Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Ingatlah, nikmat yang diberi olehNya bukanlah milik kita selamanya - Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta.


Sewaktu saya kecil-kecil pernah diceritakan tentang sebuah kisah daripada umi saya tentang 3 orang lelaki daripada kaum Bani Israel iaitu si sopak, si botak dan si buta. Kisah ini adalah kisah ujian kepada mereka bertiga dan pedoman untuk kita yang masih hidup. Ayuh kita imbau kembali zaman kanak-kanak kita dengan membaca semula kisah ini.

Kisahnya bermula dengan pertemuan Malaikat dengan orang yang pertama iaitu si Sopak. Sewaktu bertemu, Malaikat bertanyakan soalan;
 "Apakah benda yang paling engkau suka?
Jawab si Sopak, "Kulit yang bersih dan hilang daripadaku apa yang dianggap kotor oleh orang ramai" 

Lalu Malaikat menyapu kulitnya dengan serta merta sopaknya hilang daripada pandangan. Setelah itu Malaikat bertanyakan semula;
"Apakah harta yang engkau paling sukai?"
Image result for unta 
Jawab si Sopak;  " Unta"  .Lalu malaikat memberikannya seekor unta yang bunting 10 bulan dan berkata " Semoga Allah merahmatimu"

Selepas itu Malaikat meneruskan perjalanan dan bertemu dengan si Botak. Lalu Malaikat bertanyakan soalan yang sama kepada si Botak.

Jawab Si botak " aku ingin rambut yang cantik dan seekor lembu". Lalu Malaikat menyapu kepalanya serta merta tumbuh rambutnya dan memberikan ia lembu betina yang sedang bunting sambil berkata " Semoga Allah memberkatimu dengan pemberianNya.

Selepas itu, Malaikat bertemu dengan si Buta dan bertanyakan tentang soalan yang sama seperti mana soalan si botak dan si sopak. Lalu si buta berkata " agar Allah kembalikan penglihatanku dan memberikanku seekor kambing".
Image result for kambing
Maka Malaikat pun menyapu matanya dan si buta kembali dapat melihat. Setelah itu Malaikat memberinya seekor kambing betina yang sedang bunting kemudian beredar. 

Binatang-binatang yang diberikan kepada ketiga-tiga pemuda itu telah membiak dan dapat memenuhi satu lembah. Lalu suatu hari,datanglah semula Malaikat kepada ketiga-tiganya. Malaikat bertemu semula dengan si Sopak dan menyerupai seorang yang sopak. 

Malaikat berkata dengan si sopak " Saya seorang musafir miskin yang terkandas dalam perjalanan dan tiada bekalan makanan untuk saya hari ini melainkan mengharap belas kasihan tuan dan limpah kurnia dari Allah. Saya memohon agar tuan sudi bersedekah seekor unta kepada saya untuk teruskan perjalanan".

Jawab si Sopak dengan sombongnya; "aku banyak tanggungan".

Lalu tanya semula Malaikat pada si Sopak; "bukankah saudara dahulu seorang yang miskin dan si sopak yang dikayakan oleh Allah?"

Jawab si Sopak " aku mewarisi harta ini daripada datuk nenekku". Jawab semula Malaikat; "Sekiranya tuan berdusta, nescaya Allah akan kembalikan kepada tuan kepada rupa asal'. 
Image result for unta banyak

Lalu Malaikat pun beredar dan menemui si Botak dan bertanyakan soalan yang sama seperti mana soalan dengan si Sopak. Lalu si Botak juga memberikan jawapan yang sama dengan jawapan si Sopak. 

Malaikat pun berkata "Sekiranya tuan berdusta, nescaya Allah akan kembalikan kepada tuan kepada rupa asal'. 

Lalu Malaikat bertemu si buta dengan menyerupai si Buta dan bertanyakan soalan yang sama seperti mana yang ditanyakan kepada si Sopak dan si Botak. Lalu si Buta menjawab;
Image result for berdoa
Sesungguhnya aku dahulunya adalah seorang yang buta kemudian Allah telah kembalikan penglihatanku. Ambillah apa yang engkau mahu dan tinggalkan apa yang engkau tidak suka. Demi Allah aku tidak ingin menyusahkan kau kerana sesuatu yang engkau ambil kerana Allah."
Lalu Malaikat Berkata; Simpanlah harta bendamu ini. Allah telah menguji engkau dan engkau telah lulus dan mendapat keredhaan-Nya. Sedang kawan-kawanmu telah gagal dan dimurkai Allah.

Demikianlah ujian Allah terhadap manusia dan sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah di dunia dan Akhirat.

Sumber : Abu NurFatehah. Himpunan Kisah Teladan.Kuala Lumpur : Pustaka Salam. hlm.59-64.

Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results