan Pakatan Harapan telah mendapatkan 114 belah sokongan daripada ahli parlimen untuk bersetuju menandatangani akuan Sumpah (SD) dengan menyokong percalonan Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Senarai penuh ahli Parlimen yang menyokong Tun M. Bacaan penuh Astro Awani. Tun M dedah nama 114 ahli parlimen , akan persembah kepada Agong. 29 Februari 2020. 

Meskipun Tun M mendakwa sebanyak 114 ahli parlimen menyokong beliau, ada beberapa ahli parlimen dalam senarai yang dinyatakan mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri. Antaranya ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Parlimen Sri Aman. Makna kata dalam senarai yang dinyatakan oleh Tun M ini boleh diragui kesahihannya. 

Jadi apa pendirian Agung terhadap isu ini?

Agung telah membuat keputusan untuk tidak malayan "kehendak" Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan. Malah upacara perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tetap diteruskan meskipun Tun M tetap bertegas bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen. 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai PM ke 8. Sumber Astro Awani. 

Apa pula pandangan anda?

Rujukan
1) Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat menegaskan, akuan bersumpah (SD) mereka adalah bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Bacaan lanjut di Berita Harian. Dua ahli parlimen nafi sokong Dr Mahathir sebagai PM. 1 Mac 2020. 

2) Tun M dalam sidang media meluahkan rasa kesal dengan tindakan YDPA yang enggan bertemu dengannya mengenai isu perlantikan Perdana Menteri ke 8. Beliau juga mendakwa keluhuran "perlembagaan" sudah tidak diikuti lagi apabila Perdana Menteri dilantik bukan daripada yang menang majoriti. Bacaan lanjut, Astro Awani. Agong enggan jumpa saya lagi - Tun M. 1 Mac 2020.

3) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bacaan Lanjut, Astro Awani. My2020: Muhyiddin PM-8. 1 Mac 2020.  
Share:

Kebijaksanaan YDPA menamatkan kemelut politik penentuan Perdana Menteri


Kronologi Kemelut Politik Kejatuhan Pakatan Harapan.

Kemelut politik berkehendakkan perlantikan Perdana Menteri baharu memuncak apabila desakan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah yang meminta Tun Dr Mahathir (Tun M) Mohamed iaitu Perdana Menteri Malaysia ke 7 menunaikan janji beliau sebelum PRU14 untuk melepaskan jawatan perdana menteri dan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tun M kemudiannya sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas Kerjasama Ekonomi Asia (APEC) 2020 November ini. 

Namun, perkara mengejutkan terjadi apabila beberapa pemimpin parti politik telah mengadakan satu pertemuan "rahsia" di Hotel Shereton pada 23 Februari 2020 yang dikatakan sebagai pertemuan sekadar " minum kopi ". Pemimpin-pemimpin parti yang ada ketika itu termasuklah daripada PAS, UMNO, PKR dan Bersatu. Perbincangan perjumpaan ini kekal menjadi rahsia hinggalah terjadi suatu peristiwa keesokkannya. 

Apa yang terjadi keesokkannya? 

Tun M telah menghantar surat perletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu. Tindakan ini telah menyebabkan Yang Dipertua Agung (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (selepas ini digunakan YDPA) memanggil Tun M untuk menghadap ke istana dan baginda membuat keputusan untuk melantik Tun M sebagai Perdana Menteri Interim sementara baginda memperkenan untuk melantik Perdana Menteri Malaysia yang baharu mengikut perkiraan baginda mendapat majoriti sokongan ahli parlimen. 


Kenyataan Media tentang perlantikan Tun M sebagai Perdana Menteri Interim. 

Pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memecat 2 ahli PKR iaitu  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin kerana mereka ini semua melakukan "khianat" secara terbuka sehingga menjejaskan pendirian parti tentang kedudukan Perdana Menteri. Pemecatan ini telah menyebabkan keseluruhan 11 ahli parlimen PKR untuk keluar daripada parti dan menyertai Bersatu. Bersatu juga telah menyatakan pendirian mereka untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan, menolak perletakkan jawatan Tun M sebagai pengerusi Bersatu dan mencadangkan Perdana Menteri dikekalkan kepada Tun M. 
Kenyataan Media Bersatu tentang penolakan perletakkan jawatan Tun M dan sokongan kepada Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Apa terjadi selepas itu?

Tugas-tugas Anggota pentadbiran dihentikan serta merta. ( Jawatan TPM, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik dihentikan ). 
kenyataan media tentang penamatan jemaah menteri. 

Jadi apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan bagi Kembali sebagai Kerajaan?

