Kabinet 2020 dibawah pemerintahan Perikatan Nasional telah diumumkan semalam menyaksikan seramai 32 menteri (termasuk perdana menteri) dan seramai 38 Timbalan Perdana Menteri. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan barisan Pakatan Harapan iaitu hanya sebanyak 28 menteri (termasuk perdana menteri) dan 24 Timbalan Perdana Menteri.
Senarai Penuh Kabinet Tan Sri Muhyiddin. Sumber: Bernama.
Dari sini ada kemungkinan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan yang buruk boleh dikatakan kurang tepat kerana jika dicongak keseluruhan gaji mereka dianggarkan setiap seorang mendapat minima sekitar 15,000 sebulan. Maknanya sebenarnya dari satu sudut kita tahu bahawa kewangan negara kita berada dalam keadaan yang “boleh” dianggap baik.
Sedikit fakta menarik tentang kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional ini ialah mereka tidak mempunyai Timb. Perdana Menteri. Kata Perdana Menterinya iaitu Tan Sri Muhyidin kerana belum ada keperluan. Tapi realitinya, kabinet kerajaan baharu ini mempunyai empat orang timbalan perdana Menteri apabila PM sendiri memaklumkan bahawa empat menteri kanan yang dipilih boleh “mengantikannya” mengurus negara sekiranya beliau tiada dalam negara atau ada hal-hal tertentu dibenarkan.
Sebelum diumumkan kabinet kerajaan baharu ini, PM telah mengarahkan “calon tersebut” ditapis oleh SPRM dan Polis bersabit dengan kes rasuah atau kes jenayah yang berkaitan dengan menteri terbabit. Malah mereka juga diminta untuk mengumumkan kesahihan sijil mereka. Kerana hal ini berkait dengan kepimpinan sebelum ini yang “menipu” sijil kelulusan mereka.
Jadi, keseluruhan kabinet baharu ini diakui bebas daripada sebarang kes mahkmah berkaitan dgn jenayah mahupun kes rasuah. Sebab itu, Walaupun Zahid Hamidi merupakan presiden UMNO, Namun beliau tidak dilantik sebagai ahli kabinet kerana beliau Masih dalam perbicaraan 47 pertuduhan di Mahkamah. Begitu juga dengan Datuk Seri Najib kerana kes beliau berkaitan 1MDB dan kes salah guna kuasa yang lain masih lagi dibicarakan. Jadi tidak hairan apabila individu2 dianggap penting dalam parti mahupun oleh rakyat sendiri tidak dilantik sebagai ahli kabinet PM baharu ini.
Bagaimana pula dengan Presiden Pas Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang? Kenapa Muhyiddin tak lantik dalam kabinet?
Kemungkinan yang boleh saya rumuskan kerana berkaitan dengan cubaan Tun M menamakan Abdul Hadi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Jika Muhyyiddin mengambil Hadi sebagai ahli kabinet, secara tak langsung pihak BERSATU atau pembangkang sekarang akan menganggap bahawa Muhyyiddin mengikut telunjuk Tun M. Maknanya, kredibiliti beliau sebagai PM akan diragui terutama melibatkan keputusan yang seolah-olah “mengikut” telunjuk pengerusi sendiri iaitu Tun M walaupun Tun M pembangkan sekarang.
Apa pula pandangan aku tentang keseluruhan kabinet baharu ini?
Bagi aku, Ada beberapa ahli parlimen yang diambil sekadar kekalkan jawatan dalam kementerian. Hal ini mungkin kerana Muhyyiddin selesa dengan individu tersebut. Individu saya maksudkan ialah Azmin Ali ( masih kekal sebagai menteri Perdagangan antarabangsa dan industri ) , Zuraida kamaruddin ( menteri perumahan dan kerajaan tempatan), Datuk Saifuddin Abdullah ( bertukar portfolio dari menteri luar sewaktu zaman ph kepada menteri komunikasi dan multimedia) dan Datuk Seri Rina Mohd Harun (tukar portfolio darj menteri luar bandar kepada menteri wanita dan keluarga).
Walaupun dilihat ada beberapa menteri zaman Pakatan Harapan (PH) tersebut tidak menyerlah dari segi “pelaksanaan kerja dalam portfolio mereka” namun, Muhyyiddin masih memberi peluang kerana mereka sudah Terbiasa dengan kepimpinan Muhyiddin.
Bagaimana pula dengan Menteri lain? Adakah aku sokong perlantikan mereka?
Kebanyakkan menteri-menteri dilantik tidak berasakan kepada latarbelakang pendidikan mahupun pergerakkan mereka. Paling menjadi isu ialah menteri Alam sekitar iaitu Datuk Tuan Ibrahim dari Pas kerana tiada latarbelakang perjuang alam sekitar atau pendidikan melibatkan alam sekitar. Malah negeri Kelantan sering dikaitkan dengan isu alam sekitar.
Namun demikian, dalam hal ini perlunya diberi peluang untuk melihat kredibiliti mereka menjalnkn Tugas.
Jika ingin dinilai dalam aspek kredibiliti tersebut, majoriti kabinet baharu atau lama tidak semua layak memegang portfolio mereka sekarang. Malah dalam portfolio kabinet sekarang yang hanya menjadi menteri mengikut kelulusan atau latarbelakang mereka hanya beberapa orang seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (parlimen dan undang-undang) iaitu Datuk Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli . Majoriti yang lain lari dari bidang atau kepakaran mereka termasuklah KJ yang diberi mandat kali ini memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan inovasi.
Sumber: Bernama
Adakah aku melihat Muhyyiddin memilih kerana kroni?
bab ni sukar aku ingin ulas. Kalau pilih bab kroni takkan menteri hal ehwal agama tu keroni dia sedangkan dia dulu mufti wilyah persekutuan. Aku melihat ada beberapa individu dipilih atas kapasiti kredibiliti mereka memimpin atau mengendalikan isi sebelum ini.
Misalnya KJ dipilih kerana kewibawaannya memimpin kementerian belia dan sukan dengan jaya namun kali ini diberi cabaran baharu untuk beliau dalam kementerian lebih mencabar iaitu kementerian sains, teknologi dan inovasi . Kenapa aku cakap mencabar? Isu Industri Revolusi 4.0 masih hangat . Dan negara kita kearah negara ingin aplikasikan perkara tersebut.
Individu lain yang dilihat berdasarkan kredibiliti kepimpinan sebelumnya ialah Datuk Seri Hishamuddin. Aku tidak rasa Muhyiddin memilih beliau kerana kroni. Tapi aku melihat Muhyiddin memilih beliau kerana isu MH17. Sebab isnin lalu, kes MH17 dibicarakan di mahkamah Amsterdam. Jadi orang paling “familiar” dengan isu ini sewaktu itu menjadi pemangku menteri pengangkutan dan mengendalikan kes MH370 dan MH 17 dengan baik ialah Datuk Seri Hishamuddin. Malah, pada masa itu juga beliau menjadi menteri dalam negeri dan berjaya mengatasi isu Pencerobohan Tanduo. Bagi aku, pemilihan beliau sebagai Menteri Luar Negeri adalah bertepatan dengan isu sekarang iaitu tuntutan pembelaan terhadap mangsa Malaysia dalam kes MH17.
Sumber: Bernama
Kesimpulannya, meskipun menyaksikan beberapa individu baharu dalam kabinet kerajaan kalini, namun tidak bermakna kita tidak boleh terus menghukum “kredibiliti mereka”. Sebaiknya, bagi mereka peluang buktikan keupayaan mereka mengendalikan amanah yang diberikan. Keseluruhannya, aku mengaharapkan kabinet baharu ini akan menjadi kabinet yang boleh selesaikan isu2 rakyat dengan sebaik mungkin.
Jika dipilih siapa menteri kegemaran aku dalam kabinet baharu untuk peringkat awal ni, aku Mungkin pilih Dr Zulkiflee. Aku nak lihat bagaimana beliau menjadi penggubal dasar dan memperjuangkan isu2 agama bukan lagi hanya sekadar “perbincangan umum” tetapi sebagai pembuat dasar.
Sumber: Bernama
Oh yup KJ is back.. hahaha.. kita tengok pula apa pembaharuan dalam kementerian baharu beliau kalini..
Rujukan;
1) Astro Awani. Hadi Awang Calon TPM Paling Sesuai- Tun M. 8 Mac 2020.
2) Astro Awani. Senarai Kabinet Muhyiddin melalui tapisan SPRM, PDRM - Mufti Perlis. 8 Mac 2020.
3) Berita Harian. Mahkamah tangguh bicara kes rasuah, pecah amanah Ahmad Zahid. 2 Mac 2020.
4) Harian Metro. MH17: Empat suspek dibicara Isnin. 7 Mac 2020.
0 comments:
Post a Comment