Dororo - Anime 2019
Dororo sebuah anime dengan 24 episod sahaja. Kisahnya mengenai Hyakkimaru seorang anak pemerintah Daigo yang berusaha untuk menghapuskan Iblis bagi mendapatkan balik tubuhnya yang diambil oleh Iblis kesan daripada perjanjian bapanya Daigo Kagemitsu.
Tanpa mengetahui bahawa Daigo Kagemitsu merupakan ayahnya , Kagemitsu meneruskan perjalanannya bersama seorang budak nakal yang bernama Dororo untuk mencari keluarga Hyakkimaru dan memusnahkan Iblis yang dijumpainya. Sewaktu dalam pengembaraan, Hyakkimaru bertemu dengan adiknya iaitu Tahomaru tanpa mengetahui itulah adiknya.
Tahoumaru Adik kepada Hyakkimaru.
Selepas Tahoumaru mengetahui kebenaran disebalik rahsia kemakmuran Kerajaan Daigo yang aman dan makmur kerana perjanjian dengan Iblis, Tahomaru menyokong tindakan bapanya dan berusaha untuk membunuh Hyakkimaru kerana Hyakkimaru merupakan halangan kepada mengekalkan kemakmuran negara yang ayah mereka bina.
Dalam Anime ini ada beberapa perkara jelas menunjukkan bahawa usaha membina sebuah kerajaan yang makmur bukanlah satu kerja yang mudah dan senang. Berikut merupakan aspek yang diberikan perhatian dan diketengahkan dalam cerita Dororo.
1) Dalam anime Dororo ini memperlihatkan bagaimana usaha menjadikan negara yang makmur menggunakan cara yang salah iaitu "menggunakan iblis" sebagai perantara.
2) Malah menariknya dalam anime Dororo ini, memperlihatkan bahawa manusia ini mempunyai pilihan sama ada ingin menjadi manusia yang jahat (demon) atau memilih jadi manusia yang baik (good guys).
3) Kadang sifat manusia yang tamak menjerat mereka untuk memilih menjadi jahat asalkan matlamat mereka tercapai. Perkara ini dapat dilihat dalam kata-kata Daigo Kagemitsu;
"Aku adalah samurai, aku akan sentiasa membuat perjanjian dengan syaitan selagi mana syaitan mampu memenuhi impianku. Jika aku membuat salah, itu hanyalah sekali - Daigo
4) Namun demikian, tidak bermakna manusia yang pernah melakukan dosa tidak boleh kembali ke pangkal jalan memperbetulkan kesilapan mereka.
- Malah, Jukai Sensei iaitu salah seorang watak dalam Dororo yang dahulunya menjadi manusia kejam membunuh manusia lain akhirnya berubah dengan membantu memberikan kehidupan baharu kepada orang ramai dengan menyediakan tangan dan kaki palsu untuk mereka yang kehilangan tangan dan kaki.
- Malah Hyakkimaru merupakan anak yang dijaga dan dipelihara oleh Jukai dengan menyedikan keperluan tubuh palsu untuk Hyakkimaru terus hidup.
5) Jadi cadangan anime ini supaya menjadi kerajaan yang kuat dan bagus ialah sentiasa menjadi manusia dan berpeganglah kepada kekuatan hati untuk terus maju membina negara secara bersama. Seperti kata-kata Hyakkimaru dan Dororo.
Jika kamu mempunyai hati yang kuat dan suci, kamu tidak akan menjadi iblis. - Dororo
Jalan yang saya pilih bukanlah jalan syaitan sebab saya ialah manusia, ayah juga manusia jadi hiduplah seperti seorang manusia bukan sebagai Iblis. - Hyakkimaru
0 comments:
Post a Comment