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah menyatakan pendirian untuk menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pelikkan? Inilah namanya survival politic. Tindakan ini dilihat kerana PH pada ketika itu tidak mempunyai lagi majoriti ahli Parlimen kerana gabungan beberapa parti yang menyokong kepimpinan Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Kepercayaan kepada Tun M pada ketika itu sehingga hampir 100 % ahli parlimen menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri. Hal ini menyebabkan satu kerja gila ingin dicadangkan kepada Tun M dengan membentuk sebuah kerajaan tanpa pembangkang (Unity Government ) atau dikenali juga sebagai Kerajaan Perpaduan. 

Plot Twist Pertama Bermula 

Sejurus sahaja UMNO mengetahui bahawa Tun M lebih berminat untuk melaksanakan kerajaan tanpa pembangkang, BN , PAS dan PBRS mengadakan satu media dengan mengusulkan cadangan untuk membubarkan parlimen kepada YDPA dan menarik semula sokongan terhadap Tun M sebagai Perdana Menteri. 

Melihat perkara ini sebagai satu peluang kepada Pakatan Harapan, satu mesyuarat telah diadakan diantara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan dan keputusan akhirnya telah memilih untuk menamakan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan Media PH memilih Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Tun M yang melihat keadaan ini seolah-olah berpihak kearah Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu mesyuarat khas yang akan diadakan pada 2 Mac 2020. Namun demikian, permintaan untuk mengadakan mesyuarat tersebut ditolak oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat kerana pemanggilan mesyuarat tersebut tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli dengan usul yang lengkap. 
Kenyataan Media tentang Mesyuarat Khas 

Jadi bagi mengatasi isu ini, pemimpin tertinggi Bersatu telah menamakan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. Tindakan ini akhirnya telah menarik balik sokongan daripada PAS dan BN untuk bergabung membina gabungan baharu dinamakan Perikatan Nasional. 
Kenyataan Media Bersatu tentang calon Perdana Menteri.

Plot Twist Kedua 

Setelah melihat kedudukan kerusi yang menyokong Tan Sri Muhyiddin seolah-olah memihak kepada Tan Sri Muhyiddin, Pakatan Harapan telah mengambil pendekatan untuk mencalonkan semula Tun M sebagai calon Perdana Menteri mereka. Tindakan ini seolah-olah satu tindakan seolah-olah ibarat "meludah ke langit muka juga yang basah" Tindakan ini seolah-olah Pakatan Harapan 'terdesak' untuk menjadi kerajaan. Tun M pula menerima tawaran tersebut kerana "UMNO"(pemimpin terlibat dengan rasuah profil tinggi dalam UMNO )  sertai gabungan yang menyokong Tan Sri Muhyiddin.

Sumber: Astro Awani 

Bagaimana pandangan rakyat tentang perkara ini?

Sebahagian rakyat mengambil pendekatan "tidak kisah", ada juga yang ambil pendekatan menyokong salah satu calon dan ramai juga yang berpendapat perlu untuk dilakukan pembubaran parlimen. Hal ini kerana mereka yang menyokong pembubaran parlimen ini merasakan ahli politik telah mengkhianati "mandat rakyat" dan meminta untuk pembubaran dilakukan bagi "menghukum" ahli politik selain menyuburkan demokrasi dalam negara. 

Bagaimana YDPA selesaikan kemelut ini?

YDPA telah memanggil kesemua ahli parlimen untuk ditemubual dan menentukan siapakah calon yang ingin mereka pilih sebagai Perdana Menteri. Namun demikian, perjumpaan tersebut tidak berjaya mengesahkan "siapakah paling layak" mengikut perkiraan YDPA selepas menemubual ahli parlimen.

Jadi YDPA mengambil pendekatan untuk bermesyuarat bersama Raja-Raja Melayu yang lain untuk membuat keputusan dalam hal ini. Hasilnya YDPA sekali lagi memanggil ahli parlimen tetapi kali ini pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai ahli dalam parlimen untuk menamakan calon untuk mereka pilih sebagai Perdana Menteri. 
Akhirnya,satu gabungan parti iaitu Perikatan Nasional telah berjaya meyakinkan YDPA bahawa mereka memiliki sokongan majoriti. YDPA pada 29 Februari telah membuat keputusan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 dan pada 1 Mac 2020 jam 10:30 pagi akan dijalankan upacara mengangkat sumpah. 

Kenyataan Media tentang perlantikan Tan Sri Muhyiddin yassin sebagai Perdana Menteri

Adakah Berakhir di situ?

Tidak. Satu usaha untuk mencabar keputusan YDPA itu mula dilakukan oleh ahli politik dan rakyat penyokong Tun M. Perkara ini dapat dilihat apabila usaha-usaha mendapatkan Akuan Bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen dilakukan oleh gabungan Pakatan Harapan dan mendakwa telah mendapat majoriti parlimen iaitu sebanyak 114 kerusi. 

