Home »
BAHASA
,
SAJAK
,
SENI DAN HIBURAN
» SAJAK : SENGSARA (Sajak Sempena Minggu Anti Dadah 2012 SMK Taman Desa Jaya)
SAJAK : SENGSARA (Sajak Sempena Minggu Anti Dadah 2012 SMK Taman Desa Jaya)
Sakit,Sakit, Aduh Sakit!!
Aku menyesal, aku insaf, aku bertaubat,
Janganlah Engkau hukumku begini,
Deritanya aku bagai nak mati,
ku mohon Tuhanku, Aku menyesal,
Maafkanlah aku wahai Penguasa Alam...
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna,
Mengapa kau diwujudkan di muka bumi ini?
Adakah untuk merawat manusia?
Atau kau hanya merosakkan bangsa?
Sakit, Sakit, Aduh Sakit!!!
Jeritan batinku tiada gunanya lagi,
Wabak AIDS meratah tubuhku kini,
Tiada tempat untukku menikmati alam indah ini,
Hanya derita mengisi kesunyian ini
Sakit, Sakit, Aduh sakit!!!
Dahulu ku gagah bagai laksmana,
Sekarang ku lemah dan merana,
Dahulu ku hebat mencuba,
Sekarang ku terima segala sengsara.
Oleh itu kawanku,
Jangan kau cuba sampah ini,
kerana, sekali kau cuba,
Meranalah selamanya..
Nama pena: Yang Nur
tajuk:SENGSARA
penulis:Muhammad Nur Firdaus
pencapaian:Juara deklamasi sajak Anti Dadah 2012 SMK Taman Desa Jaya
0 comments:
Post a Comment