Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Isu dalam Menyiapkan Thesis / Latihan Ilmiah / Disertasi





Hai semua, hari ni saya akan bincang isu buat thesis /disertasi / Latihan Ilmiah (Tapi ini lebih kepada pengalaman Latihan Ilmiah saya) sebab tesis ni saya belum smpai tahap itu.  Sebab itu untuk master dan keatas lebih layak cakap pasal thesis. Tapi jika anda rasa masalah ini berkait sangat-sangat digalakkan untuk berkongsi ok? 

SOALANNYA : Isu dalam Menyiapkan Thesis / Latihan Ilmiah / Disertasi 

Orang yang request Soalan. 

Bagi menjawab Soalan ini ayuh kita lihat definisinya dahulu. 

Disertasi/ Latihan Ilmiah/ Thesis ini bagi sebahagian program adalah antara perkara yang akan diberikan penilian supaya boleh bergraduasi selain markah exam dan lain-lain aspek. Oleh itu, penekanan dalam memastikan penulisan yang baik adalah perlu supaya kamu dapat bergraduasi tepat pada masanya

Berikut merupakan masalah yang kerap berlaku dalam menyiapkan Thesis/ Latihan Ilmiah/ Disertasi.

1) banyak idea tapi tidak tahu pilih yang mana. 
  • Dalam aspek ini cadangan saya ialah cuba untuk tulis idea-idea itu dan kemudian cuba cari sorotan literatur @ kajian-kajian lalu (sama ada banyak bahan atau tak) 
  • kalau kurang bahan cuba lihat pula sumber lisan atau primer sama ada boleh membantu atau tidak . 
  • Jika banyak skunder,  adakah aspek yang ingin  dikaji tu benda baru ataupun tidak. 
2) masalah membuat tajuk. 

