----------------------------------------------------------------
Baiklah untuk soalan kali ini membangkitkan 2 perkara yang melibatkan “lambang Malaysia” dan “lagu kebangsaan”
----------------------------------------------------------------
Isu bendera Malaysia terbalik sudah saya bahaskan sebelum ini dan untuk isu terbaharu ialah bendera 5 bucu. Manakala isu lagu kebangsaan berkenaan penggunaan bahasa mandarin dalam menyanyikan lagu kebangsaan di dalam kelas . Jom kita analisis isu mengenai bendera 5 bucu dahulu.
1. Isu Bendera Terbalik
Dalam isu bendera 5 bucu ialah berlaku sewaktu upacara pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak bawah 15 di stadium Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (MABA)
Pada ketika itu, keluarnya satu visual paparan bendera dengan 5 bucu sewaktu menyanyikan lagu negaraku. Sejurus selepas penularan video tersebut, presiden MABA Datuk Lua Choon Hann mengambil cuti secara sukarela untuk memudahkan siasatan dilakukan.
Malahan , MABA juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi permohonan maaf berkenaan “kesilapan tersebut” dan telah mengambil tindakan menamatkan kontraktor produksi siaran langsung setelah didapati “cuai” memaparkan Jalur Gemilang.
kenyataan dari pihak MABA
Baiklah selesai “mukaddimah” tentang isu bendera mari kita lihat dari segi pandangan saya pula. Dari sudut pandangan saya pula, tindakan ini adalah satu tindakan tidak “patriotik” dari pihak berkaitan. Malah, kecuaian ini boleh dielak sekiranya “semakan dilakukan dengan teliti. Hal ini kerana mana-mana program yang dijalankan sepatutnya ada “full reherseal" supaya kekurangan dalam isu teknikal dan isu aturan majlis dapat dikurangkan.
------------------------------------------------------
Bagaimana dengan Undang-undang Berkaitan dengan Isu Bendara ini?
------------------------------------------------------
Bagi kes bendera ini sebenarnya tiada satu undang-undang spesifik yang boleh didakwa secara langsung tindakan tersebut melainkan undang-undang lain yang boleh dikaitkan dengan isu ini.
Undang-undang tersebut seperti Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949. Ringkasan undang ini ialah mengenai “mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan yang berlawanan dengan akta ini akan dikenakan tindakan.” Makna kata akta ini kita boleh tafsirkan sebagai pihak bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan kerana "mempamerkan lambang kebangsaan iaitu bendera Malaysia" tidak seperti sepatutnya.
Malah, mereka juga boleh juga disabitkan dalam kesalahan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 seksyen 233(1) (a) iaitu ...komunikasi yang mengancam atau jelik sifatnya dengan niat. Akta lain yang boleh disabitkan dalam isu ini ialah Akta hasutan 1948 dalam seksyen 4(1)(a) berkenaan sebarang perbuatan “cenderung” menghasut.
Meskipun tiada undang-undang spesifik tentang isu ini namun, undang-undang berkait rapat yang dianggap "relevan dengan tafsiran tertentu" boleh terpakai dalam isu ini.
-----------------------------------------------------------
Benarkah Bendera Lima Bucu Ada Kaitan dengan Komunis?
-----------------------------------------------------------
Dari satu “sisi” ada yang berpendapatan bahawa bendera bintang 5 merujuk kepada “lambang komunis” dan perkara ini “seolah-olah banyak kebetulan seperti kemasukkan abu Chin Peng ke Malaysia seolah-olah “membenarkan dakwaan ini”. Dalam hal ini masih belum ada bukti yang jelas dalam mengaitkan antara fahaman komunis dan isu bendera lima bucu. Namun demikian, sekiranya perkara ini benar-benar berkait, tindakan tegas perlu dikenakan supaya "ideologi komunis" tidak merebak dalam kalangan rakyat Malaysia.
Namun apa yang sepatutnya difokuskan ialah menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia supaya masyarakat kita tahu nilai dan patriotiknya "lambang kebangsaan" itu.
2. Isu Nyanyian Lagu Kebangsaan dalam Bahasa Mandarin
Baiklah kita terus ke perbahasan kedua iaitu berkenaan dengan isu nyanyian lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin di salah sebuah sekolah di Malaysia.
