Berikut merupakan soalan yang ditanyakan untuk sesi kali ini.
Dari kenyataan yang bertanya memang jelas individu bertanya menunjukkan “salah satu jurang perbezaan sistem pendidikan Malaysia dengan finland”
Tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan kita sebenarnya jika diperingkat menengah dan kebangsaan memang berorientasikan “kasta” iaitu pembahagian “kelas pandai” dan “kelas tidak pandai”. Namun tidak keseluruhan sistem pendidikan Malaysia begitu. Ada yang amalkan sistem “semua sekali asalkan tahun yang sama” seperti sistem sekolah agama negeri Johor atau kebanyakkan sekolah-sekolah pondok.
Tapi melihat kepada corak keseluruhan sistem pendidikan di Malaysia jika diperingkat menengah dan rendah realitinya memang dibahagikan mengikut “kasta” tujuannya ialah “memaksimumkan mereka yang pandai ke tahap lebih baik kerana mengejar pencapaian atau KPI sekolah."
Namun, kelemahan sistem “kasta” begini menyebabkan jurang “mereka yang tidak pandai di sekolah dan yang pandai di sekolah agak jauh”. Malah ada sebahagian sekolah sampai tahap “cikgu mengabaikan mereka” rentetan sikap pelajar terbabit yg dikaitkan dengan sikap nakal, malas dan tidak pandai. (Minta dijauhkan)
Jadi bagaimana pula sistem pendidikan di Finland?
Jika kamu telungsuri satu persatu sistem pendidikan di Finland, pelajar mereka tidak diasingkan mengikut kasta, tetapi diwujudkan keadaan saling “berkomunikasi” antara satu sama lain dalam “sama-sama” membantu menjadikan diri “sama-sama” pandai.
Konsep Finland ini selaras dengan falsafah pendidikan mereka iaitu pendidikan untuk semua.
Sebab itu kalau dilihat dari sudut pedagogi pembelajaran di Finland, pelajar-pelajar terbabit tidak akan mempunyai sebarang peperiksaan seragam seperti kita di Malaysia ada UPSR, PT3 dan SPM melainkan satu penilaian National Matriculation Exam itu pun hanya di peringkat atas.
Makna kata, diperingkat sekolah rendah, mereka lebih berfokus kepada “mengasah elemen insaniah” dengan bermain, belajar secara santai di atas sofa dan lantai dan kerja rumah hanya dihadkan sebanyak 15-30 minit sahaja dan rehat di sekolah selama 15 minit setiap 45 mnt belajar.
Menarikkan?
Yup kalau anda nak tahu, pembelajaran di Finland dianggap paling kurang hari belajar berbanding di negara-negara barat yang lain iaitu sebanyak 190 hari sahaja persekolahan dan 90 hari cuti panas.
Bagi finland “less study, more time with family”.
Sebab itu, mereka melaksanakan langkah-langkah begini supaya akhirnya rakyat finland ada banyak masa luang bersama keluarga.
Malah guru-guru mereka kebanyakkannya adalah dari kalangan keluaran “master” dan setiap kali sesi pembelajaran guru tersebut akan dibantu oleh seorang lagi pembantu bagi mencungkil dan mengasah potensi pelajar-pelajarnya.
Sebab itu kalau anda perasan YB Maszlee Malik (KPM Kita) pernah keluarkan kenyataan untuk ada guru master menjelang 2030 kerana “mungkin mendapat idea dari konsep negara finland itu sendiri” .
Jadi kalau anda tengok keseluruhan sistem Finland ini, anda akan sedar pendidikan mereka bersandarkan kepada “sama rasa” berbanding pendidikan dikebanyakkan negara lain termasuk Malaysia yang berkonsepkan “pesaingan”.
Jadi kesimpulannya, jika benar-benar Malaysia ingin “mengadaptasi sistem pendidikan Finland, perlu Malaysia fahami konsep “equal education” yang sering diterapkan dalam sistem pendidikan Finland secara langsung. Jika tidak, sebenarnya sistem pendidikan kita akan jadi lebih kucar kacir kerana berorintasikan exam dan berorientasikan “bebas belajar” adalah 2 benda berbeza.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment