Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Showing posts with label PERANGAI MANUSIA. Show all posts
Showing posts with label PERANGAI MANUSIA. Show all posts

Lebaran Buat Semua - Masa untuk kukuhkan ukhwah dan saling berbaik sangka


Kedengaran takbir raya , ada yang merasa sayu, ada yang gembira keriangan, ada yang menangis sendirian. 

Setiap orang, mempunyai makna berbeza-beza di saat lebaran menjelang tiba. 

Yup hari raya merupakan satu tanda kesyukuran buat Umat Islam setelah berjaya menahan nafsu selama hampir 30 hari di Bulan Ramadhan. 

Amalan berhari raya juga dikaitkan dengan sikap untuk mengukuhkan semula silaturrahim 

Yang mungkin selama ini terputus. 

Amalan-amalan mulia sebegini adalah tanda benar-benar kita menghargai nikmat beraya itu sendiri. 

Janganlah bersikap " Ah, takpelah tahun ni tak beraya gan family aku malas. " 

Ah buat apa aku nak ingat family, raya pertama kita enjoy sahaja. 

Kita tak tahu nikmat beraya bersama Orang tersayang, sahabat handai, ahli keluarga mahupun kenalan sementara dapat bersua lagi di hari raya mendatang. 
Hargailah mereka selagi ada. Ucapkanlah selamat menyambut hari raya dengan keikhlasan. 
Mana tahu raya tahun ni kita berjumpa. Tapi tahun depan hanya dapat menziarahi kubur mereka. Kita tak tahu apa jadi dikemudiannya. Hanya Allah mengetahui segalanya. 

Buat rakan-rakan perantau yang Mungkin tidak dapat menikmati raya bersama keluarga disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan, bergembiralah di Malam raya dengan bertanya khabar keluarga. Senyumlah anda sebenarnya insan yang kuat. 

Buat rakan dan teman yang sudah kehilangan mereka yang tersayang dan tidak dapat menikmati raya yang sempurna bersama yang tersayang lagi, kuatkanlah diri untuk menikmati raya bersama yang tinggal di sisi. 

Di situ, kesyukuran dan nikmat kesabaran akan dapat dirasai. Mungkin tak sempurna seperti selalunya. Tapi sebenanrya kehadiran yang masih ada cukup melengkapkan kita yang masih bernyawa..
Sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang pergi selamanya. 
Buat teman-teman dan keluarga. Mulakanlah untuk bermanis muka. Hilangkanlah monyok-monyok di muka. Cantik lagi gorilla di zoo kalau kamu monyok begitu 😝

Buat rakan-rakan yang masih setia. Pada insan yang tersayang. Dan pada guru-guru yang berjasa. Selamat hari raya maaf zahir batin dari seorang lelaki marhean yang tiada apa-apa. 

Terima kasih kekal setia. Terima kasih mencipta memori bersama. Salam lebaran. Salam aidilfitri
Share:

Kau Tak Rasa. Sebab tu aku tertekan kerja! - Jadi Memilih berhenti atau teruskan?


Emmmm kemurungan sepanjang masa bila fikir pasal hutang. Yelah habis belajar sahaja perkara pertama kau kena fikir bagaimana cara nak bayar hutang pelajaran kau tu.

Bagi menyelesaikan masalah ini jangan rumit-rumit. Aku ada beberapa penyelesaian yang boleh kau gunakan bagi membayar PTPTN. Sebelum itu, PTPTN ni kalau kau bayar sebelum keluarnya jadualnya, tiada caj tambahan dikenakan. Tapi kalau dah klur jadual, faham-fahamlah untuk bayar kan. Nama pun hutang.

Huhuhuhuhu.. nasib nasib.

“Perit” dialam pekerjaan? Sebabnya ialah ragam-ragam manusia di alam pekerjaan.

Di alam pekerjaan, bukanlah mudah yang disangka. Pelbagai ragam perlu dihadapi. Salah satunya, suasana kerja yang “menekan kita” iaitu rakan sekerja selisih faham dengan kita. Jadi wajarkah untuk kita berhenti?

Sebelum anda melakukan tindakan drastik tersebut, ada beberapa perkara anda perlu fikirkan.
1) kenapa anda bekerja?
2) kalau anda berhenti ada atau tidak pendapatan lain?
3) boleh atau tidak ditempat kerja baharu beri nikmat yang lebih baik atau sekurang-kurangnya memang itu minat dan dorongan kamu?
4) kalau berlaku perkara yang sama di tempat kerja baharu, adakah anda akan berhenti juga?

Persoalan2 ini perlu ditimbulkan sebelum buat tindakan drastik tersebut.

Alah, aku dah takde hati nak kerja dekat sini,Tak boleh tahan dengan rakan kerja aku ni. Kau tak rasa!
- adakah semua org ditempat kerja anda begitu? Tidakkan. Tak semua. Kalau semua begitu, sudah pasti amda dah lama dibuang kerja. Aku juga pernah rasa keadaan begitu. (Nanti last aku kongsikan tipsnya).
- ingat balik tujuan kau masuk bekerja. Jadikan itu sebagai kekuatan kalau persoalan2 awal tadi kau menjawab tidak semuanya.

Bagaimana cara untuk atasi masalah ini?
Bagi aku tekanan begitu Sebenarnya satu proses kau belajar sesuatu kearah lebih baik.

Jadi apa perlu aku buat?
Dalam isu begini, motivasi diri adalah motivasi terbaik. Cari rakan2 yang boleh untuk anda luahkan permasalahn anda. Jika berani, adukan pada pihak atasan. Atau ignore sahaja perangai “mak cik onion tu”. Anggap sahaja mereka “burung patuk lupa patuk pokok” .

Cara nak atasi mulut puaka ada dalam artikel saya sebelum ini. Cuma sedikit penambahan ialah biasakan Diri memberi salam pada orang begitu. Kenapa saya suruh beri salam? Sebab dalam salam itu kita mendoakanmya dan dia wajib mendoakan kita. Sentiasa senyum pada mereka dan ucapkan terima kasih disambung dengan pujian-pujian melambung. 

Contoh , terima kasih sis. Nasihat sis nilah paling bagus pernah saya dengar. Patutlah boss selalu tanya sis sebab sis memang hebat. ( contoh ). 

Kenapa pujian juga salah satu cara? Sebab semua manusia suka pujian. Bila anda puji, lama-lama dia akan lupa “memaki” kamu Lagi. 

Kesimpulannya, jika kamu boleh jawab persoalan awal saya ity dengan jawapan “ya” yang diawal2 . Maka jika nak berhenti itu pilihan kamu. Namun jika tidak atau tidak pasti, adalah lebih baik kamu menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut dengan mengubah “cara” kamu berkomunikasi dengan mereka. Percayalah perlahan-lahan mereka akan “lupa” untuk terus menjatuhkan kamu. 

Aku juga pernah rasa suasana begini. Takde siapa pernah terkecuali selagi kamu bekerja di mana-mana. Cuma , tekadkan diri untuk teruskan bekerja untuk sesuap nasi bagi si keluarga yang menanti. Mereka sudah berjasa pada kita sesaat terlahir di dunia. Takkan kita terus jadi beban yang tidak membantu sampai lewat usia. 

Jadi, cekalkan diri untuk terus bermotivasi buat mereka yang sudah lama memerah keringat dari kita kecil hingga berjaya hari ini. Abaikan “hasutan setan makcik Bawang sebab mereka bukanlah orang yang “membayar” kepayahan kita. Teruskan termotivasi untuk memenuhi tuntutan hidup sepanjang masa . 

“You fall you stand up” 
And just keep moving forward. 

Ingatlah anda mampu mengubahnya ( iklan ini diambil dari iklan jalanraya malaysia)

Share:

Adakah Islam setuju dengan Femenis?

Femenis. Mudahnya gerakan femenis ini memperjuangkan hak wanita. 

Mereka ini merupakan salah satu gerakkan yang cuba untuk mengangkat martabat dan darjat seorang wanita melalui hampir keseluruhan perjuangan baharu mereka meninginkan “sama rata” antara gender. 

