Pengalaman Saudari Vell dalam Internship dan panduan daripadanya buat anda semua.
Baiklah sekarang ni kita bincang berkenaan dengan intern.
Soalan dari yang tanya iaitu ceritakan tentang pengalaman intern.
Bagi menjawab soalan ini, saya akan kongsikan berdasarkan perkongsian kawan internship saya iaitu Vell dan tambahan sedikit daripada saudara Lee.
Buat kawan-kawan semua intern merupakan salah satu penilaian akhir lain selain latihan ilmiah (bagi yang terlepas maklumat boleh tekan pada ayat latihan ilmiah tadi). Jadi jika markah intern anda gagal, maka anda memang tidak akan dapat bergraduasi.
Oleh itu intern ni banyak pengaruh dia kepada penilaian akhir kepada pelajar-pelajar tahun akhir biasanya. Tapi ada juga yang tak dibuat pada tahun akhir terutamanya bagi program yang 4 tahun.
Sebab itu bagi mereka yang intern banyak pengalaman pahit dan manis akan dilalui.
Ada pengalaman kawan saya yang tertekan semasa awal- awal intern sehingga rasa nak berhenti sahaja daripada intern. Yup tekanan ini memang akan dirasai bagi yang dapat suasana intern yang tidak baik untuk mereka. Dengan herdikan dan kerja yang tak setimpal malah ada yang diganggu secara seksual. mengerikan bukan?
Namun pengalaman ini tidak dirasai oleh saudari vell kerana dia ada caranya yang unik yang akan saya kongsikan kepada anda. Beberapa tips dan panduan daripada saudari ini yang berguna untuk bakal-bakal intern.
1) cari intern yang serasi dengan bidang yang kamu pelajari di universiti.
- sebaiknya pemilihan tempat intern dan bidang tugas carilah yang hampir sama dengan bidang kamu.
- contoh jika kamu kaunseling carilah intern di tempat seperti Jabatan kebajikan masyarakat ke. Bahagian aduan.
- jangan tiba-tiba program kaunseling ambil bahagian pemasaran. Lari dah tu. Sebab tu kerja banyak tak tahu nak buat 😌😌
2) cuba tanya senior sebelumnya yang pernah intern di tempat yang sama.
- langkah ini bagus bagi langkah persiapan awal supaya kamu tahu keadaan jika jadi pelajar intern di sana.
- tanya juga apa yang perlu dibuat dan dilarang dibuat semasa intern di tempat tersebut. Kadang-kadang banyak info kamu akan dapat dari senior sebelumnya kalau dia murah hati nak kongsi.
3) berbaik dengan staff yang bekerja di tempat kamu intern.
- cuba bina hubungan dengan mereka.
- gemuruh pada hari pertama itu biasa.
- tapi tips dari saudari vell ialah bersalaman dengan staf-staf yang kamu jumpa semasa hari pertama tu.
- Rakyat malaysiakan kaya dengan budi bahasa. Bak kata pepatah budi bahasa budaya kita. Eh macam lagu pula.
- Jadi buktikan rakyat Malaysia benar-benar berbudi bahasa.
Tambahan dari saudara Lee
abang kacak Lee berbaju Melayu
- pergi ke tempat intern beberapa hari sebelum hari daftar masuk.
- Tengok kawasan sekitar kemudian kenal diri awal-awal.
- Jangan lupa create bonding sebelum intern tersebut.
- Senang nanti untuk dapat info keperluan yang perlu dibawa semasa first day intern tu.
Ingat !! Kalau miss apa on 1st day, first impression out.
4) Jika belum dapat tempat intern.
- Cadangan dari saudari vell ialah hantar borang permohonan intern berserta dengan resume ke agensi tempat kamu ingin buat intern.
- Ingat !! sentiasa follow up.
- Jika tidak dapat, kamu boleh sudah cari tempat lain.
5) Jangan lupa catat aktiviti yang kamu lakukan sepanjang menjadi pelajar intern dalam syarikat tu.
- catatatan ni perlu untuk memudahkan kamu dalam membuat laporan akhir intern.
- malah ada yang diberi tugas tertentu mengikut program yang perlu disiapkan sepanjang intern.
- Jadi, cuba capai target tu dan catat masalah dan jalan penyelesaiannya.
- Jadi takdelah kes last minit tak tahu nak tulis apa dalam laporan intern.
6) Fokus pada kerja kamu sahaja.
- sepanjang kamu intern sebaiknya kamu buat sahaja kerja kamu sendiri jangan sibuk-sibuk hal orang.
- jadi fokus kamu hanya pada kerja kamu sahaja.
- sebab bila kamu suka masuk campur hal orang lain bimbang staff lain akjan tidak selesa dengan kamu dan mulalah berlaku keadaan “bermasam muka atau sindir menyindir” dengan kamu.
- tapi bukan bermakna kamu terus tidak boleh berkomunikasi dengan mereka boleh cuma jangan jadi penyebok hal orang ok?
Baiklah. Itu sahaja nasihat daripada saudari vell. Saya kira nasihat dia berguna untuk bakal-bakal intern. Dan terima kasih untuk perkongsian internnya..
Bagus cemni dalam versi blog, mungkin versi video Ala2 Ml studios pon ngam
ReplyDeleteInShaAllah .. saya mula dgn blog dlu
Delete