Setiap kali sambutan ulang tahun atau hari lahir apa yang engkau inginkan?
Sebuah kereta besar ? Coklat yang banyak? Bunga dari kekasih? Makan KFC , MCD, Starbuck atau SG? Atau kek hari lahir yang sangat mewah?
Pasti semua ini adalah idaman mereka yang menyambut hari lahir. Malah ada juga yang cuma sekadar mahukan “ucapan dari kawan atau yg mereka hormati atau sayang." Kesemua ini adalah hadiah dari kemahuan seseorang.
Ini semua adalah contoh hadiah kasih sayang, harta dan ingatan.
Tapi sedarkah anda bahawa hadiah terbaik juga hadir dari sekeliling kita. Hadiah itu hadir dari individu-individu yang sentiasa cuba membahagiakan kita walaupun mereka kadang kala terluka dan sedih dengan sikap dan perangai kita. Tapi tetap juga setia. Malah mengingati Hari “istimewa” dalam hidup kita dengan ucapan “selamat hari lahir” diiringi doa untuk kebahagiaan kita.
Mereka itulah hadiah istimewa. Hadiah dari seorang ibu yg melahirkan kita dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita. Hadiah dari seoranv yang sentiasa perah keringat untuk memastikan bahawa kita boleh makan sesuap nasi. Hadiah dari adik beradik (walaupun selalu gaduh) tapi tetap juga membantu bila perlu tanpa meninggalkan kita sendiri.
Malah, hadiah kawan-kawan atau mereka yang berada disekeliling yang sentiasa membantu di saat susah dan sebang malah mendoakan kita disamping memberi dorongan untuk kita capai ke puncak.
Kesemua ini adalah hadiah bermakna tapi jarang dianggap istimewa oleh mereka yang menyambut “hari istimewa”.
Ingatlah, hadiah terbaik bukanlah hadiah harta benda dan kemewahan. Tapi hadiah terbaik ialah masih ada yg menyayangi kita, mendoakan kebahagiaan kita dan sudi bersama susah senang dengan kita walau apa pun cabaran.
Dan hadiah terbaik itu disaat kamu masih ada lagi seorang ibu dan seorang bapa yang senang untuk berkorban dan mendoakan keberkatan hidupmu 😘
Begitu juga hadiah terbaik saat kau dapat seorang isteri solehah yang sentiasa menyenangkan hidupmu atau suami yg soleh yg cuba membimbingmu ke syurga dan anak-anak yang soleh yang berusaha untuk membahagiakanmu sampai ke akhirnya. Itulah hadiah yg terbaik.
Sebab itu, dengan ucapan “selamat hari lahir” satu lafaz yg akan meluahkan perasaan syg kamu pada si dia sebagai seorang yg istimewa dan perlu kamu ingati. Mereka ini adlaah hadiah yg terbaik.
"Jadi setiap kali sambutan hari lahir. Jangn lupa mintalah doakan keberkatan hidupmu dari mereka yang mengingatimu 😌 "Hadiah yang tidak boleh dibeli dengan wang tapi hanya mampu diberikan sebagai tanda kasih dan sayang.
Buat aku. Hadiah yang terbaik ialah aku dapat lagi bersama insan bergelar umi. I love you mom. Hadiah terbaik dari Tuhan yang esa. Selamat hari lahir kepada yang menyambutnya pada bulan oktober.
Dan bulan 2 yg lain 😘
( nanti kena baling batu sebab ingat bulan 10 je 🤣)
0 comments:
Post a Comment