Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

5 Anime Terbaik Release pada Tahun 2018


Hai semua!! Tahun 2018 telah meninggalkan kita. Tapi bagi peminat-peminat anime, tahun 2018 sudah pasti memberikan kenangan bermakna buat mereka. Jadi bagi merawat "rindu" kepada para pencinta anime, berikut merupakan 5 anime 2018 yang wajib anda tonton.  

1) Violet Evergarden 
Image result for violet evergarden
Status Cerita: Complete.

Violet Evergarden merupakan anime yang dikeluarkan pada Winter 2018. Cerita ini mengisahkan seorang bekas tentera iaitu Violet (watak utama) mencari makna disebalik kata-kata tuannya semasa tuannya menyelamatkannya iaitu "I Love You". Dalam mencari makna disebalik kata-kata tersebut, Violet telah bekerja sebagai penulis dan penghantar surat disebuah syarikat yang dinamakan CH Postal Service. Bagi anda yang tangkap lelah saya nasihatkan sediakan tisu semasa menonton cerita ini terutamanya pada episod-episod akhir cerita. 

2) Nanatsu no Taizai: Imashime no Fukkatsu
Image result for Nanatsu no Taizai: Imashime no Fukkatsu
Status: Complete
Musim: Winter 2018
Selepas berjaya membersihkan nama ahli pasukannya daripada tuduhan membunuh "Holy Knight" dan mengalahkan individu yang terlibat dengan konspirasi tersebut, Meliodas (watak utama) mempunyai misi baharu dengan menentang musuh masa silamnya iaitu Demon Clan dan mencari seorang lagi ahli "Seven Deadly Sins" iaitu Escanor. Pengembaraan dan misi yang lebih mencabar berbanding Musim pertama mewajibkan anda yang belum tengok mesti tengok Nanatsu no Taizai: Imashime no Fukkatsu.

3) Boku no Hero Academia 3rd Season
Image result for Boku no Hero Academia 3rd Season
Status: Complete
Musim: Spring 2018
Selepas tamat latihan bersama agensi-agensi yang mengambil mereka untuk bekerja sementara (Internship) dan peristiwa serangan Kem Latihan, Deku (watak utama) bersama rakan-rakannya kembali ke Academy untuk mempersiapkan diri dalam ujian untuk menjadi Hero yang "sah." Bagi yang gemarkan anime aksi, ini merupakan salah satu anime yang wajib anda tonton. 

4) Tensei shitara Slime Datta Ken
Image result for Tensei shitara Slime Datta Ken
Status: Complete
Musim: Fall 2018
Selepas mati di dunia manusia, Rimuru Tempest (watak utama) telah dihidupkan semula dalam bentuk Slime. Rimuru berusaha untuk membina sebuah kerajaan sendiri setelah melihat banyak pergolakkan yang berlaku di dunia baharu itu. Bagi peminat anime aksi, ini merupakan salah satu anime yang saya recommend. 

5)Fairy Tail: Final Series
Image result for Fairy Tail: Final Series
Status: Ongoing
Musim: Fall 2018- until now (2019)
Natsu Dragneel (watak utama) kembali semula dengan misi membawa balik pulang Makarov dan mengalahkan Zeref. Misi kalini lebih mencabar apabila Fairy Tail terpaksa menentang Empayar Alvarez iaitu kerajaan Zeref yang mempunyai ahli-ahli yang sangat kuat yang dikenali sebagai Spriggan 12. Pada musim kali ini, banyak konflik berlaku dan banyak kebenaran dibongkarkan seperti kebenaran disebalik END, kisah disebalik masa silam Mavis dan kemunculan acnologia. Jom sama-sama mengubat rindu untuk musim terakhir Fairy Tail. 

Baiklah itu sahaja daripada saya. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results