Dalam perkongsian mau kerja ni ada 4 benda di “highlightkan” iaitu
1) kurangkan complain tentang penat bekerja
2) terima sahaja dulu gaji kecil .
3) jangan “malas-malas bekerja” sebab nak cari kerja susah.
4) nak berhenti tiada masalah - akan ada yang sudi ganti.
Yup. Ini adalah perkara biasa dialami oleh insan yang bekerja. Benda-benda ini pasti akan “terdetik” dalam hati setiap pekerja di luar. Jom mula bahas.
Sebenarnya, kalau anda lihat keseluruhan 4 perkara yang dinyatakan oleh maukerja sebenarnya menerangkan konsep “bersyukur dan redha”
Betul, apa kata maukerja itu, di saat kita memilih untuk pergi akan ada orang lain yg sudi ganti. Kalau anda lihat statistik yang dikelurkan Statistik Utama Tenaga Buruh mencatatkan kadar pengangguran kita pada kadar 3.4% . Jumlah ini bukanlah satu jumlah yang kecil khsusnya dalam kalangan graduan.
Hal ini salah satunya juga berkait rapat dengan “jumlah gaji” yang ditawarkan tidak setimpal dengan kelulusan. Perkara ini bukanlah perkara baharu sebab saban tahun masalah yang sama dibahaskan.
Jadi dalam isu ini ada beberapa kisah yang mungkin boleh jadi teladan kita semua.
1.Kisah Pertama - Kisah Pekerja Asing
Sewaktu saya bekerja sebagai pembantu pam di petronas, ada seorang driver berkongsi pengalamannya berjumpa dengan seorang pekerja dari Indonesia. Sewaktu berjumpa, driver tersebut tanya tentang pengalaamn pekerja Indonesia tersebut tentang liku-liku dalam pekerjaan.
Pekerja Indonesia itupun berkongsikan pengalamannya. Dia menceritakan bahawa sewaktu mula-mula ke Malaysia, dia diminta kerja di bahagian pembantu pam. Semasa bekerja, sering kali rakan kerja dia iaitu orang tempatan, membulinya dengan memintanya buat “lebih kerja”. Misalnya, dia buat pembersihan di stesyen minyak, kawannya rehat merokok.
Sampai satu tahap semua kerja Pam seperti dipping (kiraan meter), turun minyak, pembersihan perangkap sampah semua dia buat sorang. Padahal kerja berdua.
Pada masa itu, pekerja indonesia ini rasa “mengeluh”. Tapi dia ingat keluarga di kampung “yang perlukan duit Jadi dia tetap lakukan pekerjaan sebegitu selama 10 tahun. Sampai satu hari, bosnya panggil dan menghargai kerja keras pekerja tersebut dengan pergi haji free bersama bossnya dan dinaikkan gaji sama seperti gaji org tempatan.
Ini salah satu hadiah “syukur” kadang kita sendiri tak tahu. Sebab itu, rezki yang dirahsiakan.
Apa pula pandangan Graduan?
Ah itu warga asing, memanglah bersedia untuk terima upah kecil dulu sebb dia dtg untuk bekerja. Kita ni graduan, susah keluar-keluar sahaja dah ada hutang PTPTN.
Betul saya akui benda ini. Walaupun dijanjikan macam-macam oleh ahli politik tentang “peluang pekerjaan” namun akhirnya berakhir dengan keadaan tidak setimpal. Lebih pedih bila alasannya sebab graduan minta gaji RM4,000- RM6,500, malas bekerja, tingkatkan kemahiran insaniah. Realitinya ramai graduan gaji bawah RM 1500.
Sebenarnya kalau kamu yakin boleh dapat gaji setimpal begitu boleh asalkan kamu pergi kepada satu syarikat besar dan buktikan kamu berbaloi untuk dapat “demand kamu itu” sebab ada sahaja graduan dapat gaji RM4,000 sebab kebolehan mereka ada yang sangat diperlukan syarikat dan ada pula yang “pandai” menarik syarikat tersebut penuhi demand mereka.
Namun demikian, ini bukanlah terjadi buat majoriti graduan. Jadi adalah langkah yang baik untuk terima dahulu pendapatan yang kecil kemudian barulah kamu “demand” dikemudian hari.
Bagaimana Sebenarnya Perspektif Majikan?
Kita lihat dari sudut pandang majikan. Mereka “tidak inginkan rugi” sebab itu kadar rendah pada pekerja adalah “satu bentuk ujian” kepada kamu. Sama ada nak terima atau tak. Tapi jika sepanjang tempoh bekerja kamu menunjukkan kualiti yang sangat baik sudah pasti “majikan” tidak keberatan untuk penuhi demand kamu. Perkara ini berlaku kepada rakan kerja saya.
2. Kisah Kedua - Graduan Master Tempatan
Sewaktu saya bertanya tentang kelulusannya dan gaji mulanya dahulu sebelum masuk ke syarikat ini, dia berkongsi kepada saya bahawa dia lulusan master di UPM dalam Bidang Linguistik. Tapi sewaktu mula bekerja di sini dia hanya dapat gaji sekitar sebanyak RM1200-RM1600. Namun, selepas 2 tahun bekerja di sini dia mendapat gaji pada kadar RM3,000- RM4,000. Dia juga sekarang bekerja sebagai accountant. Lari jauhkan.
Jadi kamu nampakkan? majikan akan beri apa kita mahu kalau mereka rasa kita "layak" mendapatkannya. Kalau kita tunjukkan komitmen yang baik sudah pasti majikan "tidak akan berat hati" untuk penuhi demand kita.
Namun demikian, kalau kamu rasakan bahawa suasana kerja kamu itu kamu tak mampu hadapi dari segi mental mahupun fizikal sehingga boleh memudaratkan, adalah sebaiknya kamu ambil pendekatan untuk undur diri.
Ingat bekerja bukanlah untuk seumur hidup. Jadi, kesihatan mental dan fizikal juga perlu dijaga. Tapi kalau kamu mampu atasi keadaan ini, kalau nak kekal itu terpulang. Semakin banyak “tekanan kamu berjaya atasi sebenarnya semakin matang kamu dikemudian hari”.
Kesimpulannya, ambil dahulu peluang. Sebab setiap peluang itu pengalaman berharga. Namun kalau kamu ada “target” kerja kamu sendiri, pastikan buat yang terbaik dalam mendapatkannya. Dan jika dah dapat ingat perkara yang boleh memotivasikan kamu setiap kali kamu down.
Motivasi terbaik ialah “perbaiki kehidupan keluarga.”
Sebab motivasi keluarga buatkan pekerja “indonesia itu” bertahan dgn kerjanya dan akhirnya membuat bossnya sayangkan dia. Begitu juga dengan graduan master tersebut.
Ini nasihat untuk saya juga. Sebab benda ni saya sedang lakukan. 💪🏻
0 comments:
Post a Comment