Dengan berakhirnya episod 26 semalam maka berakhirlah anime kimetsu no yaiba season 1
Jadi sebagai tanda kenang-kenangan aku akan cuba ulas anime ini kali ini bersandarkan kepada season 1 sahaja. Semoga ulasan aku ini membantu untuk bagi yang belum tengok boleh tengok cepat-cepat
Kimetsu no yaiba merupakan sebuah anime tahun 2019 yang dihasilkan oleh Koyoharu Gotoge.
Anime ini mengisahkan tentang perjuangan seorang abang (tanjirao) untuk menyembuhkan adiknya (nezuko) yang terkena “sumpahan” demon oleh muzan kibutsuji. Kesan “sumpahan” tersebut menyebabkan adiknya telah menjadi “demon”.
Dalam perjalanan untuk mendapatkan penawar, Tanjirao telah diminta untuk berlatih menjadi salah seorang “demon slayer” supaya dapat mencari ubat kepada penawar adiknya untuk menjadi manusia.
Sewaktu misi tanjirao untuk mencari muzan kibutsuji, tanjirao telah bertemu dengan “2 orang demon baik” dan di situlah tanjirao mengetahui bahawa “kemungkinan” cara terbaik untuk menyembuhkan adiknya, nezuko adalah dengan cara mendapatkan darah muzan kibutsuji dengan cara mendapatkan sampel darah dari 12 “moon slayer” . Jadi, tanjirao telah mula berusaha untuk bertemu dengan 12 “moon slayer” yang merupakan demon terkuat di dunianya.
Itu sedikit ringkasan cerita dari kimetsu no yaiba. Dari segi ulasan pecahan aspek pula
1) cerita yang penuh sentimental.
- anime ini benar-benar tidak lari dari temanya bagi saya iaitu kasih sayang seorang abang kepada keluarganya. Dalam cerita ini, banyak unsur-benar kasih sayang seorang abg ditonjolkan melalui pengorbanan tanjirao. Babak paling sentimental ialah pada episode 19 . Aku bagi rate 9.8 untuk episod ini.
2) grafik yang cantik.
- bagi aku grafik cerita ini memang tip top. Bagi kebanyakkan anime ada yang kisahnya best tapi grafiknya tidak begitu canti. Ada juga ada anime yg grafik dia cantik tapi animenya bosan. Bagi aku team cerita anime kimetsu no yaiba buat yg terbaik tentang grafik mereka. Memang mantap 👍
3) sifat kerjasama dan saling mempercayai.
- seperti kebanyakkan anime jepun penerapan nilai-nilai kerjasama memang tidak akan pernah lari dari salah satu unsur yang dimasukkan dalm anime mereka. Malah nilai kepercayaan juga ditonjolkan dalam anime ni apabila nezuko ingin dibunuh oleh hishara shinobu kocho, hashira giyu tomioka membantu kerana percayakan tanjirao mampu mencari penawar sembuhkan adiknya.
4) opening song.
- bagi aku opening song anime ni tidak mengecewakan. Memang aku boleh dengar banyak kali sebab best
5) cerita yang pamerkan semua orang boleh jadi kuat.
- bagi kebanyakkan anime, watak utama akan boleh kalahkan semua jahatnya. Malah jika tak mampu, mereka akan ada kuasa “lain” yang boleh bantu kalahkan jahat yg dilawannya. Tapi tidak bagi anime ni, kalau jahat itu sangat kuat, watak utama jika thp itu belum betul-betul kuat. Beliau perlukan org lain untuk kalahkan jahat tersebut. Ini yg berlaku semasa mula-mula tanjirao bertemu salah satu demon 12 moon. Tanjirao hampir kalah tetapi telah diselamatkn oleh tomioka.
Semoga Movie Anime ini yang bakal Keluar bertajuk Kimetsu no Yaiba: Demon Slayer Movie "Demon Train Arc" tidak menghampakan peminatnya.
Home »
ANIME
,
SENI DAN HIBURAN
» Demon Slayer - Perjuangan Seorang Abang menyembuhkan adiknya (ulasan anime)
0 comments:
Post a Comment