Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Nasihat Buat adik-adik Semenanjung yang ingin Ke UMS

Buat adik-adik semenanjung yang ingin menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), ini nasihat abang;  

1) Tak perlu kamu buat DPT / dokumen perjalanan terhad. 
  • DPT itu hanya untuk siapa sambung di sarawak sahaja. Guna ic kamu. 
  • Nanti pihak imigresen akan bagi resit 15- 30 hari. 
  • Selepas itu jika kamu hendak balik ke semenanjung, hanya perlu gunakan kad matriks dan ic.

 "Bulan 9 nanti kamu akan sibuk dengan urusan masuk ke alam Universiti"


2) Tapi tidak semua senior yang ada akan bantu kamu dan benar-benar berikan penerangan yg jelas tentang proses sebenar. 
Berkawanlah dengan semua. Supaya kamu tidak sesat jalan. Jangan lupa baca bahan yang disedikan universiti. Apa guna bahan tu kalau tak baca. Kitakan mahasiswa ๐Ÿคจ

 "Berbaki beberapa bulan lagi ni "



3) Kumpullah sebanyak mungkin duit yang kamu boleh kumpul.

Kemasukkan pertama banyak guna duit. Tapi ada cara lain untuk jimat dan cara lain untuk kamu dapat duit tanpa kumpul. Tapi akan ada banyak birokrasi. Sebaiknya kumpullah duit sebanyak mungkin. Rajin-rajinkanlah diri jana pendapatan sebelum masuk universiti bagi yang boleh. Ok? ๐Ÿ˜™

4) Bagi yang bakal mendudukki interview UPU,  Buatlah yang terbaik.
 Kalau berjaya saya ucapkan tahniah. Jika gagal jangan pernah berputus asa. Peluang bukan datang hanya sekali. Tapi berkali-kali. Teliti peluang tersebut sebaik mungkin.
5) Bawalah barang yang perlu sahaja selebihnya beli di 1 Borneo atau kedai-kedai berhampiran.
barang yang perlu termasuklah dokumen yang diminta pihak universiti. 2 helai pakaian formal dan kelengkapan pakaian harian dan barang mandi yang mencukupi. Selebihnya beli sahaja di pasaraya terdekat.  Kalau banyak sangat bawa barang takut lenguh kaki kamu nak mendaki bukit dan tingkat kolej yang tinggi-tinggi. 

6) Jika memang berminat nak sambung belajar ke borneo. Buatlah Bajet perbelanjaan. 
Bajetkan kos pengangkutan kamu sekitar Rm 100-Rm450 (bergantung negeri). Kos-kos lain seperti yuran lain2 bergantung pada universiti. Keperluang seperti pakaian dan lain2 bolehlah kamu bawa dari rumah. Kalau berat sangat baru beli sikit di universiti. Ok.

Image may contain: text


"Sepanjang Kamu akan berada di Universiti"


6) Pilihlah kawan sebaiknya. 
  • asingkan kawan yang boleh bawa sekadar gembirakan hati dan kawan untuk study. (jika dapat kedua-duanya lebih baik)
  • pengaruh kawan ni kuat, kalau kamu jumpa kawan yang hanya tukang habiskan duit, malas belajar , bimbang nanti kamu juga terpengaruh. Jadi pilihlah kawan sebaik mungkin.
  • Jika jumpa kawan yang memang kaki "study" tumpang-tumpanglah sekaki. Supaya kamu juga ikut jejak langkahnya untuk berjaya dalam akademik. 
7) Rajin-Rajinkan Berjumpa pensyarah
  • Bukanlah untuk membodek bukanlah untuk memikat hati. 
  • cuma rajinkan diri bertanya mana salah dan silap dalam menyiapkan tugasan yang diberi. 
  • apa teknik yang bagus untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan yang diberi. 
8) Cubalah minta senior nota-nota mereka. 
  • berbaik dengan senior dan meminta tips dan nota itu pun boleh kamu lakukan. 
  • Ada senior yang bagi free ada yang meminta untuk dibayar. Pandai-pandailah kamu membuat "survey".
9) Kumpullah pengalaman sebanyak mungkin.
  • pengalaman dalam berprogram, pengalaman dalam pengurusan pelajar dapatkan pengalaman ini sebanyak mungkin.
  • kerna di dunia luar sana sukar kamu diberi peluang untuk merasai sendiri cara untuk mengurus sesuatu program atau organisasi. 
  • manatahu bagus-bagus kamu mengurus terus diambil kerja (rezki kadang-kadang bukan takde ada yang begini)
10 ) Kenapa saya bagi nasihat sekarang? Supaya kamu bersedia bila tiba masanya. Jika nasihat ini kamu dapat bulan 9 pasti kamu sendiri rasa menyesal. Goodluck ๐Ÿ˜™

Bersama nasihat ini saya tinggalkan perkongsian junior saya sendiri hasil perbualan ringkas. ๐Ÿ‘€ harap berguna.

Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results