Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Penarikan Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik Miss Universe 2019 Wakil Malaysia Dirancang?


Wakil daripada Malaysia Shweta Sekhon dengan busananya di Miss Universe 2019.

Baiklah Kali ini saya akan ulas salah satu isu yang diminta oleh rakan saya sendiri.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu “penarikan” Anugerah Busana Nasional Miss Universe 2019. 

Namun demikian, jika anda telungsuri kronologi kejadiaannya sebenarnya bukanlah isu “penarikan anugerah miss universe” tapi “kesilapan teknikal pengajur” 

Perkara ini bermula apabila Steve Harvey’s dikatakan silap menyebut negara pemenang iaitu dari Filipina, sedangkan disampingnya sewaktu ditemuramah ialah wakil dari Malaysia iaitu Shweta Sekhon yang membawakan Busananya "Peranakan-Themed"

Pengacara Miss Universe 2019 Steve Harvey's

Shweta yang sedar kesilapan tersebut telah menegur pengacara, Steve Harvey’s bahawa beliau berasal daripada Malaysia. 

Namun demikian, selepas sahaja 2 jam pengumuman “silap” Steve Harvey’s tersebut akhirnya menamatkan teka-teki siapa pemenang sebenar apabila di dalam twitter penganjur Miss Universe mengumumkan bahawa Miss Universe Philipina iaitu Gazni Ganados memenangi kategori tersebut. 

Perkara ini bukan kali pertama miss universe melakukan kesilapan apabila pada tahun 2015 pengacara Tersalah umum keputusan Juara Miss Universe ketika itu dengan menyebut Columbia sebagai pemenang tetapi realitinya Filipina juara ketika itu. 

Pengambilan semula Crown Selepas Steve Harvey's silap mengumumkan Juara Miss Universe 2015

Uniknya, kontroversi 2015 dan kontroversi 2019 adalah dari pengacara yang sama iaitu Steve Harvey’s cumanya kali ini, Steve menyebut nama pemenang betul tetapi kesilapan daripada petugas yang terlibat dengan bahagian pentas. Perkara ini sama ada sengaja silap atau tidak kita akan bahaskan nanti. 

Baiklah, mari kita lihat perkara-perkara pelik dalam miss universe 2019 bagi isu ini supaya boleh dibuat kesimpulan dan rumusan. 
-------------------
Siapa yang silap? 
-------------------

1) Kesilapan pengumuman di akaun twitter penganjur. 
  • sewaktu mengumumkan keputusan “Anugerah Kostum Kebangsaan Miss Universe" akaun twitter penganjur telah mengumumkan bahawa Malaysia memenanginya. 
  • Namun demikian, sejurus selepas Shweta Sekha menegur kesilapam negara tersebut, keputusan di twitter sebelum ini dipadamkan dan diumumkan bahawa kategori itu dimenangi oleh wakil daripada filipina Gazini Ganados.

2) Kesilapan Petugas di Bahagian Pentas. 
  • kalau melihat kepada sumber New Strait Times sewaktu menemubual pengarah urusan Miss universe Malaysia, Elaine Daly bahawa sewaktu beliau meminta President miss universe , Paula Shugart menjelaskan isu ini, Paula menjawab dalam emelnya bahawa “petugasnya tertarik dengan busana dari Malaysia” tetapi “undian atas talian banyak ke peserta wakil daripada Filipina” 
  • sebab itu, tujuan Malaysia dipanggil adalah untuk mempamerkan “kecantikan busana tersebut untuk ditonjolkan 
  • namun demikian perkara ini tidak dimaklumkan secara jelas kepada wakil Malaysia semasa dipanggil untuk mempersiapkan diri di belakang pentas memakai busana nasionalnya. 

Paula Shugart

3) Masalah Komunikasi Antara Pengacara, Teknikal , Bahagian Petugas Pentas. 
  • dalam isu kali ini, miss universe untuk bahagian kategori “ custome nation” seolah-olah tiada individu yang "incharge" untuk penyelarasan. 
  • mana tidaknya, sewaktu Shweta berada di atas pentas dan ditemuramah untuk kategori busana nasional, gambar di background sudah menunjukkan miss universe filipina tetapi wakil Malaysia yang dipanggil untuk ke atas pentas oleh staff petugas pentas dan ditemuramah. 
  • malah sewaktu pengacara mengumkan pemenang anugerah tersebut, seolah-olah petugas lain “tidak tahu” tentatif program mereka sendiri dan seolah-olah mewujudkan tentatif baru oleh petugad di bahagian pentas dengan memanggil wakil Malaysia tanpa menerangkan bahawa Shweta di atas pentas sebagai menpamerkan busana nasionaal dan bukan sebagai pemenang.
  • Hinggakan Shweta sendiri menegur Steve semasa di pentas sewaktu steve mengumumkan Gazini sebagai juara kategori tersebut.

Steve sewaktu menemuramah Shweta

Jadi setelah saya jelaskan isu ini, adakah ada kemungkinan bahawa semua ini sudah dirancang? 

Bagi saya ada kemungkinan bahawa perkara ini boleh jadi dirancang untuk tujuan “komersial.” Hal ini kerana kalau melihat kepada rating view untuk miss universe 2019 menunjukkan penurunan sebanyak 18% penonton berbanding tahun lalu dikeluarkan oleh The Wrap. Hal ini kerana penyiarannya sama waktu dengan beberapa tawangan “yang lebih diutamakan” oleh penonton seperti Melissa Benoist-Led the series dan Crisis on Infinite Earths.

Jadi ada kemungkinan perkara ini disengajakan bertujuan untuk “mengkontroversikan miss universe” supaya liputan selepas tayangan miss universe akan menjadi lebih hangat. 

Selain itu, boleh jadi juga perkara ini disengajakan kerana “petugas miss universe sukakan busana kita” tetapi tidak mampu buat apa-apa tentang keputusan anugerah tersebut kerana pemilihan Busana Nasional Terbaik Miss Universe berdasarkan undian atas talian.  

Sebab itu “staff miss universe” memanggil Shweta ditemuramah berbanding Gazini (yang memenangi kategori anugerah ini)

Konklusinya, sewajarnya pihak miss universe mengeluarkan kenyataan maaf rasmi terhadap kesilapan-kesilapan mereka ini. 

Namun, saya kira jika ego mereka tinggi sudah pasti perkara “maaf itu sukar dilakukan” sebab itu mereka memadam bukti rasmi seperti “update kemenangan Malaysia di twitter sejurus menyedari kesilapannya”. 

Apa-apa pun sama-sama kita saksikan kesudahan konflik ini.


Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results