Malah satu trending di twitter #notmyPM telah dilakukan oleh rakyat Malaysia yang menolak keputusan YDPA melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 
Trending di Twitter setakat 1:36 am.

Adakah Tindakan Mereka ini selari dengan Prinsip Bernegara?

Dalam hal kalini, aku berpendapat bahawa rakyat Malaysia yang melakukan tindakan sebegini merupakan rakyat Malaysia yang mencabar identiti negara berdaulat di Malaysia. Hal ini kerana dalam Prinsip Rukun Negara kedua menyatakan bahawa "Kesetiaan kepada raja dan negara". Makna kata, dalam hal kalini keputusan YDPA adalah muktamad dan wajar ahli politik dan rakyat untuk akur. 

Kesimpulannya, berlapang dadalah untuk menerima hakikat bahawa Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 ialah Tan Sri Muhyddin dan bukannya Tun M. Dalam Bersatu, kemungkinan akan berlaku perpecahan seperti mana yang berlaku pada PKR jika perbalahan dalam parti berlarutan. 1 Mac 2020 Tarikh bersejarah apabila kerajaan terbentuk melalui "pintu belakang" tetapi tetap "sah" dari segi undang-undang dan bagi pandanga peribadi itu tiada masalah. Cuma harapan untuk ahli politik mengutamakan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi. Sekian. 



Rujukan

1) Isu desakan Datuk Seri Wan Azizah boleh dibaca di Sinar Harian. Tun M pegang prinsip "janji tetap janji". 9 Februari 2020. 

2) Kenyataan untuk lepaskan jawatan seperti dijanji ini dikeluarkan oleh Tun M sewaktu berada di Majlis Pecah Tanah di Villa Sirehan. Bacaan lanjut di Astro Awani. Tun M Ulangi Janji Letak Jawatan Lepas APEC. 14 Februari 2020. 

3) Dalam jawapan dengan media,Datuk Seri Tengku Adnan iaitu Setiausaha Agung UMNO menyatakan bahawa "saya datang untuk minum Kopi" tanpa menjelaskan intipati perjumpaan di Hotel Shereton. Bacaan Lanjut, Astro Awani. Mesyuarat "Kopi-Kopi"di Hotel Sheraton, semua pemimpin kunci mulut. 23 Februari 2020. 

4) Pemecatan Azmin Ali dan Zuraida disahkan oleh Setiausaha Agung PKR dalam kenyataan media. Bacaan Lanjut, Sinar Harian. Azmin, Zuraida dipecat dari PKR. 24 Februari 2020. 

5) Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membuat keputusan untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan. Bacaan Lanjut, Sinar Harian. Bersatu Umum Keluar Pakatan Harapan. 29 Februari 2020.

6) Antara pemimpin-pemimpin PH yang menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia semula pada 24 Februari 2020 ialah Mohamed Sabu daripada  Amanah, Lim Guan Eng daripada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada PKR. Bacaan lanjut di Astro Awani. Don't quit Tun M- Anwar. 24 Februari 2020 , Berita Harian. AMANAH terus sokong Tun M sebagai Perdana Menteri. 24 Februari 2020 dan Berita Harian. DAP terus sokong Tun jadi PM. 24 Februari 2020. 

7) Ahli Majlis tertinggi antara penyokong kuat cadangan Kerajaan Perpaduan. Antara yang menyokong cadangan ini ialah Tan Sri Dr Rais Yatim dan Wan Saiful Wan Jan. Bacaan lanjut, Metro. Kerajaan Perpaduan kurangkan "politiking".25 Februari 2020, Berita Harian. Bentuk Kerajaan Perpaduan. 25 Februari 2020, Sinar Harian. Dr Mahathir mahu bentuk kerajaan tanpa parti politik. 26 Februari 2020. 

8) Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan kerajaan perpaduan banyak melanggar prinsip parti dan akhirnya beliau bersama wakil parti dari PAS, PBRS dan pemimpin tertinggi parti yang lain mencadangkan pembubaran parlimen dan telah diusulkan kepada YDPA. Bacaan lanjut, Berita Harian. BN, PAS, PBRS tuntut bubar parlimen. 25 Februari 2020. 

9) satu mesyuarat pada pagi 29 Februari 2020 telah diadakan di antara Tun M dan kepimpinan PH. Tun M juga menyatakan pendirian beliau untuk tidak bersekongkol dengan individu yang terlibat dengan rasuah dalam gabungan Tan Sri Muhyiddin sekarang yang terdiri daripada ahli UMNO. Bacaan lanjut, Berita Harian. Tun M calon PM Pakatan Harapan. 29 Februari 2020. 

10) Mesyuarat Raja-Raja Melayu telah dijalankan pada hari Jumaat sebelah pagi. Bacaan lanjut, Berita Harian. Raja-raja mula tiba di Istana Negara. 28 Februari 2020.

