Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

master part time atau full time?


Baiklah kalini kita akan bincangkan tentang sama ada master part time or full time? Dari soalan rakan saya. Maaf lambat menjawab request ini 

Bagi menjawab persoalan ini saya akan terangkan dulu tentang master di universiti awam dan Kemudian penilaian tentang master part time dan full time mana yang anda lebih sesuai. 

Master di Universiti Awam (UA) ni ada 3 iaitu 
1) coursework mode ( ada kelas, ada kuiz ada assignmnt - ikut task yang pensyarah kasi) 
2) full research mode - fokus kamu lebih kepada kajian kamu saja. 
3) mixed mode. - pergi kelas + research

Dalam menjawab persoalan awal tadi berikut merupakan cara jawapan saya untuk menjawab sama ada kamu perlu pilih full time master atau cuma ambil master secara part time. 

1) Dari segi yuran.
  • Kadar yuran bagi part time lebih tinggi sedikit berbanding yuran full time master bagi kebanyakkan UA. 
  • Contohnya saya ambil yuran master di Ums bagi full time untuk social science ialah sebanyak RM7695 berbanding part time student Rm 10,270. Perbezaan hampir ++300..
2) Dari segi bantuan pelajaran. 
  • bantuan pelajaran lebih banyak ditawarkan kepada full time student. (Boleh rujuk bantuan-bantuan di laman web universiti) 
  • tapi bgi master part time yg bekerja, kadang kala yuran pengajian ditanggung oleh syarikat ( ikut polisi mereka ) jadi saya kira mungkin ini bukan satu masalah besar.
3) Bagaimana suasana pelajaran bagi master full time or part time. 
  • kuliah full time student dgn part time student kebiasaannya akan diasingkan. 
  • means akan ada hari tertentu ditetapkan oleh pensyarah untuk mengajar full time dan part time pada waktu berbeza. 
  • jadi pelajar full time akan jumpa kebanyakkan yang sebaya dengan mereka atau yg lebih berfokus pada master semata-mata.
  • manakala pelajar part time lebih banyak jumpa mereka yg lebih berusia dan sudah ada kerjaya. 
  • jadi mungkin dari segi keselesaan belajar itu kamu cuba sesuaikan dengan mereka ok.
4) Bagaimana pula dari segi corak pemikiran study mereka? 
  • biasanya pelajar part time lebih gemar bertanyakan soalan-soalan atau membuat kajian yang ada kaitan dengan kerja mereka (means study and experinced itself) 
  • jadi disitu bonus bagi kamu yg ambil part time dapat tahu realiti sebenar dalam master yang kamu pelajari dari kalangan pelajar-pelajar yang lain. (Jika kamu manfaatkan) 
  • berbeza dengan full time lebih banyak teori berbnding pengalaman sendiri. (Tapi tak bermakna ini kelemahan)
5) Dalam aspek  responden kajian
  • pengalaman daripada pelajar part time yang saya baca, kadang-kadang responden yang mereka dapat itu adalah klien mereka sendiri ( kira sambil menyelam minum air) 
  • bagi pelajar full time, responden mereka lebih kepada kajian mereka semata-mata. 
  • Bukan untuk kepentingan jaga hubungan dengan klien  ( macam kes pelajar part time - tapi tak semua ok).
6) Tempoh masa? 
  • Ada sesetengah UA yang menetapkan bahawa ada jangka masa yng lebih lama untuk pelajar part time tamatkan pengajian master jika tidak dapat tamatkan pada tahun minima berbanding jangka masa yang lebih pendek bagi full time student. 
  • Contohnya, ada UA yang menetapkan full time student perlu tamatkan master pada lingkungan 2-3 tahun. Manakala untuk part time master perlu tamatkan dalam tempoh masa 2-4 tahun. (Ini bergantung pd UA masing-masing).


"Full time ni kamu fokus belajar sahaja. 
Kalau part time ni sambil kerja sambil belajar."

Jadi tekanan dia berbeza. Jika kamu faham maksud saya.

Baiklah saya kira itu shaja perkongsian part time master dan full time master. Harap bermanfaat.
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results