Pengalaman Aku di Sabah
Baiklah harini saya akan cuba kongsikan pengalaman bagaimana saya boleh mengenali Sabah dan bagaiman pengalaman di sana.
Saya mula mengenali sabah selepas berjumpa dengan seorang rakan di tagged. Di sana dia kenalkan diri bahawa dia dari Kota Belud dan kami berkenalan rapat.
Perancangan pertama saya nak ke sabah adalah sewaktu saya bekerja di Myfresh iaitu sewaktu selepas SPM. Tapi tiket saya beli terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu. Perkara tersebut tak terhenti di situ apabila saya cuba cari peluang sambung belajar ke sana. Akhirnya saya dapat peluang untuk ke Sabah untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda.
Tapi sebelum saya masuk ke UMS, ada rakan-rakan sabah saya seperti rakan tagged dari Kota belud dan rakan sekerja saya dari lahad datu masa saya kerja Tesco masa tu ada cerita pasal keindahan sabah dan keunikannya. Jadi dari situ saya mula untuk tertarik pergi ke sana lebih2 lagi selepas dapat tawaran sambung ke ums.
Walupun kecewa dgn tawaran ke ums kerana impian belajar ke tempat lain tapi perkngsian 3 org rakan saya itu buat saya berubah hati untuk memilih ke sabah.
Sewaktu di sabah memang saya ada satu tempat impian saya nak pergi. Memang bagi kebanyakkan orang mereka akan lebih tertarik pada kundasang (sampai sekarang tak jalan-jalan lagi sana). Tapi aku lebih tertarik untuk ke Kota Belud untuk melihat sendiri pesta Tamu Besar.
Sewktu kali pertama pergi musim hujan. Tahun kedua tiada kerana banjir dan tahun ketiga baru betul2 aku dapat merasa lihat budaya bajau samah di pasar Tamu besar. Pengalaman naik kuda , jualan2 dan macam unduk ngadau pesta tamu besar pengalaman yg menarik.
Namun, tidak bermakna tempat lain tidak menarik. Sewaktu di sabah aku sempat singgah ke beberapa tempat dan ada yg aku tinggal menetap.
Misalnya di kudat di kg pinggan- pinggan aku ada keluarga angkat di sana hasil program kktm. Malah pengalaman pergi ke simpang mengayau hasil fieldtrip (salah satu tempat wajib pergi) bagi yg cintakan melihat alam semulajadi memang menarik.
Di sandakan pula sudah seperti tempat wajib aku pergi 3 tahun di sana. Kali pertama pergi tinggal menetap dengan senior sebab masa tu hendak ke tawau. Pada tahun kedua pula aku pergi atas program anak angkat di Kg bambangan dan pda tahun 3 aku pergi di bandar sandakn.
Sandakan sebuah bandar yg besar. Bagi aku mereka semua peramah malah sempoi. Mungkin sebab tu sandakan jadi destinasi kerap aku di sabah masa dalam pengajian.
Tawau pula merupakan syurga bagi pencinta makanan laut. Aku akui makanan laut di sini sangat segar-segar . Di Tawau ni aku pergi kerana ada sedara kakak ipar jadi urusan mudah.
Jika kamu pergi ke tawau wajib beli makanan laut dia dijamin fresh 😘
Tempat seterusnya aku pergi adlaah di semporna. Tempat yg cantik air lautnya. Memang kalau pergi ke “floating” memang kau akan nampak terus ikan. (Nampak kan bertapa jernihnya air di sana)
Aku ke semporna atas tiket program dan ada kawan bawa masa tu. Kira 2 kalilah pergi ke sana.
Mereka di semporna memang kuat-kuat agama kebanyakkannya. Jadi “diam-diam sahaja” pasal agama ok..
Bagaimana dengan perangai orang sabah?
Sejujurnya bagi kebanyakkan sabahan aku jumpa mereka merupakan orang yg friendly dan jenis “kau buat baik kami layan baik”
Tapi aku akui kalau aku cakap smenanjung di tempat-tempat tertentu, boleh jadi keadaan tertentu seperti “ caj lebih akan dikenakan”. Sebab tu kalau kau nak ke mana-mana bawalah rakan sabah kau berjalan sekali ok?
Baiklah itu sahaja dari saya. Semoga berguna bagi sesiapa yang nak pergi ke sabah. Enjoy your life 😘
0 comments:
Post a Comment