Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

UMS bertanya 4 bersama Afza dan Sylvester Runggai - Frequently Asked Questions (FAQ) / Persoalan

Baiklah untuk Perkongsian terakhir dari saudari afza dan saudara sylvester ialah berkenaan dengan Q & A yang kerap ditanya oleh mahasiswa baharu UMS. Bagi yang terlepas tentang informasi persediaan awal sebelum pendaftaran boleh tekan link ini

Berikut merupakan antara perkongsian mereka berdua;

1. Bagaimana hendak menyusun jadual?
Penerangan: Untuk penyusunan jadual, terdapat beberapa subjek yang telah ditetapkan hari dan waktu kuliah. Pada kebiasaannya subjek Teras Program telah ditetapkan hari dan waktunya untuk kuliah. Susun dulu hari dan waktu subjek teras program sebab subjek tidak boleh diubah hari mahupun waktu kuliah. Jadi, apabila anda menyusun jadual kelak, pastikan subjek TERAS PROGRAM anda beri keutamaan terlebih dahulu.
Selepas penyusunan subjek teras program selesai, barulah anda menyusun subjek teras fakulti pula kerana kelas bagi subjek teras fakulti itu ikut seksyen. Sebagai contoh, pelajar Geografi masuk ke Seksyen 2 bagi kelas subjek Teras Fakulti.

Seterusnya, barulah anda menyusun subjek Universiti seperti kelas Hubungan Etnik. Kelas bagi subjek ini ianya ada pada hari Isnin hinggalah Jumaat. Ada banyak seksyen dan waktu untuk kelas ini berlangsung. Jadi, anda boleh pilih kelas Hubungan Etnik pada bila-bila masa sahaja anda free selepas anda menyusun jadual bagi kelas-kelas yang utama dulu. Begitu pula dengan kelas BAHASA & kelas UC/UE/UK. Pilih kelas tersebut mengikut fleksibiliti waktu anda. Sekiranya kelas pada waktu siang adalah penuh slotnya, maka anda boleh pilih kelas pada waktu malam.

2. Bila kelas tutorial? Macam mana pilih? Masa?
Penerangan: Okay, bagi kelas tutorial ini, tutor akan tanya anda semua bila anda semua free. Jadi, semasa anda menyusun jadual kelak, pastikan anda ada waktu free supaya anda boleh menghadiri kelas tutorial. Kelas tutorial ini penting kerana di sini lah anda akan mendapatkan tajuk tugasan, pembentangan mahupun menghantar tugasan. Elemen-elemen ini penting bagi membantu anda mendapatkan pointer yang mantap.

3. Kokum? Bila?
Penerangan: Kokum hanya akan dibuat pada hari Sabtu sahaja tak kira la sama ada anda ada ambil unit beruniform atau tidak. Ada juga kokum yang dijalankan pada hari Ahad, bergantung kepada pengurusan kokum anda. Oh ya! Bagi pelajar STAM, anda wajib mengambil kokum selama tiga (3) semester kerana pengiraan pointer anda adalah tidak sama dengan STPM, oleh sebab itu, anda perlu mengambil kokum selama tiga (3) semester.

4. Alamak, kelas UC penuh! Jadi macam mana?
Penerangan: Jangan takut, jangan khuatir, itu kentut bukan petir, ehhh xD. Okay sekiranya kelas UC semuanya sudah penuh dan tiada seksyen yang available, maka anda boleh lah mengambil subjek UE ATAU UK pada semester 1 ini. Pilih satu sahaja, iaitu sama ada mahu subjek UE atau UK. Sekiranya anda bercadang untuk mengambil subjek UK pada semester 1, maka pada semester yang kedua anda perlu mengambil subjek UE DAN UC sebab anda telah ambil subjek UK kan pada semester 1? Kena gantilah, begituuu adek-adek manis.

Bagi yang terlepas informasi sebelum ini tentang kokum, uc/uk/ue dan lain-lain boleh tekan (link ini)

5. Berkaitan dengan cara pengajaran atau bahasa yang digunakan oleh lecturers.
Penerangan: Untuk kelas program Geografi, buat masa sekarang semuanya diajar menggunakan Bahasa Melayu. Begitu juga dengan kelas Hubungan Etnik. Kalau subjek UC, UE & UK, ada sesetengah subjek diajar secara bilingual/dwibahasa sebab adakalanya ada international student turut ada dalam kelas tersebut. Kalau kelas subjek teras fakulti, jikalau ada international student dalam kelas tu, maka lecturers akan guna dwibahasa juga.
Bagi kelas bahasa pula, kelas MUET dan bahasa asing ini akan diajar dalam English. Dah nama dia MUET dan bahasa asing, kena lah ajar dalam English. Akan tetapi, anda jangan risau, lecturers kita ni semua baik-baik belaka, jadi mereka akan ajar juga dalam dwibahasa untuk memudahkan anda mengikuti proses pembelajaran. Jangan malu atau segan apabila anda kurang fasih dalam English, minta bantuan rakan-rakan anda untuk menterjemahkan nota-nota. Jikalau kita membantu orang lain, Tuhan akan pasti membantu kita juga!

Bagi yang terlepas perkongsian MUET boleh klik link ini 

Terima kasih kerana membaca!
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results