kredit; Free Malaysia Today.
Buat kali pertamanya bendera Malaysia (Jalur gemilang) dinaikkan dan bendera Union Jack diturunkan menandakan pengakhiran Zaman penjajahan di Tanah Melayu.
Usaha ini bukanlah satu usaha yg mudah dilakukan kerna banyak onar dan duri perlu dilalui oleh perwira kemerdekaan kita untuk mencapai kemerdekaan sehingga berjaya.
Jika dahulu, rakyat merdeka 1957 bergadai nyawa dan harta untuk memastikan negara kita merdeka.
Kini, tugas kita pertahankannya daripada dijajah.
Tugas yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita bukanlah mudah. Mengekalkan kemerdekaan lebih pedih dan perit. Sebab musuh bukan sahaja berada di depan mata, malah ada yg menjadi duri dalam daging, api dalam serkam untuk menyemarakkan permusuhan dan perkauman antara kita.
Kemerdekaan 1957 bukanlah satu kemerdekaan bersendiri tapi satu perjuangan
Dan sifat bertoleransi dari masyarakat majmuk dalam membentuk perpaduan yang utuh buat negara tercinta.
Walaupun negara pernah dipalit dengan mimpi-mimpi ngeri seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan banyak lagi peristiwa yang cuba membangkitkan semangat rasis dan perkauman, wajar untuk sama-sama berganding bahu dalam membina negara yang utuh dan bersatu.
adi, tugas kita sebagai pewaris anak merdeka. Mengekalkan kedaulatan negara tercinta. Mengukuhkan pegangan yg mengikat kita sebagai rakyat Malaysia.
5 prinsip rukun negara dan perlembagaan persekutuan 1963 jadi saksi sebagai sebuah negara merdeka. Perkara yg mengikat kita sebagai rakyat berdaulat. Usah dibiar anasir menghantui pemikiran kita. Tapi biarlah kita berpijak dengan kedaulatan dan kemakmuran bersama.
Salam kemerdekaan ke 62. Sayangi Malaysiaku.
0 comments:
Post a Comment