Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Showing posts with label TIPS PEKERJAAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS PEKERJAAN. Show all posts

Perlukah Kita Tolak Peluang Pekerjaan Alasan Gaji Tidak Setimpal dengan Kelulusan? Ini 2 kisah yang boleh buka mata anda


Dalam perkongsian mau kerja ni ada 4 benda di “highlightkan” iaitu 
1) kurangkan complain tentang penat bekerja 
2) terima sahaja dulu gaji kecil . 
3) jangan “malas-malas bekerja” sebab nak cari kerja susah. 
4) nak berhenti tiada masalah - akan ada yang sudi ganti. 

Yup. Ini adalah perkara biasa dialami oleh insan yang bekerja. Benda-benda ini pasti akan “terdetik” dalam hati setiap pekerja di luar. Jom mula bahas.

Sebenarnya, kalau anda lihat keseluruhan 4 perkara yang dinyatakan oleh maukerja sebenarnya menerangkan konsep “bersyukur dan redha” 
Betul, apa kata maukerja itu, di saat kita memilih untuk pergi akan ada orang lain yg sudi ganti. Kalau anda lihat statistik yang dikelurkan Statistik Utama Tenaga Buruh mencatatkan kadar pengangguran kita pada kadar  3.4% . Jumlah ini bukanlah satu jumlah yang kecil khsusnya dalam kalangan graduan. 

Hal ini salah satunya juga berkait rapat dengan “jumlah gaji” yang ditawarkan tidak setimpal dengan kelulusan. Perkara ini bukanlah perkara baharu sebab saban tahun masalah yang sama dibahaskan. 

Jadi dalam isu ini ada beberapa kisah yang mungkin boleh jadi teladan kita semua. 

1.Kisah Pertama - Kisah Pekerja Asing

Sewaktu saya bekerja sebagai pembantu pam di petronas, ada seorang driver berkongsi pengalamannya berjumpa dengan seorang pekerja dari Indonesia. Sewaktu berjumpa, driver tersebut tanya tentang pengalaamn pekerja Indonesia tersebut tentang liku-liku dalam pekerjaan.

Pekerja Indonesia itupun berkongsikan pengalamannya. Dia menceritakan bahawa sewaktu mula-mula ke Malaysia, dia diminta kerja di bahagian pembantu pam. Semasa bekerja, sering kali rakan kerja dia iaitu orang tempatan, membulinya dengan memintanya buat “lebih kerja”. Misalnya, dia buat pembersihan di stesyen minyak, kawannya rehat merokok. 
Sampai satu tahap semua kerja Pam seperti dipping (kiraan meter), turun minyak, pembersihan perangkap sampah semua dia buat sorang. Padahal kerja berdua. 

Pada masa itu, pekerja indonesia ini rasa “mengeluh”. Tapi dia ingat keluarga di kampung “yang perlukan duit Jadi dia tetap lakukan pekerjaan sebegitu selama 10 tahun. Sampai satu hari, bosnya panggil dan menghargai kerja keras pekerja tersebut dengan pergi haji free bersama bossnya dan dinaikkan gaji sama seperti gaji org tempatan. 
Ini salah satu hadiah “syukur” kadang kita sendiri tak tahu. Sebab itu, rezki yang dirahsiakan. 

Apa pula pandangan Graduan?
Ah itu warga asing, memanglah bersedia untuk terima upah kecil  dulu sebb dia dtg untuk bekerja. Kita ni graduan, susah keluar-keluar sahaja dah ada hutang PTPTN.

Betul saya akui benda ini. Walaupun dijanjikan macam-macam oleh ahli politik tentang “peluang pekerjaan” namun akhirnya berakhir dengan keadaan tidak setimpal. Lebih pedih bila alasannya sebab graduan minta gaji RM4,000- RM6,500, malas bekerja, tingkatkan kemahiran insaniah. Realitinya ramai graduan gaji bawah RM 1500. 
Sebenarnya kalau kamu yakin boleh dapat gaji setimpal begitu boleh asalkan kamu pergi kepada satu syarikat besar dan buktikan kamu berbaloi untuk dapat “demand kamu itu” sebab ada sahaja graduan dapat gaji RM4,000 sebab kebolehan mereka ada yang sangat diperlukan syarikat dan ada pula yang “pandai” menarik syarikat tersebut penuhi demand mereka. 
Namun demikian, ini bukanlah terjadi buat majoriti graduan. Jadi adalah langkah yang baik untuk terima dahulu pendapatan yang kecil kemudian barulah kamu “demand” dikemudian hari. 
Bagaimana Sebenarnya Perspektif Majikan?

Kita lihat dari sudut pandang majikan. Mereka “tidak inginkan rugi” sebab itu kadar rendah pada pekerja adalah “satu bentuk ujian” kepada kamu. Sama ada nak terima atau tak. Tapi jika sepanjang tempoh bekerja kamu menunjukkan kualiti yang sangat baik sudah pasti “majikan” tidak keberatan untuk penuhi demand kamu. Perkara ini berlaku kepada rakan kerja saya.

2. Kisah Kedua - Graduan Master Tempatan

Sewaktu saya bertanya tentang kelulusannya dan gaji mulanya dahulu sebelum masuk ke syarikat ini, dia berkongsi kepada saya bahawa dia lulusan master di UPM dalam Bidang Linguistik. Tapi sewaktu mula bekerja di sini dia hanya dapat gaji sekitar sebanyak RM1200-RM1600. Namun, selepas 2 tahun bekerja di sini dia mendapat gaji pada kadar RM3,000- RM4,000. Dia juga sekarang bekerja sebagai accountant. Lari jauhkan.

Jadi kamu nampakkan? majikan akan beri apa kita mahu kalau mereka rasa kita "layak" mendapatkannya. Kalau kita tunjukkan komitmen yang baik sudah pasti majikan "tidak akan berat hati" untuk penuhi demand kita. 

Namun demikian, kalau kamu rasakan bahawa suasana kerja kamu itu kamu tak mampu hadapi dari segi mental mahupun fizikal sehingga boleh memudaratkan, adalah sebaiknya kamu ambil pendekatan untuk undur diri. 
Ingat bekerja bukanlah untuk seumur hidup. Jadi, kesihatan mental dan fizikal juga perlu dijaga. Tapi kalau kamu mampu atasi keadaan ini, kalau nak kekal itu terpulang. Semakin banyak “tekanan kamu berjaya atasi sebenarnya semakin matang kamu dikemudian hari”.

Kesimpulannya, ambil dahulu peluang. Sebab setiap peluang itu pengalaman berharga. Namun kalau kamu ada “target” kerja kamu sendiri, pastikan buat yang terbaik dalam mendapatkannya. Dan jika dah dapat ingat perkara yang boleh memotivasikan kamu setiap kali kamu down. 
Motivasi terbaik ialah “perbaiki kehidupan keluarga.” 
Sebab motivasi keluarga buatkan pekerja “indonesia itu” bertahan dgn kerjanya dan akhirnya membuat bossnya sayangkan dia. Begitu juga dengan graduan master tersebut.  

Ini nasihat untuk saya juga. Sebab benda ni saya sedang lakukan. 💪🏻
Share:

Tempat-tempat memburu peluang pekerjaan

Baiklah harini aku ingin kongsikan tempat-tempat yang kamu boleh “buru” peluang pekerjaan.

Ada tempat-tempat ni yang saya sendiri pernah amalkan ada yang saya sekadar kongsi bersandarkan pengalaman orang lain.

Selalu aku mendengar “complain” bahawa kita selalu tiada “peluang pekerjaan”, “pekerjaan tiada”, “majikan terlampau demand”, “soft skill tak bagus jadi majikan tak nak ambil kerja”. Semua ini merupakan salah satu sebab kenapa masyarakat Malaysia harini ini lebih “gemar menganggur””

Jadi berikut merupakan beberapa kaedah atau tempat boleh anda gunakan untuk memohon kerja.

-------------
1) Walk in
-------------


  • cara ini merupakan cara di mana kamu terus ke company tersebut untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
  • Biasanya, cara begini kita gunakan apabila nampak "iklan di hadapan syarikatnya" 
  • cara ini merupakan cara membuktikan bahawa kamu “bersungguh” untuk mendapatkan peluang pekerjaan tersebut.
  • tidak hairan jika kamu walk ini peluang mendapat pekerjaan itu lebih baik.
  • Namun adalah sebaiknya kamu call dahulu company tersebut untuk tahu waktu dan hari sesuai untuk datang bertemu Human Resource (HR) nya.
  • Biasanya bila kamu walk in ini syarikat tersebut akan minta untuk kamu mengisi satu borang. Isi sahaja ok, mana tahu rezki kamu bekerja di syarikatnya. 
-------------

2) Media Cetak.
-------------

  • jika tadi caranya kamu lihat iklan di syarikat-syarikat tersebut tentang “jawatan kosong” dan walk in, cara kalini ialah kamu beli surat khabar atau majalah-majalah kerja untuk mengetahui jawatan-jawatan kosong.
  • kalau di surat khabar biasanya di ruangan tengah ada dikongsikan jawatan kosong di kawasan sekitar kamu dan cuba contact mereka.
  • cara ini saya pernah guna untuk dapatkan kerja saya yang pertama iaitu di kilang myfresh dan berjaya. 

-------------
3) Email.
-------------

  • cuba untuk dapatkan email-email company dan hantarkan resume atau cv kamu ke company tersebut.
  • buat pengenalan ringkas untuk perhatian company dan jawatan yang kamu ingin mohon.
  • ada sahaja orang gunakan kaedah ini.
-------------

4) Media Sosial.
-------------


  • Cara paling ramai orang guna.
  • guna laman-laman seperti Jobstreet, SPA8, INDEED, Mudah.my , JobMalaysia dan lain-lain.
  • ada juga yang menggunakan facebook (FB) untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
  • kalau kamu perasan FB pun ada satu tempat “carian pekerjaan”
  • jadi kamu boleh gunakan kemudahan tersebut.
  • cara lain untuk FB ialah kamu masuk ke group-group jawatan kosong.
  • sebaiknya kalau sekadar kawasan sekitar just cari group jawatan kosong di tempat kamu dengan menaip nama tempat kamu. Misalnya, di bahagian carian group tulis sahaja jawatan kosong sekitar pasir gudang. 

contoh group carian kerja di Facebook. 

  • cara ni mudah untuk dapat kerja. 
  • Percayalah sebab saya sendiri telah berjaya 2 kali dapat kerja hasil daripada carian begini. 

-------------
5) Guna Orang Dalam.
-------------

  • sedar atau tidak ada syarikat yang tidak gemar mengiklankan jawatan kosong syarikat mereka dan minta pekerjanya mencari kalau-kalau ada orang sudi bekerja di syarikatnya. 
  • sebab itu, kalau kamu tahu kawan-kawan kamu bekerja di syarikat kegemaran kamu, bagitahu padanya; 
“kalau ada kosong roger2

  • atau tanya dia syarat dan cara kemasukkan ke dalam syarikat tersebut.
  • ada syarikat yang suka cara “refer-refer” ni sebab, apa-apa salah pada “orang baru” senang dia marah “orang lama”



Baiklah itu sahaja daripada saya.
Sekian terima kasih.
Share:

6 Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan.



Selepas sahaja kamu tamat pengajian, adakah benar-benar kamu bersedia dalam alam pekerjaan?

Jika kamu lihat pada persoalan awal ini, ini soalan untuk sama-sama muhasabah diri adakah kamu bersedia untuk bekerja atau kamu langsung tidak bersedia?

Oleh itu, ingin tahu kamu bersedia atau tidak cuba semak balik senarai berikut. Jika kamu bersedia, semestinya senarai berikut berjaya kamu penuhi.

1) persediaan mental. 
  •  persediaan ini paling “tough” bagi saya. 
  •  kerana kamu kena berhadapan dgn majikan dan rakan sekerja yang mungkin sekepala mungkin juga ada yang iri hati. 
  • prosedur-prosedur syarikat yang rumit untuk difahami menyebabkn kamu perlu bersedia dimarahi kalau kamu jenis “slow learning”
  • tapi di saat kamu boleh hadapi persediaan mental ini kamu akan jadi kuat. 
  • caranya; cari sesuatu yang boleh motivate kamu untuk sentiasa positif. 
2) persediaan fizikal. 
  • jika tubuh kamu sakit bagaimana kamu nak bekerja. 
  • kamu akan jadi pekerja yg selalu mc. 
  • jadi produktiviti itu. 
  • jadi sentiasalah jaga kesihatan kamu ok
3) penerimaan maklumat. 
  • perlu sedar saat kamu dapat sahaja kerja, kamu akan didedahkan dengan banyak maklumat. 
  • jadi cuba sebaik mungkin untuk adapt semua pengetahuan tentang bidang tugas kamu. 
  • rajin-rajinkan bertanya kalau tidak tahu. 
  • Bila kena marah, cuba positifkan diri dan cakap pada diri ini semua untuk ilmu kerja kamu.

Image result for senyap
4) kerahsiaan. 
  • ada maklumt perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum seperti dalam perjanjian. 
  • kamu kena bersedia untuk kekal rahsiakan maklumat tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian kerja. 
5) bina hubungan. 
  • bina hubungan baik dgn rakan-rakan sekerja yang lain dengan orang atasan. 
  • perkara ini penting supaya mudah untuk urusan kamu pada hari-hari seterusnya. 
6) persediaan masa 
  • bersedia untuk belajar disiplinkan diri dengan datang tepat pada waktu.
  • bersedia tuk korban masa sedikit untuk bersama dengan pekerjaan kamu.
  • Jadi pandai-pandailah bahagikan masa untuk berehat, bersama keluarga dan bekerja. ok?



Artikel Lain yang mungkin anda suka.
1) WHY - Dengan adanya "WHY" dalam diri menjadikan diri kita berbeza.
2) Rasa Down? 9 teknik ini boleh membantu membangkitkan semangat anda semula.
3) Bagaimana cara menyimpan yang betul ? Mungkin 5 langkah ini boleh bantu anda.
4) 5 Tips Berhadapan si Mulut Puaka
5) Ingatlah, nikmat yang diberi olehNya bukanlah milik kita selamanya - Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta.
Share:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results