Ringkasan kisahnya ialah mengenai Joker yang sentiasa dikhianati oleh orang yang dipercayai hingga satu saat Joker memilih untuk menjadi “individu jahat”.
Rasanya ulasan cerita ini aku bagi ringkas sahaja sudah memadai kerna ada ulasan lebih spesifik dari yang bertanyakan soalan iaitu berkenaan 2 situasi iaitu sayang kemudian disakiti dan buat baik kemudian dikhinati.
soalan yang ditanyakan.
Jadi adakah aku berpendirian “wajar” untuk menjadi individu “jahat” setelah disakiti?.
Bagi aku wajar menjadi individu jahat asalkan setimpal dengan kejahatannya dan ditujukan pada orang yang bersalah dengan melalui kejahatan yang sah iaitu melalui undang-undang atau hukuman yang setara.
Bukan dengan “menghukum” mereka yang tidak bersalah sekali disabitkan dalam keadaan tersebut. Itu bukanlah hukuman setimpal tapi bentuk kejahatan nyata bahawa kamu sama sahaja dengan individu yang jahat tersebut.
Benda ni bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan sebab manusia juga dipengaruhi oleh “emosi” bukan akal semata-mata. Sebab itu, banyak kejahatan dilakukan jika melibatkan kawan dipandang “eh takpe dia baru kali pertama” tapi kalau bukan kawan “dikritik habis-habisan”. Bagi aku itu bukanlah satu keadaan “keadilan yang diperjuangkan dari awal”.
Tapi tidak bermakna solusi bagi keadaan “buat baik dibalas jahat atau pernah menyayangi akhirnya disakiti” akan berakhir semata-mata dengan solusi dibalas dengan tindakan setimpal. Tapi ada juga yang memilih untuk memaafkan cumanya dikemudian hari lebih berjaga-jaga.
Kita ambil beberapa contoh dalam dunia realiti misalnya dalam kes sayang akhirnya disakiti.
Jom kita terbang jauh ke korea . Eh kpop. Henry Eks Super Junior pernah mempunyai kekasih tetapi kekasihnya mengkhianatinya dan pergi ke individu lain. Walaupun Henry telah memaafkan tetapi dia trauma dengan cinta. Meskipun dia trauma, tiada tindakan “bahaya” dilakukan kepada kekasihnya. Malah kekasihnya bahagia dengan pasangan baharu.
Henry Eks Super Junior
Kalau kes tempatan pasangan Abby abadi dan Normal Hakim pernah ditakdirkan suatu ketika dahulu berpisah kerana kes orang ketiga. Namun demikian, disebabkan perpisahan ini mereka telah menjadi sahabat yang akrab dan memilih untuk saling memaafkan antara satu sama yang lain.
Abby Abadi, Norman Hakim dan anaknya meskipun sudah tidak berumahtangga lagi tapi masih bahagia sebagai sahabat.
Kes lain bintang bollywood Shilpa Shetty & akshay kumar putus juga kerana orang ketiga. Namun sehingga kini mereka boleh berborak seperti seorang sahabat dan shilpa pula akan melangsungkan perkahwinannya dengan Raj Kundra pada tarikh yg dimaklumkan kemudian.
Shilpa Shetty dan Akshay Kumar
Ini semua contoh-contoh pernah sayang tapi berakhir dengan disakiti. Tapi memilih untuk tidak membalas dendam dan memilih untuk memaafkan dan akhirnya mereka hidup aman dan bahagia.
Bagaimana pula peristiwa-peristiwa melibatkan buat baik balas jahat.
Ingat tak pepatah melayu, bagai melepaskan anjing tersepit. Perumpamaan ini sebenarnya mengajar kita bhawa berhati-hati dalam melakukan kebaikkan. Sama juga seperti buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Dari perumpamaan ini sebenarnya peristiwa-peritiwa diluar sana yang berlaku kerana terlalu “baik” dan ditimpa musibah kemudiannya.
Contoh peristiwa bagaimana penjajahan british di kedah melalui SHTI bermula dengan “kebaikkan” Sultan kedah ketika itu menyerahkan “pulau pinang” kepada Francais light. Begitu juga kebaikkan kerajaan Johor menyerahkan Singapura kepada Stamford Raffless rentetan pergolakan takhta yang berlaku. Ini semua akibat terlalu baik.Namun demikian, adakah bermakna kalau dibalas dengan cara “kegaganasan” langkah itu akan berjaya untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah itu sendiri?
Tidak.Kita memilih untuk memaafkan dan menyelesaikan masalah yang berlaku itu melalui “perdamaian” hingga terbentuknya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kesannya, meskipun selepas kemerdekaan, British masih lagi memberikan bantuan-bantuan terutamanya dalam aspek pertahanan sewaktu Malaysia diserang oleh Indonesia dalam Ganyang Malaysia dan serangan komunis.
Indonesia mengisytiharkan Ganyang Malaysia dilaksanakan.
Cuba bayangkan kalau kita dibebaskan melalui peperangan, anda rasa kita mampu hadapi ancaman komunis dan indonesia?
Jadi untk keadaan “Orang jahat adalah orang baik disakiti” adalah soal pilihan kamu sebenarnya. Kamu memilih untuk bertindak jahat. Kamu juga kena tanggung risikonya.
Tapi, tidaklah bermakna kita perlu abaikan orang sebegini. Tapi adalah sebaiknya, kita menasihaitinya sebaik mungkin. Supaya mereka sedar akan kesilapan dan tidak “ego untuk memohon kemaafan”.
Dan jika 2 perkara ini terjadi pada kamu. Pilihlah antara 2 pilihan iaitu “balas dengan balasan setimpal kepada si pelaku melalui cara yang halal “ atau memaafkan.
Benda baik memang berat untuk dilakukan. Tetapi kita berusaha untuk menjadi manusia hebat. Nasihat tuk diri sendiri juga 😌
0 comments:
Post a Comment