Sedikit latar belakang ringkas tentang perjuangan femenis. 
Sebelum femenis di angkat di dunia barat, wanita dianggap sebagai bahan perhambaan. Malah, sebelum wujudnya hamba, wanita itu sendiri adalah hamba. Beginilah pola pemikiran dunia barat ketika itu di era sekitar sebelum abad 18 dan 19. 

Banyak hak- hak mereka dinafikan seperti akses pendidikan, hak mengundi, aspek pekerjaan dan sebagai hamba nafsu. 

Gerakan femenis akhirnya berlaku melalui beberapa gerakkan memperjuang isu kerja di New York (protes) pada 28 februari 1908 dan tahun depannya menjadi tarikh pertama “women day” sebelum digunapakai 8 Mac sebagai tarikh women day mengambil Peristiwa sempena Revolusi Rusia yang akhirnya membenarkan perempuan mengundi. (Tarikh ni kena ingat 8/3 sebab nanti kalau perempuan tanya “abang jom gi shopping” faham-fahamlah kenapa) 😛

Baik. Bagaimana pula gerakkan femenis di Malaysia? 
Gerakkan femenis di Malaysia secara rasmi selepas penubuhan NGO “All women Action Society” (Awas) pasa sekitar 1980an dan diikuti penubuhan NGO-NGO yang lain. Matlamat asal lebih kepada menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak dan golongan wanita. - femenis di Malaysia berbeza dengan femenis di barat kerana sewaktu kemerdekaan lagi, hak mengundi memang diberikan bukan sahaja pada lelaki tapi juga pada wanita. 

Baiklah dah fahamkan femenis dan perjuangan mereka. Kalau femenis sekarang, lebih kepada hak sama rata. Malah ada beberapa isu agama dikaitkan dengan wanita dibangkitkan dalam femenisme di dunia dan sekarang cuba masuk di Malaysia. 

Baiklah bagaimana konsep islam? 
Menurut Mufti Melaka dalam kenyataan di portal rasminya, mendefinisikan adil bukanlah sama dengan konsep perjuangan femenis iaitu sama rata, tapi berpegang kepada prinsip meletakkan sesuatu di tempatnya. 

Malah, definisi lain juga dijelaskan oleh Dr Zakir Naik, yang menjelaskan bahawa adil dalam islam untuk isu gender ialah sama tapi tak semestinya identitik. 

Makna mudahnya, ada perkara islam “lebihkan wanita untuk sesuatu perkara, dan ada yang dilebihkan lelaki” dengan bersebab. Makna kata, ada perjuangan femenis yang boleh digunakan, ada yang bercanggah dengan agama islam itu sendiri. 

Contoh perjuangan yang boleh digunakan ialah soal gaji dalam sektor pekerjaan jika tugasan, pengalaman dan lain-lain semua sama tapi sebab dia wanita gaji lebih rendah. Perjuangan ini dibenarkan dan tiada salah dalam islam kerana itu melibatkan muamalat. 

Tapi bagaimana pula dengan yang bercanggah? 
Antara isunya ialah soal hijab atau menutup aurat. Femenis menganggap bahawa hijab adalah satu bentuk kekangan untuk bebas. 

Sedangkan dalam islam, diterangkan sebab aurat dalam islam bagi perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan kerana dalam surah ahzab (33) : 59 ... supaya mereka lebih mudah dikenal kerana itu tidak mudah diganggu. 

Jika disingkap semula dalam sirah nabi semasa zaman jahiliyyah, salah satu sebab kenapa arab jahiliyyah menjadikan wanita sebagai hamba seks sebelum kedatangan islam kerana disegenap tubuh wanita Itu satu godaan buat lelaki. 

Sebab itu tujuan islam mewajibkan wanita untuk menutup aurat kepada bukan mahramnya. Kira ini satu bentuk mengangkat darjat bukan satu bentuk merendahkan martabat. 

Malah, dalam aspek kasih sayang dan perlu dihormati melebihi lelaki, wanita diberi kelebihan dalam islam. Perkara ini dapat dilihat tentang soalan seorang sahabat nabi tentang siapa perlu disayangi di dunia ini selepas Allah dan Rasulullah sendiri. Jawab nabi Muhammad ,Ibu. Ditanya lagi siapa selepas itu. Dijawabnya ibu. Dan ditanya lagi selepas itu siapa. Dijawabnya ibu dan ditanya lagi selepas itu siapa, barulah bapa. (Hadis sahih bukhari, vol 8, kitab adab, bab 2 hadis 2) 

Sebab itu tidak hairan, bahawa syurga anak lelaki terletak di bawah kaki ibunya. Kerana walau sampai akhir hayat selagi ibunya masih hidup, anak lelaki perlu berbakti kepada orang tuanya walaupun sudah berkahwin. 

Kesimpulannya, konsep adil dalam islam tidak sama dengan adil dalam feminis Konsep adil dalam islam sama tapi tidak identitik dan meletakkan sesuatu ditempatnya. Sedangkan perjuangan femenis melihat adil sebagai sama rata yang bersifat boleh jadi memberi manfaat kepada 2-2 gender namun boleh jadi juga memberi mudarat kepada salah satunya. 

Baiklah. Itu sahaja perkongsian ringkas saya harini. Tq
Share:

Ramai Cikgu tertekan dengan perangai ibu bapa dan anak yang BIADAB!


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian seorang ustazah diminta untuk merangkak oleh seorang ibu kepada salah seoranga anak muridnya. Peristiwa ini menjadi hangat apabila tindakan video rakaman ustazah tersebut diviralkan dan mendapat kecaman daripada netizen. Kes ini akhirnya berakhir dengan ibu kepada budak tersebut meminta maaf kepada ustazah tersebut. 

Benarkah dunia pendidikan ditindas oleh sikap ibu bapa dan anak yang biadab?

Yup, perkara ini benar-benar terjadi. Jika dahulu, cikgu pukul di sekolah. Balik kau bagitahu ibu bapa pasti anak tersebut akan terkena lagi sebatan sebab ibu bapa tersebut tahu apabila cikgu pukul mesti anak mereka nakal di sekolah. 

Sebab itu ramai akhirnya menjadi manusia. Namun, ada segelintir mungkin terasa hati dan menyimpan dendam terhadap guru mereka. Hingga akhirnya menggubal dasar yang lebih pro kepada anak yang akhirnya dapat dilihat kesan “anak biadab” dan “ibu bapa” menyokong kebiadapan seolah-olah biadab itu perkara biasa. 

Memang kekerasan bukan satu-satunya solusi, selagi boleh berlembut, lembutlah. Tapi jika melampau, kekerasan adalah jalannya. 


Apa pula perkongsian dari seorang doktor tentang pesakit dari kalangan cikgu?

Sebab itu sewaktu berborak dengan doktor tadi, beliau sendiri akui bahawa ramai guru menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan stress yang melampau. Guru-guru tersebut ada yang lebih memilih untuk bersara lebih awal dari yang sepatutnya.

Apa kes-kes biadab anak-anak yang terjadi sepanjang pengalaman ibuku menjadi guru?

Kes 1 
Pelajarnya sanggup pecahkan tingkap masjid semasa bermain-main di masjid. Kemudian membuat muka tidak bersalah apabila ditangkap. Paling menyedihkan apabila pelajar tersebut melawan  dengan berkata “aku boleh bayarlah”.

rupa- rupanya anak orang kaya dan ibu bapanya selalu memanjakannya dengan duit. Kalau kau dalam sitausi begini, nak sepak ke nak nasihat sahaja? 

Kes 2 
pelajar lelaki skodeng perempuan di tandas perempuan. Walaupun sudah  dikenakan rotan oleh guru besar namun pelajar tersebut siap tunjuk lidah dan melawan sambil menyebut "week tak sakit" 

Depan Guru Besar sempat dia mengugut pengawas yang menangkap budak tersebut. Walaupun ibu bapanya datang, beliau masih lagi tunjuk muka biadab dan tak bersalah. Sehingga ibu bapanya menangis kerana selama ini tidak pernah tegas dan menghukum anaknya sehingga biadab begitu. Jika kau berada dalam situasi ini patutkah hanya bagi nasihat?


ni hanya kes-kes kecil yang berlaku di majoriti sekolah. Jika kau berkhidmat lama sebagai guru. Banyak lagi kes-kes lain sehingga ibu bapa sanggup menyerang guru dan bawa kes ke Mahkamah sedangkan anaknya yang salah. 

