Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran abad ke 21 atau PAK 21
Iainya satu proses pembelajaran berpusat kepada murid. Mudahnya, murid “aktif” bertindak dan berfikir manakala guru sebagai “fasilitator” atau pemberi galakkan.
Jadi apa elemen penting yg akn diterapkan?
"komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti dan aplikasi etika dan nilai murni."
PAK 21 ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2014 dan mempunya 3 fasa gelombangnya dan sekarang kita berada pada fasa terakhir untuk gelombang kedua iaitu 2015-2020 sebelum masuk ke fasa terakhir 2021-2025.
PAK21 ni sebenarnya mengadaptasi sistem pendidikan di Finland. Merupakan sebuah negara yang terkenal dengan sistem pendidikan antara yang terbaik dunia.
Baiklah, bagaimana pula dengan pandangan saya tentang PAK 21 ini.
Saya pecahkan pandangan saya kepada dia entiti utama iaitu dalam perguruan dan murid. Mari kita lihat kepada ciri-ciri guru.
--------------------------------------
1. Guru Dalam Penguasaan Subjek
--------------------------------------
Dalam pencirian guru tersebut ciri pertama disebutkan ialah mengenai penguasaan subjek. Namun demikian, terbaru dilaporkan oleh KPM bahawa sebanyak 6,000 Guru sekolah kebangsaan dilaporkan. Keadaan ini sebenarnya satu bentuk “cabaran” kepada merealisasikan aspirasi PAK21 kerana “guru mahir” gagal dipenuhi sebaik mungkin. Kesannya, guru sedia ada akan mngjr lebih dari safu bidang dan mereka mengajar bukan benar2 khusus kpkrannta tapi lebih kepada pengjran asas dari sukatan.
---------------------------------------
2. Penggunaan Teknologi Terkini.
---------------------------------------
- jurang antara pelajar luar bandar dan pelajar bandar sebenarnya agak luas.
- capaian internet dan kemudahan fasiliti sekolah yang kurang memuaskan secara tidak langsung menggagalkan impian ini.
- meskipum dilihat terdapatnya usaha untuk menambahbaik capaian internet dan sebagainya., namun demikian masalah ini seringkali berulang.
- malah lebih teruk ada beberapa sekolah yang “tunggu masa nak roboh” kerana “peruntukkan lewat disalurkan” untuk baiki fasiliti.
Kesannya, keadaan yang kondusif dalam pembelajaran akan sukar dicipta dan menyebabkan matlamat PAK 21 itu sendiri gagal merangkumi keseluruhan pendidikan di sekolah Malaysia.
----------------------------------------------------
Kelemahan Dalam Merealisasikan PAK21
----------------------------------------------------
Jika anda telungsuri PAK21, salah satu corak pedagoginya dan suasana kelasnya ialah pembelajaran di luar kelas dan susunan meja menghadap antara murid. Tujuannya untuk pelajar saling berbincang dan mengeluarkan idea masing-masing dan mencari solusi secara bersama.
Namun demikian, kekurangan sistem pendidikan kita ialah masih lagi berorientasikan exam. Malah di dalam peperiksaan sekalipun kita dilarang untuk “berbincang dengan kawan sebelah” tentang soalan yang kita terima. Jika tidak bakal kita diterima gred fail.
Makna kata, sistem pendidikan kita masih lagi bercorak “persaingan” sedangkan jika anda mendalami corak PAK 21 sebenarnya jika dilihat pada negara finland sebagai negara model relatif, penekanan lebih kepada kolaboratif atau bekerjasama.
Dari sini dapat dilihat bahawa cabran besar kepada kita selaku penggerak PAK21.
-------------------------------------
Kegagalan Dari Sudut Murid.
-------------------------------------
Kalau dilihat kepada elemen murid pula, terdapat beberapa kegagalan yang ditunjulkan hasil dari PAK21 jika dilihat secara keseluruhannya.
Kita lihat pada elemen nilai murni dan etika. Apabila saban hari kita dihidangkan dengan isu-isu tidak bermoral daripada generasi Alpha dan Z. Apabila baru-baru ini kita digemparkan dengan kes rogol pelajar tingkatan 2 oleh 7 orang pelajar SPM, isu berpesta di tengah jalan raya selepas SPM. Malah lebih mengejutkan usaha membuat petisyen menurunkan gred A+ buat sejarah bermula 50 markah sahaja.
Pelajar SPM berpesta selepas kertas terakhir di Melaka.
Kenapa ini semuanya berlaku? Sedangkan kalau dilihat salah satu ciri guru ialah sebagai “kaunseling”?
Memang kita lihat dari sudut dasarnya sahaja, PAK21 ni memang bagus. Namun demikian, pelaksanaannya di Malaysia tidaklah benar-benar menyeluruh. Guru-guru banyak terikat dengan penjadualan dan sukatan pelajaran yg wajib dihabiskan sedangkan dalam PAK21 prosesnya lebih berteraskan kefahaman pelajar itu sendiri. Jika pelajar itu “agak perlahan” perlunya lebih masa untuk penerangan dilakukan. Tapi di Malaysia“sukatan pelajaran perlu dihabiskan mengikut yang dijadualkan atau ditetapkan”. Hasilnya, matlamat sebenar PAK21 belum benar-benar tercapai.
Kesimpulannya, sistem pendidikan di Malaysia masih lagi terumbang-ambing dan masih gagal mencari identiti pembelajaran terbaik. Sekiranya benar-benar ingin mengadaptasi pendidikam Finland, wajar untuk menilai dari peringkat dasar pendidikannya supaya boleh disesuaikan sebaik mungkin bukan mengambil sahaja tanpa menilai keseluruhan pelaksanaannya.
Baiklah itu sahaja dari saya. Diharap berlaku penambahbaikkan bukan lagi rombakan ikut tukar menteri pendidikan.
0 comments:
Post a Comment