Gambar perayaan di Petronas Puteri Wangsa.
Tertarik dengan isu cashier baling papan pada customer baru-baru ni. Jadi hari ni aku ingin kongsikan kepada anda pengalaman menjadi cashier dengan perangai customer yg beragam-ragam. Semoga bermanfaat kepada yang bakal-bakal menjadi cashier.
Sepanjang aku bekerja dengan orang (bukan dengan family) semanjak 2013, sekali sahaja pengalaman aku menjadi cashier iaitu semasa di petronas puteri wangsa. Selebihnya semua kerja yg agak heavy.
Sepanjang aku jadi cashier. Ada beberapa pengalaman manis dan phit dengan customer. Biasalah menjadi cashier untuk stesyen minyak .. banyak liku.
Aku mulakan dengan pengalaman manis.
1) customer bagi duit atau belanja barang kedai.
pengalaman ni jarang-jarang berlaku.
- biasanya customer suka beri duit terutamanya musim perayaan.
- jarang berlaku time lain ( kalau berlaku pun aq pelik sikit dan sebaiknya jangan ambil sebab mesti ada something tu)
- atau kadang-kadang customer baru masuk gaji dan happy sangat, jadi kadang-kadang dia suka belanja roti dan sebagainya.
2) customer jujur.
- kalau kamu jumpa customer yang jujur ni Alhamdulillah.
- pernah sekali pengalaman partner cashier aku , dia short duit sebab customer tu lupa nak bagi duit top up.
- bagusnya customer ni dia ingat dan balik semula ke petronas untuk bayar balik top upnya
- syukur kawan aq tak short.
3) customer memahami @ pembela.
- tak semua custimer beli barang dengan kuantiti yg sedikit.
- jadi kadang kala nak siapkan customer yg isi minyak akan sedikit lambat.
- ada beberapa customer yg sanggup tunggu malah ada yang cakap .
“Tak pe dik, siapkan dulu kerja adik akak boleh tunggu.”
- malah kalau dalam situasi customer buat perangai seperti maki-maki kita, ada customer yang sanggup bela kita dan nasihatkan customer tu untuk cakap elok-elok.
- pengalaman ini aku pernah alami sendiri bila ada customer bila aku saat aku nak pasang resit sedang customer minta resit tu nak cepat dan maki-maki.
- tapi ada ramai customer yg bela.
Baiklah kita cerita pula kisah pahit dengan customer.
1) customer maki-maki.
- jika kamu sudah lama bekerja, pasti akan ada sekali pernah kena maki dengan customer terutamanya first time bkerja as cashier.
- situasi ni berlaku sama ada customer enggan bertoleransi atau tidak mahu berbincang secara baik.
- jujur aku tak gemar customer begini (yelah siapa sahaja suka)
- dari segi adab memang bagi aku out.
2) customer menipu.
- yup pengalaman ini pun sakit untuk siapa pernah jadi cashier.
- mereka belum bayar kata dah bayar.
- pernah sekali pengalaman aku sendiri , dia minta beli top up kemudian jalan dalam store , the. Datang balik, nak top up. Katanya dah bayar.
- dia marah-marah kata dah bayar sdangkan customer lain ramai.
- Jadi aku bersangka baik mungkin dah bayar dan aku terlupa dan akhirnya aku abaikan
- and at last yup memang aku short.
3) customer lari.
- isi minyak minta penuh. Tiba- tiba lari.
- perh memang sakit lagi2 kalau minta isi penuh tu kereta.
- motor pun pernah begitu.
- sebab tu biasnya cashier nak minta pendahuluan bukan sebab apa sebab takut customer lari.
- kesian kalau customer lari cashier tu kena bayar.
4) customer suka tukar-tukar barang.
- bukan senang yup nak tukar barang bila dah scan.
- kalau stesyen minyak lagi,
- kalau dah cash out.
- Perh memang tak boleh buat apa untuk barang tu.
- Bila ada customer yang tak faham. Mula bergaduh gan cashier.
5) customer gatal.
- biasa yang kena mcam ni cashier perempuan.
- customer mula “usha” cashier dan kacau ketenteraman mereka.
- malah lebih teruk ada yang guna bahasa-bahasa lucah. dan ada yg cuba lakukan tindakan fizikal.
- benda ni bukan benda baik untuk kita as rakyat yang terkenal dgn budi bahasa.
Jadi nasihat saya kepada bakal-bakal cashier
- kerja ini perlukan banyak kesabaran. Biasakan diri dengan lemparkan senyuman pada customer walaupun kadang menyampah dengan customer tu.
- bila customer maki-maki try untuk bercakap dengan nada yang slow ( memang payah tapi try sahaja ) atau mulakan dengan memuji customer, contoh yup makk cik yang ayu, boleh sya bantu? kalau customer tu gatal dan macam-macam, kena bertegas.
- Jika dia buat tindakan fizikal ugut untuk buat laporan polis @ buat panggilan dekat org lain ( cakap subahat kau jadi polis aku ) atau panggil staff lelaki yang lain untuk bantu. Supaya tiada tindakan lanjut lagi dari customer tersebut.
- biasakan ucap terima kasih kepada customer. benda tu ramai anggap biasa tapi aura ucapan tu boleh buat customer suka dengan servis kita pada mereka walaupun awalnya dia menyampah dengan kita.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment