Sering aku mendengar bahawa siapa tengok anime ni adalah sekadar “kartun” , alah itu cerita budak-budak buat apa tengok atau mereka akan kata “kau tak matang yup tengok cerita anime ni”, anime mana pernah logik.
Tapi aku pelik bila cerita live bermatlamat komersial korang tengok pula sedangkan itu sekadar cerita hiburan dan bertujuan komersial semata-mata. 😌 tiba sinis pula.
Jadi kalau korang tanya aku minat anime bukanlah sepenuhnya sebab “graphic” sebab kalau dari segi “graphic” animasi hollywood atau Malaysia 10 kali lebih baik dari jepun.
Tapi aku meminati anime kerana dalam setiap anime tersebut ada “falsafah” yang mereka tekankan. Aku bagi beberapa contoh anime yang aku anggap serupa falsafahnya, misalnya code geass, death note dan akame ga kill.
____________________
FALSAFAH MACHIAVELLI
____________________
3 anime yang disebutkan tadi menerapkan falsafah Machiavelli. Pemikiran berat dibawa dalam pelajaran tapi mudah faham kalau tengok 3 anime tersebut. Kenapa aku cakap dia letakkan falsafah berat dalam 3 anime ini?
Michaveilli kata-kata popularnya ialah matlamat menghalalkan cara. Jadi dalam 3 anime popular ini, mereka tonjolkan elemen “sebenar” matlamat menghalalkan cara. Misalnya dalam death note, mencapai “keamanan dunia” kita bunuh semua orang jahat. Code geass pula, untuk bebaskan diri dari pemimpin kejam, gulingkan pemerintah tersebut termasuk mereka yang bersubahat walau terpaksa korban rakyat jelata. Malah akame ga kill, buat reformasi dengan penggulingan takhta meski terpaksa bunuh orang-orang yang “percaya raja mereka Yang zalim itu baik”. Kalau mengikut logik akal “betul apa mereka lakukan” sebab kita nak dapat benda baik untuk kebaikkan semua, perlulah berkorban apa yang boleh halang kepada matlamat “justice mereka”.
Jadi kamu nampak tak ini satu pemikiran berat tapi dipermudahkan melalui penceritaan dalam anime malah ditunjulkan bahawa “matlamat tidak semestinya menghalalkan cara” sebagai penyelesaiannya.
Bagi mereka yang tidak tahu pasti akan anggap “sekadar cerita budak-budak” tapi realitinya tidak begitu.
__________________
SEMANGAT KAMIKAZE
__________________
Begitu juga dari unsur falsafah kehidupan masyarakat jepun iaitu “Kamikaze” atau kalau bahasa melayunya yang mudah semangat berani mati atau tidak berputus asa. Sifat-sifat begini memang diterapkan dalam majoriti anime di Jepun yang juga identiti masyarakat Jepun yang cuba diterpkan kepada budak kecil melalui animasi.
Beberapa contoh seperti naruto, Ace of diamond, shokugeki no souma dan banyak lagi, semuanya menekankan elemen tidak berputus asa selain saling percaya pada diri.
Misalnya cerita anime naruto, bagi mencapai targetnya menjadi “hokage” atau orang paling kuat di konoha, beliau yang merupakan “anak disumpah” berusaha keras untuk capai matlamat tersebut meskipun dipinggir oleh penduduk kampungnya sendiri dan banyak pesaing-pesaing hebat darinya.
semangat ditunjukkan oleh Naruto.
Begitu juga cerita ace of diamond iaitu sawamura eijun, sanggup berlatih 3 kali lebih berat dari orang lain sebab dia paling “lemah” dalam pasukan. Malah cerita shokugeki no souma, selepas melihat ramai lebih hebat darinya dalam bidang masakkan, dia teruskan belajar dari lawannya sehingga dia boleh jadi chef hebat.
_________________________
KEBUDAYAAN DAN TRADISI JEPUN
_________________________
Dalam aspek kebudayaan, anime-anime jepun tidak meninggalkan unsur kebudayaan mereka malah mereka bangga dengan memperkenalkan kebudayaan mereka.
Kita lihat beberapa anime mereka seperti Demon Slayer dan bleach. Pakaian mereka seperti kimono dan nagajuban ditonjolkan dalam anime ini. Malah meskipun di zaman “moden” anime tersebut “dipaparkan dalam garis masa cerita” namun pakaian tradisional mereka digambarkan sebagai pakaian sesuai sepanjang zaman. Begitu juga dari sudut pedang jepun pedang katakana ditonjolkan dalam anime Seperti Dr Stone juga.
Pedang Katakana dalam anime Dr Stone.
____________________
ILMU ASAS DALAM BIDANG TERTENTU
____________________
Anime juga menerangkan ilmu-ilmu berat dalam sesuatu bidang tapi dalam keadaan mudah. Contohnya, cara pernafasan dalam cara berlawan dalam Demon Slayer itu salah satu elemen unik dalam teknik seni bela diri tradisional yang jarang diketengahkan.
Teknik Pernafasan Tanjirao dalam Demon Slayer
Malah dalam ilmu penyiasatan pula, Detektif Conan menggunakan penyelesaian logik bersandarkan bukti dan pemikiran detektif yang sukar orang sangkal.
Pencarian siapa pesalah oleh Detektif Conan
Dalam sains pula, Dr stone menerangkan cara mencipta Handphone dan alatan sains yang lain tapi dalam keadaan santai.
Kesimpulannya, anime menerapkan elemen “kejepunan” dalam animenya disamping memasukkan input-input berat tapi dalam keadaan yang santai menjadikan aku terus meminati anime disamping adlah unsur-aksi aksi dan storyline yang menarik buat aku suka.
Tapi tak bermakna semua anime aku suka, ada sahaja yang emmm takyah tengoklah cerita tak best langsung 🤣. Tapi walaupun begitu tetap aku tunggu anime lain yang lebih menarik.
Baiklah itu sahaja dari saya. Tq
Nak tanya,ape hukum tengok anime?
ReplyDeletexpasti pula .. mungkin saudara blh bgthu hukum yg saudara tahu
DeleteKebanyakan anime mempunyai jalan cerita yang unik....tambah lagi grafik sekarang makin mantap
ReplyDelete