11) Bersama dengan rombongan Tan Sri Muhyiddin ialah  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak, Datuk Fadillah Yusof; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup serta Presiden Parti Solidariti Tanahairku Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.Bacaan Lanjut,Berita Harian. Gabungan 'Perikatan Nasional' miliki blok terbesar. 29 Februari 2020. 

12) Seramai 6 ahli Bersatu, 40 ahli PKR, 41 ahli DAP, 11 ahli Amanah, 9 ahli Warisan, 4 Bebas , satu ahli UPKO dan GBS. Butiran lanjut boleh baca di Berita Harian. Tun M dakwa 114 sokongan jadi PM ke-8. 29 Februari 2020. 

Share:

Undi Rosak Satu Bentuk Demokrasi Suci?

Baiklah.. isu undi rosak yup.. 

Undi rosak ini bukanlah baharu di dalam dunia negara yang mengamalkan demokrasi dalam memilih tampuk kepimpinan. Misalnya di UK spoilt Vote ini pernah berlaku kerana merasakkan bahawa wujud “kerosakkan dalam sistem Amerika sekarang” sehingga mereka mengambil pemdekatan untuk buat spoilt vote atau undi rosak. Di Malaysia juga, gerakkan undi rosak ini hangat diutarakan semasa sebelum PRU 14 apabila pihak kerajaan BN ketika itu mencalonkan Datuk Seri Najib sebagai calon PM dan Pembangkan menamakan Tun M sebagai calon PM apabila mereka menang.

Rentetan peristiwa itu, mulalah golongan belia  menganggap bahawa “undi” yang akan diberikan kepada salah satu calon akhirnya akan menyebabkan “petanda buruk akan berlaku” kerana ketika itu isu 1 MDB dan taraf hidup tinggi memang tengah panas terpalit pada Datuk Seri Najib ( sampai sekarang ). Manakala Tun M yang terkenal dengan pemerintahan diktatornya sebelum ini bila dinamakan sebagai calon PM pembangkan buat pengundi “reformasi” menganggap ini satu bentuk penipuan sebab itu usaha undian rosak dijalankan. 

Kalau mengikut Peraturan-peraturan pilihan Raya (perjalanan Pilihan Raya) 1981 perkara 21 ada menjelaskan tentang undi rosak merujuk mengenai tindakan “tidak sengaja” dilakukan pengundi keatas kertas undi sehingga kertas undi tidak boleh digunapakai. 

Tapi bagi golongan “pengundi rosak” mereka memaklumkan bahawa “jangan ikut” cara pengundian yang betul ( cara tanda ikut yang SPR ajar). Tujuan mereka buat seperti ini sebagai tanda protes untuk menolak kedua-dua kepimpinan.

Baiklah apa pula pandangan aku tentang isu ini? 
Bagi pandangan aku, undi rosak ini hanya satu tindakan protes yang hanya merosakkan amalan demokrasi dan kesannya dinikmati oleh semua orang yg terlibat. 

Perlu diingat bahawa jika undi rosak ini berjaya mempengaruhi keseluruhan pengundian, tetap jika jika ada satu orang memilih calon berbeza, pemilihan terhadap salah satu dari keduanya tetap akan berlaku. Makna kata dalam hal undi rosak, mereka mencadangkan bahawa tak perlu 2-2 pemimpin biar negara kita tak de pemimpin ? Begitu? 

Dalam hal begini, undi rosak akhirnya tidak akan menjadikan “matlamat protes mereka didengari sepenuhnya” kerana akhirnya orang tetap kena pilih antara buruk dan terburuk dari perspektif pengundi itu sendiri. Sebab ingat, pengundi rosak ibarat mereka yang tidak mengundi sebab mereka tak pilih mana-mana pemimpin dan mereka perlu “redha” dengan pilihan “rakyat” lain yang undi secara sah. 

Setakat ini, tiada sebarang undang-undang tentang kesalahan undi rosak seperti dikatakan oleh prof Madya Dr Shamrahagar tapi ini satu bentuk merosakkan amalan demokrasi kalau ikut kenyataan Pengerusi Suhakam Jerald Joseph. 

Satu persoalan yang ingin saya timbulkan kepada penggemar undian rosak ini, adakah kita inginkan negara kita tiada pemerintah dan penggubal dasar? Setakat ini, jika kejadian ini berlaku di Malaysia hanya melibatkan perisytiharan DARURAT iaitu “tentera” berkuasa. 

Jika ini berlaku, segala pergerakkan kita akan wujud “limitasi atas dasar keselamatan negara”. Tuntasnya, memang susah untuk memilih antara yang buruk dan terburuk pada perspektif kita. Namun itulah dunia realiti. Tiada yang sempurna melainkan perlu mencari pemimpin yang lebih dekat “kearah penyempurnaan kepada negara dan rakyat” mengikut perspektif kamu sebagai pengundi. 