Perkara ini bukanlah bermaksud menakut-nakutkan. Cuma aku ingin beritahu, ada sesuatu yang tidak kena dalam polisi kita dalam aspek pendidikan yang perlu kita ubah. 

Kes-kes tadi tu banyak berlaku terutama melibatkan sekolah-sekolah di bandar atau mereka yang ibu bapanya mempunyai jawatan tinggi atau pengaruh kuat di sesautu kawasan. 

Jadi tak hairan, jika ramai guru lebih rela bersara awal.. 

Sabarlah yup guru-guru Malaysia. Dan terima kasih

Pandangan netizen 

1) bangga dengan cikgu kita sekarang.
"tabik ngn guru2 yg masih berjuang utk anak bangsa"

2) tugas generasi sekarang untuk ubah jadi lebih baik. 
"generasi kita sekarang lahh yg kene membentuk generasu yg akan dtg"

apa pula pandangan anda?

Share:

Pemandu Mabuk - Malaysia Wajar Tiru cara Thailand, Taiwan dan New Zealand


Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Dr Situ Zaharah Ishak menyatakan bahawa 80% kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh sifat manusia. Selebihnya adalah disebabkan oleh faktor jalan, persekitaran dan kondisi kenderaan. 

Dalam 10 kemalangan 2 atau 3 darinya kalau ikut kenyataan Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Mohammad Hisham Shafie adalah disebabkan oleh sikap pemandu yang mabuk. 

Dari sini kita sedar bahawa jumla kemalangan disebabkan oleh sikap yang suka “mabuk” sudah seperti dianggap “biasa” oleh masyarakat kita. Sehingga, punca kemalangan sebab mabuk ini sentiasa berlaku. 

Terbaru ialah kisah kemalangan di Tawau yang melibatkan 4 orang lelaki Maut sewaktu dirempuh oleh seorang wanita berusia 34 tahun pada jam 1.15 pagi. Kejadian ini sehingga mendapat perhatian khusus dari menteri pengangkutan, Anthony Loke yang inginkan akta berkaitan dikaji semula berkaitan dengan isu ini. 

Apa Akta yang ada di Malaysia tentang isu ini?
Baiklah dalam isu ini kita ada 2 seksyen dalam undang-undang yang berkaitan iaitu bagi kesalahan pemandu mabuk dibawah seksyen 45 A (1) akta pengangkutan Jalan 1987 yang boleh mengenakan denda tak kurang Rm 1,000 dan tak lebih Rm 6,000 

Manakala dalam seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengenakan denda maksima Rm10,000 dan penjara maksima 12 bulan jika kemalangan mabuk menyebabkan kematian. 

Ini hanyalah undang-undang yang setakat ini dilaksanakan bagi yg berkaitan dengan isu mabuk dalam kalangan pengguna jalan raya.

Adakah JPJ berdiam diri dalam Isu Pemandu Mabuk?
Baiklah berbalik kepada soalan asal iaitu mengenai kadar kemalangan disebabkan mabuk semakin tinggi adakah JPJ tak buat kerja? Atau bekerja dalam senyap? 

Bagi pandangan aku, JPJ menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. Sebab itu, mereka melaksanakan pelbagai OPS untuk membenteras jenayah di atas jalan raya. Malah ada dikalangan JPJ sanggup menyamar sebagai “penumpang” untuk melihat sendiri kesalahan pemandu “pengangkutan awam” ini seperti yang dilakukan oleh JPJ sarawak untuk Ops tahun baharu ini.

Memang tak dinafikan ada juga JPJ yang ambil duit poket, namun sekarang ini gejala ini mula berjaya dikurangkan. Sebab itu, Indeks persepsi rasuah di Malaysia berjaya naik 10 anak tangga dari 61 ( 2018 ) ke 51 (2019) 

Namun demikian, kelemahan OPS JPJ ini adalah mereka tidak menfokuskan kepada atasi Kesalahan jalan raya melibatkan pemandu mabuk. Setakat yang aku jumpa untuk OPS mabuk kali terakhir dilakukan pada tahun 2014 dan itupun hanya di Kota Kinabalu.

Bila tiada OPS alkohol ini, jangkaan untuk “pemandu mabuk itu tinggi”. 

Jadi bagaimana negara-negara luar atasi isu pemandu mabuk ini? 

Kita terbang ke New Zealand. Jika di sana, ada satu operasi yang dinamakan “alcohol checkpoint” yang mana mereka akan adakan seperti OPS di Malaysia tetapi secara besar-besaran dan melakukan ujian “pernafasan” untuk uji pemandu itu mabuk atau tidak. Dengan cara ini, kadar kemalangan di New Zealand berjaya dikurangkan yang melibatkan pemandu mabuk. 

Di Taiwan pula, negara tersebut dalam proses untuk memperkenalkan hukuman mati keatas pemandu mabuk yang melanggar kereta lain sehingga menyebabkan kematian. Jika perkara ini betul-betul berlaku, rasanya kita tahulah orang akan takut nak memandu time mabuk. 

Di Thailand pula, program GrabDriveYourCar membantu mengatasi masalah pemandu mabuk. Di mana, program ini driver grab akan memandu kereta anda ke Lokasi yg anda ingin pergi. Jadi walaupun anda mabuk, anda boleh selamat sampai ke rumah. (Jangan risau sistem keselamatan grab antara yang terbaik di Asia Tenggara kalau melibatkan penumpang). 

Apa cadangan aku tentang isu pemandu Mabuk?
Jadi dalam hal ini, aku rasa wajar untuk kerajaan mengambil beberapa inisiatif seperti 
1) melaksanakan operasi alkohol sepertu di New Zealand terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti. 
2) meletakkan seorang jpj atau penguatkuasa atau kamera tertutup Dihadapan pintu masuk dan belakang bar atau disko yang menjual air alkohol. Apabila mereka keluar sahaja dari tempat tersebut dan kereta dipandu sendiri terus mengenakan tindakan saman dan sebagainya. 
3) memperketatkan lagi undang-undang supaya undang- undang tersebut lebih “tegas” dan sebagai “peringatan penting” kepada rakyat Malaysia untuk menjaga sikap dalam pemanduan di Jalan Raya. 

Kesimpulannya, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang 🌚😘 (tibe slogan)
Share:

Definisi Pendidikan Tanpa Dokumen oleh KPM yang sering disalah erti orang ramai.

Dr Maszlee Malik Bersama Para Pelajar

Pendidikan untuk semua merupakan Prinsip EFA (education for All) yang diangkat sebagai salah satu hak perlu dinikmati oleh semua individu. 

Namun demikian, di Malaysia kita berhadapan dengan isu anak tanpa negara yang kerapkali dikaitkan dengan isu tidak mendapat salah satu keperluan iaitu akses pendidikan sama seperti masyarakat lain. Dalam isu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif untuk mengatasi isu ini bermula kepada anak tanpa dokumen. 

Jadi apa maksud sebenarnya anak tanpa dokumen oleh KPM?

Kalau melihat kepada portal rasmi KPM maksud anak tanpa dokumen yang sedang diusahakan untuk diatasi dalam isu pendidikan ialah anak-anak kepada warganegara tempatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran kerana kelahiran anak mereka tak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. 

Makna kata di sini, KPM berfokus kepada anak yang tiada dokumen tetapi ibu atau ayahnya adalah warganegara. Pendefinisian ini banyak ditentang terutamanya oleh golongan sekolah-sekolah alternatif yg memperjuangkan akses pendidikan kepada anak tanpa dokumen merujuk kepada tiada langsung dokumen tetapi telah lama tinggal menetap di sesuatu kawasan.

