Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

PELARIAN VIETNAM DI PULAU BIDONG oleh Manggis Strawberi


Pulau Bidong merupakan sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Pulau Bidong terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang, Setiu di Laut China Selatan. Pulau Bidong pernah diduduki oleh pelarian Vietnam pada tahun 1975 hingga 1991. Pelarian ini tidak digelar sebagai pelarian perang, namun digelar sebagai Orang Hanyut Vietnam. Pelarian Vietnam muncul apabila berlakunya kejatuhan Vietnam yang berpunca daripada perebutan untuk menguasai seluruh Vietnam antara Republik Demokratik Vietnam atau dikenali sebagai Vietnam Utara dengan Republik Vietnam yang dikenali sebagai Vietnam Selatan. Akibat daripada perebutan ini, maka tercetuslah peperangan di Vietnam. Hal ini menyebabkan rakyat tempatan melarikan diri ke negara lain seperti Malaysia. Jumlah pelarian yang terdapat di Pulau Bidong dianggarkan seramai 100 ribu pelarian Vietnam.

Pulau Bidong ini diusahakan oleh kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk dijadikan sebagai tempat pelarian Vietnam. Oleh itu, Pulau Bidong ini menjadi pulau larangan dan nelayan tidak dibenarkan untuk menggunakan perairan pulau ini pada jarak 182 batu nautika dari pulau. Di Pulau Bidong ini, terdapatnya Pasukan Petugas Pendatang Haram Vietnam (VII) yang akan menghalau nelayan-nelayan yang menangkap ikan di kawasan Pulau Bidong. Nelayan-nelayan langsung tidak dibenarkan untuk mendekati Pulau Bidong walaupun hanya mahu berlindung daripada ribut. Oleh itu, nelayan terpaksa meredah laut yang bergelora untuk berteduh di pulau yang terdekat iaitu Pulau Cendering.

Kumpulan pertama yang sampai di Pulau Bidong merupakan kumpulan professional yang terdiri daripada pakar-pakar dan cendekiawan. Kumpulan pertama inilah yang telah membuka kelas kejuruteraan, pasar yang sangat maju, kilang roti dan telah membina empangan mini. Walaupun mereka sudah mempunyai tempat yang selesa dan makanan yang mencukupi yang disediakan oleh UNHCR, mereka tetap berniaga untuk mendapatkan duit. Sepanjang tempoh 1975 hingga 1991, banyak kapal yang membawa pelarian Vietnam ke Malaysia telah pecah. Dalam kapal tersebut, dijumpai emas kerana orang Vietnam membawa bekal yang cukup untuk melarikan diri. Tidak mudah bagi pelarian Vietnam untuk sampai ke Malaysia. Laluan mereka dipenuhi ancaman dan bahaya kerana bot pelarian kecil, sesak, dan sering menjadi sasaran lanun. Mereka menjadi mangsa rompakan, diperkosa, dicacatkan, dan dibunuh. Beribu-ribu pelarian mati di laut sebelum sampai ke Pulau Bidong.

Memorandum kerajaan negeri pada tahun 16 Disember 1988 meminta pulau tersebut tidak dijadikan sebagai penempatan pelarian Vietnam. Selain itu, Persatuan Nelayan Terengganu juga telah menuntut sebanyak RM 36 juta daripada UNHCR pada bulan Februari 1989 kerana nelayan tidak dapat menangkap ikan di Pulau Bidong. Akibat daripada larangan nelayan menangkap ikan di Pulau Bidong, nelayan telah rugi sebanyak RM 2 juta setahun dan terdapat nelayan yang berhijrah ke tempat lain seperti Mersing, Johor dan Kedah. Apabila pelarian Vietnam mahu dihantar pulang, mereka sanggup memecahkan kapal dan menggali terowong bawah tanah. Akhirnya, Pulau Bidong sudah tidak dijadikan sebagai tempat pelarian Vietnam kerana pelarian Vietnam telah ditempatkan di Kem Pelarian Sungai Besi. Sesungguhnya, membantu pelarian Vietnam di Pulau Bidong merupakan bantuan kemanusiaan yang memakan diri kerana hak penduduk tempatan dan nelayan telah terjejas.

Kini, Pulau Bidong tidak dibuka untuk orang awam. Pulau Bidong menjadi hak milik kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pulau Bidong dijaga oleh pihak UMT dan dijadikan sebagai tempat pembelajaran oleh pelajar-pelajar yang belajar subjek Apreasasi Laut dan pelajar yang mengambil jurusan Maritim. Namun, pada baru-baru ini, kerajaan negeri Terengganu bercadang untuk membuka Pulau Bidong ini kepada orang awam tetapi kemungkinan akan dikenakan bayaran atau awasan bagi memelihara kelestarian Pulau Bidong. Antara cadangan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu ialah pusat pembiakan batu karang, kawasan pulau diwartakan sebagai Taman Laut, pusat aktivti “snorkeling” dan penyelaman. Selain itu, cadangannya ialah pusat akuatik seperti “Taman Bawah Laut” dan aktiviti lasak ‘jungle trekking’. Harapan saya ialah semoga Malaysia sentiasa aman dan damai dan tidak berperang seperti negara Vietnam yang akan menyusahkan rakyatnya.
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results