Ingatlah, buat sesuatu perlu matlamat yang jelas supaya pergerakkan kamu tidak menjadi satu pergerakkan yang hanya diingat sebagai “punca” kepada pemilihan telus tidak berlaku sebaik mungkin. 

Ingat. Pilihlah. Jangan undi rosak. Sia-sia duit minyak kamu dtang at last undi kamu tak dikira. Lbh baik kamu memilih.. 

Sebab undi rosak PRU 14 pun sebanrnya usaha yang gagal sebab perastusan undi rosak sekadar 1.76% sahaja (kotak undi tak dikembalikan) satu peratusan yang rendah. 

Hal ini kerana kita tahu dalam membuat pilihan, memilih untuk tidak memilih atau merosakkan pilihan sebenarnya juga memberi kesan kepada kita apabila orang lain yang memilihkan untuk kita. 

Baiklah semoga berguna.
Share:

Pengeluaran Kad Pengenalan "Sah" kepada bukan "sah" satu Bentuk Pembelotan Negara.

Baiklah tahun lepas kita digemparkan dengan isu penangkapan 20 individu termasuk seorang pegawai Kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang berpangkat Penolong Pengarah didakwa bersubahat dalam isu pengeluaran kad pengenalan dan sijil lahir kepada warga asing yang disyaki daripada “china”. 

Kejahatan ini dikesan pada 31 Mej sewaktu Jabatan Imigresen membuat penangkapan seorang wanita China yang mempunyai kad pengenalan sah tapi tidak boleh berbahasa Melayu. Jadi, pegawai tersebut membuat laporan polis.

Turut didedahkan bahawa penjualan kad pengenalan dan sijil kelahiran “sah” ini mencecah keuntungan sekitar Rm 100,000 - Rm 600,000. 

Jadi apa pandangan aku tentang isu ini? 

  • dalam isu ini, aku sependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri bahawa tindakan ahli JPN ini adalah satu tindakan “belot” terhadap negara. 
  • malah tindakan memudahkan “syarat” kewarganegaraan tanpa prosedur yang sebenar sebenarnya melanggar perlembagaan persekutuan yang memerihalkan tentang isu kewarganegaraan Dalam perkara 14 hingga perkara 22. Malah salah satunya syarat yang gagal dipenuhi ialah “boleh berbahasa Melayu” 

Adakah tuduhan dakwaan bahawa kemasukkan “warga asing” diberi kad pengenalan adalah satu rancangan persediaan PRU atau PRK? 

Kalau melihat dari sudut “teori konspirasi” mungkin perkara ini ada benarnya. 

  • sama juga kesnya dalam kes Tunku bimbang akan “kalah” di semenanjung sebab itu salah satu caranya bergabung dengan sabah dan sarawak untuk “dapat undi mereka”.
  • sebab itu dalam PRU sebelum peristiwa 13 Mei 1969 itu, banyak kursi - kursi panas kalah  seperti menteri-menteri di kabinet termasuklah ahli jawatankuasa tertinggi UMNO dan salah seorangnya ialah Tun M. 
  • sama juga dengan peristiwa dakwaan Anwar Ibrahim dalam PRU 13 tentang isu bangla dapat IC sah warganegara sebab tu BN menang. 

contoh kad pengenalan di Malaysia.

Tapi ini hanyalah satu perkara yang kalau kita lihat dari sudut teori konspirasi. Namun, bagi saya sendiri perkara ini sukar untuk kita buat tuduhan “terus” kerana boleh jadi ini hanya tujuan asal dari “Pihak JPN” yang Terbabit sahaja yang terlibat dengan rasuah atas dasar “keuntungan” semata-mata. 
Aku lebih melihat isu ini sebagai isu integriti dalam pelaksana oleh pihak-pihak yang diberi kuasa. Selebihnya itu hanyalah pandangan anda sendiri. 

Baiklah itu sahaja pandangan dari saya terima kasih

Rujukan,  
Berita Harian, 6 Lelaki Termasuk Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang Didakwa. Klik sini.
Berita Harian, Jual MyKad Bermakna Hianat Negara. Klik sini.
MyKMU.Net. 40 Ribu Bangla Mengundi Dalam PRU 13, PM Bangladesh Pun Terkejut Beruk. Klik sini
Share:

E-Tunai Rakyat Tujuaannya untuk Curi Data Peribadi untuk Kepentingan Politik?

Senarai 3 Aplikasi E-Tunai Rakyat
soalan yang ditanyakan. 

