Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Rasa Down? 9 teknik ini boleh membantu membangkitkan semangat anda semula.

Baiklah. Sekarang ni sesi menjawab soalan yang direquest iaitu berkenaan dengan bagaimana cara nak bangkit balik (up balik) semangat kalau kita rasa down.

Untuk menjawab soalan ini saya kongsikan sedikit pengalaman saya dan bagaimana saya atasinya dahulu dan kini.Setiap orang pasti pernah rasa down. Malah rasa “down” ini bukan hanya sekali sahaja hadir, kadang berkali-kali sampai satu tahap kita rasa nak putus asa.Begitu juga ada saat ketika saya rasa nak putus asa dan kerana bila kita dah buat yang  terbaik sampai habis Tapi tak dihargai.

Pengalaman saya sama seperti anda. Saya juga pernah banyak kali down. Seperti pengalaman saya di sekolah sebagai ketua pengawas tapi rasa dipinggirkan kerana menegur kenakalan rakan-rakan sekelas. Juga pengalaman result saya dlm spm dan semester 2 stpm yang kurang memberangsangkan juga membuatkan saya berasa “down” untuk jalani kehidupan.
Malah di alam pekerjaan juga saya juga pernah rasa down bila layanan pihak atasan kadang melebihkan pihak yg lain begitu juga kegagalan saya dalam temuduga dalam sektor pekerjaan yang saya suka. Malah banyak lagi perkara yg pernah buat saya down termasuklah dalam alam percintaan.
Namun, apa yg buat saya cuba untuk kembali bangkit semula? Berikut merupakan teknik saya dan ada yang saya perolehi dalam pembelajaran (dan masih dalam proses belajar dan amalkan untuk benar-benar kuat.

 Tips
1) tahu “why” kamu buat sesuatu.
Image result for why
  • menarik aku masuk ke kelas baharu baru- baru ni miss ainun bagitahu saya setiap yang kita buat sesuatu kena ada “why” tapi saya  ada tambahan sikit iaitu tentang big why
  • jadi apa dia “big why” ?
  • big why ni adalah dorongan yg mendesak kamu untuk berjaya. 
  • contoh kamu nak bekerja sebab nak perbaiki kehidupan keluarga kamu dan sebagainya.
  • why yg kecil hanya akan buat kamu senang rasa down.
  • sedang kalau kamu ada big why, walau seperit manapun kamu tetap akan usaha untuk berjaya. (Sama macam contoh saya berikan sebentar tadi) 
 2) rajinkan diri tengok kesusahan orang lain. 
  • bila kamu rasa down , cuba biasakan diri tengok kesusahan orang lain sperti orang oku ke , orang hidup lebih susah dari kamu, rumah orang tua dan rumah orang sakit. 
  • lawatan ini penting untuk kamu sedar bahawa kesusahan kamu adalah kecil berbanding kesusahan orang lain tapi mereka tetap hidup bahagia.
3) buka video yang memotivasikan
  • bukan senang nak bangkit apabila kita sudah buat yang terbaik tapi tak dihargai. 
  • malah lebih teruk lagi mendapat tentangan dan dipandang rendah orang ramai. 
  • sewaktu aku ingin memulakan page kongsi Le, bukan mudah untuk aku pasukan aku beri komitmen dengan siang bekerja dan malam buat perkongsian. 
  • tapi apa aku buat ialah suka tengok video motivasi seperti kata-kata motivasi dari Jack Ma .
  • Antara kata-katanya yg menarik perhatianku dalam videonya ialah; 
“make a move and make a first action. whether your friend believe it or not, whether your parent believe it or thats not importance, you believe it, your team believe it, work day and night to make that happen”.
 
Jack Ma
4) Cari kawan dan persekitaran yang memotivasikan. 
  • ingatkan pesan imam ghazali tentang memilih sahabat. 
  • dan salah satu yg dicadangkan oleh imam al-ghazali ialah pilih kawan yang mengajak kepada kebaikkan. 
  • dari sini sebenarnya imam ghazali tahu bahawa pengaruh kawan tu kuat dalam memotivasikan kita. 
  • sebab itu jika kamu rasa kawan itu tak membantu dlam memotivasikan kamu jadi lebih baik, jauhkan diri sebentar dari mereka.
5) Jauhkan membaca bahan-bahan yg menjadikan kamu lebih emosi atau negatif.  
  • saya tertarik dengan satu cermah MLM ( suka dengar je tak suka join 😂😂) katanya kita ini dipengaruhi oleh 2 perkara iaitu apa kita baca dan apa yg berlaku pada persekitaran kita. 
  • jadi jika kamu ada sesuatu masalah, bacalah perkara-perkara yang menceriakan bukan yg melayan perasaan. 
  • contoh, jika kamu down sebab kerja misalnya layanan pihak atasan yang tidak adil bagi kamu, jangan kamu baca benda yg berkaitan kisah atau surat khabar pihak atasan pilih kasih dan sebagainya.
  • tapi bacalah bahan memotivasikan atau menceriakan. 
  • contohnya, bahan-bahan yang menceriakan seperti cerita atok dan opah ke atau bahan-bahan yang memotivasikan seperti kata-kata hikmah dari para cendekiawan.
  • barulah kamu akan rasa sedikit ceria dari sepatutnya.
6) Buat something yang kamu suka. 
  • kalau kamu jenis suka hiking, motivasikan diri kamu dengan ambil masa dan pergilah hiking. 
  • begitu juga kalau kamu ada minat-minat yang lain. 
  • sebab bila kamu buat apa yang kamu suka secara tak langsung, kamu akan lebih tenang hadapi masalah yang kamu hadapi sekarang. 
7) Senyum. 
Image result for emoji smile
  • yup. Benda ni payah orang nak buat. 
  • tapi senyum sebenarnya boleh jadikan kami ceria balik. 
  • walau sesakit manapun ujian, cuba ukirkan senyuman ketika itu juga sampailah sakit kamu itu hilang begitu sahaja. 
  • sebab senyuman itu pahala paling mudah. Salah satu Sebabnya senyuman itu penawar hati yg putus asa.
8) Syukur. 
  • bagi yang muslim biasakan diri ucap alhamdulillah. 
  • ini pun penawar putus asa. 
  • bagi yang non muslim ucaplah terima kasih ya tuhan (ikut cara agama masing-masing) 
  • sebenarnya bila kamu bersyukur, kamu bagitahu badan kamu bahawa semuanya akan baik2 sahaja.
9) Selalu ucap pada diri semuanya akan baik-baik sahaja. 
  • kata-kata dalam drama 3 idiot pun kamu boleh guna bila kamu rasa down. 
  • All is well
  • yup sebenanrya teknik ini ialah teknik positif diri walaupun realitinya berada dalam keadaan yg negatif.
  • bila minda kamu disetkan semuanya positif. Kamu akan jadi insan luarbiasa. 
Drama 3 Idiots
Baikalh itu saha dari saya. Semoga bermanfaat
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results