Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

40 orang pelajar dalam satu kelas tapi masih berjaya dapat No 2 Dunia PISA 2018 ? Apa rahsia Singapura?


Berikut merupakan soalan yang ditanyakan: 

Betul kata yang bertanya. Untuk PISA atau nama panjang dia Programme for International Student Assessment yang dilakukan oleh Organisation For Economic Cooperation & Developement (OECD) memberitahu bahawa Singapura adalah nombor 2 terbaik dunia pada tahun 2018.


Ujian PISA ini diadakan setiap 3 tahun. Malah, Singapura pernah mendapat tempat 1 dunia dalam ujian PISA pada tahun 2015. Ujian PISA ini merangkumi 3 aspek utama iaitu “pembacaan, math dan sains” untuk umur 15 tahun.

Pencapaian lain yang berjaya diperolehi oleh Singapura berkenaan dengan sistem pendidikan ialah nombor 5 terbaik dunia dalam laporan “worldwide Education for future Index” dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU)  pada tahun 2017 iaitu laporan berdasarkan responden umur 15-24 tahun. 
 Datuk Dr Amin Senin menerangkan tentang PISA Malaysia di NST

Berbanding Malaysia. Data yang dikeluarkan oleh PISA 2018 menunjukkan Malaysia masih belum sampai ketahap “average” ujian PISA tetapi berlaku peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Makna kata dalam sistem pendidikan Malaysia jauh ketinggalan berbanding pendidikan di negara jiran kita singapura. Jadi mari kita cuba cungkil beberapa rahsia disebalik kejayaan sistem pendidikan Singapura.
-------------------------
Falsafah Pendidikan Singapura
------------------------
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Professor Tan Oon Seng, Dekan pendidikan guru, Institusi Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa kejayaan pendidikan singapura bermula dengan penerapan falsafah “Teacher of Learner” dan “Teacher of Subject”

Makna kata, jika dilihat pada pendidikan Finland yang pernah saya terangkan sebelum ini ialah berfokus kepada pelajar seperti yang cuba diserapkan dalam PAK21 di Malaysia, namun pendidikan di Singapura lebih berfokus kepada Cikgu sebagai karakter utama atau “key” kejayaan sesuatu pendidikan. 

Sebab itu dalam falsafah pendidikan tadi, sebenarnya menerapkan aspek “kesungguhan, fokus, pakar dalam bidang oleh guru itu sendiri"

Sebab itu pemilihan guru di singapura agak ketat bagi menjamin kualiti.
Menteri Pendidikan Singapura, Heng Swee Keat

Menurut Heng Swee Keat, Menteri Pendidikan Singapura mengariskan beberapa laluan yang perlu dilalui oleh bakal guru iaitu
1) perlulah “antara top student 1-20”
2) selepas itu perlu menjalani temuduga
3) kemudian dimasukkan dalam Singapore National Training Institute (untuk berlatih mengajar)
4) dihantar ke sekolah dan diteruskan sesi mentor dengan guru senior (akan diterangkan nanti)

----------------------------------------------------------------------
Bagaimana Pula dengan Pelajar? Apa yang Mereka Lakukan Sebelum Masuk ke Kelas? 
----------------------------------------------------------------------

Pelajar-pelajar di Singapura akan datang berhimpun ke sekolah pada jam 7:30 (lebih kurang Malaysia waktunya). Cumanya perbezaan ketara Malaysia ialah pelajar di Singapura akan membawa Surat Khabar atau bacaan apa sahaja dan dibaca dalam masa 15 minit digelar sebagai “silent reading” setiap hari sebelum menyanyikan lagu kebangsaan mereka dalam bahasa Melayu.

----------------------------------------------------------
Apa Pula Penggunaan Bahasa Pengantar di Singapura dalam Pembelajaran? 
----------------------------------------------------------

Mereka wajib menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kecuali dalam subjek bahasa ibunda atau "mother tongue". Namun demikian belum pernah lagi ada isu nyanyian lagu kebangsaan mereka dalam bahasa Inggeris walaupun bahasa pengantar mereka Inggeris (eh lari isu pula 🤣🤣🤣)

----------------------------------------------------------
Jadi Bagaimana Corak Pengajaran Guru di Kelas dan Berapa Jumlah Pelajar Mereka?
----------------------------------------------------------

Buat pengetahuan anda, pelajar di satu kelas Singapura lebih kurang Malaysia sekitar 40 orang untuk satu kelas. Eh tak banyak ke tu? Entahlah. 

Jadi corak pengajaran guru berdasarkan kreativiti namun demikian kebiasaanya perkara yang dilakukan oleh guru singapura sebelum pembelajaran berlangsung ialah dengan cara “doktrin pemikiran mereka”
------------------------------------------------
Bagaimana Cara Guru “Doktrin Pemikiran Pelajar Mereka?” 
------------------------------------------------

Salah satu perkongsian oleh Seorang guru senior Rosmiliah Kasmin dari Kranji Secondory School menyatakan bahawa setiap kali beliau hendak memulakan subjeknya iaitu geografi , beliau akan mulakan intronya dengan mendoktrin muridnya iaitu “kamu semua ahli geografi. Kamu juga manusia. Tapi saya perlukan anda semua melihat dari sudut ahli geografi. Jadi saya mahu lihat kamu tengok masalah dari perspektif berbeza bermula sekarang”


-----------------------------------------------------
Apa lagi Cara Pengajaran yang Dilakukan oleh Guru di Singapura? 
-----------------------------------------------------
Bila jumlah murid yang ramai, guru di Singapura gemar untuk memberi tugasandalam skala berdua atau berkumpulan.. Cara yang gemar digunakan oleh Cikgu Rosmiliah apabila memberikan tugasan  kepada muridnya ialah dengan meminta muridnya melakukan tugasan secara “pair” atau berdua. 

Dari situ pelajar akan berkomunikasi dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan di beri. Malah, penggunaan teknologi juga digunakan sebagai “alat bantu mengajar” sekiranya perlu.
"Nampak macam sama sahaja dengan pendidikan di Malaysia. Mungkin. Tapi... jeng jeng jeng. Ingat tak tadi saya ada bagitahu tentang guru baharu akan belajar dari guru lama atau cikgu senior dan dijadikan sebagai mentor? "
Yup. Di singapura, satu training khas dari guru untuk guru diperkenalkan iaitu Skillful Teacher Training. 
-----------------------------------------
Bagaimana Skillful Teacher Training Ini Dijalankan ?
-----------------------------------------

Di setiap minggu pilihan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, beberapa cikgu senior akan mengadakan satu sesi perkongsian bersama dengan cikgu-cikgu yang lain dalam satu sekolah tentang “skill tertentu dalam pengajaran” yang difokuskan. 

Dari sini, cikgu-cikgu senior akan memberikan pelbagai aktiviti secara berkumpulan dan berbincang idea-idea baharu untuk pengajaran selain berkongsi pengalaman dan masalah yang dihadapi semasa mengajar. Dari situ, cikgu-cikgu senior dan cikgu-cikgu lain akan memberikan idea dan solusi terhadap masalah tersebut.

Tidak berakhir dengan “kursus tersebut”.Guru-guru senior juga akan menjadi mentor secara bersemuka pada skala kecil setiap kali waktu persekolahan untuk menyemak cara mengajar yang akan dilakukan, pengetahuan yang cukup dalam penggunaan keperluan alat mengajar dan kefahaman silibus pembelajaran. Perkara ini penting bagi “meningkatkan kualiti pengajaran guru tersebut”

Sesi Perbincangan Corak Pengajaran. 

Kesimpulannya, Corak pendidikan Singapura hampir mirip dengan Malaysia. Jadi, perkara yang boleh Malaysia “adapt” daripada pendidikan Singapura adalah dari aspek fokus kepada “kualiti guru melalui perkongsian guru-guru senior seperti yang dijelaskan sebelum ini”. Dalam masa yang sama, guru-guru di Malaysia perlu fokus pada bidang yang mereka pakar bukanlah mengajar bukan kelulusannya. Misalnya yang berlaku di Malaysia,  guru kelulusan Matematik tapi ajar Pendidikan islam. 😌 tahulah semua orang akan mati.(ayat orang cakap semua orang kena tahu agama) Tapi lebih baik bagi pada pakarnya. Begitu juga subjek-subjek lain. 

Dari situ kita akan melahirkan guru berkualiti. Memang sistem pendidikan singapura lebih “stress” berbanding Finland. Tapi jika sistem pendidikan kita berorientasikan “exam” adalah lebih baik kita mengadaptasi pendidikan negara-negara terbaik yang mengamalkan konsep pendidikan berorientasikan exam juga. 

Itu sahaja perkongsian ringkas rahsia pendidikan Singapura. Sebenarnya banyak lagi tapi kalau cerita semua lebih baik aku sambung master pendidikan . Ehek? 🙄
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results