Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Bendera Malaysia Lambang Jati diri Rakyat Malaysia. Jangan mempermainkannya.

Image result for bendera malaysia
Bendera merupakan maruah bagi sesebuah negara. Janganlah sesekali kita memandang remeh tentang maruah negara ini. Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu segelintir masyarakat kita yang memandang remeh isu bendera dengan memasang bendera pada keadaan terbalik.

Yup bagi sesetengah orang yang lemah jati dirinya,
  "ah buat apa nak ambil tahu bendera terbalik je kot bukan apa-apa, bukan mendatangkan manfaat kepada pemulihan ekonomi negara atau pembangunan sebuah negara.
Namun, sedar atau tidak tindakan segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya menyedarkan kita bahawa "sifat sayangkan negara itu melebihi kepentingan peribadi" jauh kita ketinggalan dengan negara lain. Sedar atau tidak sikap ini bukanlah sikap "masyarakat merdeka" atau masyarakat yang "tinggi patriotiknya".

Satu persoalan yang aku ingin tinggalkan, jika maruah negara kita pijak-pijak dengan tindakan menterbalikkan bendera secara sengaja itu masih berterusan, bayangkan jika negara ditimpa musibah seperti serangan pejajah dikemudian hari, nasib tak baik masa tulah kita "terkial-kial" memupuk semangat patriotik.

Jatuhnya empayar-empayar dunia kerana pembelotan masyarakatnya yang lemah jati diri. Malah kejatuhan empayar China kerana tali barut membawa masuk candu ke dalam negaranya (saat itu lemah pegangan patriotik mereka sehingga fikir keuntungan segala-galanya). Malah empayar hebat Melaka juga jatuh kerana rakyatnya yang tamak membocorkan rahsia keunggulan Melaka kepada Portugal.

Jadi jika anda fikirkan semangat patriotik itu hanya mainan dengan sengaja menterbalikkan bendera Malaysia, saya kira belum layak kita gelar jati diri kita sebagai "Anak Merdeka" perlu diagung-agungkan.

Ingatlah, Bendera Malaysia lambang maruah kita. Siapa lagi yang akan membela nasib negara kita jika bukan rakyatnya sendiri. Meskipun mungkin tindkaan ini satu bentuk bantahan, tapi jangan sesekali buat bantahan dengan merendahkan maruah negara kita iaitu bendera Malaysia atau nama lainnya Jalur Gemilang.
Saya anak Malaysia dan sama-sama kita naikkan bendera Malaysia tanpa menterbalikkannya.

salam bulan kebangsaan.
Salam Kemerdekaan
Salam Hari Malaysia.

Image result for merdeka
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results