Mereka ini ialah individu yang tiada sebarang dokumen pengesahan kewujudan mereka. Kes ini banyak di Sabah. 

Namun demikian, dalam usaha yg dilakukan oleh Dr Maszlee malik ini merupakan usaha awal untuk menyelesaikan isu yang lebih mudah berbanding isu kes seperti di Sabah kerana “isu politik Sabah” sendiri sukar mengiktiraf kewujudan mereka. Jadi proses pendidikan untuk semua dimulakan kepada sesuatu yang lebih realistik untuk dilaksanakan. Untuk usaha selanjutnya tentang isu ini masih belum diketahui sebab Dr Maszlee sendiri sudah melepaskan jawatannya.

Berbalik kepada isu kita iaitu anak tanpa dokumen seperti definisi KPM, langkah ini merupakan satu langkah baik untuk merealisasikan “pendidikan untuk semua” 

Perlu diingat bahawa, pendidikan ini sebenarnya banyak memberikan kesan positif kepada masyarakat dalam pelbagai aspek. Malah pemuisi perancis Victor Huga pernah berkata “mereka yg membuka pintu sekolah akan menutup pintu penjara.” 

Kenapa beliau berpandangan begitu? 
Pendidikan adalah asas kepada seseorang individu boleh membezakan baik dan buruk malah menjadi panduan untuk mereka memilih kehidupan yang lebih baik. Sebab itu tidak hairan Paulo Freire menganggap pendidikan sebagai “ejen pembebasan bagi manusia”. Kerana kalau lihat dari perkembangan masyarakat dunia melalui pendidikan Eropah berjaya meruntuhkan zaman “gelap” mereka. China berjaya membina tamadun agung . 
Paulo Fereire.

Jadi jika pendidikan ini juga dinikmati oleh anak tanpa dokumen ini,sudah pasti mereka akan dapat mencuba mengelakkan diri daripada dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab disamping meningkat kemahiran asas mereka tentang ilmu seperti membaca, menulis, mengira dan kemahiran-kemahiran lain. 

Kesimpulannya, dengan pendidikan kita mampu mengubah dunia kearah lebih baik. 
"Sebab itu sewaktu Saidina Ali membandingkan antara harta dan ilmu mana yang akan dipilih. Saidina Ali memilih ilmu kerana sifat ilmu itu melindungi kita" 
Sekian tq 👀

Sumber rujukan
Berita Harian. Kanak-Kanak Tanpa Dokumen Berhak Dapat Pendidikan. 3 Oktober 2019. Klik Sini
Borneo Komrad. Sumpah Mati Demi Pendidikan Anak Bangsa. 10 Mac 2019. Klik sini.
Harian Metro. Pendidikan untuk semua. 25 Jun 2018. Klik di sini
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kemasukkan Kanak-Kanak Tanpa Dokumen ke Sekolah. Klik di sini
Malaysiakini. Kerajaan Sabah Mula tangani isu anak tanpa negara. 5 Mei 2019. Klikhttps://m.malaysiakini.com/news/474959 sini

Share:

Olimpian kalah di sukan sea: petanda buruk olimpik 2020?


Sebagai mukaddimah, sukan SEA yg dijalankan secara dwitahunam ini diadakan di Manila, Filipina. Target Malaysia pada sukan SEA kali ini untuk mencapai minima 70 pingat Emas berakhir dengan kekecewaan apabila hanya berjaya memungut 55 emas (sepatutnya 56 tapi ditarik balik) .

Perkara yang agak mengejutkan apabila ada beberapa atlet yang sudah “layak olimpik 2020 yang akan dijalankan di Tokyo bermula 24 julai nanti menunjukkan prestasi yang tidak meyakinkan. 

Baiklah mari kita lihat makna Olympian pula. Olimpian yang dimaksudkn oleh yg bertanya bagi saya ialah individu yang sudah layak ke olimpik 2020. Setakat oktober 2019, ada 8 atlet telah layak ke sukan olimpik tokyo. Mereka ialah Khairul Anwar (atlet memanah), Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng Yan Yee , pandalela rinong dan Leng Mun yee ( terjun ) Farah Ann (gimnas), Nur shazrin (laser radial) dan Khairul Nizam ( sukan pelayaran ) 
Farah Ann - Kali pertama layak ke Olimpik
Daripada 8 olahraga yg akan ke Olimpik 2020, 2 daripadanya gagal mengekalkan rekod pingat emas Sukan SEA dengan mendapat gangsa dan satu lagi atlet sekadar berada di suku akhir iaitu Khairul Anwar ( suku akhir ), Nur Shazrin ( gangsa )  dan Khairul Nizam ( gangsa ) . Perkara ini sangat mengejutkan rakyat Malaysia dan Kotinjen negara kerana persiapan untuk ke sukan olimpin hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Kekecewaan ini juga disuarakan oleh ketua kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain yang mengatakan bahawa “mereka terlalu selesa” selaku juara bertahan. 

Memang kalau dilihat kepada prestasi Malaysia di Olimpik bukanlah boleh kita anggap sebagai “baik” kerana dari segi pencapaian negara paling baik dalam sukan tersebut pernah dicatatkan pada Olimpik 2016 iaitu sebanyak 4 perak dan 1 gangsa. Kalau olimpik sebelum-sebelum ini, untuk sumbang lebih dari “2 perak” suatu yang agak sukar.
Pungutan Pingat Keseluruhan Malaysia dalam Olimpik Rio, Brazil 2016.

Malah sepanjang penyertaan Malaysia di Olimpik, meskipun kita pernah mempunyai “nombor satu dunia” dalam acara sukan tertentu yang layak ke Olimpik, namun kita masih lagi ketandusan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik. 

Jadi adakah dengan kegagalan olympian dalam sukan sea satu petanda kepada kegagalan Sukan olimpik nanti? 

Dalam hal ini, jika atlet-atlet tersebut tidak muhasabah diri, kita sekadar menghantar mereka “pergi melancong tengok anime”.  Perlu diingat bahawa kebanyakkan atlet yang menyumbang pingat pada sukan Olimpik 2016 ada yang sudah bersara dan ada yang belum layak secara merit.
"Hanya Pandalela Rinong sahaja yang setakat ini pemegang pingat sebelum ini yang telah layak secara merit ke Olimpik 2020"
Pandalela Rinong

Makna Kata tugas berat kepada atlet-atlet sama ada mengekalkan rekod kecemerlangan Olimpik 2016 atau memecahkan rekod tersebut. 

Namun, jika masih lagi atlet tempatan tidak mengambir iktibar, kekalahan Sukan SEA dan menunjukkan “sikap sambil lewa”, sudah pasti impian emas pertama Akan sekadar mwnjadi impian. Kekalahan dengan “mereka ranking lebih rendah” bukanlah suatu benda baharu dalam sukan. Malah Lee Chong Wei pernah dikejutkan oleh pemain perancis ranking 38 semasa terbuka denmark tahun 2016. Tapi beliau satu-satunya atlet paling konsisten bagi pingat perak pada negara. 
Datuk Lee Chong Wei
--------------------------
Adakah kita berpeluang?
--------------------------
Jika atlet kita “ambil iktibar” itu tidak mustahil. Sebab atlet baru yang layak ke Olimpin terutamanya dari Kem terjun menunjukkan prestasi konsisten. Cuma, kita perlu kerapkan motivasi pada mereka supaya jadi lebih baik.
3 atlet terjun negara selain Pandalela Rinong


Baiklah itu sahaja daripada saya.

Sumber Rujukan;
Astro Awani tentang tidak mencapai target 70 Pingat Emas
Stadium Astro,  tentang Sukan Pelayaran tiada emas di Sukan SEA 2019.
Stadium Astro  tentang Sukan Memanah di Sukan SEA
Stadium Astro tentang Emas dari atlet Terjun
Mstar, senarai 8 atlet yang sah ke olimpik
Mstar, KJ Pencapaian Olimpik Terbaik.
Share:

ToneWOW MLM? Benarkah MLM adalah Scammer?

