"Saya cintakan awak"
"Awaklah peneman yang saya cari selama ini. Meskipun badai menghempas laut dengan kuat, cinta saya hanya akan tetap menjadi milik awak"
"Ape mak ni jodohkan aku dengan dia pulak? Dah lah sombong. Mentang-mentanglah anak Dato'. Ingat senang ke nak pujuk aku kahwin dengan dia?"
2 episod seterusnya
"Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwin 10K. Sah".
Mesti ramai yang boleh "relate" dengan dialog-dialog di atas dan mesti ramai yang dapat bayangkan "scene" untuk setiap dialog tu. Selalunya mesti slot Akasia jam 7 TV3. Bermula dengan Setia Hujung Nyawa lakonan Nelydia ke Rindu Awak 200% lakonan Ayda Jebat ke Pujaan Hati Kanda lakonan kanda Remy Ishak sampailah drama terbaru Bukan Cinta Aku lakonan Janna Nick semuanya berkongsi ciri yang sama.
Lakon layar, jalan cerita, konflik, mesej dan paling penting, naratif penceritaan.
Naratif yang dibawakan tidak lari daripada cerita cinta terlarang, cinta dua darjat, kahwin paksa lepas tu suka dan jatuh cinta kehadiran orang ketiga, konflik hampir bercerai dan akhirnya bersatu semula. Soal rampas merampas suami orang adalah bahagian cerita yang paling dinanti-nantikan kerana bahagian inilah yang membawa unsur "suspense" dalam cerita dan seterusnya membuat penonton tak senang duduk dan sentiasa berada dalam keadaan geram dan sakit hati. Kemudian, bolehlah "sis twitter" dan "makcik fb" kita buat status "Eh perempuan s*al. Janganlah sebok nak rampas laki orang.
Perempuan mcm ni elok bagi makan dgn singa je. Meruntuhkan masjid orang je lah. Hish geram aku dengan perempuan su*dal sejenis macam ni. Kalau aku jumpa mmg aku tarik rambut kau sampai botak sampai kau malu nak jumpa orang. Masa tu tengok lah kau berani tak nak rampas laki orang lagi. Haih mendidih darah aku lah".
Perempuan mcm ni elok bagi makan dgn singa je. Meruntuhkan masjid orang je lah. Hish geram aku dengan perempuan su*dal sejenis macam ni. Kalau aku jumpa mmg aku tarik rambut kau sampai botak sampai kau malu nak jumpa orang. Masa tu tengok lah kau berani tak nak rampas laki orang lagi. Haih mendidih darah aku lah".
Kita pula sebagai pembaca suka lah bila status sebegini muncul sebab akhirnya kita boleh "relate" dan orang lain rasa apa yang kita rasa.
Persoalannya, hanya itu sahaja kah yang kita mahukan?
Drama, lakonan, skrip dan jalan cerita sebegitu kita lihat hanya sebagai hiburan dan peluang untuk kita berkongsi rasa dan makian?
Wajarlah kan sebab itulah yang hasil yang dimahukan oleh orang yang mengusahakan drama sebegitu. Lagi banyak orang maki, lagi popular, lagi banyak sambutan. Syarikat penerbitan pun apalagi. Ambil peluang dan buat lagi drama sebegitu supaya dapat kekalkan populariti syarikat penerbitan. Akhirnya, setelah habis cerita pasal cinta dua darjat si Tengku dan si miskin, stesen tv keluarkan lagi drama sama dengan naratif yang sama cuma nama watak sahaja yang berbeza. Dan inilah kita, di sinilah kita, dalam "vicious cycle" yang sama.
Perasan tak kitaran tu?
Syarikat penerbitan hasilkan drama slot Akasia - penonton suka - cerita popular - habis satu drama, terbitkan lagi satu drama dengan naratif sama cuma nama watak dan strata sosial sahaja yang berbeza.
Habis tu, bila kita nak didik penonton?
Jangan berharap pada drama "mainstream" laku keras sebegini.
Kalau nak tengok "seni yang mendidik", lihat pada label-label atau syarikat "independent" / "indie" yang menghasilkan drama pendek atau filem "dua tahun sekali" sebab kalau nak jual dalam "mainstream media" macam slot Akasia, stesen TV tak beli.
Kenapa?
Sebab berbanding naratif cinta dan kahwin paksa kemudian suka dan jatuh cinta, label dan syarikat indie lebih selesa mengetengahkan drama dan filem yang mengetengahkan isu yang kebiasannya kita tak mahu dengar. Dalam erti kata lain, label indie mengetengahkan kehidupan manusia di tengah-tengah lautan manusia yang berfokuskan kepada "working class society" dan "kritikan sosial" ke atas masyarakat, stigma, dasar-dasar kerajaan dan norma sosial.
Selain tu, kita boleh lihat ciri-ciri di atas ada dalam KEBANYAKAN drama dan filem Korea Selatan (KS) dan Indonesia (ID). Kenapa dua negara ini? Kerana negara-negara ini berkongsi sentimen masyarakat yang sama dengan kita seperti kita adalah sebahagian daripada masyarakat Asia, kita meletakkan keluarga lebih dahulu daripada segala-galanya, kita menghargai dan menjunjung tinggi nilai murni dan hubungan sesama manusia, kebebasan dalam berseni (tidak diikat oleh kerajaan) dan paling penting, kedua-dua negara ini berdiri sebagai "a strike comparison" atau "polar opposites" dengan industri perfileman dan drama Malaysia.
Saya tahu dan saya sedar industri perfileman negara yang sebutkan juga tidak lari daripada naratif drama/filem cinta yang tak sudah dan lawak kosong yang basi tetapi kalau dibandingkan dengan Malaysia, maaf cakap, ketika mereka sudah berada di peringkat Olimpik, kita masih bertatih mencari wakil sukan peringkat daerah.
Saya tak akan buat perbandingan dari segi genre drama/filem yang dikeluarkan. Saya hanya ingin memfokuskan penulisan ini dari segi naratif penceritaan.
Sedang Malaysia pada 2019 ini masih meraikan naratif cinta tak berkesudahan, pembikin filem dan penulis KS dan ID berlumba-lumba untuk mengeluarkan "cerita" dengan naratif kritikan ke atas norma masyarakat, realiti sosial dan dasar kerajaan bertujuan untuk menyedarkan penonton.
Beberapa cerita yang boleh diketengahkan daripada industri perfileman gergasi ini antaranya:
- Laskar Pelangi (2008)
- Doa yang Mengancam (2008)
- Perempuan Berkalong Sorban (2009)
- Alangkah Lucunya Negeri Ini (2010)
- Not For Sale (2010)
- Di Bawah Lindungan Kaabah (2011)
- Negeri 5 Menara (2012)
- 5cm (2012)
- Habibie & Ainun (2012)
- Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (2013)
- Pintu Harmonika (2013)
- 99 Cahaya Langit di Eropa (2013-2014)
- Parasites (2019)
- Extreme Job (2019)
- Innocent Witness (2019)
- Doctor Prisoner (2019)
- Sky Castle (2018)
- The Outlaws (2017)
- Midnight Runners (2017)
- Because This is My First Life (2017)
- Train to Busan (2016)
- A Violent Prosecutor (2016)
- Doctor Strangers (2014)
- Misaeng: Incomplete Life (2014)
- Miracle in Cell No. 7 (2013)
Jika kita lihat pada naratif penceritaan drama dan filem-filem ini, kita tidak akan dapat mengabaikan unsur-unsur sindiran, sarkastik, kritikan terhadap realiti sosial, isu-isu yang dianggap sebagai "taboo", norma buruk yang diterima sebagai "normal" dalam kehidupan seharian, pesanan kepada masyarakat dan paling penting, pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan sosial. Setiap satu daripada drama dan filem ini menggambarkan realiti kehidupan kelompok masyarakat dengan strata sosial yang berbeza-beza di negara K-Pop tersebut.
Kritikan terhadap sifat korupsi kerajaan (walaupun pada paras minima), kritikan ke atas sifat maskuliniti dan sistem patriarki masyarakat KS yang mendahulukan lelaki berbanding perempuan dalam segala hal, isu birokrasi kerajaan yang menyukarkan masyarakat berurusan, isu miskin bandar, hutang dan kewangan, isu jurang sosial, isu "cable" dalam pasaran kerja, isu graduan, isu beban pinjaman pendidikan, isu jenayah berat, isu perubatan dan kesihatan am, isu kesihatan mental, isu diskriminasi terhadap wanita, isu gangguan seksual, isu perkauman bahkan isu yang kita anggap remeh seperti isu kitar semula dan kebersihan tempat makan turut diketengahkan dalam kebanyakan filem dan drama ini.