Kalau melihat melalui kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Amin Sennin menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk beri “kefahaman” terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan lagu kebangsaan. Ini salah satu dari proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) oleh guru tersebut.
Kes ini masih dalam siasatan jadi kita biarkan dulu untuk pendedahan awal daripada Kementerian Pendidikan Malaysia itu.
Jadi sama ada perkara ini melanggar atau tidak perlu kita rujuk pada undang-undang berkaitan. Jadi perlembagaan khusus tentang isu ini ialah Akta Lagu Kebangsaan 1968.
Wujud dakwaan dilaporkan Malaysiakini bahawa kata ini tidak jelas mengkhususkan “bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan sebagai satu-satu bahasa dalam lagu kebangsaan. Malah dalam seksyen 3(2) juga membenarkan lagu dimainkan dan dinyanyikan di sekolah bagi maksud mengajar.
Memang benar kalau anda baca akta tersebut tidak jelas menetapkan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa yang “boleh digunakan dalam lagu negaraku” sehingga dicadangkan oleh Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood (pensyarah UIA) untuk meminda akta ini untuk lebih jelas.
Saya tidak menafikan keseluruhan pandangan Prof tersebut sebab bacaan awal saya pun “susah” nak jumpa perkara jelas tentang larangan bahasa lain dalam lagu negaraku. Namun demikian, saya ada sedikit pandangan berbeza kalau nak sabitkan sekolah dan guru tersebut diatas kesalahan “tidak patriotiknya itu”
Kita gunakan juga dalam akta yang sama iaitu dalam seksyen 2 yang mentafsirkan lagu kebangsaan dimainkan mengikut gubahan perkataan & muzik yang dinyatakan dalam jadual akta tersebut.
tengok pada bahagian saya bold kan memang menggunakan bahasa Melayu. Boleh juga lihat disini untuk versi penuh akta lagu kebangsaan 1968
Kalau anda lihat jadual tersebut memang dituliskan lagu negaraku dalam bahasa Melayu. Malah, tindakan cikgu itu boleh juga disabitkan dalam kesalahan seksyen 8(4)(b) iaitu perbuatan cenderung merendahkan prestij lagu kebangsaan pada pandangan orang awam.
Jadi, dapat disimpulkan tindakan guru itu “salah” jika kita perhati akta tersebut kerana telah menyebabkan "rendahnya prestij lagu kebangsaan pada pandangan orang awam"
------------------------------------------------------------
Oh yup kenapa saya kata tindakan guru tersebut tidak patriotik?
------------------------------------------------------------
1) Merakam / Membenarkan Video Tersebut Dirakam.
- murid adalah individu yang dilarang untuk membawa telephone bimbit. Jadi jika bukan murid siapa yang merakam?
- Makna kata video tersebut dirakam dengan niat untuk ditularkan yang masih tidak pasti tujuannya tapi boleh disabitkan dengan Akta komunikasi & Multimedia dan Akta Hasutan.
2) Penggunaan Bahasa Lain Dalam Lagu Negaraku.
- mana - mana negara di dunia tidak pernah lagi kita mendengar dalam sesi pdp mereka membenarkan “penggunaan bahasa lain dalam nyanyian lagu kebangsaan mereka untuk dinyanyikan”.
- Malah, meskipun Singapura menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan majoriti penduduknya berbangsa cina namun tetap menggunakan bahasa lagu kebangsaan mereka iaitu bahasa melayu semasa menyanyikan lagu Majulah Singapura”
gambar sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa mandarin
Makna kata sikap sambil lewa guru tersebut “menghakis” sifat patriotik terhadap “bahasa” dalam lagu tersebut.Apabila dengan niat mengubah skrip lagu tersebut ke bahasa mandarin.
Ini bukanlah satu bentuk patriotik kerana pengubahan itu dilakukan dengan menyanyikan lagu tersebut berserta melodinya bukan “sekadar mengajar tanpa menyanyikannya atau menulis maksudnya di papan belajar sahaja seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang hanya membenarkan Bahasa Melayu sahaja sebagai bahasa dalam lagu kebangsaan.”
Kesimpulannya, saya mengkritik unsur-unsur menghakis “semangat patriotik terhadap negara” dan wajar dihentikan. Jangan sesekali mempersendakan “identiti negara” jika anda benar-benar sayangkan negara tercinta kita. Itu sahaja. Sekian. I love Malaysia 😘
0 comments:
Post a Comment