Soalan yang diberikan ialah 

Tonewow ini merupakan salah satu anak syarikat besar iaitu Tone Group. ToneWow ini fokus utamanya ialah penjualan simkad sama seperti Digi, Maxis dan celcom.

ToneWow mempunya 2 pecahan utama iaitu Tone Excel dan Tone Plus . Kesemuanya mempunyai “manfaat” berbeza tapi dalam masa yang sama ada juga manfaat yang sama.

Contoh manfaat yang sama ialah Khairat Kematian sebanyak Rm 2,000
Antara manfaat yang boleh anda dapat. 

Jadi kenapa ramai yang suka promote ToneWow ini?

Sebenanrya disebalik penggunaan ToneWow ini, penggunanya boleh mendapatkan “income” bersandarkan konsep hampir sama dengan konsep “Multi-Level Marketing” atau dalam bahasa lain dalam bisnes selain MLM ialah “Network Marketing” (bahasa Melayunya sistem berangkai )

Sebagai contoh mudah kalau kamu beli dengan saya, saya akan dapat duit hasil top up kamu dan orang yang kamu dapat. Tapi ada peratusan tertentu ditetapkan.
ini peratusan pendapatan yang bakal diperolehi pengguna Tone Excel. 

Peratusan bagi yang menggunakan Tone Plus

Adakah hanya ToneWow menggunakan konsep perniagaan begini (Multi-Level Marketing atau Network Marketing)?

Banyak sebenarnya syarikat-syarikat telco dan bukan telco guna konsep yang sama dengan ToneWOW ini. Ada juga memang guna MLM secara penuh. Antara Telco lain yang gunakan teknik seperti ini ialah OneXOX , Altel ( telco Syed Mokhtar) dan TuneTalk ( Tony fernandez).

Kenapa seringkali kita akan dengar agen akan katakan mereka bukanlah MLM ?

1) Kalau MLM di Malaysia, mereka perlulah berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung manakala kebanyakkan syarikat Telco yang amalkan konsep ini berdaftar di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

2) Mereka tidak dipaksa menjual simkard sebab mereka boleh memilih sekadar menjadi “pengguna sahaja atau penjual dan pengguna sekali” - makna kata tiada paksaan.

3) perspektif masyarakat Malaysia ialah MLM ini satu unsur bisnes yang negatif (sedangkan jika teliti betul-betul sebenarnya tidaklah seperti dibayangkan sepenuhnya). Jadi ini adalah salah satu cara menarik pengguna. 

Kenapa syarikat gemar menggunakan konsep “network marketing” atau MLM?

1) memasarkan produk dalam masa yang singkat dan berkesan
2) menjimatkan kos perbelanjaan untuk mempromosikan di media (terutamanya di TV) sebab kadarnya lebih tinggi.
3) mewujudkam peluang pekerjaan secara tak langsung kepada pengguna.

Jadi apa pandangan saya tentang isu ini?

1) network marketing atau MLM adalah salah satu sistem perniagaan alaf 21 dan diakui oleh Robert Kuok ( orang terkaya Malaysia sebab dia pun buat), Syed Mokhtar Al-Bukhari dan kalau diperingkat global seperti Donald Trump (tahniah jadi presiden US lagi walaupun ramai benci🤣) , Robert Kiyosaki.

2) Syarikat telko banyak terlepas pandang tentang “penasihat syariah” sebab bagi mereka jika tak daftar bawah akta jualan langsung tak apa sebab konsep akarnya banyak adaptasi MLM. Jadi sebaiknya adakan penasihat syariah.

3) sesuai untuk lapisan masyarakat? Kalau saya sendiri saya kurang berminat dengan Network Marketing atau MLM , tapi bagi yang suka menjual produk ini salah satu cara “pendapatan pasif” boleh kamu lakukan.

4) bagi yang tak pandai bercakap biasanya mereka akan sediakan ayat untuk kamu “copy and paste” dan tiru.
"Sebab itu, penjual yang baik banyak dari kalangan mereka sebab elemen pemujukan MashaAllah kalau 18 kali boleh tahan kali ke 19 tak tahulah nak" 🤣
5) MLM atau network marketing berbeza dengan skim cepat kaya sebab skim ni biasanya dia takkan berani terikat dengan undang-undang. Kalau Skim itu sepatutnya mereka kena didaftarkan dibawah Akta Jualan Langsung. Kalau dia cakap ada daftar , boleh buat semakan pendaftaran syarikat tersebut.

Baiklah itu sahaja dari saya . Saya bukan penjual simkad tu hahahahaa. Tapi pandangan berdasarkan permintaan. Sekian.

Sumber rujukan : https://www.tonewow.net/bm 
Share:

Salahkah Kita Beragama Islam? Umat Islam Uyghur di Xin Jiang Sedang Menangis. Mengapa Kita Berdiam?

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan kritikan Ozil (pemain Arsenal) tentang tindakan masyarakat Islam Dunia yang berdiam diri terhadap kekejaman China terhadap etnik Uyghur. 

Kritikan ini akhirnya diblas oleh negara china dengan tindakan “menghentikan penyiaran” perlawanan liga bola sepak Arsenal di tayangkan di China disamping membakar jersi Ozil. Susulan perkara ini, timbul persoalan sebenarnya apa yang berlaku di Xinjiang iaitu kawasan yang didiami oleh penduduk majoritinya etnik Uyghur.

Kata-Kata Ozil di Twitternya. 

Sedikit Latarbelakang Tentang XinJiang. 

XinJiang atau nama sebelumnya digelar sebagai Turkistan Timur  merupakan sebuah kerajaan Islam selepas menerima kemasukkan islam sekitar awal abad ke 9. Namun begitu, kerajaan Islam Uyghur akhirnya diserang kerajaan Manchu 1876 dan menamakan Turkistan Timur sebagai Xin Jiang ( wilayah baharu) 8 tahun kemudian. 
Namun demikian, selepas nasionalis china berjaya mengalahkan kerajaan Manchu pada tahun 1911, Xin Jiang berjaya melepaskan diri dari cengkaman China setelah berjaya mengatasi 2 serangan iaitu pada tahun 1933 dan 1944 sehingga mengisytiharkan kemerdekaan dan menubuhkan Republik Timur Turkestan. Namun kemerdekaan ini tidak berkekal lama setelah Komunis China itu menguasai semula pada tahun 1949. Dari sini bermula satu proses asimilisasi (mudahnya penghapusan perbezaan) berlaku. 

Apakah Bentuk-Bentuk Penghapusan Agama yang Dilakukan Keatas Etnik Islam Uyghur? 

1) menghantar perisik tinggal di rumah etnik uyghur beragaam islam. 
2) dipaksa minum arak di bulan Puasa dikhalayak ramai. 
3) dihadiahkan babi sewaktu perayaan islam . 
4) kanak-kanak dipaksa belajar aliran china dan dipisahkan dari keluarga. 
5) wanita dilarang memakai tudung, dipaksa berkahwin dengan etnik han dan ada yang dirogol. 
6) tahanan etnik Uyghur islam di Kem Latihn Politik ditembak dan dikeluarkan organ secara haram untuk dijual dan banyak lagi kekejaman dibuat oleh kerajaan china.

\
tangisan etnik Uyghur.

Apa Alasan China Berbuat Demikian? 

Dalam perkara 1 perlembagaan China menyatakan bahawa - sistem sosialis adalah asas kepada republik Rakyat China. Gangguan terhadapnya oleh mana-mana pihak adalah dilarang. Sebab itu, China melakukan perkara tersebut atas alasan perlembagaannya untuk mengasimilisasikan rakyatnya. 

Bagaimana China Sembunyikan Kejahatan Mereka? 
  • menyekat media sosial di China. 
  • setiap kali lawatan orang luar ke Xin Jiang, pemerintah China akan merancang setiap tingkah laku baik sahaja yang akan dipamerkan di Xin Jiang. 
  • Malah, mereka juga akan merancang meletakkan seorang imam upahan untuk menerangkan "dasar kononnya baik" dari kerajaan China dan mengawal tempat tertentu sahaja yang boleh dilawat pelawat yang hadir ke Xin Jiang. 