Jika dibandingkan dengan drama dan filem "mainstream" negara kita, saya boleh katakan mungkin hanya 1/10 daripada isu yang disebutkan tadi diketengahkan sebagai "highlight" penceritaan drama/filem. Sekiranya kita katakan pembikin drama/filem kita bimbang dengan sambutan masyarakat, mengapa filem seperti Munafik (2016-2018), OlaBola (2016), Terbaik Dari Langit (2014), Kil (2013), KL Gangster (2011), SAM (2012), 8 Jam (2012), Goodbye Boys (2006), Gol & Gincu (2006), Cuak (2014), Talentime (2009), Muallaf (2008), Mukhsin (2006), Gubra (2006), Sepet (2005), masih dianggap berjaya dan mendapat pujian sehingga kini?
Jika dibandingkan dengan drama dan filem "mainstream" negara kita, saya boleh katakan mungkin hanya 1/10 daripada isu yang disebutkan tadi diketengahkan sebagai "highlight" penceritaan drama/filem. Sekiranya kita katakan pembikin drama/filem kita bimbang dengan sambutan masyarakat, mengapa filem seperti Munafik (2016-2018), OlaBola (2016), Terbaik Dari Langit (2014), Kil (2013), KL Gangster (2011), SAM (2012), 8 Jam (2012), Goodbye Boys (2006), Gol & Gincu (2006), Cuak (2014), Talentime (2009), Muallaf (2008), Mukhsin (2006), Gubra (2006), Sepet (2005), masih dianggap berjaya dan mendapat pujian sehingga kini?
Saya sebagai penonton yang dahagakan kelainan dalam filem dan drama yang boleh mendidik saya, tidak dapat membuat kesimpulan lain daripada soalan di atas selain mengatakan bahawa
"kerana drama dan filem mainstream membawa keuntungan dan pembikin filem hanya menjadikan keuntungan sebagai matlamat akhir"
sedangkan mereka juga mempunyai TANGGUNGJAWAB SOSIAL untuk mendidik masyarakat yang menghabiskan lebih banyak waktu di skrin "smartphone", "tab" dan televisyen berbanding buku.
Kita perlu menerima hakikat bahawa kita bukanlah masyarakat yang paling rajin untuk membaca maka sewajarnya seni, drama dan filem dijadikan medium penyampaian utama dan alat pendidikan selaras dengan pengenalan revolusi industri terbaru ini.
Golongan remaja dan belia kita lebih banyak menghabiskan masa untuk mengikuti "trend" terkini maka sewajarnya drama dan filem bercorak baharu yang keluar dari naratif "cinta" semata perlu dijadikan trend untuk mendidik anak muda kita mengenai realiti sosial yang kita ada pada hari ini.
Kita perlukan belia yang boleh mengupas dan menganalisa perjalanan setiap cerita yang dipaparkan kemudian menyampaikan dan menyebarkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat kebanyakan agar masyarakat kita menjadi masyarakat bijak yang berfkiran kritikal dan memilih naskah yang dirasakan membawa manfaat dan menyumbang kepada perkembangan masyarakat 2020 kita. Belia itu tadinya kemudian mampu membuat kritikan membina kepada pembikin filem dan menyumbang kepada pembikinan filem-filem yang lebih berkualiti pada masa akan datang.
Pada saya ini penting kerana melalui pemahaman realiti sosial inilah kita dapat melahirkan remaja dan belia celik isu semasa dan mempunyai kemampuan untuk berfikir secara kritikal dan menilai segala sesuatu melalui perbandingan fakta berasaskan hujah dan pendapat-pendapat yang kukuh bukannya mengikut apa yang orang lain katakan dan menjadi "pak angguk" dalam mesyuarat-mesyuarat tingkap tidak rasmi.
Barulah kita boleh lahirkan belia cakna yang boleh menentukan masa depan negara melalui pilihanraya untuk mengekalkan demokrasi yang kita amalkan pada hari ini.
Masyarakat 2020 bukan hanya mahukan hiburan. Kita juga inginkan pendidikan melalui hiburan untuk Malaysia Baru dan ini perlu "dibudayakan".
0 comments:
Post a Comment