  • bagi menyelesaikan masalah ini, cuba lihat semula tajuk-tajuk senior lepas dan jadikan itu panduan untuk kamu menulis tajuk. 
  • atau jumpa pensyarah selepas kamu ada idea menulis tentang apa dan bincangkan bersama dengan pensyarah tajuk yang sesuai. 
3) Supervisor (SV) tolak tajuk kamu. 
  • yakinkan SV kamu dengan sorotan kajian kamu 
  • yakinkan juga dengan permasalahan kajian kamu dan sumber-sumber yang kamu ada. (terutama sumber primer)
  • jika masih juga  "reject" juga tajuk kamu mohon tukar SV. Nanti tidak pasal-pasal kamu tidak bergraduasi ( tapi ikut keadaan kalau sebab beliau "reject" itu munasabah cuba dahulu sesuaikan mengikut kehendak SV tersebut)
4) SV  tidak membantu. 
  • yup perkara ini juga banyak berlaku dikebanyakkan tempat.
  • dari sini teruji kesabaran dan keimanan kamu. 
  • jika terjadi situasi begini rajin-rajinkan pergi ke biliknya tanya apa sahaja yang dia nilai dan kerap ke biliknya sampai beliau muak. 
  • ingat walau macam mana pun supervisor kamu dia jugalah penilai utama kamu. 
  • tanya senior yang pernh SV dibawahnya atau lihat sahaja Thesis sebelum ini yang dibawah beliau (jika dapat) tentang aspek-aspek yang diberikan penekanan.
  • dari situ kamu tahu apa perlu dibuat.
  • tapi dalam masa yang sama tanya juga kawan-kawan dan pensyarah lain format yang sepatutnya. Supaya penilaian kedua kamu taklah teruk nanti ok?
5) Tiada duit.
  •  yup ini pun isu dalam menyiapkan disertasi/Thesis/Latihan Ilmiah. 
  • kajian kamu banyak guna kos nak kena pergi sana sini. Jumpa orang situ sini. 
  • sebab itu sebaiknya cari yang mudah untuk kamu dapatkan info tanpa perlu "bayar lebih"
  • Dan kalau ada rangkaian yang baik dengan orang sumber lebih baik. Jadi kamu "just berwhatsapp" shaja dengan orang sumber.
6) tengah menaip-menaip "bab by bab tiba-tiba stuck" 
  • sebab tu selagi kamu ada idea tulis sahaja dahulu idea tersebut. It's Ok, kalau kamu rasa merapu, nanti pemurnian idea boleh dilakukan kemudian. 
  • malah rajin-rajinkanlah jumpa  orang-orang yang kamu rasa boleh membantu untuk menambah idea kamu. 
  • Contohnya, kawan-kawan yang buat lebih kurang kajian kamu, kakak atau abang-abang yang pernah buat kajian yang hampir serupa atau pensyarah-pensyarah lain yang pernah buat kajian seperti itu. Manatahu mereka bagi idea baru untuk kamu.
7) Tiada masa nak siapkan Thesis/Disertasi/ Latihan Ilmiah.  
  •  ni mesti kes banyak sangat masa keluar pastu last minit baru nak buat. 
  • atau kes banyak sangat subjek pada semester akhir atau masa tahun akhir masa tulah semua jawatan nak pegang (tiba gila kuasa).
  • untuk atasi masalah ni sebaiknya sebelum jadi perkara begitu cuba susun balik jadual kamu. Mesti ada masa kosong. 
  • Cuba untuk  membuat penulisan ini dikawasan-kawasan yang kamu rasa tidak boleh diganggu seperti di library atau tempat yang memang kamu rasa boleh buat smpai habis.
  • tapi kalau masih juga macam malas nak menulis. Cari orang garang yang boleh buat kamu sentap. 
  • atau cari orang yang boleh jadi pembakar semangat untuk kamu siapkan kerja kamu ini seperti mak ayah, abang-abang kawan-kawan atau kekasih hati. eh tiba.
8) tiba-tiba masa nak hantar kena virus pula laktop. 
  • sebab tu kalau saya lebih gemar hantar penulisan by bab dengan email dan hardcopy. Jadisecara tak langsung ada simpanan untuk kamu nanti jika tiba-tiba laktop buat hal. 
  •  atau sebaiknya, simpan dalam Latihan Ilmiah/Thesis/disertasi ini dalam "pendrive" kamu juga. 
9) tiba-tiba printer rosak atau tempat printer biasa penuh
  •  sebaiknya cuba cari "back up" beberapa tempat. 4 di tempat di universiti selebihnya cari juga kedai di luar yang ada buat printing. 
  • jadi bila penuh satu tempat , anda boleh pergi 5 tempat yang lain. 
  • Memang tidak digalakkan untuk print "last Minit". Contoh, harini hantar harini juga baru nak print. Memang cari nahas. 
  • sebaiknya, printlah 2 minggu sebelum (lagi-lagi bagi mereka yg perlu jilidkan Latihan ilmiah/Disertasi/Thesis)
  • kalau SV hanya inginkan salinan dalam bentuk "binding ring" adalah sebaiknya anda siapkan sebelum 2 mnggudari tarikh akhir. 
10) salah ejaaan atau ayat. 
  • sebab tu apabila sudah siap menulis, sebaiknya minta kawan semak ejaan dan segala bentuk format yang ada. (jika kawan sudi) 
  • kalau tiada kawan yang sudi sebaiknya untuk semakan akhir ini,  ejaan ni semua just kamu semak lepas print (kalau ada peinter sendiri) . Sebab kadang bila tengok di laktop tidak nampak  tapi bila dah print masatulah semua benda nampak salahnya. 
11) masalah sumber atau orang sumber. 
  • yup kadang kita akan ada masalah tengak rajin buat kajian, tiba-tiba ada kelompong maklumat yang memerlukan respond daripada orang sumber.
  • Namun, orang sumber tidak boleh bagi jawapan dengan kadar segera kerana ada komitmen lain. 
  • Sebaiknya, cuba tanya SV kamu jika dia boleh pertimbangkan perkara itu. 
  • Jika boleh kira beruntunglah kamu . Kadang SV akan suruh kamu cari orang sumber yang setara yg boleh membantu atau sekadar menggunakan sumber yang lain. 
  • Jika masalah sumber yang banyak sangat prosedur. Cuba tanya kawan-kawan atau senior yang pernah mendapatkan maklumat yang banyak sangat prosedur begini. 
  • Misalnya, perlu buat surat ke pejabat tertentu ke.
  • Jadi sekurang2nya kamu tahu cara yg betul. Jangan lupa keep update dengan pihak berkaitan supaya kamu pihak sana tahu kamu serius nak dptkan bahan sumber daripada mereka.
Baiklah rasanya itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Jika anda mempunyai isu atau perkara yang ingin di "request: silalah letak dibahagian komen supaya boleh untuk saya bahasakan dalam blog ini. Terima Kasih semua. 




Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results