Bagaimana Pula dengan Keadaan Genocide atau Penghapusan Etnik Uyghur Berlaku ? 
  • apa yang dilakukan oleh China ialah memasukkan etnik han ke Xin Jiang secara beramai-ramai. 
  • malah, orang Uyghur juga dipaksa berkahwin dengan etnik han supaya anaknya nanti bukan lagi islam.
  • Cuma kalau genocide dari sudut pembunuhan etnik masih belum dijumpai sebarang bukti kukuh tentang isu ini (salah satu sebab dasar China menyekat dan mengawal media) 

Kenapa Negara-Negara Islam dan Dunia Banyak Mendiamkan Diri tentang Isu Ini Meskipun Tahu? 


1) China Kuasa Veto PBB 
  •  pertuduhan keatasnya akan mudah dihapuskan kerana dia kuasa veto.
  • jadi apabila isu ini cuba dibangkitkan, “ ianya hanyalah satu tindakan sia-sia”

2) Terikat dengan bantuan pelaburan China. 
  • plan China Belt and Road sebenarnya mengikat negara-negara membangun yg majoritinya negara Islam dengan bantuan-bantuan projek mega. 
  • kesannya, sekiranya mereka lantang bersuara akhirnya risiko “bantuan pelaburan tersebut” akan terlepas. 
3) kurangnya bukti untuk sabitkan kesalahan. 
  • dasar tutup pintu china dari sudut laman sosial menyukarkan pengumpulan bukti.
  • Sebab itu bagi pandangan peribadi, saya bersetuju dengan tindakan Ozil mengkritik masyarakat dunia khususnya masyarakat islam yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang manusia. 

Jika mengamalkan agama itu terroris dan fahaman ekstremis seperti didakwa oleh negara China kenapa hanya islam yang dikenakan hukuman sebegitu rupa? 

Isu Palestin-Israel, Rohingya-myanmar , XinJiang-China, banyak lagi penyiksaan umat islam di dunia oleh “terroris sebenar” tapi islam juga dianggap ekstremis.

Jadi Salahkah Kita Beragama Islam? 

Sedang dinegara islam tiada keadaan “kekejaman begitu” yang dilakukan oleh pemimpin islam keatas bukan islam sehingga “memaksa bukan pengikut aturannya atau alirannya dikenakan hukuman kejam dan tak beri kemanusiaan”. 
Tak perlu jadi islam untuk tahu salah dan silap. Cukuplah menjadi manusia. Baiklah sekian 🌹 

Sumber Rujukan
1) Astro Awani, Ozil kritik umat Islam abaikan etnik Uighur, http://www.astroawani.com/berita-dunia/ozil-kritik-umat-islam-abaikan-etnik-uighur-225293. Diakses pada 17/12/2019.

2) Temubual bersama Abdul Salam, Imam etnik Uyghur bermastautin di Australia tentang corak penindasan Negara China terhadap etnik uyghur
 https://www.sinarharian.com.my/article/12439/BERITA/Nasional/Dunia-Islam-jangan-biar-China-terus-ratah-etnik-Uighur. Diakses pada 17/12/2019.

3) Astro Awani tentang periksakan tinggal serumah dengan Uyghur  http://www.astroawani.com/berita-dunia/isteri-etnik-uighur-dipaksa-sekatil-dengan-pegawai-kerajaan-221944. Diakses pada 17/12/2019.

4) BBC News tentang latarbelakang Uyghur https://www.bbc.com/news/world-asia-china-22278037. Diakses pada 17/12/2019.

5) World Uyghur Congress, https://www.uyghurcongress.org/en/east-turkestan-2/. Diakses pada 17/12/2019.
Share:

Doktor Juga Manusia Bukan Mesin? Bagaimana pula pandangan pesakit terhadap isu ini ?


Gambar tadi yang saya kongsikan saya dapat dari seorang rakan yang meminta untuk saya ulas tentang perkara ini.

Hal ini kerana jika anda melihat ada 2 situasi berbeza iaitu satu orang sakit manakala satu lagi seorang yang merawat ( doktor ). Kelihatan dalam gambar itu, doktor tersebut sedang makan sedangkan pesakit ramai menunggu.

Dalam gambar ini ada dituliskan ringkasan maksud perkataan tersebut iaitu doktor juga manusia bukan mesin.

Baiklah dalam situasi ini saya perlu melihat kedua-dua perspektif dan bagaimana sebenarnya corak kerja sebagai seorang doktor dan budaya kerja di Malaysia. Akhirnya kita akan menilai sendiri siapa betul siapa salah.
-------------------
Ikrar Hippocratic Oath
-------------------
Seperti yang kita sedia maklum, Doktor merupakan individu yang ditugaskan untuk merawat pesakit. Malah dalam ikrar “Hippocratic Oath” iaitu ikrar yang diangkat sebagai “ikrar” yang menerangkan peranan doktor.

Salah satu intipati dalam ikrar tersebut ialah “ ... menganggap keluarganya Sperti keluarganya sendiri” dan ada frasa lain yang menyatakan “ akan menggunakan perubatan untuk membantu yang sakit mengikut kebolehan dan pertibanganku...”

Malah dalam frasa lain “ bila aku memasukki mana-mana rumah, aku akan memasukkinya untuk membantu yang sakit dan akan menghindarkan diri daripada perlakuan buruk..”

Kalau anda perhatikan 3 frasa yang saya gunakan ini sebenarnya menerangkan beratnya tanggungjawab seorang doktor. Makna kata dalam konteks gambar tersebut sewajarnya seorang “Menghindarkan diri daripada perlakuan buruk”. Makna kata dari sudut etika kerja itu sendiri sewajarnya doktor “memberikan yang terbaik”. Ini bagi anda yang melihat satu sisi “ikrar doktor itu sendiri”.

Namun demikian, masalah ini kebiasaannya berlaku di hospital kerajaan dan jarang kita dengar di Hospital swasta begini. Kenapa?
---------------------
Punca Berlakunya Keadaan Ini dari Sudut Doktor
---------------------
Ada 2 sebab utama kenapa saya berkata demikian.

1) Upah Pembayaran

  • kadar upah di hospital swasta lebih tinggi berbanding hospital kerajaan.
  •  Hal ini akan membantu “mengurangkan tekanan atau sebagai satu motivasi kepada doktor untuk bekerja lebih baik.
  • Sebab itu apabila doktor kerajaan terbeban dengan banyak tugasan tapi "bayaran tidak setimpal" dengan taraf hidup kini, sudah pasti "mereka terasa terbeban. 

2) Kekurangan Doktor di Pusat Rawatan Kerajaan.

  • mana tidaknya kalau yang pakar lari ke swasta dan kerajaan kurang mengambil pengambilan doktor atas sbb kurang mampu membayar “doktor pakar”. 
  • Namun demikian, masih ada doktor-doktor pakar yang setiasa dengan kerajaan kerana salah satu faktornya ialah sebab “ benefit pencen dan pinjaman.” 
  • Meskipun demikian, lebih ramai doktor keluar disebabkan isu ini.

Baiklah selesai memahami dari sudut doktor. Kita lihat dari sudut pesakit.
---------------------------------------------
Punca berlakunya Keadaan Ini dari Sudut Pesakit. 
---------------------------------------------
Pesakit ialah orang yang sakit. Makna kata sewaktu “mereka ke rumah sakit” mereka berhajat besar untuk dirawat secepat mungkin. Yup, saya akui sendiri sewaktu pergi ke klinik kadang sampai 2 jam baru Dipanggil masuk ke bilik rawatan. Malah ada sekali pengalaman saya sendiri di waktu malam, kadang sampai 3 jam menunggu baru di bawa masuk untuk rawatan itu pun berakhir dengan “timesleep” atau ayat "takpe kalau tak baik esok datang lagi - sedang baru lepas accident motorsikal"

Dalam hal ini, adalah bagi saya salah untuk doktor “sengaja” melengah-lengahkan kerja mereka sehingga “drag masa” terlampau lama.