Sewaktu kami call pihak customer service untuk grab ke, boost ke, atau touch n go ke pasti pihak customer service itu akan membuat “pengesahan” untuk tujuan supaya mereka boleh bantu anda selesaikan masalah anda seandainya itu melibatkan akaun anda sendiri.

Namun demikian, kelemahan ketiga-tiga aplikasi ini sebelum ini ialah mereka tidak dapat “mengesahkan identiti kamu” kerana boleh jadi maklumat yang kamu isi itu satu bentuk penipuan kerna maklumat seperti akaun bank, kad pengenalan dan lain2 privasi kamu kamu biarkan sahaja kosong tanpa diisi. Malah ada juga yang guna “samaran”.

Sebab itu banyak kes-kes penipuan, kes jenayah terhadap penjual ( boost dan touch n go)  atau jenayah terhadap yang memberi perkhidmatan ( seperti grab) berlaku dari pada pembeli sendiri sehinggakan “sukar mengesan siapa pembeli sepatutnya” kerana bila dia rasa dah “selamat menipu” dia download apps tersebut di tempat lain dengan alamat email yang lain atau no hp yang lain dan uninstall apps sedia ada. Ini adalah kelemahan dari sudut pengguna.

Jadi, bagi menghalang penipuan terhadap isu e-tunai rakyat, kerajaan membenarkan pihak 3 e wallet tersebut untuk mendapatkan maklumat privasi mereka untuk tujuan “pengesahan secara mudahnya bagi proses e-tunai rakyat ini telus diterima oleh semua rakyat Malaysia yang “claim” e-tunai tersebut.

Namun demikian, meskipun 3 aplikasi tersebut boleh mengumpulkan maklumat tersebut, mereka masih lagi terikat dengan PDPA atau akta Perlindungan Data Peribadi 2010 . Sebab itu, persetujuan daripada pengguna dalam T&C diperlukan untuk pengguna membenarkan pihak e wallet tersebut “membenarkan proses mengesan maklumat anda dilaksanakan” supaya anda dapat sebab anda layak.
terma dalam touch N Go

Bab third party guna tu anda perlu ingat, syarikat-syarikat cashless ketiga-tiga e wallet ini tidak semestinya syarikat mereka diuruskan oleh orang dalam negara kita sendiri, sebb setiap mereka perlukan kepakaran luar untuk memastikan bahawa anda tidak salah guna applikasi mereka. Boleh jadi, walaupun grab beroperasi di Malaysia tapi yang uruskan bahagian aplikasi anda adalah di afrika, atau boost yang uruskan maklumat anda di Zimbabwe atau touch n go uruguay.

Namun, mereka tetap terikat dengan PDPA, sebab data tersebut dikumpulkan dari dalam negara. Tapi tujuan data itu diberikan kepada team mereka di negara lain untuk “sahkan tiada unsur-unsur penipuan aplikasi”. Ingat, kita bukanlah negara mempunyai kemahiran teknologi cashless yang tinggi. Jadi kemungkinan perkara ini berlaku tinggi.

Sebab itu, kalau anda perasan kenapa prosesnya mengambil masa sehingga 5 hari ringkasnya kerana
1) untuk elakkan aplikasi itu digunakan unsur penipuan apps. 
2) untuk sahkan dengan pihak khazanah tentang data anda.
Sebab itu sewaktu saya dah dapat “claim” dari boost pada 15/1, hari yang sama juga saya claim untuk touch n go dan grabpay. Selang sehari kemudian, pihak touch n go mengatakan bahawa permohonan saya tidak layak sebab saya dah dapat dari apps lain dan dia sendiri tidak menyatakan dari apps apa. Boleh jadi dia sendiri tak tahu sama ada saya claim dari grabpay atau boost sebab maklumat itu dari khazanah sendiri disampaikan kepada touch n go.

Bagaimana dakwaan kata cashless ini untuk kumpul maklumat bagi PRU 15 iaitu paling lewat 2023?

Katanya, sebab dalam syaratnya umur 18 tahun sekarang jadi pada Pru 15 umur mereka akan layak untuk mengundi. Dalam PRU 15 akan datang, umur mengundi telah pun diluluskan kepada 18 tahun dan ke atas. Makna kata kalau tujuan untuk persediaan PRU 15, sepatutnya e-tunai rakyat ini diberikan pada mereka yang berumur paling minima 14 tahun bukan 18 kerana selang 4 tahun kemudian mereka layak mengundi.

Tapi kemungkinan ini boleh berlaku, aku tak nafikan seperti mana yang berlku di US dan negara maju yang lain. Namun, demikian jika anda rasa insecure its ok untuk tidak claim reward tersebut.

