Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Simpan atau Melabur? Mana Yang terbaik buat anda sekarang?

Image result for melabur
rujukan gambar google

Baiklah kita akan bincang topik simpan atau melabur

Jadi sebelum jawab soalan ni saya akan tinggalkan persoalan pada kamu untuk anda fikirkan.
Jika anda diberhentikan kerja harini, berapa lama kamu boleh “survive” dengan duit kamu sekarang ?

Dan soalan kedua:
"Adakah harga nasi lemak harini sama dengan nasi lemak pada 10 tahun yang lepas? Atau bolehkah kamu pastikan sama harganya pada 10 tahun akan datang harganya dengan kuantiti yang serupa?"  

2 soalan ni akan ada kaitan dengan jawapan melabur atau simpan.Untuk menjawab soalan yang request iaitu menyimpan atau melabur. Saya akan bagi kepada anda kebaikkan dan keburukkan kedua-duanya. Jadi kamu boleh nilai situasi tersebut. Dan dalam masa yang sama tambahannya saya akan selitkan pandangan saya untuk 2 soalan yang saya tinggalkan pada kamu sebelumnya.

1)simpan 

  • perkara yang perlu anda tahu dalam menyimpan ini sebenarnya ialah tujuan kamu menyimpan
  • sama ada tujuan persaraan, kecemasan atau kemewahan hidup atau lain-lain perkara. 
Kelebihannya;
  • bagusnya menyimpan ini memupuk disiplin diri dan mengajar erti susah2 dulu.
  • malah menyimpan ni membolehkan kita “survive” untuk tempoh masa yang tertentu. 
  • Misalnya jika belanja kamu sebulan totalnya ialah Rm 2000, jika simpanan kamu sekarang Rm 6000, jika dibuang kerja atau anda berhenti kerja, anda boleh bertahan untuk hidup seperti biasa selama 3 bulan. 
  • makanya ia boleh jadi duit “kecemasan” anda ketika itu. 

Jadi jika boleh bantu sewaktu kecemasan, apa pula kelemahan simpan duit ni?


Duit ni kelemahannya adalah bila kita terlalu menyimpan dan tidak langsung digunakan ( belanja atau dalam bahasa pandai sikit cashflow atau aliran tunai 😜)
  • Sebab sifat duit ni jika lihat pada sejarah duit, nilai duit sekarang takkan sama dengan nilai duit akan datang atau pada masa dahulu.
  •  Perkara ini menyebabkan timbul soalan yang kedua pasal nasi lemak tu.
  • Jadi jika selamanya kamu menyimpan juga kamu sendiri akan rasa rugi.
  • Pernahkan kamu tengok negara banyak duit tapi duit dia tak boleh beli apa-apa seperti yang pernah berlaku di Jerman masa hiperinflasi. 
  • Malah pada ketika hiperinflasi di jerman ketika itu, untuk bayar sebuku roti juga perlu membawa satu kereta sorong wang jerman ketika itu. 
Image result for german hyperinflation
Jerman Semasa Hiperinflasi 1921-1923
  • Yup contoh ni saya berikan pada anda untuk lihat sendiri itulah sifat duit. Semakin lama, nilainya takkan sama dengan yang anda miliki sekarang. 
  • Sebab itu timbul satu isu baru iaitu berkenaan pelaburan. ( sebenanrnya jawab isu jerman ni ada jawpaan lain yang diberikan oleh robert kiyosaki antaranya dan saya juga setju jawapnnya) tapi saya bgi dari sudut pelaburan pula ok? Sebab itu yang direquest.
2)  Jadi apa pula kelebihan pelaburan dan kelemahannya?
  • pelaburan ni bagusnya ialah kita sentiasa akan ada duit.
  •  Contoh jika kamu melabur dan untungnya dapat secara bulanan, kamu akan dapat duit itu secara bulanan tanpa perlu bekerja seperti biasa 
  • malah bila kamu melabur kamu takkan terikat dengan waktu kerja dan sebagainya kerana “pelabur merupakan boss” kepada apa yang dilabur.
Ah cakap senang kalau pelaburan itu menguntungkan kenapa ramai tak buat?

Sebab pelaburan ni kelemahannya ialah 
  • jika kamu melabur tanpa ilmu yang tepat. Kamu akan sukar lihat hasilnya atau mungkin tiada hasil langsung.
  • kamu tak pupuk diri kamu dengan sifat pelabur. Rule dalam pelaburan ialah “dont work for money but make money work for you. 
  • maksudnya kamu kena bersedia untuk rasa diri kamu takkan ada duit dan akan sengsara beberapa bulan untuk benar-benar kamu tahu tentang pelaburan.
3) Nasihat buat pembaca 
Ini bagi yang berminat untuk melabur.
  • Sebab itu kebanyakkan dari kalangan pelabur yang saya baca, mereka lebih gemar galakkan kamu menyimpan dahulu 6 bulan gaji. 
  • Dalam masa yang sama kumpul ilmu dan mulakan pelaburan kamu.
  • Ada juga pelabur yang saya kenal suruh belajar Hutang yang baik.
  • Jadi cuba kamu tambah dahulu ilmu sebanyak mungkin sebelum melabur dan ambil tindakan segera untuk terus melabur. 
Bagi yang berminat untuk menyimpan semata-mata.
  • Cuba biasakan diri buat simpanan 10-30% 
  • Simpanan yang ideal bila kamu tetapkan 3 benda dalam simpanan iaitu simpanan kecemasan. Simpanan pelaburan dan kebajikan (penyucian harta). 
  • Jika anda terlepas untuk mengetahui tentang cara menyimpan yang berkesan boleh tekan link ini


Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results