Memang kalau lihat “trend kerja” di Malaysia, tak dinafikan kita bukan seperti di Negara Jepun disiplinnya tinggi. Cara kerja kita lebih “relax”. Siap makan dlu 30 minit lepastu takpe sambung kerja sekejap lagi.

Ini memang budaya kerja biasa di Malaysia. Untuk pandangan peribadi, saya tidak marah sepenuhnya jika itu berlaku “selagi tanggungjawab hakikinya berjalan dengan baik”. Namun, kalau sehingga menyebabkan kelewatan pada orang lain terlampau lama bermakna anda sendiri tidak melayan “dia sebagai manusia” tetapi sebagai mesin.

Memang betul bukanlah kita inginkan doktor bekerja 24 jam, kalau nak rehat time kerja 5 minit sekadar minum Air atau makan snack itu bagi saya tidak terlampau menganggu. 
Tapi kalau sampai 30 minit sehingga pesakit lain beratur lama tapi time rehat tetap keluar juga, bagi saya itu bukan budaya kerja yang baik!

Maknanya, dalam situasi gambar tersebut, dua-dua perlu anggap pesakit sebagai “manusia” doktor juga perlu dianggap sebagai “manusia”.

Namun demikian, jangan dilupa ikrar kamu sebagai doktor yang membezakan kamu dengan orang lain. Doktor bukan mesin, tapi mereka memilih itu sebagai kerjaya.

Jadi risiko-risiko itu perlu dijadikan “aspek positif” dalam hidupnya. Jika tertekan , rehatlah atau ambil cuti untuk tenangkan diri. Atau “beriadahlah” di petang hari atau dihujung minggu.

Dari situ tekanan kamu akan mulai redha. Jika tertekan dengan atasan kamu, buatlah aduan atau perbincangan bersama supaya sama-sama “tak tertekan”.
Kritikan ini bukanlah saya tujukan pada semua doktor. Saya faham kerja doktor berat. Namun kritikan ini buat doktor yang sengaja melengah-lengah kerja dan membuat alasan "mereka juga manusia" Sebab saya tahu doktor di Malaysia semuanya baik-baik. ehek. 
Baiklah itu sahaja dari saya. Sekian 🌹
Share:

Bagaimana Cara untuk "move on"? Ini 7 Tips yang boleh anda lakukan.



Salah satu permintaan daripada sahabat saya. 
Move on ni sebenarnya satu keadaan cuba untuk hilangkan kenangan yang ada bersama dengan yang pernah disayangi atau paling tidak kita boleh jalani kehidupan harian seperti biasa tanpa terlalu memikirkan kenangan yang disimpan bersama dengan si dia. 

Oleh itu berikut beberapa tips yang boleh dilakukan untuk anda move on.
-------------
1) Sibukkan Diri. 
-------------

  • jika sebelum ini anda seorang yang banyak masa bersama terluang, cuba biasakan diri untuk sibukkan diri. 
  • caranya, jika anda bekerja, rajin-rajinkan ot atau overtime. 
  • jika anda belajar, rajin-rajin join program universiti. 
  • atau jika memang anda tiada apa-apa nak buat just rajinkan diri berjalan ke luar rumah dan sebagainya.

"Cara ini bagus bagi individu yang merasakan diri mereka terlalu banyak masa terluang. Jadi mungkin teknik ni anda boleh guna pakai"
---------------------------------------------
2) Hilangkan Semua Memori Bersama Dia atau Hapuskannya 
---------------------------------------------

  • cara ni agak radikal jika bagi mereka yang nak terus lupakan kenangan mereka bersama pasangan. 
  • biasanya mereka yang radikal ini akan melakukan perkara-perkara seperti membakar kenangan-kenangan yang ada bersama dengan yang tersayang, membuang segala bentuk pemberian atau memori bersama dengannya dari chat hinggalah barang pemberian.
  • cara ini sangat menyakitkan sebab kita memaksa untuk dilupakan.
  • Tapi cari ini bagus untuk kita benar-benar melupakan pasangan.
  • sebab teknik ni digunakan supaya kita benar-benar melupakan pasangan kita itu walaupun dengan cara yang keras.

------------------------
3) Dekatkan Diri Dengan Agama. 
------------------------

  • dalam agama diajar untuk kita tahu bahawa setiap yang berlaku ada pengajaran peringatan yang ditinggalkan. 
  • cara ini bagus untuk diamalkan terutamanya yang jauh diri dengan agama (tiba rasa deep 🌚) 
  • lama kelamaan kamu akan mula rasa tenang dengan keadaan move on tersebut.

------------------------------------------------------------------------------
4) Tengok Video Motivasi atau Baca Apa-apa yang Berkaitan dengan Motivasi atau Cari Kawan dan rapatkan diri dengan Keluarga supaya Boleh Beri Motivasi. 
------------------------------------------------------------------------------

  • saat kita down ni memang kita perlukan something untuk dimotivasikan. 
  • langkah yang baik ialah dengan melihat video-video motivasi yang paksa diri untuk berubah jadi lebih baik. 
  • Cara lai ialah cari org yang supportive yang akan sentiasa bagi semangat untuk kamu teruskan kehidupan.
  • dengan cara ini, kamu akan lebih bersemangat untuk jalani kehidupan harian sebaik mungkin. 
  • Perkara ini memang memerlukan proses lama untuk memotivasikan diri. 
  • Namun, ini langkah bagus untuk kamu jalani liku2 kehidupan.

----------------
5) Mengembaralah. 
----------------
  • orang cakap bila kita dah dibenci, cuba untuk berpindah angin ke tempat baru. 
  • jangan kembali ke tempat itu sampailah kita rasa diri kita ok dah. 
  • teknik ni boleh juga untuk masalah-masalah berkaitan juga seperti tekanan. 
  • dengan cara ini juga kita tak rasa tertekan mengenang memori tempat-tempat bersama dengan si dia. 
  • jadi secara perlahan-lahan dia boleh bantu untuk tenangkan diri dan jalani hidup lebih baik

---------------------
6) Lihat Keindahan Alam. 
---------------------

  • rajin-rajinkan diri untuk melihat keindahan alam.
  • sebab setiap keindahan alam itu sebenarnya buat anda lebih tenang. 
  • malah jika ada masih terasa sakit. 
  • Luahkan dengan menjerit sekuat hati di laut ke atau di kawasan tinggi. Perkara ini akan melagakan diri anda. Believe me 🤭


------------------------
7) Bersukan atau Beriadah. 
------------------------

  •  cara ini pun sebenarnya membantu anda tuk melupakan masalah putus cinta ni. 
  •  malah teknik ni akan memenatkan diri anda untuk fikir perkara yang tidak penting itu lagi.
  • jadi mana tahu yang tak rajin bersukan boleh dah mula beriadah.. tapi jangan riada tengah malam pukul 3 pagi dalam bilik sudah ( nanti org lain mati terkejut )


Oklah itu sahaja dari saya 7 tips untuk anda move on. Semoga berguna. 


Owh yup buat yang setia tambahan. 

-------------------
8) Susah-susah Cari Sahaja Baharu. 
-------------------

  • orang tak nak dekat kita, kita cari orang lain. 
  • benda ni mungkin ada orang boleh buat ada orang sukar buat 
  • Bagi yang boleh buat aish teruskan je cari baru. Apa susah 😂😂
Kalau tak jumpa tu takpe "abang ada". eh? hahaha
Share:

Benarkah Akta Lagu Kebangsaan 1968 tidak menetapkan Bahasa Kebangsaan sahaja penggunaannya? dan Isu bender 5 bucu ada kaitan dengan komunis?

Soalan yang ditanyakan ialah


----------------------------------------------------------------
Baiklah untuk soalan kali ini membangkitkan 2 perkara yang melibatkan “lambang Malaysia” dan “lagu kebangsaan” 
----------------------------------------------------------------

Isu bendera Malaysia terbalik sudah saya bahaskan sebelum ini  dan untuk isu terbaharu ialah bendera 5 bucu. Manakala isu lagu kebangsaan berkenaan penggunaan bahasa mandarin dalam menyanyikan lagu kebangsaan di dalam kelas . Jom kita analisis isu mengenai bendera 5 bucu dahulu.

1. Isu Bendera Terbalik 

Dalam isu bendera 5 bucu ialah berlaku sewaktu upacara pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak bawah 15 di stadium Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (MABA) 

Pada ketika itu, keluarnya satu visual paparan bendera dengan 5 bucu sewaktu menyanyikan lagu negaraku. Sejurus selepas penularan video tersebut, presiden MABA Datuk Lua Choon Hann mengambil cuti secara sukarela untuk memudahkan siasatan dilakukan. 


Malahan , MABA juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi permohonan maaf berkenaan “kesilapan tersebut” dan telah mengambil tindakan menamatkan kontraktor produksi siaran langsung setelah didapati “cuai” memaparkan Jalur Gemilang. 

kenyataan dari pihak MABA

Baiklah selesai “mukaddimah” tentang isu bendera mari kita lihat dari segi pandangan saya pula. Dari sudut pandangan saya pula, tindakan ini adalah satu tindakan tidak “patriotik” dari pihak berkaitan. Malah, kecuaian ini boleh dielak sekiranya “semakan dilakukan dengan teliti. Hal ini kerana mana-mana program yang dijalankan sepatutnya ada “full reherseal" supaya kekurangan dalam isu teknikal dan isu aturan majlis dapat dikurangkan. 

------------------------------------------------------
Bagaimana dengan Undang-undang Berkaitan dengan Isu Bendara ini? 
------------------------------------------------------

Bagi kes bendera ini sebenarnya tiada satu undang-undang spesifik yang boleh didakwa secara langsung tindakan tersebut melainkan undang-undang lain yang boleh dikaitkan dengan isu ini.  

Undang-undang tersebut seperti Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949. Ringkasan undang ini ialah mengenai “mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan yang berlawanan dengan akta ini akan dikenakan tindakan.” Makna kata akta ini kita boleh tafsirkan sebagai pihak bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan kerana "mempamerkan lambang kebangsaan iaitu bendera Malaysia" tidak seperti sepatutnya. 

Malah, mereka juga boleh juga disabitkan dalam kesalahan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 seksyen 233(1) (a) iaitu ...komunikasi yang mengancam atau jelik sifatnya dengan niat. Akta lain yang boleh disabitkan dalam isu ini ialah Akta hasutan 1948 dalam seksyen 4(1)(a) berkenaan sebarang perbuatan “cenderung” menghasut. 

Meskipun tiada undang-undang spesifik tentang isu ini namun, undang-undang berkait rapat yang dianggap "relevan dengan tafsiran tertentu" boleh terpakai dalam isu ini. 

-----------------------------------------------------------
Benarkah Bendera Lima Bucu Ada Kaitan dengan Komunis?
-----------------------------------------------------------
Dari satu “sisi” ada yang berpendapatan bahawa bendera bintang 5 merujuk kepada “lambang komunis” dan perkara ini “seolah-olah banyak kebetulan seperti kemasukkan abu Chin Peng ke Malaysia seolah-olah “membenarkan dakwaan ini”. Dalam hal ini masih belum ada bukti yang jelas dalam mengaitkan antara fahaman komunis dan isu bendera lima bucu. Namun demikian, sekiranya perkara ini benar-benar berkait, tindakan tegas perlu dikenakan supaya "ideologi komunis" tidak merebak dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Namun apa yang sepatutnya difokuskan ialah menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia supaya masyarakat kita tahu nilai dan patriotiknya "lambang kebangsaan" itu. 

2. Isu Nyanyian Lagu Kebangsaan dalam Bahasa Mandarin 

Baiklah kita terus ke perbahasan kedua iaitu berkenaan dengan isu nyanyian lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin di salah sebuah sekolah di Malaysia. 

Kalau melihat melalui kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Amin Sennin menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk beri “kefahaman” terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan lagu kebangsaan. Ini salah satu dari proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) oleh guru tersebut. 

Kes ini masih dalam siasatan jadi kita biarkan dulu untuk pendedahan awal daripada  Kementerian Pendidikan Malaysia itu. 
Jadi sama ada perkara ini melanggar atau tidak perlu kita rujuk pada undang-undang berkaitan. Jadi perlembagaan khusus tentang isu ini ialah Akta Lagu Kebangsaan 1968. 

Wujud dakwaan dilaporkan Malaysiakini bahawa kata ini tidak jelas mengkhususkan “bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan sebagai satu-satu bahasa dalam lagu kebangsaan. Malah dalam seksyen 3(2) juga membenarkan lagu dimainkan dan dinyanyikan di sekolah bagi maksud mengajar.

Memang benar kalau anda baca akta tersebut tidak jelas menetapkan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa yang “boleh digunakan dalam  lagu negaraku” sehingga dicadangkan oleh Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood (pensyarah UIA) untuk meminda akta ini untuk lebih jelas. 

Saya tidak menafikan keseluruhan pandangan Prof tersebut sebab bacaan awal saya pun “susah” nak jumpa perkara jelas tentang larangan bahasa lain dalam lagu negaraku. Namun demikian, saya ada sedikit pandangan berbeza kalau nak sabitkan sekolah dan guru tersebut diatas kesalahan “tidak patriotiknya itu”

Kita gunakan juga dalam akta yang sama iaitu dalam seksyen 2 yang mentafsirkan lagu kebangsaan dimainkan mengikut gubahan perkataan & muzik yang dinyatakan dalam jadual  akta tersebut. 
tengok pada bahagian saya bold kan memang menggunakan bahasa Melayu. Boleh juga lihat disini untuk versi penuh akta lagu kebangsaan 1968

Kalau anda lihat jadual tersebut memang dituliskan lagu negaraku dalam bahasa Melayu. Malah, tindakan cikgu itu boleh juga disabitkan dalam kesalahan seksyen 8(4)(b) iaitu perbuatan cenderung merendahkan prestij lagu kebangsaan pada pandangan orang awam. 

Jadi, dapat disimpulkan tindakan guru itu “salah” jika kita perhati akta tersebut kerana telah menyebabkan "rendahnya prestij lagu kebangsaan pada pandangan orang awam"

------------------------------------------------------------
Oh yup kenapa saya kata tindakan guru tersebut tidak patriotik? 
------------------------------------------------------------
1) Merakam / Membenarkan Video Tersebut Dirakam.  
  • murid adalah individu yang dilarang untuk membawa telephone bimbit. Jadi jika bukan murid siapa yang merakam?
  •  Makna kata video tersebut dirakam dengan niat untuk ditularkan yang masih tidak pasti tujuannya tapi boleh disabitkan dengan Akta komunikasi & Multimedia dan Akta Hasutan.

2) Penggunaan Bahasa Lain Dalam Lagu Negaraku. 
  • mana - mana negara di dunia tidak pernah lagi kita mendengar dalam sesi pdp mereka membenarkan “penggunaan bahasa lain dalam nyanyian lagu kebangsaan mereka untuk dinyanyikan”. 
  • Malah, meskipun Singapura menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan majoriti penduduknya berbangsa cina namun tetap menggunakan bahasa lagu kebangsaan mereka iaitu bahasa melayu semasa menyanyikan lagu Majulah Singapura”

gambar sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin

Makna kata sikap sambil lewa guru tersebut “menghakis” sifat patriotik terhadap “bahasa” dalam lagu tersebut.Apabila dengan niat mengubah skrip lagu tersebut ke bahasa mandarin. 

Ini bukanlah satu bentuk patriotik kerana pengubahan itu dilakukan dengan menyanyikan lagu tersebut berserta melodinya bukan “sekadar mengajar tanpa menyanyikannya atau menulis maksudnya di papan belajar sahaja seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed  yang hanya membenarkan Bahasa Melayu sahaja sebagai bahasa dalam lagu kebangsaan.”


Kesimpulannya, saya mengkritik unsur-unsur menghakis “semangat patriotik terhadap negara” dan wajar dihentikan. Jangan sesekali mempersendakan “identiti negara” jika anda benar-benar sayangkan negara tercinta kita. Itu sahaja. Sekian. I love Malaysia 😘


Share:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results