Baiklah mari kita mulakan perbahasan tentang salah satu karya agung Buya Hamka iaitu tenggelamnya Kapal Van der wijck.
Dua watak utama dalam pengkisahan karya tersebut yang kini terdapat juga movie yang mengadaptasi dari novel tersebut, mengisahkan tentang cinta zainuddin dan hayati. Cinta yang akhirnya membawa kepada perkahwinan hayati dengan aziz atas dasar status dan kekayaan.
Zainuddin dan Hayati dalam Movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Zainuddin pula akhirnya membawa diri ke tanah jawa dan membina kehidupan baharu dengan mengembangkan kariernya sebagai penulis.
Dalam kisah ini, zainuddin dipamerkan sebagai seorang yang sangat setia pada cintanya. Malah, zainuddin juga seorang yang “gentleman” apabila dia sendiri meminang hayati. Namun berakhir dengan penolakan. Manakala watak hayati, seorang wanita yang berjanji sanggup menunggu zainuddin dan berjanji hanya zainuddin menjadi “suaminya” akhirnya memutuskan janji tersebut apabila aziz diterima sebagai suaminya selepas diputuskan oleh keluarga.
Perkara ini menyebabkan keadaan “kecewa” zainuddin sehingga 2 bulan terlantar di katil. Dalam kisah tersebut ada beberapa kata-kata dari zainuddin yang mengambarkan kekecewaannya terhadap hayati seperti
“Siapakah antara kita yang kejam, hayati. Saya kirimkan surat-surat meratap menghinakan diri, memohon dikasihani. Tiba-tiba kau balas saja surat itu dengan suatu balasan yang tak tersudu di itik, tak termakan di ayam. Kau katakan bahwa kau miskin saya pun miskin, hidup tak akan beruntung kalau tiada wang.”
Dari keadaan-keadaan tersebut kita dapat lihat bahawa, penderitaan zainuddin ialah
1) ditolak pinangan orang yang disayangi kerana tidak setaraf dan orang miskin.
2) kata-kata hayati dalam surat-surat hayati sewaktu membalas surat zainuddin menambah kekecewaannya.
3) terlampau setia pada orang yang “menjumpai bahagia yang lain”
4) dibuang ke negeri jawa jauh kerana mencari kehidupan baru.
Jadi apa pandangan aku tentang cinta zainuddin yang dikhianati?
Seperti yang pernah aku bahaskan sebelum ini berkenaan dengan perempuan ialah mereka inginkan lelaki “lebih usia” fokus utama aku sebenarnya menekankan elemen material. Memang jika dilihat, gambaran wanita dalam kisah hayati “dikaburi dengan unsur material” sehingga terasa “kosong” bila soal cinta. Sebab itu tidak hairan pengakhiran kisah cinta mereka dan “janji hayati berakhir dengan dimungkiri” kerana zainuddin ketika itu “tiada apa-apa”.
Namun demikian ada beberapa perkara yang aku puji dengan tindakan zainuddin yang aku kira tidak membalas secara “direct” dendam tersebut. Tapi jadikan kekuatan untuk bangkit.
Itu yang berlaku pada zainnuddin apabila putus cinta dan dibantu dengan sokongan abg muluk, akhirnya beliau menjadi penulis berjaya. Malah, kekayaannya dipulangkan semula kepada sesiapa sahaja yang ingin berkahwin tetapi tak cukup duit, beliau akan bantu. Sebab baginya, dia taknak orang lain “rasa” apa dia pernah “rasa” .

Babak Muluk memberi motivasi kepada Zainuddin
Elemen-elemen sebegini sengaja dimasukkan oleh Buya Hamka seperti biasa “mengkritik masyarakat” dalam penulisannya. Dalam kes hayati dan zainuddin, kritikan-kritikan mengenai janji di saat suka akhirnya berakhir dengan “memungkiri janji tersebut”, kritikan tentang cinta “perlu menjadi kekuatan” bukan melemahkan (dalam dialog abang muluk pada zainuddin) , benda-benda sebegini menunjukkan gambran sifat sebenar cinta iaitu “cinta itu suci tapi manusia yang mengotorkannya.”
Malah ditunjukkan juga disebabkan hayati memilih kebhagiaan “lain”, dia sendiri tak tenang dengan kehidupan dengan aziz atau dalam bahasa mudahnya dikenakan karma atau kifarah. Kalau orang melayu cakap “buat jahat dibalas jahat” walaupun benda itu tak disengajakan.

Aziz memarahi Hayati dalam Movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Sebab itu, disaat zainuddin terus melakukan kebaikkan meskipun dikecewakan oleh insan paling disayang, akhirnya “kejayaan” pergi kepadanya selpas dia bangkit “atas nama cinta”.
Kesimpulannya, janganlah berjanji di saat terlalu suka dan membuat keputusan di saat marah. Buruk padahnya.Ingatlah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Buat perempuan ingat kata-kata ini;
Pantang pisang berbuah dua kali, pantang pemuda makan sisaBaiklah itu sahaja dari saya. Semoga enjoy 😉
0 comments:
Post a Comment