Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Tempat-tempat memburu peluang pekerjaan

Baiklah harini aku ingin kongsikan tempat-tempat yang kamu boleh “buru” peluang pekerjaan.

Ada tempat-tempat ni yang saya sendiri pernah amalkan ada yang saya sekadar kongsi bersandarkan pengalaman orang lain.

Selalu aku mendengar “complain” bahawa kita selalu tiada “peluang pekerjaan”, “pekerjaan tiada”, “majikan terlampau demand”, “soft skill tak bagus jadi majikan tak nak ambil kerja”. Semua ini merupakan salah satu sebab kenapa masyarakat Malaysia harini ini lebih “gemar menganggur””

Jadi berikut merupakan beberapa kaedah atau tempat boleh anda gunakan untuk memohon kerja.

-------------
1) Walk in
-------------


  • cara ini merupakan cara di mana kamu terus ke company tersebut untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
  • Biasanya, cara begini kita gunakan apabila nampak "iklan di hadapan syarikatnya" 
  • cara ini merupakan cara membuktikan bahawa kamu “bersungguh” untuk mendapatkan peluang pekerjaan tersebut.
  • tidak hairan jika kamu walk ini peluang mendapat pekerjaan itu lebih baik.
  • Namun adalah sebaiknya kamu call dahulu company tersebut untuk tahu waktu dan hari sesuai untuk datang bertemu Human Resource (HR) nya.
  • Biasanya bila kamu walk in ini syarikat tersebut akan minta untuk kamu mengisi satu borang. Isi sahaja ok, mana tahu rezki kamu bekerja di syarikatnya. 
-------------

2) Media Cetak.
-------------

  • jika tadi caranya kamu lihat iklan di syarikat-syarikat tersebut tentang “jawatan kosong” dan walk in, cara kalini ialah kamu beli surat khabar atau majalah-majalah kerja untuk mengetahui jawatan-jawatan kosong.
  • kalau di surat khabar biasanya di ruangan tengah ada dikongsikan jawatan kosong di kawasan sekitar kamu dan cuba contact mereka.
  • cara ini saya pernah guna untuk dapatkan kerja saya yang pertama iaitu di kilang myfresh dan berjaya. 

-------------
3) Email.
-------------

  • cuba untuk dapatkan email-email company dan hantarkan resume atau cv kamu ke company tersebut.
  • buat pengenalan ringkas untuk perhatian company dan jawatan yang kamu ingin mohon.
  • ada sahaja orang gunakan kaedah ini.
-------------

4) Media Sosial.
-------------


  • Cara paling ramai orang guna.
  • guna laman-laman seperti Jobstreet, SPA8, INDEED, Mudah.my , JobMalaysia dan lain-lain.
  • ada juga yang menggunakan facebook (FB) untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
  • kalau kamu perasan FB pun ada satu tempat “carian pekerjaan”
  • jadi kamu boleh gunakan kemudahan tersebut.
  • cara lain untuk FB ialah kamu masuk ke group-group jawatan kosong.
  • sebaiknya kalau sekadar kawasan sekitar just cari group jawatan kosong di tempat kamu dengan menaip nama tempat kamu. Misalnya, di bahagian carian group tulis sahaja jawatan kosong sekitar pasir gudang. 

contoh group carian kerja di Facebook. 

  • cara ni mudah untuk dapat kerja. 
  • Percayalah sebab saya sendiri telah berjaya 2 kali dapat kerja hasil daripada carian begini. 

-------------
5) Guna Orang Dalam.
-------------

  • sedar atau tidak ada syarikat yang tidak gemar mengiklankan jawatan kosong syarikat mereka dan minta pekerjanya mencari kalau-kalau ada orang sudi bekerja di syarikatnya. 
  • sebab itu, kalau kamu tahu kawan-kawan kamu bekerja di syarikat kegemaran kamu, bagitahu padanya; 
“kalau ada kosong roger2

  • atau tanya dia syarat dan cara kemasukkan ke dalam syarikat tersebut.
  • ada syarikat yang suka cara “refer-refer” ni sebab, apa-apa salah pada “orang baru” senang dia marah “orang lama”



Baiklah itu sahaja daripada saya.
Sekian terima kasih.
Share:

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results