Maklumat tepat pasal operasi negara tu tanya company diorg sendiri ok.. aku tak kerja sana. Jadi tak tahu.. sebab benda tu rahsia dalaman kan. Sebab itu dalam terms tu dia guna istilah “third party”

Oklah all the best.. Maklumat tepat pasal operasi negara tu tanya company diorg sendiri ok.. aku tak kerja sana. Jadi tak tahu.. sebab benda tu rahsia dalaman kan. Sebab itu dalam terms tu dia guna istilah “third party”

Oklah all the best.. Baiklah itu sahaja dari saya terima kasih.
Saya cuma kongsi based on pandangan peribadi dan bacaan lain. Apa-apa all the best dan selamat memilih.

rujukan ;
Awani, Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional. Klik sini


Share:

Benarkah Akta Lagu Kebangsaan 1968 tidak menetapkan Bahasa Kebangsaan sahaja penggunaannya? dan Isu bender 5 bucu ada kaitan dengan komunis?

Soalan yang ditanyakan ialah


----------------------------------------------------------------
Baiklah untuk soalan kali ini membangkitkan 2 perkara yang melibatkan “lambang Malaysia” dan “lagu kebangsaan” 
----------------------------------------------------------------

Isu bendera Malaysia terbalik sudah saya bahaskan sebelum ini  dan untuk isu terbaharu ialah bendera 5 bucu. Manakala isu lagu kebangsaan berkenaan penggunaan bahasa mandarin dalam menyanyikan lagu kebangsaan di dalam kelas . Jom kita analisis isu mengenai bendera 5 bucu dahulu.

1. Isu Bendera Terbalik 

Dalam isu bendera 5 bucu ialah berlaku sewaktu upacara pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak bawah 15 di stadium Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (MABA) 

Pada ketika itu, keluarnya satu visual paparan bendera dengan 5 bucu sewaktu menyanyikan lagu negaraku. Sejurus selepas penularan video tersebut, presiden MABA Datuk Lua Choon Hann mengambil cuti secara sukarela untuk memudahkan siasatan dilakukan. 


Malahan , MABA juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi permohonan maaf berkenaan “kesilapan tersebut” dan telah mengambil tindakan menamatkan kontraktor produksi siaran langsung setelah didapati “cuai” memaparkan Jalur Gemilang. 

kenyataan dari pihak MABA

Baiklah selesai “mukaddimah” tentang isu bendera mari kita lihat dari segi pandangan saya pula. Dari sudut pandangan saya pula, tindakan ini adalah satu tindakan tidak “patriotik” dari pihak berkaitan. Malah, kecuaian ini boleh dielak sekiranya “semakan dilakukan dengan teliti. Hal ini kerana mana-mana program yang dijalankan sepatutnya ada “full reherseal" supaya kekurangan dalam isu teknikal dan isu aturan majlis dapat dikurangkan. 

------------------------------------------------------
Bagaimana dengan Undang-undang Berkaitan dengan Isu Bendara ini? 
------------------------------------------------------

Bagi kes bendera ini sebenarnya tiada satu undang-undang spesifik yang boleh didakwa secara langsung tindakan tersebut melainkan undang-undang lain yang boleh dikaitkan dengan isu ini.  

Undang-undang tersebut seperti Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949. Ringkasan undang ini ialah mengenai “mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan yang berlawanan dengan akta ini akan dikenakan tindakan.” Makna kata akta ini kita boleh tafsirkan sebagai pihak bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan kerana "mempamerkan lambang kebangsaan iaitu bendera Malaysia" tidak seperti sepatutnya. 

Malah, mereka juga boleh juga disabitkan dalam kesalahan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 seksyen 233(1) (a) iaitu ...komunikasi yang mengancam atau jelik sifatnya dengan niat. Akta lain yang boleh disabitkan dalam isu ini ialah Akta hasutan 1948 dalam seksyen 4(1)(a) berkenaan sebarang perbuatan “cenderung” menghasut. 

Meskipun tiada undang-undang spesifik tentang isu ini namun, undang-undang berkait rapat yang dianggap "relevan dengan tafsiran tertentu" boleh terpakai dalam isu ini. 

-----------------------------------------------------------
Benarkah Bendera Lima Bucu Ada Kaitan dengan Komunis?
-----------------------------------------------------------
Dari satu “sisi” ada yang berpendapatan bahawa bendera bintang 5 merujuk kepada “lambang komunis” dan perkara ini “seolah-olah banyak kebetulan seperti kemasukkan abu Chin Peng ke Malaysia seolah-olah “membenarkan dakwaan ini”. Dalam hal ini masih belum ada bukti yang jelas dalam mengaitkan antara fahaman komunis dan isu bendera lima bucu. Namun demikian, sekiranya perkara ini benar-benar berkait, tindakan tegas perlu dikenakan supaya "ideologi komunis" tidak merebak dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Namun apa yang sepatutnya difokuskan ialah menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia supaya masyarakat kita tahu nilai dan patriotiknya "lambang kebangsaan" itu. 

2. Isu Nyanyian Lagu Kebangsaan dalam Bahasa Mandarin 

Baiklah kita terus ke perbahasan kedua iaitu berkenaan dengan isu nyanyian lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin di salah sebuah sekolah di Malaysia. 

Kalau melihat melalui kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Amin Sennin menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk beri “kefahaman” terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan lagu kebangsaan. Ini salah satu dari proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) oleh guru tersebut. 

Kes ini masih dalam siasatan jadi kita biarkan dulu untuk pendedahan awal daripada  Kementerian Pendidikan Malaysia itu. 
Jadi sama ada perkara ini melanggar atau tidak perlu kita rujuk pada undang-undang berkaitan. Jadi perlembagaan khusus tentang isu ini ialah Akta Lagu Kebangsaan 1968. 

Wujud dakwaan dilaporkan Malaysiakini bahawa kata ini tidak jelas mengkhususkan “bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan sebagai satu-satu bahasa dalam lagu kebangsaan. Malah dalam seksyen 3(2) juga membenarkan lagu dimainkan dan dinyanyikan di sekolah bagi maksud mengajar.

Memang benar kalau anda baca akta tersebut tidak jelas menetapkan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa yang “boleh digunakan dalam  lagu negaraku” sehingga dicadangkan oleh Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood (pensyarah UIA) untuk meminda akta ini untuk lebih jelas. 

Saya tidak menafikan keseluruhan pandangan Prof tersebut sebab bacaan awal saya pun “susah” nak jumpa perkara jelas tentang larangan bahasa lain dalam lagu negaraku. Namun demikian, saya ada sedikit pandangan berbeza kalau nak sabitkan sekolah dan guru tersebut diatas kesalahan “tidak patriotiknya itu”

Kita gunakan juga dalam akta yang sama iaitu dalam seksyen 2 yang mentafsirkan lagu kebangsaan dimainkan mengikut gubahan perkataan & muzik yang dinyatakan dalam jadual  akta tersebut. 
tengok pada bahagian saya bold kan memang menggunakan bahasa Melayu. Boleh juga lihat disini untuk versi penuh akta lagu kebangsaan 1968

Kalau anda lihat jadual tersebut memang dituliskan lagu negaraku dalam bahasa Melayu. Malah, tindakan cikgu itu boleh juga disabitkan dalam kesalahan seksyen 8(4)(b) iaitu perbuatan cenderung merendahkan prestij lagu kebangsaan pada pandangan orang awam. 

Jadi, dapat disimpulkan tindakan guru itu “salah” jika kita perhati akta tersebut kerana telah menyebabkan "rendahnya prestij lagu kebangsaan pada pandangan orang awam"

------------------------------------------------------------
Oh yup kenapa saya kata tindakan guru tersebut tidak patriotik? 
------------------------------------------------------------
1) Merakam / Membenarkan Video Tersebut Dirakam.  
  • murid adalah individu yang dilarang untuk membawa telephone bimbit. Jadi jika bukan murid siapa yang merakam?
  •  Makna kata video tersebut dirakam dengan niat untuk ditularkan yang masih tidak pasti tujuannya tapi boleh disabitkan dengan Akta komunikasi & Multimedia dan Akta Hasutan.

2) Penggunaan Bahasa Lain Dalam Lagu Negaraku. 
  • mana - mana negara di dunia tidak pernah lagi kita mendengar dalam sesi pdp mereka membenarkan “penggunaan bahasa lain dalam nyanyian lagu kebangsaan mereka untuk dinyanyikan”. 
  • Malah, meskipun Singapura menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan majoriti penduduknya berbangsa cina namun tetap menggunakan bahasa lagu kebangsaan mereka iaitu bahasa melayu semasa menyanyikan lagu Majulah Singapura”

gambar sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin

Makna kata sikap sambil lewa guru tersebut “menghakis” sifat patriotik terhadap “bahasa” dalam lagu tersebut.Apabila dengan niat mengubah skrip lagu tersebut ke bahasa mandarin. 

Ini bukanlah satu bentuk patriotik kerana pengubahan itu dilakukan dengan menyanyikan lagu tersebut berserta melodinya bukan “sekadar mengajar tanpa menyanyikannya atau menulis maksudnya di papan belajar sahaja seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed  yang hanya membenarkan Bahasa Melayu sahaja sebagai bahasa dalam lagu kebangsaan.”


Kesimpulannya, saya mengkritik unsur-unsur menghakis “semangat patriotik terhadap negara” dan wajar dihentikan. Jangan sesekali mempersendakan “identiti negara” jika anda benar-benar sayangkan negara tercinta kita. Itu sahaja. Sekian. I love Malaysia 😘


Share:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results