Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Rahsia Keamanan ( PABM 2016 ) Muhammad Haziq Jamaludin UiTM - Teks Pidato

Image result for haziq jamaluddin
Terima kasih tuan pengerusi, barisan dif kehormat,
Kombinasi kehakiman , saudara dan saudari di Pusat Conventional Antarabangsa Putrajaya,
Serta penonton siaran langsung di seluruh dunia.

Sudah bertahun-tahun saya melihat, Manusia mencari-cari
Apakah Rahsia Keamanan?
Kata Qarun, Harta
Kata Firaun, Takhta.
Kata Shah JIhan Cinta.
Ayuh kita cari jawapannya.

Saudara dan saudari
Pertama, Harta. Saya sudah mandi menyaksikan pasang surut tamadun bertuhankan harta.
Harta mencipta selesa, harta membeli megah, harta itulah maruah.
Awal abad ke lima belas Kepulauan Melayu kaya raya,
Istana berlantai cengal bertiang jati, alah memberi cengkih dan lawang, pari dan jenahak
Bahkan tanah memuntah timah
Aceh, Kedah Tua,  Majapahit, , Sriwijaya, Melaka masyur seantero dunia.
Namun, manisnya anggur peram dan denting wang emas , mengiring ke balai tari di balairung seri
Tak tersedar raja-raja Nusantara penjajah sudah mula membedil kota.
Saya cukup hiba melihat Chola mencalar Sriwijaya, Portugis buat Melaka mengemis.

Saudara dan saudara
Kedua, takhta. Saya sendiri melihat Saloth Sar dan Muammar Abdul Minyar
Dua pemimpin yang menjanjikan keamanan sebaik sahaja bersemayam di takhta.
Namun kuasa itu saudara dan saudari, lazatnya seperti Raja Bersiung mengecap gulai bayam bercampur darah.
Enak setitik, diminta semangkuk, enak semangkuk disembelih rayatnya.
Saloth Sar menjadi Pol Pot memerintah Rejam Khmer Rouge di Kemboja
Memenggal kepala Sembilan belas juta rakyat tidak berdosa  hanya kerana syak wasangka mereka bakal menentang
Muammar Abdul Minyar bertukar menjadi Muammar Gadafi , menyaksikan dan menyiarkan
Hukum bunuh tanpa bicara ke seluruh Libya kata Muammar akulah sejarah, akulah masa kini, akulah masa hadapan negara ini , mati diriku matilah negara ini.

Saudara dan saudari,
Ketiga, Cinta. Jauh di Eropah, saya menyaksikan Ratu Isabella I dan Raja Ferdinand II bersatu atas nama cinta, terbentuklah empayar Sepanyol.
Tetapi akibat cinta jugalah, tembok besar China yang tidak bias diteropos walau dibedil seribu Meriam runtuh dek bisikan cinta Puteri Chen Yuanyuan di telinga Panglima Wu Shangui
Sayang, sayang, bukalah gerbang kotamu biarkan tentera Dinasti Qing masuk merempuh negara.
Cinta Shah Jihan  kepada Mumtaj terlalu dalam
Hingga tergamak memotong lidah mengcungkil mata para pembina Taj Mahal
 khuatir lambang cintanya ditiru orang.
Related image
Saudara dan Saudari,
Tatkala mengingati agungnya kerajaan Nabi Sulaiman, saya tertanya-tanya,
Qarun kaya seperti Sulaiman, namun ditelan tanah
Firaun bertakhta seperti Sulaiman tetapi ditelan laut.
Kasih Shah Jihan kepada Mumtaj seperti rindu Sulaiman pada Balqis.
Namun dia dipenjara sampai mati.
Saya mula sedar keamanan sebenarnya tentang meletakkan harta, takhta cinta pada tempatnya.
Keamanan itu akarnya keadilan
Indeks Kebahagiaan Dunia 2016 menjadi tamsilan tentang aman dan sentosa jelata dunia.
Negara-negara Scandinavia menghuni empat tangga teratas kerana dogma adil yang diadun dalam agenda kerajaan
Hartanya, ekonomi yang dibahagi seimbang,
Takhtanya, demokrasi dan suara rakyat yang lantang
Cintanya ialah patriotism dan semangat juang.
Malaysia juga bisa berbangga diiktiraf tiga negara paling bahagia di Nusantara

Akhir sekali, saya fikir sudah tiba mas..
Aah, maafkan saya, asyik dipentas saya terlupa memperkenalkan diri.
Nama saya Bumi, sejak Adam turun dari syurga hingga empat orang bayi yang baru lahir sesaat yang lalu
Sudah enam ribu empat ratus tahun saya mengenal kerenah manusia dalam kembara kalian mencari keamanan.
Usah khawatir, siapapun  kalian para pelajar dari Teluk Intan,
Para mahasiswa dari Shah Alam, para pegawai di Putrajaya, para teknokrat ilmuan dan usahawan
Malah para pencinta Bahasa di seluruh dunia, selagi kalian berusaha mencari keamanan.
Selagi itu saya terus setia berputar pada paksi amanah Yang Maha Esa.


Sekian, Terima Kasih.
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results